Tuesday, February 16, 2010

Sah, Anwar pecat peguamnya..

Setelah Sulaiman Abdullah meletakkan jawatan sebagai ketua peguam bela Anwar dengan alasan sakit 'teruk', kini spekulasi kembali bertiup, adakah penguam-peguam Anwar lain juga turut mengikuti jejak langkah yang sama.

Walaupun pada prinsipnya Anwar telah melantik Raja Aziz Addruse sebagai ketua peguam bela bagi mengggantikan Sulaiman, namun sehingga ke hari ini Raja Aziz masih belum kelihatan di mahkamah. Apa yang berlaku kepada Raja Aziz ? Apakah nasibnya juga sama dengan Sulaiman Abdullah?

Kedua-dua peguam itu merupakan peguam senior yang pernah mengambil kes Anwar, sejak Anwar dituduh melihat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada tahun 1999. Akhirnya, barisan peguam itu tidak dapat mempertahankan hujahnya, Raja Aziz ketika itu walaupun pada prinsipnya Ketua Peguam bela, berundur diri secara perlahan-lahan kerana tidak setuju dengan kaedah Anwar menggelakkan diri daripada menjawab tuduhan serta mengemukakan teori baru- TEORI KONSPIRASI-yang pada pengamatan Raja Aziz bakal menjerumuskan diri Anwar ke lembah kehancuran.

Walaupun, Raja Aziz tidak bersetuju atas prinsipnya dari kaca mata undang-undang, tetapi ada di kalangan peguam Anwar yang bersedia memikul tangggungjawab tersebut. Peguam tersebut adalah Christopher Fernando. Dia menggantikan Raja Aziz sebagai ketua dan mengangkat teori konspirasi tanpa menjawab dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Akibatnya Christopher Fernando menjadi HERO di kalangan penyokong Anwar dan Anwar dijatuhkan hukuman bersalah meliwat Azizan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.

Sekali lagi nama Raja Aziz dijaja sebagai ketua penguam bela Anwar dan sekali lagi Raja Aziz menyepi diri dan peranan yang paling menonjol diambil alih oleh Karpal Singh.

Antara Raja Aziz dan Karpal Singh terdapat perbezaan paling ketara. Raja Aziz bukan orang politik, tetapi Karpal Singh adalah Pengerusi DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen DAP, Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Ada percaturan yang dikira oleh Karpal Singh, tetapi tidak dikira oleh Raja Aziz, kerana Raja Aziz hanya melihat dari sudut perundangan, bukannya sudut politik.

Sebenarnya kehadiran Karpal Singh dan Raja Aziz merupakan lapisan kedua daripada senarai peguam Anwar. Dalam lapisan pertama, nama Karpal dan Raja Aziz tidak muncul, nama mereka disenaraikan selepas Sulaiman meletakkan jawatan.

Persoalannya kenapa setelah Sulaiman meletakkan jawatan, Anwar menyenaraikan nama Karpal dan Raja Aziz ? Kenapa Anwar tidak senaraikan nama-nama tersebut dari awal lagi ?

Persoalan kedua, setelah Karpal menguasai barisan peguam bela Anwar, kemana perginya barisan peguam bela barisan pertama Anwar ? Adakah Karpal mengsyorkan kepada Anwar supaya memecat mereka yang dilihat 'terlalu muda' dalam kes liwat ?

Sejak Saiful memberi keterangan di mahkamah, tiada lagi barisan peguam-peguam 'mentah' Anwar itu. Mereka termasuklah Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR), Lateffa Koya (Ketua Penerangan PKR), Saiful Izham Ramli (Aktivis PKR Kedah), Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad dan Leela J. Jesuthasan.

Daripada senarai barisan peguam asal itu yang kekal hanya dua orang iaitu SN Nair dan Mohd Razlan Jalaluddin.

SN Nair adalah peguam peribadi Anwar. Tidak boleh pecatnya kerana beliau merupakan penghubung di antara Anwar dengan barisan peguam. Mohd Razlan merupakan peguam muda, tetapi peribadinya kurang mengamalkan gaya hidup muslim. Menurut blogger gelagat anwar, "(Razlan) banyak minum. Banyak berpoya-poya. Malahan, di kalangan rakan-rakan peguam mengatakan Radzlan ini pun tidak bersungguh dalam kes DSAI. Banyak maklumat yang dia kongsi dengan orang luar. Banyak perkara yang dia bercakap dengan rakan peguam lain". Klik di sini

Tetapi kenapa pula senarai nama peguam Anwar barisan pertama digugurkan setelah kemasukan Karpal Singh ?

Anwar bergantung kepada kepakaran Karpal yang dianggap peguam paling senior dalam kes liwat. Apakah Karpal tidak menyukai dengan kehadiran peguam-peguam mentah dan mencadangkan barisan peguam baru ?

Sejak kemasukan Karpal, beberapa nama peguam baru turut disenaraikan. Mereka adalah Ram Karpal Singh Deo (anak Karpal Singh), Marisa Regina Fernando (anak Christhoper Fernando), Datuk Param Cumaraswamy dan Datuk C.V. Prabakharan. Kesemua peguam tersebut merupakan orang yang pengalaman dalam kes liwat Anwar 1999, sama ada mewakili Anwar, Sukma atau mewakili Majlis Peguam.Klik di sini

Persoalannya kenapa Anwar berubah fikiran mengambil peguam-peguam yang pernah terlibat dalam kes liwat 1999 serta menggugurkan barisan peguam politik yang dipilihnya sebelum ini ?

Tetapi desas-desus masih berlegar hingga ke hari ini, mengapa Sulaiman Abdullah meletakkan jawatan, kononnya sakit kuat, setelah pihak pendakwa memberi salinan-salinan sesetengah bukti kepada Sulaiman ? Peliknya, walaupun didakwa 'sakit tenat', tetapi Sulaiman turut dilihat masih aktif mengendalikan kes-kes lain.

Desas desus juga bertiup, apa yang sebenarnya terjadi kepada Raja Aziz, apa beliau juga selepas ini akan meletakkan jawatan dengan alasan 'sakit teruk' juga ?

Difahamkan, sepanjang keterangan Saiful, peguam Anwar, Datuk Param Cumaraswamy sering mengeluh, yang membawa maksud 'habis lah kita selepas ini'.

Karpal juga amat berbeza dengan perwatakan 1999. Pada tahun 1999, semasa pendakwa mengemukakan saksi, Karpal antara peguam yang lantang bersuara, lagaknya seperti singa, mahu menerkam mangsanya, soalan bertubi-tubi setiap kali saksi-saksi pendakwa dibawa masuk ke kandang saksi.

Tetapi dalam kes Saiful, Karpal lebih mendiamkan diri. Setiap pagi, ketika kerusi roda disorong masuk ke mahkamah, beliau tersenyum setiap kali terserempak dengan Saiful

"Good morning uncle", kata Saiful. "Good morning Saiful", balas Karpal.



0 comments: