Sunday, August 15, 2010

Kata Anwar : Mengapa gentar berhadapan kebenaran !

Hari ini, Anwar meluahkan kekecewaan di blognya dengan keputusan hakim menolak permohonannya untuk menggugurkan kes liwat.

Kata Anwar : "Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan"

"Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!"

Maksudnya Anwar sendiri sudah menduga hakim akan menolak permohonannya. Kalau sudah duga, kenapa pohon juga ?

Itu lah rahsianya, Anwar memang sengaja memohon itu ini, walaupun sudah diketahui tidak berjaya bukan sekadar bertujuan untuk melengah-lengah kes, tetapi yang lebih utama untuk menarik simpati rakyat, mahu membuktikan semua yang dipohonnya telah ditolak. Walhal, sepatutnya dari lagi Anwar tidak memilih jalan 'bicara dalam bicara' kerana pasti menganggu prosiding induk. Tetapi Anwar memilih juga jalan berliku-liku itu, soalnya kenapa ?

Prosiding induk adalah dakwaan Anwar meliwat Saiful, dan Anwar pohon lagi perbicaraan cabang, iaitu menuduh Saiful mengadakan hubungan intim dengan Farah. Itu bukan menjawab soalan, tetapi melarikan diri daripada menjawab soalan.

Baik, kalau benar sekalipun Saiful dan Farah ada hubungan intim, so what ? Adakah menjejas dakwaan induk yang Anwar meliwat Saiful ?

Kenapa Anwar terlalu cemburukan soal 'hubungan intim' Saiful-Farah ? Anwar mendakwa lagi Saiful dan Farah dapat akses dokumen dan perbicaraan. Apa bukti Anwar untuk menyokong dakwaan ini, sedangkan barisan peguambela Anwar tidak pun menjawab afidavit Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Judy Pereira yang menyatakan bahawa Farah Azlina tidak akses kepada dokumen siasatan dan perbicaraan. dan peranannya hanya setakat mengambil nota prosiding kes.

Seandainya soal akses dan keselamatan dokumen yang Anwar risaukan, kenapa Anwar tidak membalas afidavit Hanafiah dan Judy Pereira itu?

Afidavit Hanafiah mewakili pihak pendakwa dan Judy Perreira mewakili pegawai penyiasat Anwar, kedua-duanya menafikan Saiful dan Farah boleh akses dengan dokumen dan perbicaraan. Saiful adalah saksi yang mempunyai peguamnya sendiri, Zambri Idrus. Zambri juga tiada hak untuk akses dokumen pasukan pendakwa, dia hanya peguam pemerhati yang mewakili Saiful sahaja. Farah pula bukan pasukan peguam, tetapi sekadar mengambil nota prosiding kes sahaja.

Seandainya Anwar mempunyai bukti, kenapa Anwar dan barisan peguamnya tidak menjawab afidavit Hanafiah dan Judy Perreira itu ? Dari segi afidavit pun Anwar sudah tewas.

Afidavit Anwar hanya afidavit membuat tuduhan wujudnya hubungan intim Saiful-Farah tanpa disertai dengan bukti. Anwar gagal mengemukakan bukti sokongannya kecuali bersandarkan surat layang, Raja Petra Raja Kamaruddin di blog Malaysia-today.

Sebab itu, Anwar dan Karpal sangat marah apabila Saiful atau Farah tidak membalas afidavit Anwar, kerana Anwar/Karpal sudah tahu kes ini sangat lemah tanpa pengakuan orang tertuduh. Seandainya orang yang Anwar tuduh tidak mengaku wujudnya 'hubungan intim', jadi di mana asas tuduhan Anwar ?

Kenapa Saiful dan Farah perlu menjawab afidavit Anwar sekiranya mereka sudah tahu itu adalah perangkap yang bertujuan untuk mengalih isu dan membuang masa. Anwar sendiri tidak menjawab afidavit Hanafiah dan Judy Perreira, kenapa marah pula kepada Saiful dan Farah yang tidak memberi respon dakwaan Anwar.

Dan seandainya Anwar benar-benar yakin Saiful dan Farah ada hubungan, dan Anwar benar-benar marah kerana hubungan itu, Anwar boleh mengemukakan satu permohonan baru untuk membicarakan 'hubungan intim' itu. Buka kes lain, bukannya campur aduk dengan kes ini.

Pendakwa menuduh Anwar meliwat Saiful Bukhari. Anwar dan peguamnya pula mendakwa Saiful mempunyai intim dengan Farah. Soalan yang dituduh kepada Anwar, tidak dijawab, tetapi dia pula menuduh pula Saiful berhubungan dengan orang lain tanpa bukti kukuh. Jadi siapa sebenarnya gentar berhadapan dengan kebenaran?



0 comments: