Saturday, November 7, 2009

Kes liwat - Tiada lagi jalan keluar Anwar untuk mengelak ?

Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membenarkan permohonan barisan pendakwa untuk tidak menyerahkan dokumen kepada Anwar sebelum perbicaraan. Dokumen hanya diserahkan semasa hari perbicaraan. Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu dalam kes liwat itu, iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud.

Antara dokumen penting yang diminta oleh Anwar sebelum ini adalah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful Azlan (saksi utama), Dr Osman Abdul Hamid (Hospital Pusrawi), Hassanuddin Abdul Hamid (pemilik kondominium tempat kejadian kes), serta kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Dalam keputusannya, Hakim Hasan berkata dokumen yang diminta Anwar tidak termasuk dalam ketetapan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah kerana terdapat batasan bagi pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen tertentu kepada tertuduh.

"Dalam prosiding jenayah, mahkamah tidak membenarkan sebarang cubaan bagi mendapatkan siasatan," katanya ketika menyampaikan keputusan itu secara lisan dan menurutnya penghakiman penuh secara bertulis akan diberikan tidak lama lagi.

Anwar, yang tidak hadir di mahkamah, turut diwakili R.Sivarasa dan S.N.Nair, manakala Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mengetuai pasukan pendakwaan yang terdiri daripada Noorin Badarudin, C.K.Wong dan Shamsul Sulaiman.

Sekarang kes liwat Anwar-Saiful kembali semula ke Mahkamah Tinggi. Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 23 November 2009.

Pada tarikh tersebut Anwar mempunyai peluang untuk mengemukakan alasan kenapa kes ini perlu digugurkan, seperti yang dipohonnya dan sekiranya permohonannya ditolak, maka pada tarikh yang sama juga sebutan kes akan dimulakan oleh pihak pendakwa.

Sebutan kes bermakna pihak pendakwa akan mengemukakan bukti-bukti termasuk memanggil saksi-saksi, dokumen-dokumen, DNA, laporan doktor yang membuktikan bahawa Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari seperti yang didakwa sebelum ini.

Selepas sebutan kes dan bukti-bukti dari pihak pendakwa, barulah hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan masa ada kes ini relevan atau tidak. Jika bukti yang mencukupi dan relevan, Anwar dan barisan peguam belanya diminta oleh mahkamah untuk membela diri dan selepas pembelaan barulah keputusan dibuat, sama ada Anwar bersalah atau tidak meliwat Saidul Bukhari.

Tetapi dalam kes liwat Anwar-Saiful ini, Anwar nampaknya keberatan untuk meneruskan kes. Anwar dilihat sedaya upaya untuk mengelakkan kes ini disebut. Persoalanya kenapa, mengapa dan sampai bila Anwar mampu mengelak ?

Nampaknya kes liwat Anwar-Saiful ini penuh dengan dramatik:

1. Ketika Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008, Anwar melarikan diri berlindung di kedutaan asing (Turki). Kenapa dan mengapa sampai melarikan diri berlindung di kedutaan asing ?

2. Pada mulanya Anwar mendakwa tidak kenal siapa Saiful Bukhari Azlan. Tetapi apabila dikeluarkan video Saiful menemani Anwar dalam satu ceramah politik dan video Anwar berfoto dengan bapa Saiful (Azlan), Anwar terdiam hingga sekarang.

3. Sekitar September 2008, Anwar mendakwa dia tidak meliwat Saiful dan dia mempunyai sekurang-kurang lima alibi untuk mengesahkan dia tiada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang didakwa. Tetapi sehingga sekarang, Anwar tidak menggunakan hujah alibi dalam mana-mana alasan hujah pengguguran kes. Kenapa dan mengapa Anwar tidak menggunakan hujah alibi, sedangkan (kalau benar dia ada alibi), hujah itu paling kuat ?

4. Sekarang Anwar mendakwa dia mempunyai 'hujah kuat' iaitu tiga laporan doktor yang mengesahkan dia tidak meliwat Saiful. Kalau benar dia mempunyai 'hujah kuat' itu, kenapa dan mengapa Anwar masih bersunguh-sungguh merayu dan meminta dokumen-dokumen, DNA, nota perubatan dan laporan doktor daripada pihak pendakwa sebelum dibicarakan ?

5. Penyokong-penyokong PKR mempersoalkan kenapa setelah Saiful kena liwat sebanyak 9 kali, baru dia melaporkan kepada polis. Kenapa tidak laporkan ketika kali pertama kena liwat. Ini bukti konspirasi. Persoalannya macam mana penyokong PKR tahu, Anwar meliwat Saiful sebanyak sembilan kali ? Kalau sudah meliwat sebanyak sembilan kali maknanya apa ?

Sekarang terletak di tangan Anwar untuk menghadapi atau terus mengelak lagi. Kalau mahu mengelak lagi, tetapi sampai bila?

Khabarnya Anwar telah mengarahkan peguamnya untuk terus meminta-minta dokumen-dokumen itu ke peringkat yang lebih tinggi lagi

Persoalannya, jika benar, Anwar tiada di tempat kejadian, jika benar Anwar mempunyai alibi, jika benar Anwar mempunyai tiga laporan doktor yang mengesahkan dia bukan peliwat, kenapa Anwar perlu meminta-minta bukti lagi ?

Biarkan pendakwa mengemukakan bukti-bukti mereka, kemudian Anwar lawan secara anak jantan dengan bukti-bukti Anwar yang dikatakan 'kuat' itu. Biar rakyat menentukan.

Tetapi, jika Anwar sentiasa berdolak dalih dan melakukan pelbagai perkara yang ditafsirkan untuk mensabotaj, tidakkah ini perbuatan bacul yang penakut ?

Bolehkah kata-kata Anwar dipercayai ? Sejarah telah mengajar kita, sepanjang setahun setengah yang lalu, Anwar terbukti seorang politikus yang bangkrap dan pembohong. Bukti yang paling nyata adalah 16 September!



0 comments: