Saturday, August 21, 2010

Anwar ketakutan, perang Ezam-Azizah mendedahkan skandal baru...

Cabaran Ezam kepada Azizah melengkapkan satu episod kisah seorang banduan, bernama Anwar Ibrahim, seorang yang didapati bersalah meliwat pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar. Meskipun ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar bersetuju, Anwar melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, namun dia dibebaskan pada tahun 2004, atas sifat perikemanusiaan. Cukuplah Anwar dipenjara dari 1998 -2004, semoga pengajaran di penjara Sungai Buloh, dia telah bertaubat dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.


Tetapi benarkah Anwar telah bertaubat setelah 6 tahun di penjarakan ? Jika meneliti ucapan Anwar di New York, pada Disember 2005, dalam program NED, nampaknya pengalaman 6 tahun itu tidak merubah dirinya daripada meninggalkan perbuatan terkutuk itu, malah pemenjaraan itu membuatkan terus memperjuangkan 'kebebasan dan hak asasi kumpulan minoriti(homoseksual'. Maknanya Anwar tidak pernah bertaubat!

Di sini bermulanya episodnya. Episod satu, (sekitar antara tahun 1998-2004) Anwar dihukum bersalah dan di penjara di Sungai Buloh selama 6 tahun kerana didapati bersalah melakukan salah guna kuasa untuk melindungi hubungan seks dan bersalah perbuatan liwat ke atas Azizan Abu Bakar, tetapi dibebaskan pada tahun 2004 walaupun kesemua hakim percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kesimpulan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan : "We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

[Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual (dengan Azizan Abu Bakar) dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku]

Episod kedua (sekitar tahun 2005-2007), Selepas dibebaskan, Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi pekerja kepada rangkaian kumpulan Yahudi. Anwar berada hampir tiga tahun di negara yang mengiktiraf kebebasan homoseksual dan perkahwinan sejenis, tanpa ditemani isterinya, Azizah, tetapi sekali sekala kembali ke Malaysia untuk membantu PKR.

Dan episod ketiga (sekitar tahun 2008-hingga sekarang), Anwar didakwa di Mahkamah Tinggi, sekali lagi atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saiful telah melakukan apa cara untuk membuktikan dakwaannya benar, termasuk bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, wattalahi, tetapi Anwar bukan sahaja enggan bersumpah, malah bersungguh-sungguh untuk melengah-lengahkan kes dengan pelbagai alasan.

Persoalannya, polemik Ezam-Azizah hari ini melibatkan episod mana ? Jawapannya bukan episod ketiga tetapi episod 1 dan 2, iaitu semasa Anwar di penjara Sungai Buloh dan selepas dibebaskan, ketika Anwar menetap di Amerika Syarikat dan sekali sekala pulang ke Malaysia.

Subjek perbahasan Ezam-Azizah adalah berkenaan seorang lelaki bernama Rashid. Siapa Rashid ? Kenapa lelaki itu menjadi subjek perbahasan ? Untuk mengetahui siapa lelaki ini dan kenapa jadi subjek perbahasan, sila baca tulisan saya sebelum ini, klik di sini

Ezam mengaku kejadian itu berlaku pada tahun 2005, ketika berceramah di Kota Raja, Taman Sri Andalas, Klang baru-baru ini. Ketika itu, Ezam merupakan Ketua AMK PKR, manakala Anwar pula menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Skandal Rashid tidak pernah diketahui umum sebelum ini, kecuali di kalangan inner circle Anwar, termasuk Azizah, Ezam, Pak Sani (pemandu peribadi Anwar), Mak Andak (saudara terdekat Anwar).

Perkenalan Anwar dengan Rashid ketika sama-sama menghuni di Penjara Sungai Buloh. Rashid dikatakan teman rapat Anwar semasa di penjara itu dan menjadi 'tukang urut peribadi' Anwar. Bermakna, benarlah seperti yang diperkatakan Anwar semasa berceramah di New York pada tahun 2005, pemenjaraannya selama 6 tahun tidak mengubah dirinya, sebaliknya menambahkan azamnya turut terus memperjuangkan kebebasan. Kebebasan apa ? Anda boleh jawab sendiri.

Dengan polemik terbaru Ezam-Azizah berkenaan Rashid, membuktikan Anwar tidak pernah bertaubat, bahkan masih meneruskan aktiviti yang sama, walaupun berada dalam penjara.

Selepas Anwar dibebaskan, begitu juga Rashid dari penjara Sungai Buloh, Anwar terus menawarkan kepada Rashid jawatan 'tukang urut peribadi' dan ditempatkan di rumah Anwar. Rumah Anwar itu adalah rumah lama di Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Adakah Wan Azizah kenal siapa Rashid ? Jawabnya amat kenal, kerana lelaki itu sentiasa berlegar di rumahnya. Kenapa Azizah tidak suka kepada Rashid, sedangkan jawatannya hanya sebagai 'tukang urut peribadi' Anwar. Jawabnya hanya Wan Azizah dan Anwar sahaja yang tahu.

Saya telah menulis secara terperinci mengenai sikap tidak suka Azizah kepada Rashid sebelum ini. Sila baca di sini

Insiden berlaku ketika pertembungan perjalanan Wan Azizah dan Anwar. Wan Azizah jalan perjalanan ke Washington melawat anak-anaknya yang turut dihantar belajar ke Amerika Syarikat. Salah seorangnya, Nurul Izzah yang belajar di universiti sama tempat ayahnya mengajar iaitu Universiti John Hopkins. Manakala, Anwar ketika itu dalam perjalanan bercuti dari Washington ke Malaysia untuk menguruskan kerja-kerja parti.

Wan Azizah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Anwar semasa ketiadaannya, sebab itu dia mengirimkan SMS dan menelefon orang kepercayaannya, Ezam Mohd Nor. Azizah memang rapat dengan Ezam, dari Anwar dipenjarakan, hingga Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Ezam lah tempat bergantung Azizah. Mereka ibarat satu keluarga.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat.

Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih dan karipap (kuih kegemaran Anwar) kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.

Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Azizah, walaupun Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.

Hakikatnya Ezam tidak dapat menunaikan permintaan Azizah untuk menghalau Rashid daripada bermalam di rumahnya bersama Anwar, kerana dia tahu, Rashid dijemput ke rumah itu oleh tuan rumahnya sendiri, iaitu Anwar Ibrahim. Apa hak Ezam mahu halau Rashid, sedangkan Anwar sendiri jemput Rashid bermalam di rumahnya.

Episod inilah yang menjadi perdebatan Ezam-Azizah sekarang ini, walaupun kedua-dua tidak menyebut lelaki mana yang menjadi subjek perbahasan tetapi Anwar tahu siapakah lelaki yang dimaksudkan itu.

Sebab itu jawapan Azizah sendiri tidak konsisten dalam jawapannya berkenaan isu tersebut. Kali pertama ketika menjawab dengan Agendadaily, dia mengaku pernah memberi arahan tersebut kepada Ezam. Namun setelah disedari oleh Anwar, pengakuan Azizah itu membawa padah, Anwar mendesak Azizah menukar pengakuan dengan mengatakan dakwaan itu fitnah dan disertakan ugutan saman di mahkamah.

Sejarah Azizah, dia tidak terkenal dengan budaya saman menyaman, tetapi sejarah Anwar penuh dengan tradisi saman menyaman walaupun dari kes liwat, dia sendiri tidak percaya dengan sistem perundangan di Malaysia. Ketika saman orang lain, Anwar menaruh sepenuh kepercayaan kepada sistem mahkamah Malaysia, tetapi ketika dirinya sendiri didakwa di mahkamah, dia menimbulakan pula isu ketidakbolehan percaya kepada sistem mahkamah Malaysia. Flip flop!

Dan apa tujuan, Anwar mengarahkan Azizah mengertak Ezam menggunakan saman di mahkamah ? Tujuannya, untuk memastikan skandal baru Anwar tidak diketahui umum, sebagaimana Anwar berusaha melindungi kes meliwat Saiful tidak diketahui umum.

Yang pasti, skandal terbaru ini berbeza dengan kes Saiful. Kes Saiful bermula pada tahun 2008, dari Mac 2008 hingga 28 Jun 2008. Tetapi skandal terbaru ini berlaku sebelum daripada itu, dari Anwar berada di penjara Sungai Buloh hingga Mac 2005.

Jika Anwar tidak bendung polemik ini, bakal meletup satu lagi skandal baru, selain Saiful (yang sedang dibicarakan sekarang) dengan seorang lagi lelaki misteri bernama Rashid.

Sanggup Azizah meneruskan polemik ini lagi ?



0 comments: