Wednesday, June 2, 2010

Kisah sebenar Anwar di Unit 1151 & 1152, kondo milik Hassanuddin..

Kondominium, milik Hassanuddin Abdul Hamid, sahabat baik Anwar mula menjadi isu apabila peguam utama Anwar berkeras mahu melawat sekali lagi lokasi tersebut, walaupun sebelum ini sudah dua kali lokasi tersebut dilawati.

Mahkamah memberi izin kepada Anwar dan pasukannya melawat kondo sekali lagi, hingga terpaksa menangguhkan prosiding.

Cerita Anwar berminat melawat kondo ini sebaik sahaja Karpal kehabisan modal untuk menyoal Saiful dan pendakwa mahu mengemukakan saksi baru iaitu para doktor hospital kerajaan yang sebelum ini pernah menjalani pemeriksaan ke atas saksi utama itu.

Kenapa Karpal mahu melawat lagi lokasi sedangkan sudah dilawati dua kali ? Kenapa lawatan Karpal kali kedua tidak disertai oleh hakim dan pihak pendakwa serta saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan ?

Selepas melawat kondo tersebut, Anwar, Karpal dan barisan peguam belanya kembali ke Mahkamah dengan nada tidak puas hati. Anwar kata mereka mahu melawat unit kondo yang satu lagi, bukannya unit kondo yang dilawati sebelum ini.

Jadi unit kondo mana yang mahu dilawati Anwar ? Sedangkan pertuduhan ke atas Anwar adalah unit 1151, kondominium, Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Kuala Lumpur ?

Anwar mahu melawat unit kondo mana ?

Sekarang mari kita selesaikan kemahuan sebenar Anwar melalui kenyataan peguam belanya Sankara Nair dalam Malaysian Insider semalam (1 Jun). Klik di sini

Anwar’s lawyer Sankara Nair said the defence team wanted to visit apartment unit 11-5-2 of Desa Damansara Condominium, but the keys provided for today were for unit 11-5-1, where Anwar was accused of sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“There was some confusion as to which place we wanted to see. Defence wanted to see 11-5-2, where the owner of the units, Mr Hasanuddin, lived,” Sankara told reporters after the trial adjourned for the day


Kenapa Anwar mahu melawat 1152 ?

Malaysiakini melaporkan :

Apartmen, Unit 11-5-2 di kondominium Dammansara terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1, di mana pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa lokasi dia diliwat oleh Anwar.

Peguamnya sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Semalam, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.


Sebenarnya kunci yang diberikan semalam tidak salah, kerana pertuduhan meliwat dibuat di 1151, bukannya 1152. Jadi pihak mahkamah (termasuk Anwar) sebelum ini telah melawat 2 kali di Unit 1151.

Hassanuddin pemilik kondo Unit 1152 berhak tidak memberi unit yang menjadi kediaman peribadinya, kerana kediaman peribadinya itu diluar skop pertuduhan di mahkamah. Yang disita oleh mahkamah dan menjadi bukti kes adalah 1151 dan bukannya 1152.

Unit 1152 adalah hak milik mutlak Hassanuddin, sebab itu apabila Anwar mahu melawat Unit 1152, beliau perlu mendapat keizinan daripada pemiliknya terlebih dahulu dan bukannya memohon daripada mahkamah.

Hassanuddin sudah dapat mengesan strategi Anwar ini, iaitu cuba mengalihkan isu dengan membabitkan dirinya bersekongkol bersama Anwar, sebab itu kehadiran Anwar semalam disambut oleh peguam Hassanuddin.

Kata Karpal " "Terdapat kekeliruan ketika kita sampai di kondominium itu dan peguam pemilik unit itu memberitahu kami bahawa dia akan membuat aturan untuk pihak pembelaan meninjau unit itu pada hari lain," Klik di sini

Kenapa Hassanuddin menyediakan peguam peribadi ? Adakah sahabat baik Anwar itu sudah dapat menghidu taktik jahat Anwar ? Kalau sebelum ini, Hassanuddin banyak bekorban untuk Anwar dengan memberi 'Rumah Tamu' (1151) sebagai tempat berehat Anwar dan rumahnya sendiri (1152) sebagai tempat bermesyuarat, sekarang Anwar mahu mengorbankan Hassanuddin pula ?

Hassanuddin sudah nampak taktik terdesak Anwar itu, sebab itu, beliau menyediakan peguam peribadi. Beliau tidak mahu berkorban dan risiko dipenjarakan semata-mata untuk melindungi Anwar kali ini. Sudah banyak najis yang dibawa oleh Anwar ke rumahnya sejak Jun 2008 hingga sekarang yang kesemuanya bakal menjejaskan reputasinya sebagai seorang korporat.

Ketika memohon unit 1152 di dalam mahkamah, hakim memberitahu Anwar sendiri perlu meminta keizinan daripada pemilik unit itu, lagipun Hassanuddin adalah kawan baik Anwar. Karpal mencelah, "Hassanuddin 'sudah dibeli' oleh polis". Apa maksud sebenar Karpal ? Apakah Karpal tidak berjaya 'membeli' Hassanuddin ?

Bolehkah Hassanuddin 'dibeli' oleh polis sedangkan beliau merupakan kawan baik Anwar? Bolehkah Hassanuddin menipu diri sendiri sedangkan beliau juga tahu perkara yang sebenarnya berlaku pada tarikh, masa dan tempat seperti pertuduhan di mahkamah ?

Apakah Hassanuddin sanggup jadi alibi palsu yang menghadapi risiko dipenjarakan semata-mata untuk membebaskan Anwar ?


Apa sebenarnya berlaku di Unit 1152 & 1151 ?

Mari kita baca sekali lagi pertuduhan ke atas Anwar di mahkamah :

"Anwar didakwa meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara"

Sekarang mari kita bandingkan dengan keterangan Saiful di mahkamah pada 3 Februari 2010 :

Mohd Yusof: Jika diingatkan apakah Anwar bagitau pada 26 Jun 2008, jam 10.30 pagi?

Saiful: Anwar ingatkan saya kembali untuk datang ke kondo tersebut dan kedua bagitahu tentang mesyuarat dengan Prof Ariff pada jam 12 di Condo Desa Damansara di rumah En Hassanuddin.

Mohd Yusof: Kondo di mana?

Saiful: Unit lain 1152

Mohd Yusof: Kondo siapa?

Saiful: En. Hassanuddin sahabat baik Anwar.

Mohd Yusof: Anwar ada bagitahu kenapa Anwar nak kamu ke sana?

Saiful: Ada, untuk bincang jadual kerja

Mohd Yusof: Anwar akan berada di sana?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Bagitahu patut ada di sana pada pukul berapa?

Saiful: Sepertinya 2.15 ptg

Mohd Yusof: Kondo Desa Damansara, tahu di mana letaknya?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Unit kepunyaan Hassanuddin pun tahu?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Bagaimana boleh tahu?

Saiful: Saya pernah ke sana beberapa kali dan diberitahu oleh Anwar bahawa kedua-dua unit tersebut kepunyaan Hassanuddin.

Mohd Yusof: Mesyuarat di unit mana?

Saiful: Unit 1152

Mohd Yusof: Pada 26 Jun, ada pergi ke kondo seperti diminta?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Pukul berapa tinggalkan pejabat?

Saiful: Saya bertolak lebih kurang 1.45 ptg

Mohd Yusof: Masa kamu tinggalkan pejabat, adakah kamu berlenggang atau ada bawa apa2?

Saiful: Bawa satu dokumen yang saya tak pasti tetapi diserahkan oleh ketua staff En. Ibrahim Yaacob untuk diserahkan kepada Anwar.

Mohd Yusof: Dokumen ini macam itu saja ke bawa atau ada bekas?

Saiful: Saya letak dalam beg fail, warna hitam.

Mohd Yusof: Dokumen diberikan oleh Ibrahim Yaacob kepada kamu untuk apa?

Saiful: Diserahkan pada Anwar

Mohd Yusof: Bila Ibrahim Yaacob diberitahu untuk diserahkan pada Anwar?

Saiful: Kira-kira 10-15 minit sebelum saya bertolak

Mohd Yusof: Bagaimana kamu ke kondo?

Saiful: Saya menaiki van fiat dengan no pendaftaran WPK 5925

Mohd Yusof: Van atau mpv?

Saiful: Saya panggil van, van warna merah, fiat

Mohd Yusof: Adakah fiat ini kepunyaan kamu?

Saiful: Tidak , kepunyaan bapa tunang saya pada ketika itu.

Mohd Yusof: Pukul berapa lebih kurang smpai ke kondo?

Saiful: Pada jam lebih kurang 2.45

Mohd Yusof: Sampai sana adakah perlu lalui post pengawal atau terus saja masuk?

Saiful: Perlu lalui post pengawal

Mohd Yusof: Adakah perlu berhenti di post pengawal?

Saiful: Ya, perlu berhenti.

Mohd Yusof: Ada pengawal tanya ke mana kamu nak pergi?

Saiful: Ada, saya tidak jawab ke mana nak pergi tetapi mengatakan “mohktar”.

Mohd Yusof: Mengapa kata Mohktar, apakah significant nya?

Saiful: Saya dah datang beberapa kali dan diberitahu untuk cakap mokhtar

Mohd Yusof: Bila kata mohktar, apa terjadi?

Saiful: Guard akan bagi laluan

Mohd Yusof: Dari pondok pengawal memandu ke mana?

Saiful: Ke visitor parking di P4. Saya keluar kereta dan pergi ke lif P4, saya naiki lif ke P2. Dari P2 saya perlu berjalan ke blok satu lagi, tak pasti blok apa. Sampai ke satu pintu.

Mohd Yusof: Pintu ke mana?

Saiful: Untuk pergi ke blok Hassanuddin.

Mohd Yusof: Bila lepasi pintu ada apa?

Saiful: Ada lif

Mohd Yusof: Pintu ini ke lif, bagaimana keadaannya?

Saiful: Kunci secara magnet, automatik lock

Mohd Yusof: Bagaimana kamu nak lepasi pintu?

Saiful: Di sebelah kanan ada intercom dan dihubungi ke unit rumah, apabila saya tekan no unit, dan dia kata “ya?” dan saya kata “mokhtar”. Terus pintu dibuka dan saya percaya dibuka oleh tuan rumah.

Mohd Yusof: Suara yang jawab lelaki atau perempuan?

Saiful: Lelaki

Mohd Yusof: Dah beberapa kali pergi ke kondo En Hassannuddin, setiap kali perlu kata mokhtar dan tekan 1152?

Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Berapa kali dengar suara lelaki yang kata ya? Suara yang sama?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Bagitau mohktar dan pintu ke lif buka dan apa berlaku?

Saiful: Dari pintu lif saya ke tingkat 5.

Mohd Yusof: Keluar lif?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Unit ini di mana bila keluar lif, pergi kanan atau kiri?

Saiful: Keluar lif pergi ke kanan

Mohd Yusof: Masa keluar apa terjadi?

Saiful: Saya berselisih dengan seseorang

Mohd Yusof: Dari pintu lif dengan orang itu berapa jauh?

Saiful: Pada masa itu orang itu baru keluar dari unit En Hassanuddin, dan berselisih dalam perjalanan.

Mohd Yusof: Kenal dengan orang yang berselisih?
Saiful: Tidak kenal

Mohd Yusof: Lelaki atau perempuan?

Saiful: Lelaki

Mohd Yusof: Ingat pakaian?

Saiful: Ingat, baju gelap seperti coklat, seluar saya tak pasti

Mohd Yusof: Rupa boleh ingat?

Saiful: Tak ingat

Mohd Yusof: Masa berselisih ada kata apa-apa?

Saiful: Tidak tetapi dia ada senyum.

Mohd Yusof: Selepas itu?

Saiful: Saya terus menuju ke unit 1151

Mohd Yusof: Diberitahu ke unit Hassanuddin kenapa ke 1151?

Saiful: Setiap kali ke sana, saya diarahkan ke unit 1151

Mohd Yusof: Jadi hari itu diarahkan ke unit 1151?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: 11-5-1 siapa punya unit?

Saiful: Anwar bagitau unit Hassanuddin tetapi sebagai rumah tetamu

Mohd Yusof: Sampai ke unit 1151, apa yang kamu buat sampai ke muka pintu?

Saiful: Tiba di unit tersebut buka pintu, tak berkunci, masuk letak kasut di sebelah kiri belakang pintu

Mohd Yusof: Masa buka pintu, nampak siapa di dalam?

Saiful: Dari pintu tersebut tak nampak

Mohd Yusof: Bila masuk?

Saiful: Nampak Anwar duduk di meja makan

Mohd Yusof: Selain duduk di meja makan ada Anwar buat apa-apa?

Saiful: Tiada duduk di meja makan saja

Mohd Yusof: Saya terlupa, beg yang ada dokumen ada bawa?

Saiful: Ada

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tenteng jadual kerja, tidak lama selepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

“Can I fuck you today?”

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Saiful: Marah dan takut

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Saiful: Tolak pelawaannya

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Saiful: Saya kata saya tak mahu melakukannya

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa, bila kamu kata tak nak melakukannya?

Saiful: Dengan nada marah Anwar kata “what?”

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Saiful: Saya ulang yang sama

Mohd Yusof: Seterusnya?

Saiful: Anwar agak marah dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Yusof: Adakah kamu ke bilik tidur utama seperti diarahkan?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Siapa pergi dulu?

Saiful: Saya pergi dulu

Mohd Yusof; Dalam bilik utama apa berlaku?

Saiful: Dalam bilik utama Anwar pergi ke hujang bilik untuk tutup langsir. Saya ketika itu masih ada di pintu, kemudian Anwar pergi ke pintu untuk tutup lampu bilik.

Mohd Yusof: Jadi gelap la bilik itu?

Saiful: Ada cahaya dari pintu tandas dan celah-celah langsir

Mohd Yusof: Lepas itu?

Saiful: Anwar arahkan saya membersihkan diri di dalam tandas

Mohd Yusof: Tandas atau bilik air?

Saiful: Bilik air

Mohd Yusof: Anwar arahkan bersih diri?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Teruskan?

Saiful: Ya, saya masuk ke tandas dengan berpakaian, saya bilas badan tetapi saya tak mandi sepenuhnya.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya kaler putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, dibahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Karpal: May this evidence be in camera?


Apa motif Anwar bangkitkan unit 1152 ?

Seperti yang diberitahu sendiri oleh Saiful, dia diarahkan ke unit 1151 dan diliwat di sana sekitar jam 3.01 dan 4.30 petang, Tetapi Anwar tidak berminat dengan masa dan unit 1151 itu, sebaliknya lebih berminat dengan unit 1152.

Memang benar sebelum itu di antara jam 12 tengahari hingga 2.00 petang, Anwar bermesyuarat di unit 1152 (rumah Hassanuddin), tetapi selepas jam 2.00 petang Anwar telah berpindah ke unit 1151, tempat yang didakwa berlaku kejadian liwat tersebut.

Dalam perjalanan ke unit 1151 itu, Saiful mengakui berselisih dengan seorang lelaki (Prof Dr Arif?) yang telah selesai bermesyuarat dengan Anwar.

Keterangan Saiful menyokong fakta tersebut, di mana apabila dia sampai ke Unit 1151, jam 2.45, didapati Anwar sudah ada dalam unit itu duduk di meja makan.

Jadi apa motif, Anwar bangkitkan soal unit 1152, tempat beliau bermesyuarat dari jam 12 tengahari hingga jam 2.00 petang, sedangkan pertuduhan dikenakan ke atasnya di Unit 1151, antara jam 3.01 minit hingga 4.30 petang ?

Adakah Anwar mahu meragukan rakyat dengan menyatakan beliau bermesyuarat di Unit 1152 dari jam 12 tenghari hingga 4.30 petang ? Sanggupkah Prof Dr Arif dan Hassanuddin menjadi alibi palsu sedangkan kedua-dua pihak itu telah membayar peguam pemerhati masing-masing ?

Kenyataan Saiful disokong bukti CCTV

Berikut merupakan keterangan Saiful di mahkamah pada 4 Februari 2010 yang dibuktikan melalui rakaman CCTV

Mohd Yusof: Di peringkat ini, Pihak Pendakwaraya (PP) ingin kemukakan rakaman CCTV untuk confirmed the presence of the complainant at the vicinity. We will be using the walking copy dan akan mengemukakan the original copy through a witness later whom will be taken by Mohd Hanafiah.

Hakim: Untuk lihat dan confirm?

Mohd Yusof: Ya, PP telah serah gambar tetapi untuk tujuan hari ini dalam gambar ini, bercadang untuk mainkan recording pada 26 Jun petang untuk pergi ke skrin berkaitan. Ada 2 hard disk yang terlibat.

Hakim: Lihat dan camkan muka dia dan kereta?

Mohd Yusof: Ya

Karpal: Confirmed that we have been served under s.51A

Jurubahasa Mahkamah: SP1 (saksi pertama) diingatkan masih dalam sumpah

Mohd Yusof: Akan minta pembantu pergi ke 2.45 petang 26 Jun.Minta SP1 pandang ke skrin.14:46 (2.46 petang) masanya. Ini camera di entrance.

Hakim: Anwar nampak?

Anwar: Tak berapa terang

[Anwar duduk di bar table untuk hampir dengan skrin]

Pembantu: Masalah “hang” sebentar

Mohd Yusof: Terus pergi hard disk di lif. En Hanafiah will examine the w relating to the hard disk. 14:42 (2.42)

Mohd Yusof: Yang ada gambar, sebelum tutup lif, gambar siapa?

Saiful: gambar saya

Mohd Yusof: Ini masa di mana?

Saiful : Di P2

Mohd Yusof: Teruskan?

Saiful: Ini adalah dari P2 ke tingkat 5. Saya keluar dan terus ke kanan.

Mohd Yusof: Lihat lelaki ini? Adakah ini lelaki yang kamu selisih?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Gambar keluar dari lif? Frame 16:11 (4.11)

Saiful: Saya di tingkat 5, masuk lif untuk turun ke bawah. Ini masa balik.

Mohd Yusof: Itu beg hitam?

Saiful: Ya, beg hitam yang saya pegang

Mohd Yusof: Itu kamu keluar di GF?

Saiful: Tersilap keluar. [frame berjalan terus] baru berada di P2

Mohd Yusof: Ketibaan pada 14:47 (2.47). Nak tunjukkan ketibaan SP1, naik kereta apa?

Saiful: Saya naik Fiat merah WPK 5925

[“Hang” lagi]

Mohd Yusof: Sebelum ini berfungsi dengan baik.

Pembantu: Hard disk 1 yang “hang”

Mohd Yusof: Kita dah uji tayang, jika begitu saya teruskan dengan EIC saya.

Hakim: 14:47 (2.47) belum ditunjukkan di makamah

Mohd Yusof: Saya ingin tunjuk gambar-gambar, lihat gambar 1, boleh tahu siapa?

Saiful: Saya

Mohd Yusof: Gambar 2?

Saiful: Ini kereta yang saya pandu, ini masa tiba

Mohd Yusof: gambar 3-6, gambar kamu?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Siapa itu?

Saiful: Saya dari P2 ke tingkat 5

Mohd Yusof: Ada bawa beg hitam?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Adakah ini lelaki yang kamu kata berselisih dengan kamu?

Saiful: Ya

Mohd Yusof: Masa yang tertera, masa adalah 14:42 (2.42), lelaki itu masuk berbeza adalah 9 saat

Hakim: Let the people of CCTV to explain

Mohd Yusof: Gambar 8-13

Saiful: Ya, ini gambar saya yang masih bawa beg

Mohd Yusof: 14-15, gambar apa?

Saiful: Saya naiki van meninggalkan kondo

Mohd Yusof: Pada peringkat ini pohon izin tanda gambar as ID5

ID5A-O – gambar ikut m/s

Hakim: Diizinkan

ID5A-O – gambar CCTV pada 26 Jun

Mohd Yusof: Kamu telah tinggalkan tempat itu, pada 4.15 petang dan Anwar ada di dalam bilik?

Saiful: Ya










0 comments: