Sungguh Anwar tidak menyangka, Saiful Bukhari akan datang ke mahkamah semalam. Anwar hadir, Saiful pun hadir. Ini saat keemasan, mereka bertembung, setelah kes ini dibicarakan dan sering ditangguhkan sejak satu setengah tahun yang lalu.
Sebelum ini, Anwar telah meminta orang-orangnya untuk menjejaki di mana Saiful berada. Katanya Anwar mahu 'deal' semula dengan Saiful di luar mahkamah. Anwar sanggup bayar RM2 juta kepada Saiful, jika Saiful bersedia tarik balik kesnya. Wah nampaknya begitu terdesak!
Alternatif kedua, Anwar 'upah' beberapa orang gangster untuk mencari dan mengugut Saiful. Sebab itu Saiful terpaksa berpindah randah. Sudah hampir tiga lokasi Saiful terpaksa menghilangkan diri dari jejakan 'orang-orang' Anwar.
Saiful dinasihatkan oleh ahli keluarganya untuk tidak menampakkan diri di tempat awam. Tidak boleh beri nombor telefon sebarangan kepada individu, walaupun sebelum ini kawan rapat. Semua ini atas faktor keselamatan. Malah hampir setahun setengah Saiful tidak menggunakan lagi handphonenya.
Bagaimana permulaan Saiful-Anwar berkenalan ?
Beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke 12, Anwar telah mengiklankan jawatan kosong sukarelawan PKR di dalam blognya. Walaupun namanya 'sukarelawan' tetapi dibayar oleh Anwar untuk membantu PKR dalam menghadapi pilihanraya umum ke 12. Ketika itu Anwar kekurangan tenaga muda untuk membantunya menghadapi pilihanraya umum.
Rahimi Osman,(salah seorang saksi kes liwat) rakan sekolah Saiful di SMK Damansara Utama (dari Tingkatan 1-5)yang ketika itu menjadi pembantu khas Anwar telah menelefon Saiful untuk datang berjumpanya di pejabat Anwar, di seksyen 16, Petaling Jaya.
Atas ajakan dari rakan baiknya (Rahimi), Saiful pun hadir di pejabat Anwar. Setibanya di pejabat itu, Rahimi telah membawa Saiful dalam salah satu bilik mesyuarat di pejabat itu. Saiful terkejut, kerana ramai yang sedang mengikuti mesyuarat yang dipengerusi oleh Anwar.
Saiful duduk dan mendengar taklimat Anwar. Selesai mesyuarat, Anwar menghampiri Saiful dan berjabat tangan, sambil berkata, "Terima kasih kerana sudi datang".
Saiful terkejut dengan salam kali pertama dan teguran orang yang pernah diceritakan oleh arwah ibunya itu. Arwah ibunya pernah berceritakan tentang kehebatan Anwar semasa menjadi Presiden ABIM. Dia juga tidak menyangka, dia bakal bertemu dan bersalam dengan tokoh pujaannya itu.
Pada mulanya,Saiful hanya menjangkakan dia hanya bertemu dan berbual dengan Rahimi sahaja dan dia tidak menyangka, dia bakal bertemu dengan Anwar Ibrahim. Dia juga tidak mengetahui apa yang telah diberitahu oleh rakan baiknya (Rahimi) berkenaan dirinya kepada Anwar. Apakah Rahimi telah merekmenkan namanya kepada Anwar untuk menjadi sukarelawan ? Itupun Saiful tidak mengetahuinya.
Itulah saat pertama, Saiful berjumpa Anwar. Itulah saat paling manis dan saat itu juga bakal menjerumuskan dirinya ke lembah gelap yang tidak pernah diketahui sebelum ini.
Ini baru intro. Banyak lagi kisah menarik bakal didedahkan. Jika Anwar terus menerus berusaha menangguhkan kes, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan satu persatu kejadian di sebalik tabir Anwar peliwat itu..
Sebelum ini, saya menghormati mahkamah, saya tidak berhasrat mendedahkan kes ini secara terperinci di internet, tetapi jika tiada pilihan, pendedahan sebenar bakal didedahkan di alam maya.
Kalau mahkamah gagal memberi keadilan kepada Saiful, biar rakyat pula menjadi hakim kepada Anwar..
Tuesday, November 3, 2009
Anwar terkejut dengan kehadiran Saiful di mahkamah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment