Monday, May 31, 2010

Kalau ada 'alibi' kenapa Anwar mahu sekali lagi lawat lokasi ?

Sesuatu yang pelik, ketika Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mahu mengemukakan keterangan saksi kedua (para doktor), Karpal bersusah payah pula mengemukakan permohonan untuk melawat sekali lagi lokasi (kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara).

Bukankah selama ini, Anwar dan para penceramahnya menggunakan hujah 'tiada penetrasi' di pentas-pentas ceramah untuk 'membersihkan imej' Anwar. Anwar juga kata 'tiga doktor' menyokongnya dan sepatutnya ketika pihak pendakwa mahu kemukakan keterangan para doktor (termasuk 3 doktor) yang diperkatakan Anwar itu, Anwar perlu cepat-cepat menyambutnya, bukannya dengan mencari alasan lain untuk melengahkannya.

Kenapa takut dengan keterangan para doktor di mahkamah, sedangkan sebelum ini, Anwar 'penuh yakin' berhujah menggunakan 'keterangan doktor' di pentas-pentas ceramah ?

Begitu despratenya Anwar, sepatutnya semalam, hasrat pendakwa membawa masuk keterangan saksi para doktor tergendala, gara-gara sabotaj dari peguam Anwar. Bayangkan perbicaraan terpaksa ditangguh jam 10.24 pagi kerana Karpal mahu sekali lagi melawat lokasi. Rancangan melawat lokasi kali ketiga ini adalah rancangan tiba-tiba Anwar yang tidak dipohon sebelum ini.

Bayangkan, prosiding yang sepatutnya disambung jam 2.30 terpaksa ditangguhkan ke petang ini, gara-gara permohonan Anwar mahu juga melawat lokasi, kerana tengahari semalam gagal memasuki kondominium itu.

Semalam, kira-kira pukul 12.55 tengah hari Karpal gagal masuk ke kondo itu kerana pemiliknya, Hasanudin Abdul Hamid dikatakan berada di utara Semenanjung. Karpal pun sudah tahu, sukar nak penuhi hajat Anwar, pagi pohon di mahkamah, tengahari nak masuk ke kondo, sudah tentu dalam keadaan tergesa-gesa itu, banyak kesulitan akan timbul. Tetapi, segala kesulitan dan kesukaran itu bukan menjadi perkara penting, yang lebih mustahak adalah melewat-lewatkan prosiding.

Anwar pun faham, kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih (milik Hassanuddin) itu bukan seperti kejadian kes liwat. Sekarang Unit 11-5-1, kondo itu telah disita dan dijadikan 'bukti kes mahkamah' sehingga selesai dibicarakan. Anwar tidak boleh sesuka hati mahu masuk ke unit itu, tanpa kebenaran mahkamah, polis dan pemilik kondo seperti sebelum ini. Memanglah sebelum ini, Anwar bebas sesuka hati masuk ke unit kondo itu, seperti harta sendiri, hingga ramai ahli PKR (mungkin Wan Azizah sendiri tidak tahu kewujudan kondo rahsia tempat 'port' Anwar itu. Itu sebelum kes liwat terbongkar, sekarang sudah tidak boleh lagi.

Sebelum ini, sudah dua kali pihak mahkamah mengatur lawatan ke lokasi tersebut. Hakim, para pendakwa, peguam bela, Saiful dan Anwar juga turut hadir. Ketika itu, Anwar tidak begitu selesa hadir ke kondo itu. Anwar sentiasa menundukkan muka (melihat kaki sendiri) setiap kali masuk ke unit, kondo itu. Anwar seperti tidak mahu bekerjasama, apabila Saiful menunjukkan tilam dan 'tempat kejadian'.

Ketidakgembiraan Anwar diterjemahkan oleh peguamnya, Karpal apabila membangkitkan isu tilam di mahkamah dan menggesa supaya Utusan Malaysia diambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan artikel dan foto 'tilam' kondo tersebut.

Sekarang, apa sudah jadi, kenapa Anwar beriya-iya pula nak melawat sekali lagi lokasi sedangkan sebelum ini tidak begitu bekerjasama dan marah-marah kepada Utusan ?

Maharaja Zhou menulis " tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat ber'main'"!

Sepatutnya isu unit kondo dan tilam itu bukan persoalan penting sekiranya Anwar benar-benar mempunyai 'alibi'(orang yang boleh menjadi saksi, Anwar tiada tiada di tempat kejadian) pada tarikh masa dan tempat seperti didakwa, seperti yang Anwar dakwa sebelum ini.

Tetapi amat pelik, apabila Anwar berada di pentas ceramah, beliau tidak menggunakan 'hujah alibi' sebaliknya bersungguh-sungguh pula menggunakan hujah 'tiga doktor'. Sepatutnya 'hujah alibi' lebih kuat berbanding dengan 'hujah doktor', kenapa Anwar tidak gunakan 'hujah alibi'?

Sebelum ini, Wan Azizah pun mengaku, dia adalah alibi. Nurul Izzah juga mengaku dia juga alibi. Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR juga mengaku dia juga alibi. Cuma Saifuddin Nasution saja yang takut mengaku dia juga alibi. Hebat ya Anwar, seperti dewa bertangan lapan, boleh berada di pelbagai lokasi dalam masa yang sama. Betulkah Anwar dewa ?

Tetapi yang lebih pelik hanya Prof Dr M Ariff, individu yang disebut-sebut sebagai alibi yang membayar peguam pemerhati (Kailesh) sepanjang perbicaraan di mahkamah, sedangkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Sivarasa tidak pun membayar peguam ?

Kenapa Prof Dr M Ariff sanggup membayar peguam pemerhati sedangkan Wan Azizah disebut sebagai 'alibi' pertama. Mungkin Dr M Ariff tahu risiko berbohong di mahkamah, masa depannya turut terjejas dan boleh dipenjarakan. Dan mungkin juga Wan Azizah tidak membayar peguam, kerana sudah tahu awal-awal lagi beliau bukan alibi Anwar pada masa, tempat dan tarikh kejadian tersebut ?

Nurul Izzah pula kenapa tidak bayar peguam, sedangkan dia juga mengaku pada masa tersebut, dia merupakan alibi.

Mengenali Anwar, apa sahaja 'ruang keraguan' yang muncul (walaupun tidak benar), beliau akan memanipulasi sehabis mungkn untuk menyelamatkan dirinya, misalnya 'laporan Pusrawi', 'laporan 3 doktor' atau 'rakaman Dr Yusof Al Qaradawi', tetapi hujah yang paling kuat, alibi, Awar seperti mengabaikan.

Kenapa Anwar tidak berminat menggunakan 'hujah alibi', kalau ia benar-benar wujud ?

0 comments: