Karpal Singh tidak menyoal balas saksi utama, walaupun Saiful telah bersiap sedia untuk disoal balas. Tetapi Karpal lebih berminat melihat isu-isu lain di luar mahkamah yang tiada kaitan dengan 'bukti kemasukan/penetrasi'. Yang Karpal nampak adalah Utusan Malaysia, LAGI, KATIL dan demonstrasi Pemuda BN, walhal mereka bukan sebahagian kompenan yang terlibat dalam perbicaraan itu. Bukan saksi pun.
Apakah dengan menumpukan kepada perkara-perkara luaran itu, Karpal berjaya menyangkal 'penatrasi' seperti yang digunakan dalam hujah menggugurkan kes sebelum ini ? Apa kaitan penyangkalan 'penetrasi' dengan Utusan Malaysia ?
Salah satu penentuan kemasukan zakar Anwar ke dalam dubur mangsa adalah saksi utama, Saiful. Dia sudah bersedia untuk disoal siasat tentang kemasukan itu ? Mengapa Karpal tidak berminat soal Saiful ? Kenapa Karpal lebih berminat soal Utusan Malaysia?
Kenapa terjadi begitu ? Sebabnya, Saiful sudah terangkan secara panjang lebar secara incamera (sepertimana yang dipohon sendiri oleh Karpal), bagaimanakah 'penetrasi' itu dilakukan. Di mana tempatnya Anwar melakukan penetrasi itu?, apa pelincir yang digunakan oleh Anwar ? Bagaimana Anwar lakukan sehingga berlakunya 'penetrasi'. Di sinilah Saiful menjelaskan satu persatu. Bermula dengan Pasword 1 - Mohktar, Pasword 2 - Can i fuck you today, cuci badan dan bertuala serta Anwar peluk dari belakang. Semua ini diketahui umum. Yang tidak diketahui umum adalah keterangan incamera yang menerangkan kaedah-kaedah penetrasi. Karpal juga mendengar secara teliti. Peguam-peguam Anwar mengeluh dan melihat sesama sendiri semasa Saiful menerangkan penetrasi itu.
Kemudian, semasa keterangan yang dapat diakses oleh pihak media, keluarlah serpihan-serpihan cerita dari keterangan incamera antaranya bahan pelincir "KY JELLY". Ini juga berkaitan dengan penetrasi untuk memastikan mangsa tidak sakit dan tiada kesan kemasukan zakar. Satu lagi terkeluar cerita-cerita pra-seksual, dua helai seluar dalam satu warna dark blue berjenama‘Levis” hadiah Anwar kepada Saiful.
Sampai seluar dalam pun, Anwar hadiah kepada Saiful. Apa cerita ni ? Sepatutnya Karpal menyangkal hujah ni, kalau tidak betul. Kalau takut nak sangkal bermakna betul lah. Kalau sudah ke level menghadiah seluar dalam, apa makna tu ?
Kebetulan valentine day tahun ini, sudah ada kempen pasangan tanpa 'seluar dalam'. Maknanya 'seluar dalam' berkaitan dengan 'valentine day' yang membawa maksud ke arah unsur-unsur seksual.
Kenapa Karpal tidak menyoal balas semua keterangan-keterangan ini, walhal ia berkaitan dengan 'penetrasi' yang menjadi subjek paling penting kepada penghujahan Anwar ?
Akhirnya, Karpal mengalihkan isu kepada Utusan Malaysia. Pohon mahkamah ambil tindakan kepada Utusan kerana menulis perkataan LAGI dan KATIL. Pendakwa berkata hujah Karpal sangat lemah dan mengada-gada kerana perkataan itu disebut sendiri oleh saksi. Pendakwa gesa Karpal dan Anwar pohon maaf kepada Utusan. Tetapi Anwar dan Karpal, tidak mengaku bersalah, merasa dirinya maha kebal lalu mengusulkan agar hakim disingkirkan.
Hebat Anwar dan Karpal ni, semua orang lain salah kecuali diri mereka sendiri.
Semasa hakim membuat keputusan mengapa beliau tidak akan tunduk dengan desakan Anwar untuk mengundurkan diri;
"Dalam menentukan terdapat atau tidak fakta ini, adalah penting dibezakan isu pokok yang memerlukan pertimbangan dari isu sampingan. Dalam kes yang dibicarakan di depan saya, perkara pokok yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada terdapat kesalahan meliwat di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan", hujah hakim
"Persoalan sekarang ialah sama ada terdapat apa-apa fakta dalam kes ini yang boleh membuat seseorang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa terdapat kemungkinan sebenar keputusan berhubung isu sama ada berlaku kejadian liwat antara pemohon dengan pengadu", hujahnya lagi.
"Oleh itu, saya dapati tidak ada sebab bagi membolehkan saya menarik diri dari terus mendengar kes ini. Sekiranya saya menarik diri dalam keadaan sedemikian, ini bermakna saya lari dari tanggungjawab saya sebagai seorang hakim. Seseorang hakim yang telah menangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri dari menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam keadaan demikian permohonan ini ditolak", kata hakim dalam keputusannya.
Karpal berkata beliau tetap tidak berpuas hati dengan keputusan hakim itu, beliau akan membawa kes penolakan hakim ini kepada Mahkamah Rayuan. Hakim yang rasional memberi tempoh hampir sebulan kepada Karpal, walaupun beliau mempunyai kuasanya untuk meneruskan kes berkenaan.
Harapan hakim, dalam tempoh lebih kurang sebulan itu, pada 25 Mac, kes dapat diteruskan semula dengan tidak berbangkit lagi persoalan hakim berat sebelah.
Persoalannya kuatkah hujah Karpal untuk diketengahkan kepada Mahkamah Rayuan untuk menggigurkan kes dengan alasan hakim tidak mahu mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia. Bagaimana pula jika Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Karpal, adakah Anwar dan Karpal sanggup memohon maaf kepada Utusan Malaysia?
Dan jika Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu, adakah Karpal bersedia meneruskan prosiding atau masih menggunakan alasan mahu bertangguh lagi seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, mahu ditangguhkan lagi untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan Semakan ?
Apa cerita mahu terus menerus bertangguh-tangguh ini ? Kata ada alibi ? Kenapa mahu bertangguh lagi, cepat-cepatlah kemukakan bukti alibi. Kata ada bukti kuat, ada tiga dokumen laporan hospital yang mengesahkan tiada penetrasi. Apa lagi mahu ditunggu, jika Anwar yakin boleh menang dalam kes ini.
Apa cerita kalau sudah lebih 20 kali pohon ditangguhkan kes ?
Inilah agaknya Raja Aziz Addruse mahu melarikan diri daripada mengendalikan kes Anwar. Raja Aziz sudah nampak apa yang akan berlaku. Bagi peguam perhitungan mereka satu sahaja. MENANG atau KALAH.
Begitu juga dengan dengan pihak pendakwa, perhitungan mereka satu sahaja. MENANG atau KALAH. Kalau pendakwa sudah tahu mereka tiada bukti kukuh dan akan kalah, mereka awal-awal lagi tidak bersedia menerima kes tersebut.
Ingat, Datuk Mohd Yusof, Peguam Cara II, bukan calang-calang tokoh. Beliau lebih hebat daripada Karpal Singh. Beliau pernah menang kes Anwar meliwat Azizan Abu Bakar pada tahun 1999. Ketika itu Karpal mewakili peguam Anwar dan Sukma, kalah tersungkur dengan hujah-hujah Datuk Mohd Yusof!
Jadi lu fikir lah sendiri!
Friday, February 19, 2010
Karpal Singh kehabisan modal pertahan Anwar ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment