Monday, September 7, 2009

Sebenarnya, Azizah pun tahu...

Pendedahan blogger x-pkr, orang yang berada di sekitar inner circle Anwar semalam mengejutkan: Puan Shamsiah, isteri kepada Hj. Hassanuddin Abdul Hamid, telah gempur rumah Anwar, di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Puan Shamsiah mengamuk sakan dan Wan Azizah hanya diam seribu bahasa.Kalau ikut resam Melayu, diam maknanya bersetuju dan mengaku bersalah! Klik di sini

Kenapa Puan Shamsiah mengamuk pagi Sabtu lalu ?

Walaupun Anwar tidak mengaku meliwat, tetapi Anwar lupa satu perkara. Anwar lupa bahawa Haji Hasanuddin dan Puan Shamsiah adalah 'kunci' kepada kondo itu.

Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur adalah milik Hj Hasanuddin. Dia membeli kondo itu, tiga unit iaitu unit 1151, 1152 dan 1153, di Tingkat 5, blok 11, Kondo Desa Damansara.

Unit 1152 dan 1153 dicantumkan menjadi satu dan dijadikan kediaman Haji Hasanuddin sekeluarga. Manakala unit 1151 dijadikan rumah tetamu. Walaupun statusnya 'rumah tamu' tetapi dilengkapi dengan segala peralatan rumah biasa termasuk TV, dapur, kerusi, katil dan lain-lain.

Rumah Tamu, unit 1151 itu tidak didiami oleh sesiapa, tetapi diberikan kepada Anwar untuk melakukan mesyuarat dan kerja-kerja sulit parti. Anwar pula menggunakan rumah itu, tidak berkala, berdasarkan tarikh-tarikh tertentu yang memakan masa, 2 hingga 5 jam. Dan pada 2 Julai 2008, Saiful Bukhari, pegawai peribadi Anwar bersumpah dengan kalimah Allah 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh majikannya(Anwar Ibrahim) di Unit 1151 Kondo Desa Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Anwar pula enggan bersumpah untuk membalas dakwaan bekas pembantunya dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', kenapa ?

Sebenarnya, Unit 1151 kondo itu bertentangan dengan Rumah kediaman Haji Hassanuddin (Unit 1152 dan 1153) dan setiap kali Anwar mahu melakukan mesyuarat di Rumah Tamu (Unit 1151) adalah di bawah pengetahuan keluarga pemilik kondo itu.

Niat asal Haji Hassanuddin dan Puan Shamsiah berikan Rumah Tamu itu kepada Anwar untuk membalas jasa baik Anwar yang telah membantu perniagaan keluarga itu semasa Anwar menjawat Menteri Kewangan. Niat mereka baik, untuk bantu Anwar melakukan kerja-kerja sulit parti, tetapi Anwar telah menyalahgunakan kebaikan keluarga itu dengan menjadikan Rumah Tamu itu sebagai tempat terkutuk.

Unit 1151, Kondo Desa Damasara disita..

Ketika mula-mula kes ini menjadi tajuk utama media massa Malaysia, pada akhir Jun 2008, Haji Hasanudin sekeluarga terkejut, kerana kondo miliknya telah menjadi tumpuan umum. Pihak polis, jabatan forensik, dan wartawan telah berkunjung ke kondo itu untuk pengesahan maklumat. Kehidupan keluarga Haji Hassanuddin, tidak lagi tenteram seperti sebelum berlakunya kejadi terkutuk itu.

Apabila, Anwar berusaha menanguh-nangguhkan kes, kesan yang pertama dirasai adalah keluarga Haji Hassanuddin, kerana kondo miliknya adalah subjek paling utama. Selagi kes itu tidak selesai di mahkamah, selagi itulah kehidupan keluarga Haji Hassanuddin terganggu.

Atas sebab ini, barangkali Puan Shamsiah marah-marah kepada Wan Azizah, ketika dia datang serbu rumah Anwar di Bukit Segambut, Sabtu lalu. Puan Shamsiah dikatakan memaki hamun Anwar yang dikatakan sebagai manusia lupa daratan yang membuat kerja kotor di dalam hartanya. Puan Shamsiah meninggi suara kepada Azizah bahawa mereka sekeluarga telah merasa malu kerana turut dikaitkan dengan kes liwat Anwar.

Anwar yang ketika itu berada di rumah, tidak keluar dan membiarkan pemandunya Abdullah Sani menenangkan kemarahan Puan Shamsiah. Manakala Azizah pula tidak menjawab cemuhan itu dan mendiamkan diri seribu makna.

Sebenarnya Azizah tidak lagi mampu mempertahankan suaminya, Anwar, kerana semasa kes ini mula-mula meletup pada akhir Jun 2008, Anwar dan Azizah telah bergaduh besar di pejabat PKR, Tropicana, Damansara.

Azizah dikatakan telah marah besar kepada Anwar dan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, Permatang Pauh...





0 comments: