Thursday, May 27, 2010

Ezam Cabar Wan Azizah, kenapa Nurul Izzah melenting ?

Ezam cabar Wan Azizah tampil menafikan kata-katanya tidak benar bahawa Presiden PKR itu pernah memberitahunya tentang perlakuan negatif Anwar Ibrahim ketika dia masih memegang jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda PKR.

"Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya," katanya ketika berceramah di Kota Bharu, kelmarin.

Kenyataan Ezam tidak merujuk kepada kes Saiful, kerana kes Saiful bermula antara Mac 2008 hingga Jun 2008, ketika kes Saiful itu Ezam telah pun meninggalkan PKR.Saiful berjumpa Ezam pada 27 Jun 2008, dua minggu selepas Ezam menyertai UMNO.

Bermakna kes yang dirujuk oleh Ezam dalam cabaran kepada Wan Azizah adalah kes lain, melibatkan lelaki lain selain Saiful. Ezam kata Wan Azizah beritahunya ketika beliau masih menjadi Ketua Angkatan Muda PKR, bermakna sekitar tahun 2004-2007. Dan jelas sama sekali tidak ada sangkut paut dengan Saiful.

Tetapi Nurul Izzah seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian telah salah faham. Beliau salah sangka, bahawa Ezam mendakwa Wan Azizah beritahu kes Saiful. Izzah juga tidak menjawab benar/tidak dakwaan Ezam, sebaliknya melenting dan marah-marah kepada Ezam apabila diajukan persoalan itu.

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

"Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah," katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

"Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya," katanya.


Betulkah kerja Ezam dari dulu hingga sekarang adalah memburuk-burukkan Anwar, hingga diberi habuan senator ?

Ezam dari tahun 1996-1998, adalah Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan. Dari tahun 1998, mengetuai demontrasi jalanan dan menghidupkan reformasi menyokong Anwar. Dari tahun 1999 - 2004 menjadi Ketua Pemuda Keadilan, parti yang menyokong Anwar. Dari tahun 2004-2007 menjadi Ketua Angkatan Muda PKR apabila parti Keadilan dicantumkan dengan parti Rakyat Malaysia menjadi PKR.

Ezam keluar PKR dan menubuhkan Gerak pada tahun 2007. Sekitar Jun 2008, baru Ezam menyertai UMNO.

Jadi di mana hujah Nurul Izzah mengatakan Ezam dapat senator kerana kerja buat tuduhan jahat ke atas Anwar dari dulu hingga sekarang ? Siapa yang membela Anwar sebelum ini, hingga terpaksa dimasukkan dalam dua penjara, kalau bukan Ezam ?

Nurul Izzah boleh nafikan Ezam bukan bekas SETPOL Anwar? Bukan Ketua Pemuda Keadilan? Bukan Ketua Angkatan Muda PKR ? Boleh ? Nurul Izzah boleh nafikan, Ezam pernah bermesyuarat secara peribadi dengan Wan Azizah dan Anwar serta menerima arahan-arahan peribadi daripada kedua ibu bapa Nurul Izzah itu sendiri ? Boleh ?

Nurul Izzah boleh nafikan, Ezam mengenali luar dalam keluarga Anwar. Turun naik di rumah Anwar, sama ada di Setiamurni 1 atau di Bukit Segambut ? Kenal Pak Sani, Sukma, Mak Andak, Faekah atau semua inner circle Anwar/Azizah ? Boleh nafikan..?

Cabaran Ezam ke atas Wan Azizah di Kota Baharu itu tidak ada sangkut paut dengan Saiful, tetapi seorang lelaki lain. Siapa lelaki itu ? Baca di bawah :

Sekitar awal tahun 2006, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat. Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Sebelum itu, pada sebelah petang, Wang Azizah telah menelefon Ezam memberi peringatan yang sama. Wan Azizah sebut nama Rashid. Dia tidak mahu Rashid datang lagi ke rumahnya apabila Anwar pulang. Wan Azizah mahukan Ezam siasat satu persatu siapakah yang akan hadir ke rumahnya sepanjang ketiadaannya. SMS pada sebelah malam itu merupakan peringatan kedua untuk menyiasat dengan lebih terperinci.

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh kepada Wan Azizah iaitu Rashid.

Selasai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Wan Azizah, walaupun Wan Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.

Untuk memahami jalan cerita yang lebih jelas, sila baca di sini


0 comments: