Sunday, August 29, 2010

Kisah 'Foto' Saiful hidang karipap kepada Anwar



Foto di atas adalah bahan bukti di mahkamah dalam kes liwat Anwar. Dirakam oleh salah seorang ahli AIC (AnwarIbrahimClub) ketika Anwar mempengerusikan mesyuarat AIC di rumah kediamannya, (No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur), sekitar jam 5 petang, pada 27 Jun 2008.

Apa tujuan AIC menyebarkan foto ini ? Tujuannya untuk membuktikan Saiful tidak diliwat pada 26 Jun, kerana Saiful hadir dalam mesyuarat AIC di rumah Anwar pada 27 Jun. Tetapi benarkah hujah itu ? Kalau benar kenapa tidak dimasukkan hujah itu semasa cubaan untuk menggugurkan kes ? Sepatutnya masuk lah hujah ini, kerana ada bukti bergambar, kenapa pula menggunakan hujah lain (tuduhan hubungan intim Saiful-Farah) yang tiada sebarang bukti ?



Lihat sekali lagi foto di atas, lihat betul-betul wajah Anwar dan wajah Saiful, berkerut semacam, seperti ada rahsia di antara mereka berdua. Lihat wajah MatKeri (Presiden AIC) yang duduk sebelah kanan Anwar. Tentu dia seronok foto ini disebarkan, sebab dia tidak tahu apa-apa tentang operasi rahsia Anwar, rahsia kondominium Desa Damansara, dia hanya tahu tentang AIC saja. Itupun ambil alih jawatan Presiden AIC daripada Rahimi Osman, bekas Setiausaha Khas Anwar.

Mat Keri kena tanya Rahimi yang lebih berpengalaman dengan Anwar, sebelum 'excited giler' sebar foto ini. Tanya betul-betul Rahimi, kenapa dia letak jawatan Presiden AIC ? Kenapa dia berhenti jadi pegawai khas Anwar ? Kenapa dia bawa masuk Saiful Bukhari jadi pembantunya untuk membantu Anwar ? Kenapa dia bawa Saiful pergi jumpa Ezam Mohd Nor, pada lewat malam (27 Jun 2008) hingga ke pagi di tempat letak kereta, Plaza Tol Senawang ?. Tanya betul-betul Rahimi dulu, barulah boleh dibuat keputusan betul atau tidak Anwar meliwat ka tidak.

Ini politiking dalam AIC, cantas mencantas antara satu sama lain, Malini dan Najwan Halimi mahu cantas Rahimi, inilah jadinya. Anwar pula sibuk melayan politik budak-budak muda, terima lah padahnya.

Mat Keri dapat naik kerana Rahimi dicantas Najwan, tetapi yang untung adalah Saiful Bukhari, meskipun tidak pegang apa-apa jawatan dalam AIC, dia diberi lebih keistimewaan berbanding dengan Presiden dan AJK AIC. Tidak ada jawatan dalam AIC pun, Saiful dilantik Anwar sebagai 'sukarelawan', tapi bukan sebarang 'sukarelawan', diberi gaji bulanan dan dibawa Anwar melawat Singapura, Hong Kong dan Thailand.

Mat Keri boleh nafi tak, Anwar pernah membawa Saiful ke Hong Kong, Singapura dan Thailand ? Apa istimewanya Saiful, jika dibandingkan dengan AJK AIC ? Itu Mat Keri kena siasat lanjut. Tapi kalau dah namanya AIC, mereka akan sokong membabi buta Anwar tanpa usul periksa dan menelan mentah-mentah penjelasan yang tidak jelas daripada Anwar, walaupun bohong.

Sekarang perhatikan foto Saiful sekali lagi. Apa peranannya dalam mesyuarat AIC, 27 Jun itu ? Tukang bawa air dan karipap. Sekurang-kurangnya foto yang disebarkan oleh AIC ini membenarkan dakwaan selama ini, yang menggelarkan Saiful sebagai 'pembancuh kopi', membenarkan Anwar memang suka makan karipap (lepas liwat Saiful di kondo, Anwar makan karipap sambil bertanya are you ok?) dan paling mustahak membenarkan dakwaan Saiful yang mengatakan dia rapat dengan Anwar.

Kenapa hujah rapat atau tidak Anwar-Saiful penting ? Sebabnya, semasa Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Anwar menerangkan kepada para penyokongnya dengan 'penjelasan yang samar-samar' yang membawa maksud, dia tidak kenal mana satu Saiful Bukhari, sebab pegawai khasnya ramai.

Sekarang apabila AIC keluarkan foto ini, hujah Anwar tidak kenal Saiful sudah tidak boleh guna, kena cari hujah lain pula. NTAnwar berhujah dengan adanya foto ini, semakin jelas membuktikan Anwar sangat rapat dengan Saiful, boleh keluar masuk di rumah Anwar termasuk di ruangan larangan, iaitu di kawasan dapur. Klik di sini

Sekarang kita menjawab dakwaan AIC yang mengatakan kalau benar Anwar meliwat Saiful pada 26 Jun, kenapa Saiful masih berada di rumah Anwar, 27 Jun, jam 5 petang.

Jawapan ini berdasarkan keterangan-keterangan Saiful di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, bukan berdasarkan andaian atau pendapat yang tiada asas.

Pertama : Keterangan Saiful, 3 Februari 2010

Saiful memberitahu mahkamah pada pagi, 27 Jun 2008, dia hantar e-mel(menggunakan blackberrynya) kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya yang berkuat serta merta.

Dalam e-mel itu, dia memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Ditanya Mohamed Yusof mengapa beliau berhenti kerja Mohd Saiful berkata beliau tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan.Bagaimanapun apabila ditanya kali kedua kenapa beliau berhenti kerja, katanya beliau tidak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan itu iaitu tidak mahu diliwat lagi. Klik di sini

Kedua : Keterangan Saiful, 5 Februari 2010

Selepas Saiful menghantar email kepada Anwar (sebelah pagi), selang beberapa jam, Anwar menelefon Saiful sambil marah-marah dan mengarahkannya agar datang berjumpanya di Pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.

Saiful ketakutan dan terus berjumpa Anwar pada tengahari itu. Menurut Saiful, setelah dia berjumpa Anwar, Anwar kesal dan memujuknya kembali agar tidak meletak jawatan. Anwar berjanji akan sponsor pelajaran Saiful di mana saja tempat kemahuannya, di samping dapat gaji dan elauan penuh.

Saiful malu alah dengan pujukan Anwar dan didepan Anwar, Saiful kata dia bersetuju. Selesai perbincangan, kemudian Anwar mereply email Saiful dengan menulis "Terima kasih kerana sudi sambungkan perkhidmatan"

Dalam keterangan hari ini juga Saiful mendedahkan Anwar pernah memberikan hadiah kepadanya, antaranya; seluar panjang hitam (seluar yang dipakai pada hari kejadian liwat), kemeja lengan panjang warna hijau jenama G2000 dan sehelai seluar dalam LEVI'S warna kelabu. dia juga menyerahkan baju berwarna biru jenama Ralph Lauren yang dipakai semasa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly (digunakan ketika aktiviti meliwat) kepada pegawai penyiasat pada 29 Jun 2008 semasa berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kesimpulan :

Jadi berdasarkan kedua-dua keterangan Saiful di mahkamah itu, maka tidak hairan Saiful boleh hadir di rumah Anwar pada petang 27 Jun 2008, sebab Anwar telah memujuk Saiful ekoran email perletakan jawatannya. Kehadiran Saiful di rumah Anwar seperti dalam foto di atas adalah buat kali terakhir. Tidak ada apa-apa yang perlu diragukan kerana memang Anwar meliwat Saiful, sebab itu Anwar tersangat risau, apabila Saiful menghantar email untuk meletakkan jawatan pada 27 Jun (pagi). Anwar juga sanggup menawarkan segala keistimewaan kepada Saiful termasuk sponsor pelajarannya, dengan syarat Saiful meneruskan khidmat dengan Anwar. Anwar juga turut memberi pelbagai hadiah-hadiah kepada Saiful ibarat seperti kekasih.

Walaupun mulut Saiful terpaksa bersetuju dengan permintaan Anwar, tetapi hati kecilnya menolak kerana dia tahu, apabila dia bekerja semula dengan Anwar dan menerima tawaran-tawaran Anwar, selama-lamanya dia akan diliwat oleh Anwar. Anwar beri jawatan dan keistimewaan kepadanya kerana mahukan duburnya sahaja.

Dilema ini menghantui Saiful. Apabila dia balik ke rumah, semua dilemma ini dicurahkan kepada kedua bapa saudaranya, iaitu Lock7 (Tuah) dan UnclePet. Kedua-dua bapa saudaranya amat terkejut dan menyuruh Saiful meninggalkan Anwar Ibrahim.

Pada 28 Jun 2008, Saiful dengan ditemani bapa saudaranya (Lock7) pergi ke hospital Pusrawi, HKL untuk membuat pemeriksaan doktor dan seterusnya membuat laporan polis.










Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, August 27, 2010

Kisah sebenar pertemuan Saiful Bukhari dengan Ezam Mohd Nor

Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Anwar mendedahkan di Mahkamah Tinggi, Mei lalu bahawa dia berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, sehari selepas diliwat. Saiful dibawa oleh rakannya bernama Rahimi Osman (bekas Setiausaha sulit Anwar) dan pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang.

Dalam mahkamah, Karpal bertanya Saiful adakah dia mengenali Ezam sebelum ini, Saiful menjawab dia kenal tetapi tidak rapat. Mungkin Ezam tidak kenal Saiful, tetapi Saiful mengenali Ezam kerana beliau merupakan bekas tokoh penting PKR, bekas Ketua AMK PKR.

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.

"Ada yang berkata pertemuan anda dengan Saiful adalah bukti konspirasi ?" soal wartawan.

"Konspirasi apa, saya tidak kenal dan tidak pernah jumpa Saiful sebelum ini. Pertemuan saya pada awal pagi 27 Jun 2008 adalah yang pertama dan terakhir. Jadi di mana konspirasinya ?", jawab Ezam.

"Hanya orang yang bodoh dan orang yang berkepentingan saja yang masih boleh percaya teori konspirasi Anwar Ibrahim,..seorang yang desperate ...seorang desperado ...seorang yang sudah terdesak yang cuba alihkan pandangan masyarakat dari membicarakan persoalan yang lebih khusus,"katanya lagi.

Untuk rekod, Ezam melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 11 Februari 2007 dan secara rasminya mengumumkan keluar PKR pada 14 April 2007. Manakala Saiful pula bekerja dengan Anwar Ibrahim sekitar Mac 2008 dan meninggalkan Anwar sekitar 28 Jun 2008.

Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi ?) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.

"Abang kat mana ? ", tanya kawannya itu.

"Saya kat Perak, ceramah", jawab Ezam.

"Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa", tanya kawannya lagi.

"Apa hal nak jumpa pulak ?" soal Ezam.

"Dia dah 'kena' dah!" jawab kawannya.

"Kena apa ?" soal Ezam.

"Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)" jawab kawannya.

"Nak jumpa saya pasal apa ?. Jumpa esok lah" soal Ezam

"Dia nak jumpa juga. Dia nak jumpa malam ni juga", jawab kawannya.

"Ok. Tunggu saya di Tol Rawang. Saya dalam perjalanan dari Larut Perak", jawab Ezam.

Pertemuan itu berlaku secara spontan, di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza Tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan pada awal pagi 27 Jun 2008, bertemu sekitar jam 3 pagi, selama dua jam.

"Kenapa nak jumpa saya...kenapa tidak orang lain ?" Soalan pertama Ezam kepada Saiful.

"Saya nak jumpa abang, sebab abang berani dan bertegas melawan Anwar. Abang kata abang bersumpah tahu mengenai Anwar tetapi tak mahu dedahkan..akad sumpah abang dalam setiap ceramah yang menyebut ".. Dengan nama Allah..., sebagai seorang muslim saya [Ezam] tidak akan sesekali mengangkat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin...", jawab Saiful.

"Apakah maksud abang bersumpah itu berkaitan dengan moral Anwar ?" soal Saiful.

Ezam menjawab YA, berkaitan dengan moral Anwar Ibrahim yang tidak boleh diterima sebagai pemimpin Islam.


Setelah Saiful yakin dengan jawapan Ezam, kemudiannya dia menceritakan semua kejadian yang menimpa dirinya, khususnya berkaitan dengan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Ezam tidak terkejut dengan pengakuan Saiful itu. Malah beliau sebelum ini pernah berdoa kepada ALLAH SWT agar menunjukkan bukti bahawa dakwaannya meninggalkan PKR benar, kerana tidak boleh berkompromi dengan Anwar Ibrahim yang rosak akhlak.

Selepas bercerita kejadian liwat tersebut, Saiful bertanya Ezam, apakah perlu dia membuat laporan polis.

Ezam menasihati Saiful agar tidak perlu membuat laporan polis kerana akan menyusahkan dirinya. Lagi pun kes Anwar meliwat sukar diterima umum, walaupun perkara itu benar.

Sebagai alternatif, Ezam mencadangkan Saiful berjumpa dengan tokoh ulama menceritakan kisah sebenar yang menimpa dirinya dan seterusnya bersumpah di depan mereka dengan nama Allah.

"Saya nak bawa awak jumpa 4 ulama..semuanya dari PAS, awak sanggup ?", kata Ezam.

"Saya setuju. Cuma esok saya nak pergi hospital sekejap", jawab Saiful

"Sebab apa nak pergi hospital?" soal Ezam

"Saya nak pergi periksa di hospital, dalam badan saya ada simpan bukti...kalau tak pergi nanti hilang bukti..dah dua hari tahan ni", jawab Saiful.

Semasa Saiful menceritakan dia menyimpan bukti di dalam badannya, Ezam tidak memahami maksud sebenar mangsa tersebut. Sekarang, apabila semuanya terbongkar di mahkamah barulah Ezam tahu bahawa maksud sebenar Saiful adalah dia menyimpan air mani Anwar di dalam duburnya selepas diliwat pada 26 Jun 2008.

"Lepas itu, Saiful pergi hospital pusrawi, HKL, apabila Saiful beritahu dia kena liwat, secara automatik hospital memberitahu polis. Sebab kes liwat mesti dibuat report polis. Bila polis masuk, dia tengok yang liwat itu, nama besar, Anwar Ibrahim, terpaksa Saiful ditahan, jadi saya tidak boleh lagi bawa Saiful jumpa ulama" jelas Ezam.

Begitulah kesudahan Ezam berjumpa Saiful untuk kali pertama dan terakhir. Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi.

"Bagaimana konspirasi boleh berlaku dengan hanya satu pertemuan...hanya beberapa jam sebelum Saiful bertindak membuat laporan polis ( selepas dinasihatkan oleh doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dimana dia jalani pemeriksaan). Biasanya konspirasi akan ambil masa yang panjang." kata Ezam.

"Justeru saya ingin memberitahu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah...cukuplah menipu orang membabitkan orang lain yang tidak berdosa dalam dosa yang dilakukan.Beliau seharusnya ke mahkamah berdepan dengan saudara Saiful sebagai orang yang jujur menjawab persoalan-persoalan asas"

"Persoalan asas... sama ada dia (Anwar) meliwat atau tidak meliwat...itu persoalan asasnya...bukan rela ke tak rela...atau konspirasi ka", tegas Ezam lagi

Menjawab soalan adakah hasil pertemuan dua jam dengan Saiful itu beliau yakin kejadian liwat itu benar-benar berlaku.

Ezam berkata,"saya yakin Saiful seorang innocent victim ...dia seorang jujur...bila saya cadangkan jumpa ulamak untuk selesaikan secara Islam...beliau setuju..tak nampak takut...biasanya orang kalau bohong nampak takut kalau nak jumpa ulamak.

"Saya yakin dia berkata jujur...dan tidak ada sebab pun dia nak bohong pada saya...saya waktu itu orang biasa saja...saya bukan ada pegang jawatan apa...saya baru masuk UMNO lebih kurang sebulan masa tu." kata Ezam menutup perbualan.






Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, August 26, 2010

Ketika Saiful lapor polis, kenapa Wan Azizah bertengkar dengan Anwar ?

Satu perkara menarik yang berlaku ketika Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Wan Azizah telah bertengkar dengan Anwar dari Hotel Quality, Shah Alam hingga ke Tropicana Golf Resort.

Berikut merupakan laporan polis yang dibuat oleh Saiful :

“Saya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya adalah Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”

Ketika Saiful membuat laporan polis itu, Anwar dan Wan Azizah mempengerusikan mesyuarat kepimpinan PKR di Hotel Quality, Shah Alam. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dan lain-lain aktivis PKR.

Sebaik sahaja Anwar mendapat SMS itu, muka Anwar berkerut kerisauan, dia segera keluar dari bilik mesyuarat. Wan Azizah tahu sesuatu yang besar telah berlaku ke atas suaminya, dia juga turut keluar dari mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan Zul Noordin, peguam peribadi Anwar. Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong turut menyusul kemudian.

Anwar menuju ke lif, diikuti dengan Wan Azizah dan Zul Nordin untuk naik ke bilik tingkat atas hotel. Ketika dalam lif, Zul Nordin bertanya kepada Anwar 'apa hal ni?' Anwar menjawab dengan keadaan risau 'Saiful buat report i liwat dia'.

Wan Azizah tersentak dengan penjelasan Anwar itu. Peliknya, Wan Azizah tidak menyumpah seranah kepada Saiful, lelaki yang membuat laporan polis itu, sebaliknya sumpah seranah dilemparkan kepada suaminya sendiri, Anwar Ibrahim.

"Masih tak insaf-insaf lagi" seranah Wan Azizah kepada Anwar. Mendalam maksud Azizah itu. Masih tidak insaf lagi, bermakna Azizah tahu semua aktiviti luar tabie Anwar sebelum ini, termasuk yang dibicarakan di mahkamah, iaitu kes Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar atau kes yang tidak dibicarakan di mahkamah, seperti kes Rashid ?

Kuat tengkingan Azizah kepada Anwar. Wan Azizah seperti melepaskan geram yang selama ini terbuku di hatinya. Memuntahkan segala kemarahan kepada Anwar.

Ketika di bilik tingkat atas, Hotel Qualiti, Wan Azizah masih lagi melepaskan geramnya kepada Anwar. Zul Noordin, Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Wee Chee Keong menjadi saksi melihat dengan mata kepala mereka sendiri gelagat Wan Azizah memarahi Anwar.

Saifuddin yang cuba menenangkan kekecohan itu, mencadangkan agar Anwar mencari tempat perlindungan untuk 'menenangkan diri'.

Kemudian Anwar dan Azizah meninggalkan Hotel Qualiti menuju ke port rehat yang biasa mereka singgah iaitu di Tropicana Golf Resort. Sepanjang perjalanan, Wan Azizah tidak henti-henti memarahi Anwar. Wan Azizah juga menelefon semua anak-anaknya supaya berkumpul di Tropicana Golf Resort untuk mendengar penjelasan Anwar berkaitan dakwaan Saiful itu.

Wan Azizah mendesak Anwar menceritakan perkara sebenar dengan disaksikan oleh anak-anak. Jawapan Anwar tidak menyakinkan. Ehsan, anak lelaki Anwar mengamuk sakan, meminta ayahnya bersumpah tidak melakukan perbuatan terkutut itu, tetapi ayahnya enggan bersumpah. Hingga ke lewat malam, keluarga Anwar masih haru biru.

Menurut sumber, Nurul Izzah hampir-hampir menempeleng adiknya, Ehsan yang mengamuk sakan, apabila ayahnya tidak mahu bersumpah dan tidak memberi jawapan yang menyakinkan.

Pada malam itu, Nurul Izzah berpihak kepada Anwar, manakala Ehsan berpihak kepada Wan Azizah. Pertengkaran berakhir pada awal pagi tanpa jawapan yang memuaskan dari Anwar.

Akhirnya, Anwar mengambil keputusan untuk berlindung di Kedutaan Turki. Wan Azizah dan Ehsan tidak hadir.

Berdasarkan kisah di atas, ramai saksi yang menyaksikan insiden pertengaran Wan Azizah dan Anwar, termasuk Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong.

Mungkin Tian Chua dan Saifuddin akan menafikan kisah tersebut kerana mahu membela Anwar, tetapi bagaimana pula dengan Zul Noordin dan Wee Chee Keong ?.

Kenapa pula sampai sekarang Ehsan menyepi diri daripada memperkatakan kes liwat ayahnya, malah terus membawa diri ke Amerika Syarikat ?

Moral of the story, Wan Azizah tahu segala-galanya mengenai tabiat buruk suaminya, tetapi berusaha melindungi daripada diketahui umum, tetapi lambat laun akan terbongkar jua.

10 tahun dulu, Wan Azizah berusaha melindungi sisi-sisi gelap suaminya itu, tetapi hari ini semakin terbongkar satu persatu kehidupan sebenar, seorang tokoh politik yang sentiasa bercita menjadi PM.

Akhirnya, Wan Azizah sewajarnya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Walaupun cuba ditutup, tetapi jika Allah mahu membukanya, maka terbuka jua pekung sebenar Anwar.

Tetapi pernahkah kita dengar Wan Azizah bersumpah dengan nama Allah menafikan suaminya melakukan aktiviti liwat tersebut ?



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saturday, August 21, 2010

Anwar ketakutan, perang Ezam-Azizah mendedahkan skandal baru...

Cabaran Ezam kepada Azizah melengkapkan satu episod kisah seorang banduan, bernama Anwar Ibrahim, seorang yang didapati bersalah meliwat pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar. Meskipun ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar bersetuju, Anwar melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, namun dia dibebaskan pada tahun 2004, atas sifat perikemanusiaan. Cukuplah Anwar dipenjara dari 1998 -2004, semoga pengajaran di penjara Sungai Buloh, dia telah bertaubat dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.


Tetapi benarkah Anwar telah bertaubat setelah 6 tahun di penjarakan ? Jika meneliti ucapan Anwar di New York, pada Disember 2005, dalam program NED, nampaknya pengalaman 6 tahun itu tidak merubah dirinya daripada meninggalkan perbuatan terkutuk itu, malah pemenjaraan itu membuatkan terus memperjuangkan 'kebebasan dan hak asasi kumpulan minoriti(homoseksual'. Maknanya Anwar tidak pernah bertaubat!

Di sini bermulanya episodnya. Episod satu, (sekitar antara tahun 1998-2004) Anwar dihukum bersalah dan di penjara di Sungai Buloh selama 6 tahun kerana didapati bersalah melakukan salah guna kuasa untuk melindungi hubungan seks dan bersalah perbuatan liwat ke atas Azizan Abu Bakar, tetapi dibebaskan pada tahun 2004 walaupun kesemua hakim percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kesimpulan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan : "We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

[Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual (dengan Azizan Abu Bakar) dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku]

Episod kedua (sekitar tahun 2005-2007), Selepas dibebaskan, Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi pekerja kepada rangkaian kumpulan Yahudi. Anwar berada hampir tiga tahun di negara yang mengiktiraf kebebasan homoseksual dan perkahwinan sejenis, tanpa ditemani isterinya, Azizah, tetapi sekali sekala kembali ke Malaysia untuk membantu PKR.

Dan episod ketiga (sekitar tahun 2008-hingga sekarang), Anwar didakwa di Mahkamah Tinggi, sekali lagi atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saiful telah melakukan apa cara untuk membuktikan dakwaannya benar, termasuk bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, wattalahi, tetapi Anwar bukan sahaja enggan bersumpah, malah bersungguh-sungguh untuk melengah-lengahkan kes dengan pelbagai alasan.

Persoalannya, polemik Ezam-Azizah hari ini melibatkan episod mana ? Jawapannya bukan episod ketiga tetapi episod 1 dan 2, iaitu semasa Anwar di penjara Sungai Buloh dan selepas dibebaskan, ketika Anwar menetap di Amerika Syarikat dan sekali sekala pulang ke Malaysia.

Subjek perbahasan Ezam-Azizah adalah berkenaan seorang lelaki bernama Rashid. Siapa Rashid ? Kenapa lelaki itu menjadi subjek perbahasan ? Untuk mengetahui siapa lelaki ini dan kenapa jadi subjek perbahasan, sila baca tulisan saya sebelum ini, klik di sini

Ezam mengaku kejadian itu berlaku pada tahun 2005, ketika berceramah di Kota Raja, Taman Sri Andalas, Klang baru-baru ini. Ketika itu, Ezam merupakan Ketua AMK PKR, manakala Anwar pula menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Skandal Rashid tidak pernah diketahui umum sebelum ini, kecuali di kalangan inner circle Anwar, termasuk Azizah, Ezam, Pak Sani (pemandu peribadi Anwar), Mak Andak (saudara terdekat Anwar).

Perkenalan Anwar dengan Rashid ketika sama-sama menghuni di Penjara Sungai Buloh. Rashid dikatakan teman rapat Anwar semasa di penjara itu dan menjadi 'tukang urut peribadi' Anwar. Bermakna, benarlah seperti yang diperkatakan Anwar semasa berceramah di New York pada tahun 2005, pemenjaraannya selama 6 tahun tidak mengubah dirinya, sebaliknya menambahkan azamnya turut terus memperjuangkan kebebasan. Kebebasan apa ? Anda boleh jawab sendiri.

Dengan polemik terbaru Ezam-Azizah berkenaan Rashid, membuktikan Anwar tidak pernah bertaubat, bahkan masih meneruskan aktiviti yang sama, walaupun berada dalam penjara.

Selepas Anwar dibebaskan, begitu juga Rashid dari penjara Sungai Buloh, Anwar terus menawarkan kepada Rashid jawatan 'tukang urut peribadi' dan ditempatkan di rumah Anwar. Rumah Anwar itu adalah rumah lama di Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Adakah Wan Azizah kenal siapa Rashid ? Jawabnya amat kenal, kerana lelaki itu sentiasa berlegar di rumahnya. Kenapa Azizah tidak suka kepada Rashid, sedangkan jawatannya hanya sebagai 'tukang urut peribadi' Anwar. Jawabnya hanya Wan Azizah dan Anwar sahaja yang tahu.

Saya telah menulis secara terperinci mengenai sikap tidak suka Azizah kepada Rashid sebelum ini. Sila baca di sini

Insiden berlaku ketika pertembungan perjalanan Wan Azizah dan Anwar. Wan Azizah jalan perjalanan ke Washington melawat anak-anaknya yang turut dihantar belajar ke Amerika Syarikat. Salah seorangnya, Nurul Izzah yang belajar di universiti sama tempat ayahnya mengajar iaitu Universiti John Hopkins. Manakala, Anwar ketika itu dalam perjalanan bercuti dari Washington ke Malaysia untuk menguruskan kerja-kerja parti.

Wan Azizah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Anwar semasa ketiadaannya, sebab itu dia mengirimkan SMS dan menelefon orang kepercayaannya, Ezam Mohd Nor. Azizah memang rapat dengan Ezam, dari Anwar dipenjarakan, hingga Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Ezam lah tempat bergantung Azizah. Mereka ibarat satu keluarga.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat.

Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih dan karipap (kuih kegemaran Anwar) kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.

Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Azizah, walaupun Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.

Hakikatnya Ezam tidak dapat menunaikan permintaan Azizah untuk menghalau Rashid daripada bermalam di rumahnya bersama Anwar, kerana dia tahu, Rashid dijemput ke rumah itu oleh tuan rumahnya sendiri, iaitu Anwar Ibrahim. Apa hak Ezam mahu halau Rashid, sedangkan Anwar sendiri jemput Rashid bermalam di rumahnya.

Episod inilah yang menjadi perdebatan Ezam-Azizah sekarang ini, walaupun kedua-dua tidak menyebut lelaki mana yang menjadi subjek perbahasan tetapi Anwar tahu siapakah lelaki yang dimaksudkan itu.

Sebab itu jawapan Azizah sendiri tidak konsisten dalam jawapannya berkenaan isu tersebut. Kali pertama ketika menjawab dengan Agendadaily, dia mengaku pernah memberi arahan tersebut kepada Ezam. Namun setelah disedari oleh Anwar, pengakuan Azizah itu membawa padah, Anwar mendesak Azizah menukar pengakuan dengan mengatakan dakwaan itu fitnah dan disertakan ugutan saman di mahkamah.

Sejarah Azizah, dia tidak terkenal dengan budaya saman menyaman, tetapi sejarah Anwar penuh dengan tradisi saman menyaman walaupun dari kes liwat, dia sendiri tidak percaya dengan sistem perundangan di Malaysia. Ketika saman orang lain, Anwar menaruh sepenuh kepercayaan kepada sistem mahkamah Malaysia, tetapi ketika dirinya sendiri didakwa di mahkamah, dia menimbulakan pula isu ketidakbolehan percaya kepada sistem mahkamah Malaysia. Flip flop!

Dan apa tujuan, Anwar mengarahkan Azizah mengertak Ezam menggunakan saman di mahkamah ? Tujuannya, untuk memastikan skandal baru Anwar tidak diketahui umum, sebagaimana Anwar berusaha melindungi kes meliwat Saiful tidak diketahui umum.

Yang pasti, skandal terbaru ini berbeza dengan kes Saiful. Kes Saiful bermula pada tahun 2008, dari Mac 2008 hingga 28 Jun 2008. Tetapi skandal terbaru ini berlaku sebelum daripada itu, dari Anwar berada di penjara Sungai Buloh hingga Mac 2005.

Jika Anwar tidak bendung polemik ini, bakal meletup satu lagi skandal baru, selain Saiful (yang sedang dibicarakan sekarang) dengan seorang lagi lelaki misteri bernama Rashid.

Sanggup Azizah meneruskan polemik ini lagi ?




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, August 15, 2010

Kata Anwar : Mengapa gentar berhadapan kebenaran !

Hari ini, Anwar meluahkan kekecewaan di blognya dengan keputusan hakim menolak permohonannya untuk menggugurkan kes liwat.

Kata Anwar : "Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan"

"Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!"

Maksudnya Anwar sendiri sudah menduga hakim akan menolak permohonannya. Kalau sudah duga, kenapa pohon juga ?

Itu lah rahsianya, Anwar memang sengaja memohon itu ini, walaupun sudah diketahui tidak berjaya bukan sekadar bertujuan untuk melengah-lengah kes, tetapi yang lebih utama untuk menarik simpati rakyat, mahu membuktikan semua yang dipohonnya telah ditolak. Walhal, sepatutnya dari lagi Anwar tidak memilih jalan 'bicara dalam bicara' kerana pasti menganggu prosiding induk. Tetapi Anwar memilih juga jalan berliku-liku itu, soalnya kenapa ?

Prosiding induk adalah dakwaan Anwar meliwat Saiful, dan Anwar pohon lagi perbicaraan cabang, iaitu menuduh Saiful mengadakan hubungan intim dengan Farah. Itu bukan menjawab soalan, tetapi melarikan diri daripada menjawab soalan.

Baik, kalau benar sekalipun Saiful dan Farah ada hubungan intim, so what ? Adakah menjejas dakwaan induk yang Anwar meliwat Saiful ?

Kenapa Anwar terlalu cemburukan soal 'hubungan intim' Saiful-Farah ? Anwar mendakwa lagi Saiful dan Farah dapat akses dokumen dan perbicaraan. Apa bukti Anwar untuk menyokong dakwaan ini, sedangkan barisan peguambela Anwar tidak pun menjawab afidavit Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Judy Pereira yang menyatakan bahawa Farah Azlina tidak akses kepada dokumen siasatan dan perbicaraan. dan peranannya hanya setakat mengambil nota prosiding kes.

Seandainya soal akses dan keselamatan dokumen yang Anwar risaukan, kenapa Anwar tidak membalas afidavit Hanafiah dan Judy Pereira itu?

Afidavit Hanafiah mewakili pihak pendakwa dan Judy Perreira mewakili pegawai penyiasat Anwar, kedua-duanya menafikan Saiful dan Farah boleh akses dengan dokumen dan perbicaraan. Saiful adalah saksi yang mempunyai peguamnya sendiri, Zambri Idrus. Zambri juga tiada hak untuk akses dokumen pasukan pendakwa, dia hanya peguam pemerhati yang mewakili Saiful sahaja. Farah pula bukan pasukan peguam, tetapi sekadar mengambil nota prosiding kes sahaja.

Seandainya Anwar mempunyai bukti, kenapa Anwar dan barisan peguamnya tidak menjawab afidavit Hanafiah dan Judy Perreira itu ? Dari segi afidavit pun Anwar sudah tewas.

Afidavit Anwar hanya afidavit membuat tuduhan wujudnya hubungan intim Saiful-Farah tanpa disertai dengan bukti. Anwar gagal mengemukakan bukti sokongannya kecuali bersandarkan surat layang, Raja Petra Raja Kamaruddin di blog Malaysia-today.

Sebab itu, Anwar dan Karpal sangat marah apabila Saiful atau Farah tidak membalas afidavit Anwar, kerana Anwar/Karpal sudah tahu kes ini sangat lemah tanpa pengakuan orang tertuduh. Seandainya orang yang Anwar tuduh tidak mengaku wujudnya 'hubungan intim', jadi di mana asas tuduhan Anwar ?

Kenapa Saiful dan Farah perlu menjawab afidavit Anwar sekiranya mereka sudah tahu itu adalah perangkap yang bertujuan untuk mengalih isu dan membuang masa. Anwar sendiri tidak menjawab afidavit Hanafiah dan Judy Perreira, kenapa marah pula kepada Saiful dan Farah yang tidak memberi respon dakwaan Anwar.

Dan seandainya Anwar benar-benar yakin Saiful dan Farah ada hubungan, dan Anwar benar-benar marah kerana hubungan itu, Anwar boleh mengemukakan satu permohonan baru untuk membicarakan 'hubungan intim' itu. Buka kes lain, bukannya campur aduk dengan kes ini.

Pendakwa menuduh Anwar meliwat Saiful Bukhari. Anwar dan peguamnya pula mendakwa Saiful mempunyai intim dengan Farah. Soalan yang dituduh kepada Anwar, tidak dijawab, tetapi dia pula menuduh pula Saiful berhubungan dengan orang lain tanpa bukti kukuh. Jadi siapa sebenarnya gentar berhadapan dengan kebenaran?




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saturday, August 14, 2010

Berapa kali lagi Anwar mahu gugurkan kes liwat ?

Isnin ini (16 Ogos) merupakan tarikh hakim buat keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar untuk menggugurkan kes atau tidak. Apa hujah Anwar untuk menggugurkan kes kali ini ? Anwar dakwa adanya dakwaan hubungan intim antara Saiful Bukhari Azlan dengan bekas anggota pasukan pendakwa Farah Azlina Latif.

Adakah hujah ini kuat ? Hujah ini amat lemah. Apakah sumber Anwar untuk menyokong dakwaannya ? Satu sumber sahaja, iaitu surat layak yang ditulis di blog kroni Anwar, Raja Petra Raja Kamaruddin(RPK). Adakah RPK bersedia hadir ke mahkamah untuk menyokong dakwaan Anwar ? Sudah semestinya RPK tidak hadir, kerana dia sendiri melarikan diri ke luar negara setelah menghadapi kesnya di mahkamah Malaysia.Bagaimana seorang yang melarikan diri daripada menghadapi sistem perundangan Malaysia, boleh dijadikan rujukan untuk menyokong kes lain?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata dakwaan wujudnya hubungan sulit Farah Azlina dan pengadu seperti terkandung dalam permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah 'dengar cakap' semata-mata.

''Ia hanya satu dakwaan kosong tanpa pengetahuan beliau sendiri. Apa sahaja dalam afidavit Anwar telah dilaporkan dalam akhbar,'' katanya.

Justeru itu tidak menghairankan jika Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan dakwaan hubungan intim Saiful-Farah tidak relevan dengan perbicaraan kes liwat yang sedang dibicarakan. Klik di sini

Apabila hakim menolak isu hubungan intim Saiful-Farah, Karpal Singh, ketua peguam bela Anwar membangkitkan isu lain pula. Kali ini, isu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria yang berpoligami pula.

Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sudah nampak hala tuju niat Karpal tersebut, sebab itu beliau berkata :

''Tiada afidavit balasan difailkan terhadap afidavit yang jawapan Hanafiah. Sekarang nak bangkitkan isu kahwin dua, satu isu yang tidak ada kaitan.

''Adakah dengan berkahwin sekali lagi di Thailand bermaksud Hanafiah seorang yang tidak jujur? Hanafiah menjawab notis usul berlandaskan apa yang beliau ketahui dan bukannya seperti Anwar yang memfailkan notis berdasarkan apa yang dia dengar,''

''Tindakan pihak pembelaan memfailkan bermacam-macam permohonan, notis dan afidavit serta melengah-lengahkan perbicaraan sebenarnya menyalahgunakan proses mahkamah,''

"Buat kali pertama saya bercakap... kami tidak boleh membenarkan pembelaan terus melambatkan perbicaraan ini. Kita tidak boleh melihat semata-mata kepentingan tertuduh. Kita harus melihat kepentingan pengadu serta orang awam,"

Daripada keterangan-keterangan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dapat dibuat kesimpulan bahawa hujah untuk menggugurkan kes berdasarkan hujah hubungan intim Saiful-Farah sangat lemah dan Karpal sendiri mengetahui kerelevanan hujah tersebut. Sebab itu Mohd Yusof berpendapat bukan tujuan sebenar Karpal mahu menggugurkan kes bila berpegang dengan hujah tersebut, tetapi matlamat sebenar Karpal adalah untuk melengah-lengahkan prosiding.

Dr Razali tunggu soal balas Karpal

Seorang pengomen tegar di AIDC, NTAnwar2 mengutarakan pendapat, seandainya benar Karpal mahu menggugurkan kes, Karpal perlu berhujah dengan hujah alibi, iaitu Anwar tiada di tempat kejadian, seperti yang pernah didakwanya sebelum ini. Karpal mendakwa pada masa, tarikh dan tempat hari kejadian dakwaan liwat tersebut, Anwar berada di unit 1152 dan bukannya unit 1151 seperti didakwa. Kenapa Karpal tidak menggunakan hujah ini yang jauh lebih kuat daripada hujah 'hubungan intim Saiful-Farah' untuk menggugurkan kes ?

Di sini jelas, Karpal sendiri tidak yakin dengan hujah alibi, sebab itu beliau ragu-ragu untuk menjadikan hujah ini sebagai hujah utama untuk menggugurkan kes. Hujah alibi hanya rekaan Karpal semata-mata. Bagaimana Karpal mahu berpegang dengan hujah alibi, sedangkan pemilik kondominium, Hassanuddin Abd. Hamid menjadi saksi utama yang mengesahkan Anwar dan Saiful berada di unit 1151 pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa. Klik di sini

Maksudnya apa ? Maksudnya jika Anwar tidak menggunakan hujah alibi, bermakna secara langsung Anwar tidak dapat menafikan pada tarikh (26 Jun 2008), tempat (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur) dan masa (antara 3.01 petang dan 4.30 petang), Anwar dan Saiful berada di tempat kejadian. Anwar dan barisan peguamnya tidak dapat menyangkal hujah ini.

Menurut NTAnwar2 tujuan Karpal membangkitkan isu Saiful-Farah dan menggugurkan kes semata-mata untuk mengelakkan diri daripada menyoal balas keterangan pakar bedah Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim. Klik di sini

Dr Razali berkata dia telah mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.

Katanya, pelincir (KY Jelly) digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful. Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani Anwar di dalam dubur Saiful. Klik di sini

Kenapa Anwar tidak berpegang lagi hujah 'tiga doktor' ?

Sebelum ini Anwar pernah mahu menggugurkan kes, dengan menggunakan hujah 'tiada penetrasi dari 'keterangan tiga doktor'. Ketika itu, ketua peguam bela Anwar disandang oleh Sulaiman Abdullah. Sivarasa Rasiah, salah seorang team peguam Anwar berusaha menggugurkan kes menggunakan hujah tersebut. Sekarang Sulaiman Abdullah menarik diri daripada team peguam Anwar setelah merasakan beliau tidak sanggup lagi untuk berkompromi dengan karenah Anwar yang lebih berminat untuk melengah-lengahkan kes.

Sebelum Sivarasa Rasiah dipecat dari team peguam Anwar, beliau pernah berusaha untuk menggugurkan kes dengan bersandarkan 'keterangan tiga doktor', walaupun ketika itu doktor-doktor yang dijadikan hujah oleh Sivarasa belum lagi memberi keterangannya.

Sivarasa berhujah; "Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal, katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku"

Hujah Hospital Pusrawi adalah hujah yang amat lemah. Dr Novandri Hassan Basri,dari Pulau Pinang mematahkan hujah ini dari sudut pandangan doktor. Pertama doktor Hospital Pusrawi hanya doktor biasa dan tidak pakar dalam bidang liwat. Doktor itu tidak membuat diagnosis yang tepat dan mencadangkan Saiful ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kedua menurut Dr Novandri, jika doktor Pusrawi hanya doktor biasa, bekerja di hospital swasta, sepatutnya cukup dengan hanya mendapatkan informasi daripada pesakit dan tidak meneruskan diagnosis di luar daripada kepakarannya. Doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).Klik di sini

Perkara yang sama turut diperkukuhkan dengan hujah daripada Pengarah Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmod Wan Yaakub mengesahkan doktor yang memeriksa Saiful hanyalah doktor biasa yang bertugas di bahagian kecemasan dan kemalangan dan bukannya doktor pakar serta pemeriksaan dilakukannya tidak berkaitan dengan liwat.

Hujah Sivarasa mereka mempunyai bukti sokongan daripada Hospital kerajaan (HKL) juga boleh dipertikaikan. Bagaimana barisan peguam Anwar mempunyai mempunyai semua salinan laporan doktor HKL, jika permohonan mereka untuk mendapatkan salinan itu tidak diizinkan oleh pihak mahkamah ?

Adakah barisan peguam Anwar 'mencuri' dokumen sulit dari hospital kerajaan, sebagaimana yang mereka lakukan ke atas hospital swasta ?

Sebarang bukti dan dokumen pesakit adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum, tanpa keizinan daripada pesakit, itulah amalan dan etika kedoktoran yang diamalkan di hospital kerajaan. Jadi dari mana peguam Anwar mendapat bukti sokongan itu yang didakwa dari hospital kerajaan ?

Kalau hanya bergantung kepada cebisan salinan yang dibekalkan oleh pihak pendakwa kepada pihak peguambela Anwar, adakah itu cukup kuat untuk Anwar berhujah, sedangkan pasukan pendakwa mempunyai laporan terperinci yang belum didedahkan kepada umum ?

Sebab itu, pasukan pendakwa berhujah, masuk bicara dahulu, pasukan pendakwa akan memberi kesemua dokumen-dokumen dari hospital kerajaan dan cabar di mahkamah adakah relevan atau tidak ? Kenapa Anwar dan pasukan pendakwanya takut memasuki fasa itu (dibicarakan)?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan hari ini membuat kesimpulan bahawa laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia benar-benar diliwat oleh Anwar.

Tiada kesan penetrasi, bukan bererti tidak diliwat, kerana Anwar boleh menggunakan pelincir (KY Jelly) semasa melakukan aktiviti sodomi itu sehingga tidak meninggalkan kesan. Tetapi bagaimana dengan kesan air mani Anwar yang terdapat di dalam lubang dubur Saiful hasil daripada ujian DNA, hospital kerajaan ? Klik di sini

Berdasarkan hujah yang amat lemah ini, maka tidak hairan cubaan Anwar untuk menggugurkan kes berdasarkan hujah ini ditolak oleh mahmakah.

Sekarang salah seorang doktor kerajaan, Dr Mohd Razali mahu beri keterangannya di mahkamah, tetapi Anwar sendiri tidak berminat untuk mendengarnya walaupun satu ketika dahulu, beliau sendiri ghairah menggunakan hujah 'keterangan doktor' tersebut.

Karpal sendiri berusaha menangguhkan kes supaya Dr Razali tidak berjaya memberi keterangannya.

Kenapa Anwar dan Karpal bersikap double standard ?

Dan semestinya kita sudah dapat membaca strategi Anwar/Karpal ini, walaupun mereka tahu hujah mereka lemah, tetapi mereka tetap berusaha juga, selepas ini sekiranya gagal, mereka akan fail rayuan pula, jika gagal lagi mereka akan fail ke Mahkamah Presekutuan pula dan seterusnya jika gagal lagi mereka akan fail menggugurkan hakim pula...seterusnya dan seterusnya..

Anda nampak motif tersirat Anwar itu ?







Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, August 8, 2010

Sebenarnya Karpal tiada bukti, hanya untuk lengahkan prosiding

Selepas Karpal Singh berjaya ambil cuti sakit selama 15 hari hingga prosiding yang sepatutnya diteruskan terpaksa ditangguhkan ke tarikh baru 2 Ogos. Karpal sakit sebab terkejut dengan keterangan Dr Mohd Razali Ibrahim, saksi kedua dan salah seorang daripada tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dr Razali beritahu, ujian sampel menunjukkan adanya air mani Anwar dalam dubur Saiful.

Cepat-cepat Karpal buat permohonan di mahkamah halang Dr Razali beri keterangan lanjut kerana pihaknya mahu soal siasat secara langsung, sebelum keterangan selanjutnya. Mahkamah benarkan. Namun Karpal tidak soal siasat saksi sebaliknya memohon penangguhan sekali lagi kerana mahu memohon dokumen perubatan daripada pihak pendakwa terlebih dulu. Perdebatan bermula lagi. Isunya beralih pula kepada pohon dokumen. Akhirnya keputusan pohon dokumen ditolak, mahkamah memutuskan peguam bela Anwar terus menyoal balas saksi kedua.

Pada 19 Julai, sepatutnya Karpal menyoal balas Dr Razali, namun sekali lagi tidak menjadi kenyataan, apabila seorang lagi peguam Anwar, Datuk Param Cumaraswamy memberitahu mahkamah, Karpal tidak dapat hadir kerana diberi cuti sakit selama 15 hari. Param pohon prosiding ditangguhkan. Mahkamah setuju tangguh ke 2 Ogos.

2 Ogos, Karpal kembali semula ke mahkamah, tetapi masih tidak mahu menyoal balas saksi kedua, Dr Razali, sebaliknya membuat permohonan baru, mahu menggugurkan kes kerana wujudnya hubungan romantik antara saksi utama Saiful Bukhari Azlan dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa,Farah Azlina Latif. Mahkamah tangguh lagi ke 9 Ogos.

Pelik Karpal ni, dulu bermati-matian mengatakan Anwar tiada di tempat kejadian, unit 1151, maknanya kejadian liwat tidak berlaku, tetapi semasa mahu menggugurkan kes, 'hujah Anwar tiada di tempat kejadian' tidak digunakan sebaliknya menggunakan hujah hubungan romantis Saiful-Farah untuk gugurkan kes.

Budak darjah satu pun boleh fikir hujah mana yang paling relevan untuk gugurkan kes. Sudah tentu lah hujah Anwar tiada di tempat kejadian yang paling valid, tetapi tidak digunakan, sebaliknya menggunakan hujah yang amat lemah iaitu wujudnya hubungan romantis Saiful-Farah.

Maknanya apa ? Maknanya Karpal tiada hujah untuk soal balas Dr Razali dan Karpal menipu berkenaan dakwaan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa.

Sejauh manakah kukuhnya bukti Anwar wujudnya hubungan Saiful-Farah untuk menggugurkan kes. Sangat tidak kukuh!

Kenapa sangat tidak kukuh ? Kerana tiada sumber yang relevan. Hanya berpandukan kepada sumber dakwaan yang dibuat menerusi laman web Malaysia Today yang dikendali oleh Raja Petra Kamaruddin(RPK). RPK ni kroni Anwar, semua orang sudah tahu. Sekarang sudah lari ke luar negara. Semua orang pun sudah tahu. Jadi macam mana, RPK tahu adanya hubungan Saiful-Farah ? Sanggupkah RPK jadi saksi di mahkamah, sedangkan dia sendiri melarikan diri ke luar negara kerana takut dibicarakan kesnya.

Ada bukti lain untuk menyokong hujah Karpal untuk menyokong dakwaan itu, selain dari surat layang RPK. Tidak ada. Jadi layakkan Karpal dan Anwar hanya bergantung kepada surat layang untuk menggugurkan kes ?

Sebenarnya Karpal sendiri tiada apa-apa asas untuk menyokong hujah tersebut. Kalau tidak kenapa dalam mahkamah hari ini, Karpal berkata begini;

"Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif menjawab dakwaan hubungan romantis kedua-dua mereka di mahkamah terbuka.Karpal berkata adalah penting kedua-dua Saiful dan Farah disoal sebagai saksi memandangkan keterangan mereka adalah “penting” dan dakwaan hubungan ‘sulit’ boleh menjejaskan keseluruhan perbicaraan kes liwat". Klik di sini

Maknanya apa ? Maknanya Karpal tiada bukti untuk membuktikan tuduhannya sebab itu dia kepada kepada Saiful dan Farah kerana tidak menyambut umpannya.

Kalaulah benar sekalipun Saiful dan Farah ada hubungan, itu bukan isu utama. Isu utama adalah benarkah atau tidak Anwar meliwat Saiful pada tarikh, tempat dan masa yang didakwa ?

Lagipun, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina dari pasukan pendakwaan agar tidak akan menjejaskan kes itu.

Jadi apa masalah lagi untuk Karpal membenarkan Dr Razali daripada memberikan keterangannya ?

Dr Razali sudah bersedia dari awal lagi, sudah turun naik ke mahkamah berkali-kali, tetapi kecewa kerana Anwar dan Karpal masih berdolah-dolah dengan isu-isu sampingan.

Kalau Anwar dan Karpal terus menerus bersikap begini, semakin ramai Melayu profesional, terutamanya para doktor akan hilang kepercayaan kepada Anwar.

Kalau Anwar tidak meliwat, kenapa mahu berdolah dalih lagi. Buktikan anda tidak meliwat. Kalau sikap anda mahu berdoalh dalih dan melengah-lengahkan prosiding, memang sah anda peliwat!


Sila klik untuk baca selanjutnya...