Tuesday, December 8, 2009

Terkejut apabila MSO percaya Anwar akan kembali ke Sungai Buloh!

Cukup terkejut apabila penulis yang sebelum ini dilihat pro-Anwar, Mohd Sayuti Omar (MSO) pun percaya Anwar Ibrahim bakal menghuni sekali lagi penjara Sungai Buloh apabila menghadapi perbicaraan kes liwat dengan bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari, 25 Januari 2010 nanti.

"Kali ini Anwar akan kena. Kes tuduhan liwat kali ini menyebabkan Anwar akan ke Sungai Buluh," kata saya ringkas tetapi cukup menyenakkan telinga mendengarnya.

"Maksud abang, Pak Sheikh bersalah dan kena penjara?" dia mahu kepastian.

"Iya," jawab saya tegas. Saya lihat muka pemimpin ini berubah. Muka beberapa yang lain juga saya nampak berubah. Walaupun mereka cuba menyembunyikan keresahan dengan senyuman, tetapi senyum 'menonyen' saja, tidak suka dengan apa yang saya katakan.


Begitulah kesimpulan dan kenyataan jujur yang dibuat oleh MSO, seorang penulis popular buku-buku politik tanah air.

"Macam mana abang boleh kata begitu? Bukankah apa yang berlaku sekarang ini konspirasi untuk memburukkan Pak Sheikh?" dia cuba berhujah dan tidak senang dengan jawaban itu.

"Iyalah, kerana konspirasilah menyebabkan Anwar akan dihantar ke Sungai Buloh! Kalau tidak ada konspirasi saya kira tidak mungkin pertuduhan itu dibuat. Makanya firasat saya kali ini mengatakan Anwar akan kena," balas saya sejajar dengan persoalannya.

Pimpinan ini diam seketika. Tergaman sakan. Mukanya masih kelihatan berkerut dan sukar untuk menerima apa yang saya katakan. Dia merenung tajam ke muka saya dan dapat merasakan apa yang saya ucapkan itu serius. Klik di sini


Seorang pemerhati kes Anwar sejak dari tahun 1998, bernama kadiology meninggalkan pesanan di ruang mesej artikel tersebut bertanyakan lanjut berkenaan 'teori konspirasi'.

Tuan, nak tanya sikit. sejak 10 tahun lepas anwar hanya cakap ini semua satu konspirasi.Tapi dia tak pernah huraikan secara terperinci, bagaimana konspirasi ini dilakukan, siapa yang terlibat, bagaimana plot konpspirasi ini di rencanakan, berapa banyak wang tertukar tangan, siapa yang dirasuah, hakim mana, pak polis mana, pendakwaraya, saksi, pegawai jabatan forensik mana yang di beli, bila dan bagaimana bahanm bukti di palsukan atau di cipta dan sebagainya.

Sejak 10 tahun lepas, anwar hanya kata ini sebuah konspirasi dan kemudian menuduh si polan si polan tertentu. Mahathir lah, Rafidah azizlah, Daim lah. Tapi bagaimana, bila dan cara apa konspirasi ini dilakukan dia tak pernah sembang. Ini membuatkan saya tertanya tanya, betul ke ada konspirasi?


Tetapi mesej kadiology itu tidak bersambut. Pastinya MSO sendiri membaca mesej itu dan mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Saya peribadi saya mengenali MSO secara dekat, terutamanya dari segi penulisan. Semua buku-buku politiknya saya beli. Salah satunya buku bertajuk "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa"(SARB), ditulis pada tahun 1998, sebaik sahaja Anwar dipecat dari UMNO.

Dalam buku susulan selepas itu, "Cinta dan Perjuangan Nonaku Azizah", 1999, MSO mengakui buku SARB meletup-letup, macam goreng pisang panas, hingga terpaksa dibuat cetakan kedua untuk memenuhi permintaan ramai.

Dalam buku SARB, MSO membawa lidah Anwar menyampaikan hasrat Anwar kepada orang ramai. Mungkin dengan terbitnya buku itu, Anwar happy dan MSO lagi happy kerana tulisannya laris di pasaran.

Dalam halaman kulit luar sesuai dengan tajuknya SUMPAH, MSO memasukkan Sumpah Anwar di Batu pahat, Johor Darul Takzim, pada 19 September 1998 yang berbunyi;

"Bahawa dengan nama Allah saya bersumpah saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Dan ini semua adalah fitnah dan tohmahan jahat untuk terus menghina dan mengaibkan seisi keluarga saya"

Saya tidak pasti adakah faktor buku itu terhangat di pasaran ketika itu kerana 'faktor sumpah' itu atau kerana isi kandungan di dalamnya. Tetapi sudah tentu, MSO mempunyai sebab tersendiri memasukkan kata-kata itu di halaman muka depannya.

Persoalan sumpah ini pernah dibahaskan oleh bekas pengikut Anwar Ibrahim iaitu Lokman Nor Adam. Barangkali pada tahun 1998, Lokman Nor Adam salah seorang pembeli buku SARB, karya MSO, kerana ketika itu Lokman ikut jejak Anwar, keluar dari UMNO dan terjun ke gelangang sertai reformasi.

Kenapa Lokman membahaskan persoalan Sumpah Anwar di Batu pahat itu ? Sebabnya, 'Sumpah' itu dibuat di rumahnya di Batu Pahat Johor Bharu pada 19 September 1998, semasa Anwar dijemput Lokman memberi ceramah.

"Terlalu general 'sumpah' tu, tiada pun kalimah 'wallahi, wabillahi, wattalahi', sumpah tak spesifik... liwat ke, apa ke..tak kan seorang bekas Presiden ABIM tidak tahu cara bersumpah mengikut Islam ?" Soal Lokman Nor Adam.

Kemudian Lokman memberitahu Anwar akan mengadakan 'sumpah' di Masjid Negara untuk membersihkan namanya. Lokman menjadi 'pengawal keselamatan' Anwar ketika itu. Apabila Lokman ajak Anwar pergi ke mimbar untuk melakukan acara bersumpah, Anwar menolak, sebaliknya Anwar hanya mahu berceramah di anjung Masjid Negara.

"Di anjung, Anwar tidak bersumpah seperti yang dijanjikan..sebaliknya dia hanya menceritakan dia pernah bersumpah di Batu Pahat..dia bukan bersumpah..tetapi dia bercerita..itu yang membuatkan saya jadi ragu-ragu", kata Lokman lagi.

"Saya fikir, kalau pada tahun 1998, Anwar bersumpah mengikut kaedah Islam, dengan menyebut 'Walahi Wabillahi, Wattalahi' bahawa saya (Anwar) tidak pernah meliwat Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar..kalau dia buat cara itu, tiada seorang pun yang akan menyokong Dr Mahathir", tegas Lokman Nor Adam.

Pandapat Lokman mempunyai alasan yang kukuh, kerana ketika Dr Asri (ketika itu masih Mufti Perlis) mencabar Anwar dan Saiful melakukan sumpah muhabalah, bekas mufti itu mencabar kedua-dua pihak bersumpah dengan menyebut kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi.

"Sudah lama (10 tahun), kita tunggu sumpah ni" tegas Dr Asri.

Jadi apabila saya membaca tulisan MSO, 4 Disember lalu, bertajuk "Anwar Akan Ke Sungai Buloh Lagi!", secara peribadi saya cukup terkejut. Keyakinan MSO dalam tulisan itu membuatkan saya semakin teruja.

Saya yakin jika MSO mempunyai bukti kukuh berkenaan teori konpirasi, dialah orang pertama yang akan menulisnya, seperti yang pernah dilakukan dalam tulisan buku SARB, sebelas tahun lepas.

Jika MSO mendiamkan diri, sudah cukup untuk memberi makna besar, kerana penulis itu terkenal dalam renungan dan tilikan firasatnya itu.

Dengan catatan MSO itu bermakna, Anwar kehilangan sokongan dari penulis-penulis politik yang terkemuka. Sebelum ini Ahmad Lutfi Othman, kemudian SH Alattas. Paling hard core menentang Anwar pada tahun 1998 adalah Yahya Ismail dan terbaru disusuli pula dengan MSO.

Jadi kepada siapa lagi Anwar mahu mengharapkan penulis-penulis membelanya ? Wartawan Mat Salleh ?

Sesiapa pun yang beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak sanggup menjadi penulis upahan Anwar, walupun dibayar dengan harga yang paling tinggi, kerana terlalu banyak loop hole dalam kes liwat kedua ini dan Anwar sendiri tidak berminat untuk menyelesaikannya.

Bagaimana pula dengan Kickdefella ?

Kickdefella sendiri dalam mengulas isu moral Anwar ini dengan menulis;

"Di dalam situasi begini tentu kita akan mengingati semula laporan polis yang dibuat oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM. Laporan yang akhirnya membuka ‘pandora’s box’."

Amat mendalam kata-kata Kickdefella itu, menusuk ke tulang hitam dan terbongkar semua 'kotak pandora' yang selama ini tidak diketahui umum.







0 comments: