Tuesday, December 1, 2009

Kes liwat - Tanda-tanda awal Anwar bakal tewas

Sebelum Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes liwat pagi ini, majoriti rakyat Malaysia sudah dapat menduga bahawa Anwar tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mempertahankan dirinya.

Sebelum ini, rakyat Malaysia yang pernah simpati dengan Anwar menungu-nungu apakah hujah-hujah 'konkrit' Anwar untuk menyokong alasannya menggugurkan kes tersebut; apakah Anwar akan menggunakan hujah alibi atau hujah afidavit saksi tertentu yang boleh membantunya, ternyata kecewa apabila Anwar hanya menggunakan hujah dokumen 'Pusrawi'(tiada penetrasi) dan 'prejudis' Abd. Ghani Patail, Peguam Negara. Kedua-dua hujah ini amat lemah dan tidak mencapai piawaian untuk menggugurkan kes. Klik di sini

Apabila Anwar hanya menggunakan kedua-dua hujah ini, rakyat Malaysia yang sebelum ini bersimpati dengan Anwar, mula ragu-ragu dan mula bertanya; "Anwar mempunyai hujah atau tidak untuk menangkis hujah-hujah pihak pendakwa?"

Pertanyaan itu dibuat, berasaskan logik, sekiranya Anwar benar-benar mahu menggugurkan kes, sepatutnya Anwar mempunyai hujah lain yang lebih konkrit dan rumusan hujah Anwar yang dikemukakan semasa permohonan menggugurkan kes adalah bayangan kepada hujah-hujah Anwar semasa perbicaraan nanti. Sedangkan pihak pendakwa sudah membayangkan mereka mempunyai bukti-bukti dokumen, DNA dan keterangan-keterangan saksi, termasuk keterangan daripada Dr Mohamad Osman, dari Hospital Pusrawi.

Laporan perubatan

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan kerana mahkamah perlu mendengar keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan terlebih dahulu.

Peguam Cara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata laporan-laporan tersebut bersifat statik, terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal dan tidak lengkap sepenuhnya tanpa bantuan sokongan daripada keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.

Maksudnya, tidak sama 'bacaan' pihak penguambela Anwar hanya berdasarkan laporan-laporan perubatan tanpa mendengar terlebih dahulu keterangan-keterangan lisan daripada pihak yang membuat pemeriksaan fizikal ke atas Saiful.

Anwar hanya berhujah menggunakan dokumen 'tidak relevan' daripada Hospital Pusrawi, sedangkan Dr Mohamad Osman (daripada Hospital Pusrawi) sendiri menjadi saksi kepada pihak pendakwa, bukannya pihak Anwar. Anwar hanya berpegang kepada 'dokumen' Dr Mohamad Osman, sedangkan doktor itu sendiri berpihak kepada pihak pendakwa.

Apatah lagi, pihak pengurusan Hospital Pusrawi sendiri membuat kenyataan media dan kenyataan bertulis yang mengesahkan Dr Mohamad Osman bukan doktor pakar, tetapi doktor biasa yang hanya memeriksa kes kemalangan dan kecemasan, bukannya kes liwat.

Sebab itu ditanya, apakah pihak Anwar mempunyai afidavit kukuh untuk mengesahkan 'laporan hospital Pusrawi adalah benar-benar kukuh dan relevan ? Jawabnya tidak ada, sekadar melampirkan 'dokumen Pusrawi' yang tidak disokong oleh mana-mana doktor dan pihak berautoriti daripada Hospital Pusrawi.

Maknanya, jika Anwar melampirkan 'dokumen' yang tidak disahkan oleh mana-mana pihak, sejauh manakah autoriti 'dokumen' itu ? Wajarkah Anwar berhujah dengan 'dokumen hantu' yang dicuri oleh blogger RPK (Raja Petra Kamaruddin)?

Anwar juga berhujah mengatakan 'dokumen hantu' itu disokong oleh laporan tiga doktor lain, kononnya dari HKL (Hospital Kuala Lumpur). Siapa doktor-doktor itu ? Apakah terdapat avidavit sokongan daripada tiga doktor itu yang menyokong kenyataan Anwar ?

Jawabnya tidak ada. Tiada ada laporan-laporan tiga doktor seperti yang didakwa Anwar itu dan tidak ada sebarang afidavit daripada mana-mana doktor yang boleh menyangkal hujah-hujah pihak pendakwa.

Mempelajari daripada taktik Anwar, apabila mereka berjaya 'mencuri dokumen' daripada Hospital Pusrawi, Anwar menggunakan RPK untuk menwar-war di dalam internet. Habis kecoh di seluruh dunia maya RPK memalu gendang menyeyebar luaskan 'dokumen Pusrawi' itu.

Kalau Anwar mempunyai dokumen HKL atau afidavit para doktor yang kononnya menyokongnya, sudah tentu, Anwar akan menggunakan teknik yang sama di internet. Mana dia dokumen-dokumen dan afidavit sokongan Anwar ? Tidak ada!


Hujah Penetrasi Anwar lemah

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa membuat keputusan menolak permohonan Anwar mengatakan laporan doktor boleh dijadikan hujah oleh kedua-dua pihak sama ada pihak pendakwa atau pihak peguam bela.

Sebab itu hakim memutuskan diadakan perbicaraan bermula 25 Januari - 27 Februari 2010 kerana kedua-dua pihak (pendakwa dan peguambela) boleh berhujah berasaskan dokumen tersebut.

Pihak pendakwaan perlu membuktikan berlakunya penetrasi berasaskan dokumen dan keterangan-keterangan lain, manakala pihak peguam bela perlu menimbulkan keraguan berhubung keterangan tersebut.

"Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut," kata Mohamad Zabidin.

Selepas pihak pendakwa diberi peluang untuk membuktikan dakwaan-dakwaan mereka dengan bukti-bukti sokongan lain, pada peringkat ini, barulah hakim boleh membuat kesimpulan sama ada hujah pendakwa kukuh atau tidak.

Sedangkan taktik Anwar sebelum ini seolah-olah menghalang keadilan. Belum pun, pihak pendakwa diberi peluang untuk membuktikan dakwaan mereka, Anwar sudah pun membuat keputusan bahawa hujah pendakwa tidak relevan.

Macam mana Anwar tahu hujah pendakwa tidak relevan sedangkan Anwar menghalang pihak pendakwa mengemukakan hujah-hujah mereka ?

Anwar kata tiada 'penetrasi', tetapi macam manakah DNA air mani Anwar boleh ada dalam dubur Saiful ?

Anwar sepatutnya berhujah mematikan hujah DNA pihak pendakwa, tetapi perkara itu tidak dilakukan oleh pihak peguam Anwar ?

Macam mana DNA Anwar boleh berada di dalam dubur Saiful ? Adakah ini juga 'teori konspirasi'? Siapa 'berkonspirasi' memasukkan DNA Anwar dalam dubur Saiful ? Tetapi Anwar tidak memasukkan 'hujah konspirasi' dalam rumusan menggugurkan kesnya itu.

Kenapa Anwar tidak menjadikan 'hujah konspirasi' dalam hujah mahkamah, sedangkan dalam ceramah-ceramahnya, para penyokongnya amat ghairah bermain dengan hujah 'konspirasi'?

Siapa berkonspirasi memasukkan DNA dalam dubur Saiful ? Anwar gagal menjawab persoalan ini.

Seperti biasa, jika sekiranya Anwar kehabisan hujah untuk menangkis hujah pendakwa, Anwar akan sekali lagi memainkan 'lagu lama' dengan mendendangkan 'isu konspirasi' tanpa pembuktian yang jelas.

Ingat, setiap kali Anwar melagukan isu konspirasi, bermakna semakin dekat lah Anwar menghampiri semula penjara Sungai Buloh..

0 comments: