Sunday, November 22, 2009

23 November, bermula semula kes liwat Anwar



Drama dalam drama Anwar sudah sampai ke penghujung. Sepatutnya kes liwat Anwar-Saiful dibicarakan Julai lalu, tetapi kerana Anwar menggunakan pra-bicara sebelum perbicaraan, maka kes ini meleret-leret sampai sekarang. Bermula dengan drama mahukan dokumen, drama mahu gugurkan semua barisan pendakwa hingga kepada drama mahu gugurkan kes liwat.

Sekiranya kes ini dibicarakan Julai lalu, sekarang mungkin kita sudah tahu keputusannya. Benarkah Anwar tidak meliwat Saiful seperti yang didakwanya ? Benarkah laporan doktor mengesahkan Anwar tidak meliwat seperti yang didakwa Anwar ? Dan Benarkah Anwar mempunyai alibi yang mengesahkan dia tidak berada di tempat kejadian, seperti yang selalu diperkatakan dalam mana-mana ceramah ? Tetapi semua persoalan-persoalan itu tidak dapat dijawab hingga sekarang, kerana Anwar yang mengaku 'berani' dan bersedia 'berhujah di mahkamah', sebenarnya 'takut' dan berusaha untuk melengah-lengah kes.

Masih ada talian hayat Anwar untuk melengah-lengah kes lagi ? Nampaknya semua talian hayat telah digunakan Anwar dalam tempoh lima bulan lepas. Hanya satu lagi talian hayat yang bakal digunakan esok (23 Nov) iaitu menggugurkan kes. Jika talian hayat ini juga ditolak, maka Anwar tiada pilihan lain, kecuali terpaksa berdepan dengan realiti, iaitu dibicarakan secara anak jantan di mahkamah.

Tetapi melihat kepada persediaan Anwar menambah lagi barisan peguamnya, dengan memasukkan barisan peguam veteran iaitu Raja Aziz Addruse, 73, Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan 65, mengesahkan bahawa Anwar tidak terlalu bergantung kepada talian hayat terakhirnya itu.

Dengan kemasukan barisan peguam veterannya itu mengesahkan lagi semua percubaan-percubaan yang dibuat sebelum ini sekadar untuk 'test market', jika berjaya, bagus, jika tidak berjaya, tiada apa-apa, tetapi niat sebenarnya adalah untuk melengah-lengahkan kes.

Sementara itu dalam masa sama mencari jalan belakang, berunding secara luar untuk 'memujuk' Saiful menarik semula kes. Bukan rahsia lagi, Soh Chee Wen, orang upahan Anwar telah merisik, kaum kerabat Saiful, termasuk sepupu-sepupunya, memujuk, menyogok dan termasuk menawarkan rasuah sebanyak RM5 juta sebagai bayaran Saiful menarik semula kesnya itu. Apa maksud semua 'permainan' ini ?

Apakah strategi Anwar melengah-lengahkan kes memberi keuntungan politik kepadanya atau menyebabkan semakin ramai rakyat Malaysia, ragu-ragu kepadanya ?

Tiada survey yang tepat dapat memberi jawapan soalan tersebut. Tetapi survey yang dibuat oleh NTV 7 berkenaan dengan siapa yang paling layak menjadi Pengerusi PR menunjukkan Anwar tidak lagi menjadi pilihan. Sepatutnya undian itu berpihak kepadanya, kerana dia merupakan penyandang Pengerusi PR sampai sekarang. Kenapa pengundi tidak percaya lagi dengan kewibawaan Anwar dan mencadangkan calon lain menjadi Pengerusi PR ?

Salah satu sebabnya, semakin ramai rakyat Malaysia yang mula ragu-ragu dengan pertuduhan liwat Anwar dengan Saiful. Maknanya rekod peribadi Anwar tidak 'bersih' seperti yang didakwanya. Terdapat banyak titik-titik kelabu dalam peribadi Anwar, yang tidak dibersihkannya secara bersungguh-sungguh.

Sebagai ahli politik yang menawarkan diri menjadi PM Malaysia, sepatutnya, dari sehari ke sehari Anwar mampu menambahkan pengikutnya, dan bukan sebaliknya.

Bak kata Lokman Nor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, 'Hampir semua kawan-kawan yang rapat dengan Anwar Ibrahim, melarikan diri daripadanya, mungkin kerana mereka sudah tahu 'penyakit sebenar' Anwar "

Benar kata-kata Lokman. Lihat apa yang terjadi kepada kawan-kawan rapat Anwar. Dr Chandra Muzafar yang satu ketika dahulu memperjuangkan Anwar dan tidak percaya dengan pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar pada tahun 1998, sehingga sanggup bergelumang dalam parti Keadilan, hingga memegang jawatan top post, Timbalan Presiden Keadilan, hari ini meninggalkan Anwar dan mula meragui Anwar atas status 'peliwat' yang pernah dikenakan kepadanya.

Begitu juga dengan Zainur Zakaria, seorang kawan baik Anwar dan pernah menjadi peguam bela Anwar pada tahun 1998, hingga merelakan dirinya menjadi Naib Presiden Keadilan, tetapi hari ini juga melarikan diri dan tidak mahu lagi terlibat dengan apa-apa program yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim.

Zainur Zakaria, lebih arif tentang kes liwat Anwar, kerana dia adalah seorang peguam dan pernah menjadi peguam bela Anwar pada tahun 1998.

Bukan setakat itu, ramai lagi yang dulunya mempertahankan Anwar dalam kes liwat, seperti Saidatul Karuak (Pengerusi Keadilan Sabah), Roslan Kassim (bekas Ketua Penerangan Keadilan), Zahid Mat Arip (Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan), Marina Yussof (bekas Naib Pengerusi Keadilan), Hanafiah Man (Bekas Ketua Penerangan Pemuda Keadilan), Hamdan Taha (bekas exco Pemuda Keadilan, Abd Ghani Haron (bekas exco Pemuda Keadilan) dan ramai lagi menjauhkan diri daripada Anwar dan mula mempersoalkan kredibiliti Anwar khususnya berkaitan dengan kes liwat.

Malah lebih mengejutkan Ezam Mohd Nor, orang harapan Anwar yang digroom sejak di UIA,ke IKD hingga ke angkat menjadi Setiausaha Politik Anwar juga turut meragui bekas bosnya itu.

"Kalau Anwar tidak kenal Saiful, kenapa Anwar bawa Saiful berjalan-jalan ke luar negara, dari Dubai, Hong Kong, Singapura, kenapa ?", soal Ezam dalam salah satu ceramahnya.

Rakan sepermainan tenis Anwar, Dato Nallakarupan yang sebelum ini (pada tahun 1998) dikenakan pertuduhan menjadi 'orang tengah' dalam membekalkan wanita dan lelaki kepada Anwar yang mempunyai cita rasa seks biseksual (lelaki/wanita) juga turut mengakui semua tuduhan pada tahun 1998 adalah benar belaka.

Datuk Nalla kenal semua mangsa-mangsa Anwar. Dari Shamshida Taharin (isteri Azmin), Meor Abd Razak, Sukma Darmawan, hingga ramai lagi.

"Saya ingat lelaki ini (Anwar) akan berubah selepas dipenjarakan, tetapi lelaki ini tidak pernah berubah, sebab itu saya tampil ke hadapan untuk menyelamatkan negara", kata Dato Nalla.

Sebagai orang Islam, Lokman Nor Adam meletakkan sumpah dengan nama Allah, 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' sebagai benteng terakhir untuk membersihkan tuduhan ke atasnya. Tetapi setelah sebelas tahun berlalu, setelah kes liwat Anwar-Azizan-Sukma dibicarakan dan dijatuhi hukuman bersalah di mahkamah pada tahun 2000, Anwar tidak pernah bersumpah untuk membersihkan dirinya.

Seandainya sumpah menjadi perisai terakhir, sepatutnya Anwar telah bersumpah selepas hukuman dijatuhkan kepadanya meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandunya sebelah tahun lalu.

Tetapi menurut Lokman, Anwar pernah 'bersumpah' dalam ceramahnya di Batu Pahat Johor pada tahun 1998, tetapi sumpah Anwar terlalu umum dan tidak spesifik terhadap kes liwat seperti yang dilakukan oleh mangsanya, Saiful Bukhari Azlan.

"Takkan seorang yang kononnya bekas aktivis Islam, bekas Presiden ABIM, tidak tahu cara bersumpah yang betul menurut kaedah Islam?", soal Lokman.

Kemudian Lokman mendedahkan pada tahun 1998, Anwar memanipulasi 'kebingungan' rakyat, kononnya dia akan bersumpah di Masjid Negara. Hulubalang-hulubalang Anwar, termasuk Lokman, menampal poster dan menyebarkan propangganda di internet mengatakan Anwar akan bersumpah di Masjid Negara, sila hadir beramai-ramai!!

Tetapi apabila hadir ke Masjid Negara, Anwar tidak mahu bersumpah di dalam masjid. Tak payah bersumpah di dalam masjid, kita berceramah di mimbar masjid sahaja. Bermakna Anwar bukan mahu bersumpah, tetapi mahu berceramah dan 'iklan mahu bersumpah', semata-mata daya tarikan untuk menarik perhatian rakyat Malaysia berpusu-pusu ke Masjid Negara.

Lokman kata Anwar tidak bersumpah di Masjid Negara, dia hanya menceritakan dia pernah 'bersumpah' di Batu Pahat, 'Saya ada sebelah Anwar ketika itu, kalau ada youtube lama-lama, boleh tengok, sejak itu saya ragu-ragu mengenai Anwar", kata Lokman.

Nampaknya kes liwat Anwar pada tahun 1998, masih belum selesai sepenuhnya. Sekarang muncul pula kes terbaru meliwat bekas pegawai peribadinya, Mohd Saiful Bukhari, Anwar juga enggan bersumpah dan sedaya upaya mahu menangguhkan dan menggugurkan kes itu.

Semua kelakuan-kelakuan Anwar ini semakin menimbulkan keraguan di kalangan rakyat Malaysia..


0 comments: