Saturday, August 14, 2010

Berapa kali lagi Anwar mahu gugurkan kes liwat ?

Isnin ini (16 Ogos) merupakan tarikh hakim buat keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar untuk menggugurkan kes atau tidak. Apa hujah Anwar untuk menggugurkan kes kali ini ? Anwar dakwa adanya dakwaan hubungan intim antara Saiful Bukhari Azlan dengan bekas anggota pasukan pendakwa Farah Azlina Latif.

Adakah hujah ini kuat ? Hujah ini amat lemah. Apakah sumber Anwar untuk menyokong dakwaannya ? Satu sumber sahaja, iaitu surat layak yang ditulis di blog kroni Anwar, Raja Petra Raja Kamaruddin(RPK). Adakah RPK bersedia hadir ke mahkamah untuk menyokong dakwaan Anwar ? Sudah semestinya RPK tidak hadir, kerana dia sendiri melarikan diri ke luar negara setelah menghadapi kesnya di mahkamah Malaysia.Bagaimana seorang yang melarikan diri daripada menghadapi sistem perundangan Malaysia, boleh dijadikan rujukan untuk menyokong kes lain?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata dakwaan wujudnya hubungan sulit Farah Azlina dan pengadu seperti terkandung dalam permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah 'dengar cakap' semata-mata.

''Ia hanya satu dakwaan kosong tanpa pengetahuan beliau sendiri. Apa sahaja dalam afidavit Anwar telah dilaporkan dalam akhbar,'' katanya.

Justeru itu tidak menghairankan jika Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan dakwaan hubungan intim Saiful-Farah tidak relevan dengan perbicaraan kes liwat yang sedang dibicarakan. Klik di sini

Apabila hakim menolak isu hubungan intim Saiful-Farah, Karpal Singh, ketua peguam bela Anwar membangkitkan isu lain pula. Kali ini, isu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria yang berpoligami pula.

Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sudah nampak hala tuju niat Karpal tersebut, sebab itu beliau berkata :

''Tiada afidavit balasan difailkan terhadap afidavit yang jawapan Hanafiah. Sekarang nak bangkitkan isu kahwin dua, satu isu yang tidak ada kaitan.

''Adakah dengan berkahwin sekali lagi di Thailand bermaksud Hanafiah seorang yang tidak jujur? Hanafiah menjawab notis usul berlandaskan apa yang beliau ketahui dan bukannya seperti Anwar yang memfailkan notis berdasarkan apa yang dia dengar,''

''Tindakan pihak pembelaan memfailkan bermacam-macam permohonan, notis dan afidavit serta melengah-lengahkan perbicaraan sebenarnya menyalahgunakan proses mahkamah,''

"Buat kali pertama saya bercakap... kami tidak boleh membenarkan pembelaan terus melambatkan perbicaraan ini. Kita tidak boleh melihat semata-mata kepentingan tertuduh. Kita harus melihat kepentingan pengadu serta orang awam,"

Daripada keterangan-keterangan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dapat dibuat kesimpulan bahawa hujah untuk menggugurkan kes berdasarkan hujah hubungan intim Saiful-Farah sangat lemah dan Karpal sendiri mengetahui kerelevanan hujah tersebut. Sebab itu Mohd Yusof berpendapat bukan tujuan sebenar Karpal mahu menggugurkan kes bila berpegang dengan hujah tersebut, tetapi matlamat sebenar Karpal adalah untuk melengah-lengahkan prosiding.

Dr Razali tunggu soal balas Karpal

Seorang pengomen tegar di AIDC, NTAnwar2 mengutarakan pendapat, seandainya benar Karpal mahu menggugurkan kes, Karpal perlu berhujah dengan hujah alibi, iaitu Anwar tiada di tempat kejadian, seperti yang pernah didakwanya sebelum ini. Karpal mendakwa pada masa, tarikh dan tempat hari kejadian dakwaan liwat tersebut, Anwar berada di unit 1152 dan bukannya unit 1151 seperti didakwa. Kenapa Karpal tidak menggunakan hujah ini yang jauh lebih kuat daripada hujah 'hubungan intim Saiful-Farah' untuk menggugurkan kes ?

Di sini jelas, Karpal sendiri tidak yakin dengan hujah alibi, sebab itu beliau ragu-ragu untuk menjadikan hujah ini sebagai hujah utama untuk menggugurkan kes. Hujah alibi hanya rekaan Karpal semata-mata. Bagaimana Karpal mahu berpegang dengan hujah alibi, sedangkan pemilik kondominium, Hassanuddin Abd. Hamid menjadi saksi utama yang mengesahkan Anwar dan Saiful berada di unit 1151 pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa. Klik di sini

Maksudnya apa ? Maksudnya jika Anwar tidak menggunakan hujah alibi, bermakna secara langsung Anwar tidak dapat menafikan pada tarikh (26 Jun 2008), tempat (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur) dan masa (antara 3.01 petang dan 4.30 petang), Anwar dan Saiful berada di tempat kejadian. Anwar dan barisan peguamnya tidak dapat menyangkal hujah ini.

Menurut NTAnwar2 tujuan Karpal membangkitkan isu Saiful-Farah dan menggugurkan kes semata-mata untuk mengelakkan diri daripada menyoal balas keterangan pakar bedah Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim. Klik di sini

Dr Razali berkata dia telah mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.

Katanya, pelincir (KY Jelly) digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful. Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani Anwar di dalam dubur Saiful. Klik di sini

Kenapa Anwar tidak berpegang lagi hujah 'tiga doktor' ?

Sebelum ini Anwar pernah mahu menggugurkan kes, dengan menggunakan hujah 'tiada penetrasi dari 'keterangan tiga doktor'. Ketika itu, ketua peguam bela Anwar disandang oleh Sulaiman Abdullah. Sivarasa Rasiah, salah seorang team peguam Anwar berusaha menggugurkan kes menggunakan hujah tersebut. Sekarang Sulaiman Abdullah menarik diri daripada team peguam Anwar setelah merasakan beliau tidak sanggup lagi untuk berkompromi dengan karenah Anwar yang lebih berminat untuk melengah-lengahkan kes.

Sebelum Sivarasa Rasiah dipecat dari team peguam Anwar, beliau pernah berusaha untuk menggugurkan kes dengan bersandarkan 'keterangan tiga doktor', walaupun ketika itu doktor-doktor yang dijadikan hujah oleh Sivarasa belum lagi memberi keterangannya.

Sivarasa berhujah; "Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal, katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku"

Hujah Hospital Pusrawi adalah hujah yang amat lemah. Dr Novandri Hassan Basri,dari Pulau Pinang mematahkan hujah ini dari sudut pandangan doktor. Pertama doktor Hospital Pusrawi hanya doktor biasa dan tidak pakar dalam bidang liwat. Doktor itu tidak membuat diagnosis yang tepat dan mencadangkan Saiful ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kedua menurut Dr Novandri, jika doktor Pusrawi hanya doktor biasa, bekerja di hospital swasta, sepatutnya cukup dengan hanya mendapatkan informasi daripada pesakit dan tidak meneruskan diagnosis di luar daripada kepakarannya. Doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).Klik di sini

Perkara yang sama turut diperkukuhkan dengan hujah daripada Pengarah Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmod Wan Yaakub mengesahkan doktor yang memeriksa Saiful hanyalah doktor biasa yang bertugas di bahagian kecemasan dan kemalangan dan bukannya doktor pakar serta pemeriksaan dilakukannya tidak berkaitan dengan liwat.

Hujah Sivarasa mereka mempunyai bukti sokongan daripada Hospital kerajaan (HKL) juga boleh dipertikaikan. Bagaimana barisan peguam Anwar mempunyai mempunyai semua salinan laporan doktor HKL, jika permohonan mereka untuk mendapatkan salinan itu tidak diizinkan oleh pihak mahkamah ?

Adakah barisan peguam Anwar 'mencuri' dokumen sulit dari hospital kerajaan, sebagaimana yang mereka lakukan ke atas hospital swasta ?

Sebarang bukti dan dokumen pesakit adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum, tanpa keizinan daripada pesakit, itulah amalan dan etika kedoktoran yang diamalkan di hospital kerajaan. Jadi dari mana peguam Anwar mendapat bukti sokongan itu yang didakwa dari hospital kerajaan ?

Kalau hanya bergantung kepada cebisan salinan yang dibekalkan oleh pihak pendakwa kepada pihak peguambela Anwar, adakah itu cukup kuat untuk Anwar berhujah, sedangkan pasukan pendakwa mempunyai laporan terperinci yang belum didedahkan kepada umum ?

Sebab itu, pasukan pendakwa berhujah, masuk bicara dahulu, pasukan pendakwa akan memberi kesemua dokumen-dokumen dari hospital kerajaan dan cabar di mahkamah adakah relevan atau tidak ? Kenapa Anwar dan pasukan pendakwanya takut memasuki fasa itu (dibicarakan)?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan hari ini membuat kesimpulan bahawa laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia benar-benar diliwat oleh Anwar.

Tiada kesan penetrasi, bukan bererti tidak diliwat, kerana Anwar boleh menggunakan pelincir (KY Jelly) semasa melakukan aktiviti sodomi itu sehingga tidak meninggalkan kesan. Tetapi bagaimana dengan kesan air mani Anwar yang terdapat di dalam lubang dubur Saiful hasil daripada ujian DNA, hospital kerajaan ? Klik di sini

Berdasarkan hujah yang amat lemah ini, maka tidak hairan cubaan Anwar untuk menggugurkan kes berdasarkan hujah ini ditolak oleh mahmakah.

Sekarang salah seorang doktor kerajaan, Dr Mohd Razali mahu beri keterangannya di mahkamah, tetapi Anwar sendiri tidak berminat untuk mendengarnya walaupun satu ketika dahulu, beliau sendiri ghairah menggunakan hujah 'keterangan doktor' tersebut.

Karpal sendiri berusaha menangguhkan kes supaya Dr Razali tidak berjaya memberi keterangannya.

Kenapa Anwar dan Karpal bersikap double standard ?

Dan semestinya kita sudah dapat membaca strategi Anwar/Karpal ini, walaupun mereka tahu hujah mereka lemah, tetapi mereka tetap berusaha juga, selepas ini sekiranya gagal, mereka akan fail rayuan pula, jika gagal lagi mereka akan fail ke Mahkamah Presekutuan pula dan seterusnya jika gagal lagi mereka akan fail menggugurkan hakim pula...seterusnya dan seterusnya..

Anda nampak motif tersirat Anwar itu ?






0 comments: