Saturday, November 7, 2009

Siapa yang gentar ? Anwar atau Saiful ?

Anwar Ibrahim dalam blognya hari ini menemplak pasukan pandakwa sebagai gentar kerana berjaya mendapatkan perintah mahkamah agar tidak menyerahkan semua dokumen, litar CCTV, nota-nota perubatan dan sample DNA Mohd Saiful Bukhari (saksi utama).

Kata Anwar yang kononnya seorang panglima yang sangat berani, "Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan. Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar? Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan" Klik di sini

Sekarang Anwar sudah dapat apa yang dikehendakinya, melakukan bicara dalam bicara, sebelum sebutan kes. Saiful pun dapat apa yang dikendakinya, tidak mahu membenarkan semua bukti-buktinya diserahkan sebelum sebutan kes dimulakan. Kedua-duanya dapat apa yang dikendakinya.

Sekarang masa untuk untuk memulakan bicara.Kes bakal disebut 23 November ini. Tetapi beranikah Anwar ?

Siapa sebenarnya gentar ? Anwar atau Saiful ?

1. Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menetapkan 1 - 23 Jun sebagai sebutan kes. Tetapi sebelum sebutan kes dimulakan, Anwar telah memfailkan permohonan meminta dokumen terlebih dahulu, sehingga pra-perbicaraan meleret-meleret sampai ke hari ini. Siapa yang gentar ?

2. Sebelum sebutan kes bermula, Anwar memfailkan satu lagi permohonan agar kes ini digugurkan, hingga terpaksa dibicarakan hujah-hujah kenapa perlu gugur dan tidak perlu gugur. Siapa yang gentar ?

3. Belum pun sempat pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti Anwar seorang peliwat, Anwar memfailkan satu lagi permohonan agar barisan pihak pendakwa digugurkan daripada mengendalikan kes Saiful. Siapa yang gentar ?

4. Saiful telah menyatakan kepada media bahawa dia bersedia bila-bila masa untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi Anwar sentiasa mencari alasan demi alasan agar kes ini tidak dibicarakan di mahkamah. Siapa yang gentar ?

5. Saiful Bukhari dengan beraninya telah bersumpah 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' bahawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya, jika saya berbohong maka Allah akan laknatkan diri saya.. Sumpah dilakukan di Masjid Wilayah pada tahun lepas. Tetapi hingga ke hari ini Anwar tidak berani bersumpah dengan menyebut perkara yang sama. Siapa yang gentar ?

6. Sulaiman Abdullah, ketua pasukan penguambela Anwar telah menarik diri serta merta apabila ditunjukkan bukti-bukti oleh pihak pendakwa. Kenapa Sulaiman Abdullah meletak jawatan secara tiba-tiba. Siapa yang gentar ?

7. Pasukan pendakwa hanya diwakili oleh tujuh orang, berbanding dengan pasukan peguam bela yang asalnya sembilan orang. Apabila ketuanya (Sulaiman Abdullah) menarik diri, Anwar menambah tiga lagi pasukan peguamnya menjadikan kesemuanya 12 orang. Pendakwa hanya diwakili tujuh orang, pasukan penguam bela Anwar, 12 orang. Siapa yang gentar ?

8. Anwar seperti yang dilaporkan oleh Majalah The Economist, bukan setakat seorang yang berwatak binatang, 'Chameleon', tetapi turut meminta simpati dengan Menteri Luar Australia dalam menghadapi kes liwatnya. Siapa yang gentar sebenarnya ?

Sekarang rakyat Malaysia sudah muak dengan 'drama' demi 'drama' yang diciptakan Anwar. Kalau Anwar seorang anak jantan, sila hadapi kes liwat ini secara jantan di mahkamah. Tiada lagi alasan.

Lawan Tetap Lawan!

0 comments: