Monday, November 23, 2009

Kes liwat : Peguam Anwar gagal mengemukakan hujah konkrit

Sebaik sahaja selesai penghujahan pihak peguambela Anwar dan pasukan pendakwa dari pagi hingga ke petang untuk menggugurkan kes, Anwar keluar dari bilik mahkamah dengan perasaan tidak gembira. Begitu juga dengan Wan Azizah, nampak riak kerisauan di kedua-dua wajah pasangan suami isteri itu.

Ini berbeza dengan kehadiran Anwar-Azizah semasa perbicaraan mendapatkan dokumen, Anwar keluar dengan penuh keyakinan dan bersemangat ketika memberikan kenyataan media di luar mahkamah.

Kenapa Anwar sudah kerisauan ? Adakah Anwar dan Azizah mendengar sendiri hujah-hujah pasukan peguamnya dan hujah-hujah balas pasukan pendakwa ?


Hujah peguam Anwar separuh masak

Peguam Anwar yang diketuai oleh Sivarasa Rasiah berhujah semasa memohon kes digugurkan dengan fakta utama iaitu pertama laporan doktor didakwa membuktikan tiada kesan penetrasi, iaitu kesan objek tumpul Anwar ke dalam lubang dubur Saiful. Peguam Anwar berhujah menggunakan laporan doktor Pusrawi dan doktor Hospital Kuala Lumpur.

Kedua, peguam Anwar mempertikaikan 'campur tangan' peguam negara, Abdul Ghani Patail yang didakwa berniat jahat mahu menghukum Anwar dalam tuduhan meliwat.

Selain dua hujah ini, tiada lagi hujah-hujah lain yang lebih konkrit. Peguam Anwar tidak menggunakan hujah alibi (saksi yang boleh mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh dan masa didakwa).

Kenapa Anwar tidak menggunakan hujah alibi, sedangkan sebelum ini Anwar, Nurul Izzah, termasuk peguamnya Edmund Bon menggunakan hujah ini sebagai hujah utama.

Peguam Edmund Bon semasa berhujah memohon semua dokumen daripada pihak pendakwa mengaku mereka mempunyai alibi, yang membuktikan Anwar tidak ada di tempat kejadian. Sebab itu mereka memerlukan semua dokumen untuk membandingkan hujah alibi dengan hujah-hujah pihak pendakwa. Klik di sini

Tetapi peliknya, hari ini ketika kemuncak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes, peguam Anwar tidak pun memasukkan hujah alibi di dalam penghujahan mereka.

Kenapa peguam Anwar tidak menggunakan hujah alibi sebagai hujah paling utama ? Kenapa peguam Anwar hanya berhujah dengan hujah laporan doktor dan peguam negara ?

Maksudnya apa ? Maksudnya jika Anwar tidak menggunakan hujah alibi, bermakna secara langsung Anwar tidak dapat menafikan pada tarikh (26 Jun 2008), tempat (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur) dan masa (antara 3.01 petang dan 4.30 petang), Anwar dan Saiful berada di tempat kejadian. Anwar dan barisan peguamnya tidak dapat menyangkal hujah ini.

Ingat kes ini, berlaku dalam masa selang dua hari. Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan Saiful pula membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Bermakna sama ada Saiful atau Anwar pada masa itu masih ingat kejadian itu satu persatu, kalau tidak masakan Anwar terkincit-kincit lari ke kedutaan asing sebaik sahaja, bekas pembantu peribadinya membuat laporan polis.

Sampai sekarang rakyat Malaysia masih tertanya-tanya, kenapa Anwar melarikan diri ke kedutaan asing sebaik sahaja laporan polis dibuat ? Anwar takut kepada siapa dan kerana apa ?

Hanya orang yang bersalah sahaja merasakan dirinya ketakutan, tetapi kalau orang tidak bersalah, tiada ketakutan pun bermain di mindanya. Berani kerana benar, takut kerana salah!

Hujah Pertama : Laporan Doktor

Sivarasa berhujah hari ini; "Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal, katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku"

Hujah Hospital Pusrawi adalah hujah yang amat lemah. Dr Novandri Hassan Basri,dari Pulau Pinang mematahkan hujah ini dari sudut pandangan doktor. Pertama doktor Hospital Pusrawi hanya doktor biasa dan tidak pakar dalam bidang liwat. Doktor itu tidak membuat diagnosis yang tepat dan mencadangkan Saiful ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kedua menurut Dr Novandri, jika doktor Pusrawi hanya doktor biasa, bekerja di hospital swasta, sepatutnya cukup dengan hanya mendapatkan informasi daripada pesakit dan tidak meneruskan diagnosis di luar daripada kepakarannya. Doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).Klik di sini

Perkara yang sama turut diperkukuhkan dengan hujah daripada Pengarah Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmod Wan Yaakub mengesahkan doktor yang memeriksa Saiful hanyalah doktor biasa yang bertugas di bahagian kecemasan dan kemalangan dan bukannya doktor pakar serta pemeriksaan dilakukannya tidak berkaitan dengan liwat.



Hujah Sivarasa mereka mempunyai bukti sokongan daripada Hospital kerajaan (HKL) juga boleh dipertikaikan. Bagaimana barisan peguam Anwar mempunyai mempunyai semua salinan laporan doktor HKL, jika permohonan mereka untuk mendapatkan salinan itu tidak diizinkan oleh pihak mahkamah ?

Adakah barisan peguam Anwar 'mencuri' dokumen sulit dari hospital kerajaan, sebagaimana yang mereka lakukan ke atas hospital swasta ?

Sebarang bukti dan dokumen pesakit adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum, tanpa keizinan daripada pesakit, itulah amalan dan etika kedoktoran yang diamalkan di hospital kerajaan. Jadi dari mana peguam Anwar mendapat bukti sokongan itu yang didakwa dari hospital kerajaan ?

Kalau hanya bergantung kepada cebisan salinan yang dibekalkan oleh pihak pendakwa kepada pihak peguambela Anwar, adakah itu cukup kuat untuk Anwar berhujah, sedangkan pasukan pendakwa mempunyai laporan terperinci yang belum didedahkan kepada umum ?

Sebab itu, pasukan pendakwa berhujah, masuk bicara dahulu, pasukan pendakwa akan memberi kesemua dokumen-dokumen dari hospital kerajaan dan cabar di mahkamah adakah relevan atau tidak ? Kenapa Anwar dan pasukan pendakwanya takut memasuki fasa itu (dibicarakan)?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan hari ini membuat kesimpulan bahawa laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia benar-benar diliwat oleh Anwar.

Tiada kesan penetrasi, bukan bererti tidak diliwat, kerana Anwar boleh menggunakan pelincir (KY Jelly) semasa melakukan aktiviti sodomi itu sehingga tidak meninggalkan kesan. Tetapi bagaimana dengan kesan air mani Anwar yang terdapat di dalam lubang dubur Saiful hasil daripada ujian DNA, hospital kerajaan ?

Hujah kedua : Kes Peguam Negara, Abd. Ghani Patail

Sebenarnya hujah ini paling lemah dan bukan hujah pun. Sepatutnya peguam Anwar tidak memasukkan hujah ini dalam rumusan hujah utama mereka.

Kes Peguam Negara, Abd. Ghani Patail sebenarnya telah dibahaskan sebelum ini, semasa keputusan untuk memindahkan kes liwat dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi. Pada 5 Mac 2009, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah berkata sijil pemindahan kes yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah sah, dan menolak bantahan yang dibangkitkan oleh peguam pembela. Klik di sini dan di sini

Keputusan Hakim Mohamad Zabidin Md Diah itu tidak begitu disenangi oleh Anwar, kemudian dia merayu di Mahkamah Rayuan. Pada 2 Julai 2009, tiga hakim yang bersidang mendengar rayuan Anwar juga menolak permohonan Anwar.

Keputusan sebulat suara itu dimuktamadkan oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdull Hamid Embong. Beliau bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Mahkamah Rayuan memberi jaminan bahawa kuasa Eksekutif termasuk Perdana Menteri tidak berhak mencampuri urusan pendakwaan kes jenayah di negara ini kerana tindakan itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif bukan merupakan autoriti yang layak berbuat demikian kerana Perkara 145(3) dan Perkara 145(3A) Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk bertindak terhadap pendakwaan jenayah.

Mahkamah Rayuan turut berpendapat, pendakwa raya yang juga Peguam Negara hanya perlu menjawab dalam perkara berkaitan pentadbiran kepada Perdana Menteri bukannya mengenai urusan pendakwaan.Klik di sini

Jadi di manakah relevankan peguam Anwar menggunakan hujah 'peguam negara' sedangkan perkara itu telah diputuskan oleh dua mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang melibatkan empat hakim yang sebulat suara menolak hujah tersebut ?

Sebab itu, peguam-peguam veteran (termasuk Raja Aziz Addruse, 73, Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan 65) enggan membawa usul ini di mahkamah kerana mereka sudah tahu kelemahan hujah tersebut. Sebab itu juga Sulaiman Abdullah, bekas ketua pasukan peguambela Anwar, yang arif dalam kes liwat Anwar 1998, juga turut menarik diri daripada kes ini, kerana tidak mahu ikut telunjuk Anwar, mengarahkan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan tidak berlandaskan fakta.

Sebab itu, Anwar hanya menggunakan peguam junior yang tidak berpengalaman dalam kes liwat 1998 untuk mengetuai barisan peguam bela Anwar hari ini. Sivarasa Rasiah adalah peguam junior yang tidak setanding dengan Karpal Singh, dia hanya 'peguam politik' yang berhujah mengikut kemahuan Anwar, mengikut resipi politik.

Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR; Lateffa Koya, Ketua Penerangan PKR dan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR. Akhirnya hujah-hujah mereka diselubungi dengan hujah-hujah politik, bukannya fakta mahkamah. Akhirnya, Anwar sekuncang sekali lagi seperti tahun 1998. Sulaiman Abdullah sudah nampak perkara ini, sebab itu dia tarik diri awal-awal...







0 comments: