Tuesday, June 30, 2009

Apabila Saifuddin Nasution kata Anwar masuk Sungai Buloh..

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui oleh G Manimaran, wartawan Mstar online semalam (30 Jun) secara jujur mengakui kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan dimasukkan sekali lagi ke penjara Sungai Buloh, akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Kami telah membincangkan pelbagai senario ketika kes Anwar akan didengar bulan depan (8 Julai). Salah satu senario ialah Anwar akan menghuni semula di Sg. Buloh" kata Saifuddin.

Ini pengakuan jujur dari Pengarah Pilihan Raya PKR, yang sebelum ini telah mengadakan mesyuarat khas pimpinan tertinggi dan biro politik PKR untuk membincangkan masa depan parti dan Anwar Ibrahim.

Daripada pengakuan jujur ini, jelaslah Saifuddin Nasution juga di antara aktivis PKR yang percaya Anwar meliwat Saiful dan bakal didapati bersalah serta dimasukkan semula ke penjara Sungai Buloh, tempat yang pernah dihuni oleh Anwar satu ketika dahulu kerana kesalahan menyalahgunakan kuasa dan meliwat.

Pengakuan ini senada dengan pengakuan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri sebelum ini semasa diinterbiu oleh akhbar Sinar Harian.

“Bagaimana hebat pun, kita sediakan pasukan pembelaan tetapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka risiko (kalah) tetap berada di situ,” kata Nurul Izzah.

Pendapat Saifuddin hampir sama dengan pendapat Nurul Izzah, dari segi ketidakpercayaan kepada kebolehan peguam bela yang menjadi jurucakap kepada Anwar.

Walaupun Saifuddin telah menyatakan tentang ketidakupayaan peguam bela Anwar, tetapi perbincangan yang menjurus kepada meletakkan Anwar semula ke penjara Sungai Buloh, sudah mencerminkan, kekalahan psikologi peguam-peguam Anwar, kerana Anwar bakal didapati bersalah meliwat Saiful.

Sepatutnya, jika Saifuddin atau Nurul Izzah, yakin tidak melakukan 'perbuatan itu' serta mempunyai alibi (orang yang boleh mengesahkan Anwar tidak berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang dituduh), prasangka negatif untuk Anwar kembali ke Sungai Buloh tidak akan timbul.

Bermakna sudah ada 'lope hole' dalam kes Anwar. Pertama, Anwar kelihatan takut bersumpah laknat dan kedua, keyakinan yang kuat daripada aktivis-aktivis PKR sendiri, seperti Saifuddin Nasution, Aminah Abdullah dan Nurul Izzah bahawa Anwar bakal masuk semula ke penjara Sungai Buloh.

Sama ada Anwar sedar atau tidak, 'lope hole' pertama iaitu Anwar takut untuk 'bersumpah laknat' dengan menyebut kalimah Allah, 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', telah banyak menghilangkan sokongan umum kepada Anwar.

Benar, walaupun Anwar tidak bersumpah dan Saiful bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Anwar tetap menang sebagai ahli parlimen Permatang Pauh. Tetapi wajarkah kesan sumpah dinisbahkan kepada kemenangan pilihanraya.

Adakah kesan sumpah boleh dinilai dalam masa sebulan ? Mungkin kesannya berbulan-bulan selepas itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi yang pasti tiada siapa yang dapat mengetahui qada' dan qadar Allah Azawajalla.

Misalnya, walaupun Anwar merancang 16 September 2008 (selepas menang Permatang Pauh), dia akan menjadi PM pada tarikh itu, takdir Allah menentukan bahawa angan-angan itu hanya tinggal khayalan semata-mata. Kata Haji Hadi, Presiden PAS, 'angan-angan Mat Jenin'. Adakah ini boleh dikaitkan dengan kesan sumpah Saiful ?

Tiada siapa sangka juga selepas Anwar menang di Permatang Pauh, PAS berpecah dua, terbahagi kepada jalur Erdogan (dikaitkan dengan Anwar) dan jalur ulama (yang ingin menjauhkan PAS daripada pengaruh Anwar). Malah dalam muktamar PAS baru-baru ini, sesiapa sahaja calon PAS yang dianggap sebagai proksi Anwar terutamanya Husam Musa, ditolak secara tegas oleh perwakilan PAS. Maknanya nama calon yang dikaitkan dengan Anwar amat tidak popular di kalangan perwakilan PAS. Adakah ini juga dikaitkan dengan kesan sumpah Saiful ?

Sebab itu tidak adil mengaitkan ketidakberkesan sumpah Saiful dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, seperti tidak adil mengaitkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang faktor sumpah Saiful.

Tetapi, sebagai Islam, kita percaya Allah Maha Mengetahui, pada setiap perancangan dan pelaksanaanNya. Kita tidak tahu kesan sumpah itu mengetuk pintu hati setiap pengundi Melayu yang tidak berparti untuk tidak mempercayai lagi retorik Anwar. Kita juga tidak tahu, kesan sumpah Saiful itu menyebabkan Anwar ditakdirkan sekali lagi menjadi penghuni Sungai Buloh. Kita semua tidak tahu qada dan qadar Allah Subhanawattala.

Sepatutnya 'prasangka Anwar bakal masuk ke dalam' tidak wajar bermain di minda aktivis-aktivis PKR. Sepatutnya kalau benar, Anwar tidak meliwat, semua aktivis PKR akan mempertahankan Anwar habis-habisan. Orang yang tidak bersalah perlu dipertahankan, kecuali sudah diketahui 'orang itu' bersalah, maka benteng-benteng pertahanan akan menjadi lemah, dan akhirnya ragu-ragu untuk mempertahankan lagi kesalahan itu.

Misalnya, dalam rakaman video yang pernah diucapkan oleh Nurul Izzah, ketika wartawan bertanyakan ke mana Anwar pada 26 Jun 2008, Nurul Izzah mencelah kepada wartawan itu, mendakwa Anwar bersamanya dan keluarganya.

Kalau benar, dakwaan Nurul Izzah, bermakna Nurul Izzah adalah alibi yang kuat untuk mengesahkan, Anwar tidak meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Tetapi semasa hujah bertulis peguambela Anwar dalam usul untuk menggugurkan kes, tiada pun hujah alibi sepertimana yang disebut oleh Nurul Izzah. Kalau benar hujah Nurul Izzah kuat kenapa tidak dimasukkan hujah ini sebagai hujah yang paling kuat ? Kenapa digugurkan hujah ini ? Adakah dakwaan Nurul Izzah sekadar retorik politik yang tidak relevan di mahkamah ?

Jadi apabila Saifuddin sudah meramalkan Anwar bakal menghuni sekali lagi di Sungai Buloh, sudah menandakan satu hukuman Allah ke atas Anwar.

Walaupun, Nasruddin Tantawi, ketika diwawancara oleh Malaysiakini, berkenaan isu liwat Anwar, Ketua Dewan Pemuda PAS itu pun, seolah-olah meramalkan keadaan yang sama, walaupun dia turut berdoa agar kejadian itu tidak berlaku. Kita pun tidak tahu apa sebenarnya yang bermain di minda dan hati Ketua Dewan Pemuda PAS yang tidak diucapkan secara lisan dalam bentuk kata-kata.

Anwar masuk kembali ke Penjara Sungai Buloh ? Hanya Allah yang akan menentukan segala-galanya.




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, June 28, 2009

Jika Anwar bersungguh mahu gugurkan kes..maknanya ada kes!

Mengenali Anwar cukup senang. Selalunya tindakannya terbalik. Dulu semasa 16 September, dia bermati-matian mengatakan dia ada bilangan ahli parlimen BN yang melompat parti (we have the numbers), tetapi apabila tiba tarikhnya (16 September), angka itu tidak ada. Sampai sekarang masih tidak ada, angka tersebut!

Dulu, selepas Saiful Bukhari buat laporan polis, 28 Jun 2008, Anwar lari ke kedutaan asing, kononnya untuk menyelamatkan diri daripada ancaman bunuh. Sampai sekarang, kita masih bingung, siapakah yang dimaksudkan Anwar pembunuh itu ? Selepas keluar dari kedutaan asing, Anwar tidak nampak 'ketakutan' dengan pembunuh itu, malah bebas ke sana kemari tanpa risau keselamatan dirinya.

Maknanya jika Anwar berkata, ada pihak yang ingin membunuhnya, maknanya tiada sesiapa pun yang ingin membunuhnya, itu hanya muslihat untuk berlindung di kedutaan asing, untuk buat laporan minta simpati kepada pihak luar.

Adakah kita masih ingat lagi, ketika kes liwat belum dibuat pertuduhan di mahkamah seksyen, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008 ?

Sepanjang Julai 2008, Anwar bermati-matian melakukan propaganda kepada rakyat, mengatakan tiada kes. Anwar dengan seluruh tentera PKRnya berhujah menggunakan laporan hospital Pusrawi.

Walaupun Anwar sendiri tahu, laporan hospital Pusrawi bukanlah bukti yang paling relevan untuk diketengahkan, tetapi Anwar dan PKR mewar-warkan kepada rakyat, seolah-olah dokumen hospital Pusrawi adalah paling valid dan paling sah!

Akhirnya, pihak pengurusan hospital Pusrawi sendiri terpaksa membuat kenyataan, mengesahkan, Doktor Osman yang memeriksa Saiful, bukanlah doktor pakar, sebaliknya dia adalah doktor biasa dan dia sendiri mengesyorkan Saiful untuk merujuk kepada doktor pakar di HKL.

Tetapi cara Anwar gambarkan melalui ceramah - ceramah dan kenyataan - kenyataan media, seolah-olah dia dianiaya, sengaja mereka-reka bukti, walhal tiada kes, dan dengan lantang dia mendesak agar siasatan dihentikan dan kes digugurkan segera!

Akhirnya, tidak seperti yang Anwar gambarkan, pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukahri.

Dan selepas tarikh didakwa itu, episod dokumen hospital Pusrawi kembali lenyap.

Masihkah kita ingat, Anwar bersungguh-sungguh membuat laporan BPR tentang kepada Musa Hassan, Ketua Polis Negara dan Ghani Patail, Peguam Negara kononnya mereka memalsukan maklumat berkaitan kes mata lembam 10 tahun lampau.

Peliknya dalam ramai individu yang terbabit, termasuk bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor, hanya nama Musa Hassan dan Ghani Patail yang menjadi mangsa Anwar. Rupa-rupanya muslihat Anwar terbongkar jua, tiga bulan selepas itu, tujuan Anwar membuat laporan BPR ke atas mereka berdua semata-mata untuk menghalang kedua-dua pihak itu (peguam negara & Ketua Polis Negara) terlibat dalam kes liwat Anwar dengan Saiful Bukhari.

Masihkah kita ingat, ketika Anwar dan peguambelanya bermati-matian mempertahankan kes liwat dibicarakan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, dengan alasan kononnya surat pemindahan dari Makhamah Sekyen ke Mahkamah Tinggi tidak sah kerana ditandatangani oleh Ghani Patail, akhirnya pada bulan Mac, Mahkamah Tinggi putuskan kes itu boleh dipindahkan kerana menepati prosedur biasa dan ditetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh sebutan kes.

Sekali lagi isu liwat reda, dari April hingga Mei. Anwar dan barisan peguamnya sekali lagi tiupkan gelombang baru pada awal Jun, dengan membuat petisen baru iaitu gugurkan kes!

Sekarang, Anwar masih lagi meniupkan gelombang gugurkan kes. Dokumen hospital Pusrawi sekali lagi dijadikan bukti, walaupun Anwar tahu, sekiranya dia akan dipanggil untuk membuat pembelaan, dokumen hospital pusrawi itu tidak akan digunakan sebagai hujahnya.

Sekali lagi, Anwar kerahkan tenteranya, termasuk Angkatan Muda PKR untuk membuat gelombang menggugurkan kes, termasuk menghantar memorandum kepada pihak pendakwaraya, kononnya tiada kes, dan kes itu patut digugurkan dengan segera.

Kalau kita meneliti, semua kronologi di atas, apabila Anwar mengatakan tiada kes, sebenarnya jawapannya terbalik. Kesnya ada, sebab itu Anwar takut menghadapinya!

8 Julai, kemungkinan besar, kes Anwar akan disebut. pendakwa akan berhujah satu persatu bukti-bukti mereka. Di situlah medan terbaik, Anwar akan menafikan lemah atau kuat hujah pihak pendakwaraya. Biar rakyat, lihat dan fikir sendiri, kekuatan dan kelemahan hujah-hujah itu. Biar hakim tentukan.

Jika hujah pendakwaraya lemah, hakim akan memutuskan tiada kes dan Anwar tidak perlu dibicarakan lagi. Imej Anwar akan kembali bersih.

Tetapi jika hujah pendakwaraya kuat, hakim pun turut bersetuju, Anwar akan diminta untuk membela diri. Saksi-saksi dan pembentangan pendakwa raya akan dihujahkan semula oleh pihak penguambela Anwar. Di situ saksi-saksi dan dokumen-dokumen akan dipersoalkan semula satu persatu.

Sepatutnya Anwar berusaha menggugurkan kes ketika pihak pendakwaraya membentangkan hujah-hujahnya, bukannya berusaha menggugurkan kes ketika sebutan kes belum dimulakan.

Cubaan menggugurkan kes, sebelum sebutan kes, menggambarkan Anwar berusaha menyembunyikan sesuatu daripada terbongkar!

Apa yang terlalu Anwar takutkan, kerana pastinya 'sesuatu' itu bakal terbongkar jua, suatu hari nanti..


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saturday, June 27, 2009

Apabila mahkamah sudah sekat pasport perjalanan Anwar..

Hari ini, 28 Jun, bermakna, tinggal beberapa hari lagi bermulalah ambang 1 Julai, di mana kes perbicaraan liwat Anwar kembali bergema. Ketika menjelangnya ambang 1 Julai, bermacam-macam percubaan telah dilakukan oleh pihak Anwar untuk menimbulkan 'simpati rakyat', tetapi tidak seperti 'mood 1998', rakyat bertenang, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, ambil sikap 'tunggu dan lihat'. Mood rakyat yang tidak positif ini tentulah tidak mengembirakan Anwar.


Banyak cubaan telah dilakukan oleh Anwar, tetapi momentumnya 'sejuk'. Bermula dengan menghantar dua petisen gugurkan kes (10 & 17 Jun 2009), diikuti dengan penghantaran memorandum Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin menuntut gugurkan kes, kononnya mewakili Pemuda PR, tetapi Nasruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS) tidak hadir bersama-sama Shamsul Iskandar semasa acara penghantaran memorandum itu. Hanya missinori PKR yang bergerak, PAS sekadar 'letak nama', barangkali masih membaca gerak selanjutnya.

Anwar pun sudah tahu, sejak tiga bulan lalu, bahawa menjelang 1 Julai ini, kes liwatnya kembali dibongkar, tetapi, dia pura-pura tidak tahu, semakin dekat 1 Julai, kalau boleh semakin banyak susunan jadualnya ke luar negara.

26 Jun 2009, Anwar menyatakan komitmennya ke Amerika Syarikat. Anwar boleh batal program itu, sekiranya dia mahu, seperti yang dilakukan sebelum ini. Tetapi dia memilih untuk 'terbang' ke Amerika Syarikat, meskipun dia tahu, ketika ini penguam belanya memerlukan Anwar berada di Malaysia untuk mendapat maklumat lengkap, menyediakan jawapan balas daripada hujah-hujah pendakwaraya, 1 Julai nanti.

Ketidakseriusan Anwar ini menggambarkan Anwar ingin lari daripada masalah. Apabila masalah semakin banyak dan semakin hampir dengan puncak masalah, Anwar memilih jalan sendiri, keluar negara, lari dari masalah. Yang memikul bebanan masalah adalah barisan peguamnya dan partinya PKR. Bertanggungjawabkah pemimpin seperti ini ?

Anwar juga yang menyusahkan diri sendiri dengan memulakan perbicaraan dalam perbicaraan. Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah menetapkan kes perbicaraan Anwar akan bermula pada 1-24 Julai 2009. Sepatutnya tarikh itu dipatuhi oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan Keadilan dan Kebenaran.

Tetapi pihak Anwar memulakan gelombang baru. Berusaha 'mengubah' 1-24 Julai yang telah ditetapkan sebelum ini. Pada 10 Jun, Anwar failkan petisen gugurkan kes kerana tiada bekalan dokumen, seminggu kemudian (17 Jun) disusuli dengan petisen kedua memohon gugurkan kes, kerana dokumen tidak relevan.

Demi melayan kerenah Anwar ini, mahkamah terpaksa bersidang awal, (22 Jun) untuk menetapkan keputusan permohonan-permohonan Anwar. Mahkamah memutuskan, tarikh perbicaraan Anwar ditunda dari 1 Julai kepada 8 Julai, manakala 1 Julai mahkamah bersidang kembali untuk mendengar permohonan pertama Anwar berkenaan dengan status dokumen.

Jadi siapa yang memulakan untuk percepatkan perbicaraan? Pendakwaraya atau pihak Anwar sendiri ?

Tetapi dalam kekalutan menjelang 1 Julai, Anwar pula 'menyibukkan diri' dengan urusan luar negara. 26 Jun, Anwar dijadual ke Amerika Syarikat. Macamlah Anwar seperti Presiden Barack Obama, jika tidak hadir program itu, maka terbatalkan semua program. Pejabat Anwar, buat kenyataan media, menuduh mahkamah menghalang Anwar ke luar negara, tetapi program di Amerika Syarikat dijalankan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran Anwar.

Kalau benar mahkamah halang pasport Anwar ke luar negara, soalnya kenapa? Apa maksudnya ?

Anwar yang mahukan perbicaraan awal, dengan memohon petisen gugurkan kes, tetapi Anwar sendiri yang tidak serius menyediakan hujah dan menyibukkan diri dengan perkara lain yang tidak berkaitan. Jadi memang wajar pasport Anwar dibatalkan. Anwar yang mohon di mahkamah, jadi Anwar kena hadapi di mahkamah, dari awal hingga akhir. Itu baru anak jantan!

Tetapi dengan halangan daripada pihak mahkamah (jika benar), supaya Anwar tidak keluar negara, memberi makna yang lain. Walaupun Anwar sebelum ini menganggap kes liwat ini remeh dan tidak relevan, tetapi pihak mahkamah memandang sebaliknya.

Kes ini amat serius dan bukti amat kuat, sebab itu pasport ke luar negara Anwar dibatalkan.

Berdasarkan premis ini, maka tidak hairan, jika Angkatan Muda Keadilan, tidak dapat tidur malam dan terpaksa membuat satu memorandum, mencari jalan untuk menggugurkan kes ini sebelum dibicarakan!

Mana demokrasi dan ketelusan yang diperjuangkan Anwar ?. Ini sudah jelas menunjukkan sikap campurtangan, menghalang bukti dan menyekat maklumat sebenar diketahui oleh rakyat.

Seperti ayam jantan,nampak hebat kerana kuat berkokok, tetapi hakikat sebenarnya pengecut kerana punggung dilumuri taik..



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar : Meliwat di Malaysia, lapor ke Amerika Syarikat



Sekurang-kurang pada Mac 2008, Anwar Ibrahim dan barisan peguambelanya sudah tahu perbicaraan kes liwat akan dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 1 - 24 Julai. Walaupun sudah diberitahu tiga bulan lalu, namun Anwar masih lagi membuat aturan jadualnya ke luar negara, Amerika Syarikat dan negara sekutunya.



Seperti kata pengadu, Mohd Saiful Bukhari, Anwar dilayan dengan pelbagai keistimewaan termasuk kelonggar penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira faktor kehadirannya ke Parlimen; jaminan bon peribadi dimana wang jaminan Anwar TIDAK perlu didepositkan dan paspot antarabangsanya tidak ditarik balik sebagaimana yang berlaku ke atas kes-kes janayah yang lain.

Rakyat Malaysia mungkin boleh memaafkan, jika kelonggaran diberikan kepada Anwar untuk menghadiri sidang parlimen. Barangkali untuk menyuarakan suara masyarakat pengundinya, Permatang Pauh, tetapi rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam tidak boleh memaafkan jika Anwar menyalahgunakan keistimewaan yang diberikan untuk kembali bekerja sebagai ejen Amerika Syarikat.

Untuk apa Anwar bertanding di Permatang Pauh, jika Anwar masih menyimpan hasrat menjadi pencacai Amerika Syarikat. Benar seperti kata Dr Bakri Musa, warganegara Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat, sepatutnya dari dulu lagi (2005), Anwar tidak memilih menceburi bidang politik, sebaliknya Anwar pilih untuk terus menetap di Amerika Syarikat, sebagai salah seorang tenaga pelaksana Amerika menghubungkan ke dunia Islam.

Dr Bakri pun sudah kata peranan Anwar ketika itu sudah sama dengan Anwar Sadat, bekas Presiden Mesir yang mati dibunuh kerana bercita-cita mahu menghubungkan dunia Islam dengan Israel.

Dengan kelonggaran pasport yang diberikan kepadanya, Anwar terus menerus menjelajah ke dunia barat, menjejaki sahabat-sahabat baratnya, termasuk Madeline Al Bright, Michel Camdessus, Al Gore, Richard Armitage, Carl Gershman, James Wolfensohn, William Cohen dan ramai lagi yang berstatus Zionis Amerika.

Dengan pasport itu juga, Anwar memuji-muji Presiden Barack Obama di Doha, Qatar mahupun di Paris. Pujian ke atas dasar luar Obama, meskipun Presiden Amerika Syarikat tidak mengundurkan tentera di Iraq, meningkatkan bilangan tentera di Afganistan, serta menyokong penubuhan negara Israel yang sah dalam cadangan 'two state solution'.

Bersimpatikah rakyat Malaysia, jika Anwar menggunakan pasport kebebasannya untuk melobi Presiden Obama bagi mendapat kepentingan peribadinya, sanggup menjual agama dan negara, semata-mata untuk mendapat sokongan Amerika Syarikat?

Bersimpatikah rakyat Malaysia, jika Anwar menggunakan pasport kebebasannya semata-mata untuk beliau terbang ke Amerika Syarikat untuk merestui dasar Presiden Obama mengiktiraf Isarel sebagai sebuah negara sah ?

Itulah perwatakan sebenar Anwar Ibrahim, bukan PM, bukan Menteri Luar Malaysia, malah tiada siapa mengiktiraf peranannya, tetapi dia sendiri tergila-gila meletakkan peranannya seolah-olah dialah 'PM' Malaysia.

Sistem demokrasi mana yang nobatkan Anwar sebagai 'PM' ?

Sebelum Anwar terus menerus 'menggila' dengan mendakwa dirinya PM Malaysia, Anwar perlu menjawab satu persoalan asas : Betul atau tidak anda (Anwar Ibrahim) meliwat pekerja anda (Mohd Saiful Bukhari Azlan) di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008 ?

Soalan ini soalan paling asas patut dijawab oleh Anwar, sebelum terus menerus mendakwa diri anda sebagai PM, kerana jika benar anda meliwat, rakyat Malaysia tidak mahu berketuakan seorang homoseksual sebagai PM mereka?

Walaupun slogan anda, 'Harapan Baru untuk Malaysia', tetapi rakyat Malaysia tetap menolak seorang gay menjadi PM, kerana kaum Luth ini telah diberi ancaman keras di dalam Al Quran.

Persoalan ini amat penting, kerana anda mempunyai rekod tidak bersih, 10 tahun lalu, di mana anda telah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isteri anda, Azizan Abu Bakar. Anda telah dijatuhi hukuman penjara selama 9 tahun pada tahun mulai tahun 2000, dan anda dibebaskan secara teknikal pada tahun 2004.

Walaupun anda bebas, tetapi semua hakim berpendapat anda telah meliwat Azizan Abu Bakar. Jadi imej anda sebagai peliwat masih kekal sehingga ke hari ini. Bersihkan dulu imej ini, sebelum ALLAH makbulkan cita-cita anda untuk menjadi PM.

Sebab itu bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin mencabar anda, kalau benar anda tidak meliwat, bangkit dan bangun bersumpah Mubahalah untuk membersihkan diri anda.

"Sudah lama (10 tahun), kita (rakyat Malaysia) tunggu sumpah ni", cabar bekas Mufti Perlis itu, tetapi walaupun dicabar anda masih memberi pelbagai alasan yang menunjukkan anda memang melakukan perkara itu.

Anwar menolak nasihat ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Mufti Wilayah Persekutuan, Yang Dipertua YADIM dan Ketua Pengarah JAKIM.

Anda masih ingat Haji Nakhie Ahmad, bekas ABIM, bekas Naib Presiden PAS yang sekarang ini menjadi YDP YADIM ?

Ketika kes 1998, ustaz Nakhie lah antara orang yang berada di barisan hadapan membaca doa selamat kepada anda, ketika polis menangkap anda di kediaman rasmi anda. Kenapa apabila kes liwat disabitkan sekali lagi ke atas anda pada tahun 2008, ustaz Nakhie turut mencabar anda supaya bersumpah dengan menyebut lafaz 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', anda tidak meliwat Saiful Bukhari Azlan ?

Tetapi cabaran-cabaran ulama tempatan anda sisihkan, sebaliknya anda berbangga apabila sahabat-sahabat Amerika anda bertalu-talu memberi sokongan kepada anda.

Ini adalah senarai sahabat anda di Amerika yang telah menyokong anda :

1. Tom Casey , Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat

2. Condoleeza Rice, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat

3. Lorne Craner, President of the International Republican Institute (IRI)

4, Kenneth Wallock, President of the National Democratic Institute (NDI)

5. Senator Joe Biden, Naib Presiden Amerika Syarikat

6. Simon Zadek, Chief Executive Accountability

7. Michel Camdessus, bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF

8. James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia

9. Johns Esposito dan John Voll, dari Georgetown University


Untuk apa, anda menerima bulat-bulat nasihat dan pandangan sahabat-sahabat Zionis anda di Amerika dan menolak pandangan ulama tempatan?

Mereka tidak tahu apa yang anda lakukan di Malaysia dan kalau mereka tahu sekalipun anda adalah seorang homoseksual beradasrkan pengalaman anda menetap di Amerika Syarikat selama dua tahun (2005-2007), mereka tidak mempedulikan kegiatan seks luar tabii anda, kerana Amerika Syarikat mengiktiraf kegiatan homoseksual dan perkahwinan sejenis.

Jadi untuk apa sebenarnya anda merintih dan merayu mendapatkan kebenaran pasport untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan Zionis Amerika ?

Anda sudah tidak percaya ulama tempatan, tidak percaya lagi dengan keadilan dan hukuman ALLAH ?







Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, June 25, 2009

Anwar berusaha gugurkan kes ?..Sebabnya bukti kuat..kesan air mani..

Ramai yang hairan kenapa Anwar beriya-iya mahu gugurkan kes liwat, hinggakan buat dua petisen serentak dalam masa seminggu (10-17 Jun 2009). Macamlah 8 Julai, dunia akan kiamat bagi Anwar ?

Anwar arahkan peguamnya (SN Nair), arahkan PKR (Tian Chua), sebarkan segera desakan gugurkan kes, hujahnya 3 doktor lapor doktor kata tiada kesan tusukan di dubur Saiful..sebarkan video puaka Rosmah, sebarkan cepat-cepat sebelum 8 Julai.. di Malaysiakini, Suara Keadilan, TV Antara dan semua blogger-blogger

Kenapa Anwar terlalu panik, takut, meroyan, sasau dan seangkatannya, kalau boleh hari ini, esok, lusa perlu bertindak,sebarkan desakan gugurkan kes sampai sampai ke tarikh 8 Julai.

Ini sudah jadi seperti "mr jeckle dan mr hyde". Satu wajah Anwar (di depan orang ramai), Anwar bangkit dengan gagah berani, 'Saya berani ke mahkamah, saya akan patahkan hujah-hujah Saiful..saya tak bersalah'. Tetapi dalam satu wajah Anwar yang lain (di depan peguam dan inner circle PKR), Anwar dengan nada bengis, 'Pastikan kes liwat ini gugur pada 8 Julai nanti, lakukan psywar besar-besaran, ceramah, media, internet.. pengaruhi minda rakyat, bahawa saya tak bersalah..saya tak mahu masuk mahkamah, nanti semua tembelang pecah'

8 Julai..kes gugur..kes gugur, kata Anwar. Itu hanya kata Anwar dan barisan peguambela yang dibayarnya. Bagaimana pula kata pendakwaraya ? Bagaimana pula kata hakim yang Anwar tidak suka menatapi wajahnya di kandang 'orang kena tuduh' ?

Bolehkah kes itu gugur, hanya berdasarkan permohonan Anwar yang berasaskan 'bukti tiada tusukan objek tumpul di punggung Saiful?'Cukupkah hujah itu untuk menggugurkan kes ?

Bagaimana pula dengan bukti sampel DNA dan bukti kesan air mani Anwar yang terdapat di dalam laporan doktor HKL itu ? Kenapa Anwar memperbesarkan hujah 'tiada kesan objek tumpul' tetapi menyembunyikan fakta terdapat bukti DNA dan sampel air mani ?

Kalau bukti DNA dan sampel air mani tidak kuat, kenapa Anwar failkan satu petisen di mahkamah pada 10 Jun 2009, memohon dengan kadar segera semua bukti original DNA dan sampel air mani.

Begitu serius permintaan Anwar ini, hinggakan terpaksa difailkan di mahkamah. Kalau tidak serius, sudah tentu tidak perlukan satu petisen khas di mahkamah.

Persoalannya, kalau terlalu serius, memohon semua dokumen itu, apa alasannya? Dulu Anwar kata, dia tidak terlibat, dia ada alibi yang mengesahkan dia tidak berada di tempat kejadian, tetapi sekarang, kenapa Anwar tidak berhujah menggunakan menggunakan fakta ALIBI dalam justifikasinya untuk menggugurkan kes ?

Kenapa pula Anwar berhujah menggunakan laporan doktor 'tiada kesan tusukan' ? Itu bukan hujah yang kuat. Hujah yang kuat adalah ALIBI (tetapi Anwar tidak menggunakan hujah ini), DNA dan Kesan air mani.

Seperti kata Anwar, laporan doktor mengesahkan 'tiada kesan tusukan di punggung Saiful, tetapi bukankah dalam laporan sama menyebut terdapat kesan air mani Anwar di dalam dubur Saiful ?

Anwar kena jawab bab air mani itu. Benar tiada kesan tusukan, tetapi mengapa pula terdapat kesan air mani Anwar di dalam dubur Saiful ?

Betul seperti kata blogger The Unspinners;

"Cuba kita pikiaq skit. Kalau Anwar guna KY Jelly, kemungkinan perbuatan liwat itu tidak meninggalkan kesan fizikal. Pasal kita bukan buat dan guna benda-benda macam ini, kita carilah maklumat.

Menurut Wikipedia, KY Jelly adalah alat pelicin peribadi bagi kegunaan antara lain, seks anal atau liwat. Articlesbase sini pula beritahu kaedah penggunaan yang betul boleh mengelakkan berlaku luka dan koyak pada kulit.

Anwar ni kata dia sendiri prihatin terhadap rakyat. Katalah dia guna KY Jelly supaya pasangannya tidak cedera. Pastilah tidak ada kesan. Tetapi adakah bermakna perbuatan liwat tidak berlaku?"


Sekarang mari kita berfikir secara rasional.

1. Saiful Bukhari - seorang rakyat biasa, bekas pegawai peribadi Anwar membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mengaku diliwat oleh majikannya (Anwar) di di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008. Dia telah beri kerjasama sepenuhnya, terpaksa bersabar hampir setahun menunggu keputusan mahkamah yang ditangguh-tangguh akibat kerenah Anwar dan barisan peguam belanya. Dia telah bersumpah dengan nama Allah menyebut kalimah 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' bahawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya (Saiful dan jika saya(Saiful) berbohong maka Allah akan laknatkan dirinya hingga kiamat.

2. Pihak pendakwaraya - 4 orang diketuai oleh Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun, dibantu oleh Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Hanafiah Zakaria dan Timbalan Pendakwa Raya Shamsul Sulaiman.

Pihak pendakwaraya telah meneliti semua dokumen-dokumen yang mensabitkan Anwar terbabit dengan kes liwat Saiful. Semua dokumen-dokumen telah dibuat cross check untuk menyemak sejauh manakah kesahihannya, apabila semuanya telah disemak dengan teliti, maka 4 orang pendakwa raya itu, berpuas hati dan yakin memenangi kes itu berdasarkan bukti kuat. Pihak pendakwaraya memilih berdiam diri dan hanya menggunakan saluran mahkamah untuk menegakkan kebenaran.

3. Pihak peguam bela - 9 orang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, Sivarasa Rasiah (PKR), Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair(peguam peribadi Anwar), Edmund Bon Tai Soon(Bar Council), Saiful Izham Ramli(PKR), Amer Hamzah Arshad(Bar Council), Latheefa Beebi Koya (PKR) dan Mohd Radzlan Jalaludin.

Semua peguam bela Anwar adalah tokoh baru yang tidak berpengalaman dalam kes liwat (kecuali Sulaiman Abdullah dan SN Nair). Memilih pendekatan 'media trial' (perbicaraan di media) dan kalah berhujah di dalam mahkamah. Peguam Anwar membuat bising di media internet (malaysiakini) dan antarabangsa, untuk mewar-warkan kepada orang ramai.

4. Anwar Ibrahim - Menggambil pendekatan 'media trial' mewar-warkan dirinya tidak bersalah di dalam ceramah, media tempatan dan luar negara, tetapi tidak gemar dan memohon pengecualian untuk tidak hadir ke mahkamah. Dia enggan bekerjasama dengan polis, hospital, mahkamah dan enggan bersumpah laknat dengan menggunakan nama Allah.

Anwar dan adik angkatnya (Sukma Darwaman) pernah didakwa meliwat bekas pemandu isteri Anwar, Azizan Abu Bakar pada tahun 1999. Keputusan hakim pada tahun 2000 menjatuhkan hukuman bersalah, Anwar di penjara 9 tahun dan Sukma di penjara 6 tahun kerana bersuhabat dengan Anwar.

Pada 2004, mahkamah membebaskan Anwar kerana masalah teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang meneliti rayuan Anwar mengakui terdapat aktiviti homoseksual antara Anwar, Azizan dan Sukma.

Kata hakim "We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

Jadi beradasarkan 4 watak di atas, sudah jelas lagi bersuluh, bahawa Anwar bakal menjejakkan kaki sekali lagi ke Sungai Buloh, sebab itu dia beriya-iya mahu kes digugurkan..

Kalau masuk sekali lagi ke Sungai Buloh, jangan lupa banyakkan muhasabah diri dan taubat nasuha..

Sebab sebelum ini, apabila masuk ke Sungai Buloh, Anwar makin tersasar dari agama..maklumlah 4 kali khatam "Shakespeare"




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Tuesday, June 23, 2009

Kes liwat : Politiking barisan peguam bela faktor Anwar tewas ?

Setakat ini Anwar masih lagi kalah. Walaupun barisan peguamnya bekerja seolah-olah menyekat bayangan hantu 1 Julai, namun keputusannya masih belum memihak kepada Anwar. Dua percubaan telah dibuat oleh Anwar supaya 1 Julai, dia boleh tidor lena, pertama failkan gugur kes alasan tiada dokumen (10 Jun) dan kedua failkan gugur kes, alasan dokumen tidak relevan (17 Jun), namun keputusan mahkamah 22 Jun lalu membuatkan Anwar makin tidak boleh tidor lena.

Bayangkan dalam masa seminggu (10 Jun & 17 Jun) Anwar membuat dua petisen di mahkamah yang membawa maksud yang sama itu menggugurkan kes! Tetapi keputusan mahkamah pada 22 Jun lalu, makin mencemaskan Anwar, hakim memutuskan 1 Julai ini sebagai perbicaraan menentukan status dokumen dan 8 Julai, perbicaraan menentukan status gugur atau tidak kes seperti yang dipohon oleh Anwar.

Secara logiknya, jika kes liwat ini tidak mempunyai asas kenapa perlu diadakan dua perbicaraan ? Perbicaraan pertama, 1 Julai, perbicaraan memohon kesemua dokumen yang menjadi bahan bukti liwat dan perbicaraan kedua pada 8 Julai untuk menentukan status gugur atau tidak kes itu seperti yang dipohon oleh Anwar.

Jika tidak gugur juga kes, bermakna pada 8 Julai nanti bermulalah sesi pihak pendakwaraya membentangkan hujah-hujahnya yang membuktikan Anwar meliwat Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008, di di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Maknanya keputusan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada 22 Jun lalu, sama dengan keputusan asal yang telah dibuat pada Mac lalu iaitu perbicaraan kes liwat Anwar akan bermula pada 1 - 24 Julai 2009.

Nampaknya taktik peguam Anwar untuk menangguh-nangguhkan perbicaraan tidak menjadi! Tetapi yang peliknya taktik memfailkan dua petisen (10 Jun & 17 Jun) tidak diketuai oleh Sulaiman Abdullah yang sepatutnya jadi ketua peguam bela.

Kenapa pula SN Nair yang diketahui peguam peribadi Anwar dan Sivarasa Rasiah yang diketahui Naib Presiden PKR yang terkedepan ? Kenapakah ketuanya, Sulaiman Abdullah pula jadi terkebelakang ?

Apakah Sulaiman Abdullah seorang peguam bela yang berpengalaman kes liwat Anwar, sejak dari tahun 1988, tidak bersetuju dengan idea memfailkan dua petisen ini ?

Jangan jadi pisang berbuah dua kali, seperti kes 1998, Raja Aziz Addruse, yang menjadi ketua penguambela untuk kes pertama (rasuah), telah menarik diri menjadi ketua peguam bela untuk kes kedua (liwat) yang dibicarakan pada 1999.

Sama ada, Raja Aziz Addruse menarik diri atau Anwar tidak mahu khidmatnya, (kerana Raja Aziz jadi ketua peguambelalah Anwar tewas), itu bukan persoalannya, persoalannya dalam barisan peguambela Anwar juga terdapat perselisihan sesama sendiri, saling lobi melobi untuk menunjukkan siapa lebih pandai. Semua mengaku pandai, tetapi keputusannya Anwar yang tewas!

Politiking di kalangan peguam bela Anwar memang berlaku. Maklumlah Anwar membayar 9 peguam, bermakna terdapat 9 pendapat yang berbeza. Dalam 9 peguam Anwar hanya dua orang sahaja berpengalaman (Sulaiman & SN Nair), 7 peguam yang lain semuanya masih baru.

Peguambela senior Anwar dalam kes liwat (1999) kebanyakan ditinggalkan. Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin semuanya barisan peguam bela Anwar yang berpengalaman. Kenapa kesemuanya ditinggalkan ? Sepatutnya dalam kes yang sama (liwat) orang yang sama perlu digunakan, kerana mengambil peguam bela baru, seolah-olah mengambil peguam 'pelatih' yang belum mahir dalam bidangnya.

Sama ada Anwar tidak mahukan mereka (sebab merekalah Anwar kalah ?) atau barisan peguam itu tidak mahu lagi terlibat dengan kes liwat Anwar (kerana sudah tahu keputusan akhirnya ?)

Itu belum disoal lagi, kenapa Anwar tidak membayar Karpal Singh yang diwar-warkan 'peguambela hebat' sebagai ketua peguam bela Anwar kes liwat ini ? Atau sekurangnya membayar dua orang anak Karpal bernama Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Lagipun ketiga-tiga mereka pernah menjadi peguam bela adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan bagi kes liwat 1999. Adakah mereka juga tidak cukup pengalaman atau menarik diri daripada mengambil kes Anwar ?

Faktor politing sesama peguambela Anwar juga menyumbang kepada kekalahan. Sulaiman Abdullah pada asasnya dilantik sebagai ketua peguambela Anwar untuk kes liwat kedua ini berasaskan faktor pengalamannya dalam kes terdahulu. Tetapi dalam masa masa terdapat seorang lagi peguam senior kes liwat 1999, iaitu Sankara Nair (SN Nair).

Walaupun SN Nair bukan ketua peguam bela, tetapi kuasanya melebihi Sulaiman Abdullah, kerana SN Nair adalah peguam peribadi Anwar, sejak tahun 1998 hingga sekarang. Maknanya apa sahaja kehendak Anwar akan dipatuhi oleh SN Nair atau SN Nair akan menasihati Anwar semua tindakan yang patut diambil atas kapisitinya sebagai peguam peribadi.

Kalau begitu, kenapa Anwar tidak memilih sahaja SN Nair sebagai ketua peguambela, kenapa pula pilih Sulaiman Abdullah, yang tidak sebegitu intim dengan Anwar, jika dibandingkan SN Nair ?

Seorang lagi peguam junior kes liwat yang berlagak seolah-olah senior adalah Sivarasa Rasiah. Memang dia boleh berlagak senior berdasarkan hubungan sentimental dengan Anwar, sebagai Naib Presiden PKR. Dia juga boleh mengaku rapat dengan Anwar berdasarkan faktor politik. Sulaiman Abdullah tidak memegang apa-apa jawatan dalam PKR, sebab itu hubungannya jauh sedikit.

Tetapi, Julai nanti, bukan pertandingan politik, tetapi pertandingan siapa lebih pintar antara peguambela Anwar dengan pihak pendakwaraya. Semua hujah-hujah politik yang bercorak bombastik, tidak diterima di mahkamah. Mahkamah hanya menilai berasaskan bukti dan fakta-fakta lengkap!

Anwar perlu ingat, jika dirinya dipengaruhi dengan barisan peguam 'politik' (termasuk Sivarasa, Leteffa Koya, Saiful Izham Ramli, Edmund Bon dan Amir Hamzah) atau dipengaruhi oleh peguam peribadi (SN Nair) yang tidak layak diangkat sebagai ketua peguambela, serta meminggirkan Sulaiman Abdullah (yang tidak gemar idea politik), maka Anwar sekali lagi akan menerima risiko KALAH!

Cara bertindak SN Nair dan Sivarasa Rasiah, yang tidak cekap mengendalikan petisen gugurkan kes, lebih banyak berdasarkan hujah politik, itu sendiri mencerminkan Anwar bakal TEWAS sekali lagi!

Harap Anwar dapat tidur lena menjelang 1 Julai...



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, June 19, 2009

Menjelang 1 Julai : Usaha keras Anwar gugurkan kes liwat!



Sekurang-kurangnya dua peristiwa lagi penting lagi akan berlaku menjelang perbicaraan liwat, 1 Julai - 24 Julai 2009. Bermula hari ini, 22 Jun, perbicaraan 'memohon dokumen' dan pada 26 Jun perbicaraan 'menggugurkan kes'.

Kedua-dua perbicaraan ini diminta oleh peguambela Anwar dan didengar di Mahkamah Tinggi oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Kedua-dua ini merupakan muslihat Anwar untuk menggugurkan kes. Tiada lain tujuannya, bermatlamat untuk melenggah-lengahkan kes dan sekaligus matlamat terakhir menggugurkan kes!

Usaha menggugurkan kes ini sudah menjadi SATU AGENDA UTAMA Anwar. Siang, malam, pagi, petang, dia berbincang dengan barisan peguam belanya, bagaimanakah usaha-usaha berkesan untuk MENGGUGURKAN KES.

Huraian terperinci dua permohonan Anwar :

1. 10 Jun - Failkan permohonan dokumen

Anwar Ibrahim memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin. Dokumen yang diminta adalah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain. Anwar mahu semua dokumen itu DENGAN ALASAN, relevan dan mustahak kepadanya untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.

DESAKAN Anwar : Memohon mahkamah supaya prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai. Mendesak mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan dia serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen dokumen tersebut.

Keputusan mahkamah : Mahkamah putuskan perbicaraan permohonan ini dibahaskan pada 22 Jun.


2. 17 Jun - Failkan permohonan GUGURKAN kes liwat

Anwar Ibrahim menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang bakal dihadapinya mulai awal bulan depan.Ketua umum PKR juga menfailkan satu notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang akan berlangsung antara 1 hingga 24 Julai ini.

Alasan Anwar : Permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali dan dapat dirumuskan sebagai KONSPIRASI Politik.

Hujah Anwar ini berasaskan penelitian kepada empat dokumen yang telah diberikan oleh pihak pendakwaraya iaitu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan mahkamah : Mahkamah memutuskan 26 Jun ini untuk mendengar permohonan Anwar itu.

Berdasarkan dua premis ini dapat disimpulkan, tujuan meminta dokumen bukanlah untuk menyediakan draf jawapan bernas, tetapi untuk digunakan semula sebagai usaha untuk MENGGUGURKAN KES.

Jadi perbicaraan hari ini, 22 Jun, untuk memohon dokumen sebenarnya sudah tidak relevan, kerana pihak penguambela sendiri mengakui 4 dokumen penting telah diserahkan kepadanya. Tetapi dalam masa yang sama pihak peguambela mengakui, masih terdapat beberapa dokumen lain yang belum diserahkan sepenuhnya.

Jadi sekiranya sudah tahu masih terdapat beberapa dokumen lain yang belum diserahkan, kenapakah pihak peguambela membuat rumusan awal dengan membuat fail baru MENGGUGURKAN KES?

Maknanya di sini matlamat utama Anwar bukan soal dokumen, tetapi bermatlamatkan untuk GUGURKAN KES!


Adakah percubaan menggugurkan kes usaha baru Anwar ? Jawapannya TIDAK. Sebenarnya Anwar dari awal lagi sudah menunjukkan sikap negatif, enggan berkerjasama dengan pihak polis, hospital dan mahkamah yang menunjukkan dirinya benar-benar bersalah.


1. 28 Jun 2008: Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa dirinya telah diliwat. Reaksi Anwar : Dia melarikan ke Kedutaan Turki di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.

2. 2 Julai 2008 : Dr Mohd Asri (ketika itu Mufti Perlis) mencabar Anwar dan Saiful bersumpah untuk membersihkan diri kedua-dua belah pihak. Cabaran itu dibuat oleh Mufti Perlis ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar. Saiful menyahut seruan Mufti Perlis itu dengan membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 TETAPI Anwar enggan bersumpah tanpa alasan kukuh.

3. 14 Julai 2008 – Anwar ENGGAN hadir beri keterangan berkaitan siasatan polis kes liwat di IPK, walaupun sebelum ini pihak Anwar berjanji untuk memberi kerjasama. Pihak polis menunggu dengan kehampaan dari jam 2.30 petang hingga 5 petang.

5. 16 Julai 2008 - Polis buat temujanji kali kedua, pada tarikh ini, jam 2.00 petang. Pihak Anwar berjanji beri kerjasama. Pada sebelah pagi, Anwar bergegas ke Putrajaya untuk membuat laporan ke pihak SPRM berkenaan dakwaan menyelewengan Ketua Polis Negara dan Ketua Pendakwaraya tahun 1998. Pada sebelah tengahari, Anwar masih ghairah menjawab soalan wartawan di putrajaya. Polis kemudiannya menahan Anwar di persimpangan jalan balik ke rumahnya, kerana mengesyaki Anwar tidak mahu ke IPK seperti yang dijanjikan. Tindakan polis ini bertujuan membawa Anwar ke IPK sebelum sampai ke rumah kerana tidak mahu Anwar mengunci pintu rumahnya.

6. 16 Julai 2008 - Walaupun dibawa ke IPK dan hospital, Anwar ENGGAN beri kerjasama kepada pihak polis dan hospital. Anwar ENGGAN beri sampel DNA walaupun diminta oleh pihak hospital sebagai bukti kes.

7. 28 Julai 2008 : Raja Petra Kamaruddin (blogger upahan Anwar) menyiarkan satu laporan doktor Hospital Pusrawi (hospital swasta) mendakwa pemeriksaan Saiful Bukhari Azlan 'mengesahkan' tiada kesan liwat. Anwar menggunakan 'laporan doktor' ini untuk mendesak siasatan polis dihentikan serta merta. Pihak pengurusan Pusrawi membuat kenyataan media pada 30 Julai mengatakan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid bukan doktor pakar yang layak memeriksa Saiful kerana dia adalah doktor biasa, malah Dr Mohamed Osman menasihati Saiful agar menjalani pemeriksaan lanjut di HKL.


Jadi jika dibuat kesimpulan berasas kronologi di atas, sudah jelas, Anwar TAKUT dan tidak mahu bekerjasama kerana bimbang rahsianya AKAN TERBONGKAR!

Sebelum masuk mahkamah 1 Julai ini pun, sebenarnya Anwar telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang BERSALAH!




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, June 18, 2009

Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan ?

Tindakan Anwar melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah menfailkan petisen di mahkamah semalam, mendesak agar kes liwat Anwar digugurkan, memang sudah diduga dari awal-awal lagi. Memang sudah diketahui, muslihat Anwar memohon semua dokumen asal berkaitan dengan pendakwaan liwat, bukan bertujuan untuk menyediakan draf pembelaan, sebaliknya akan digunakan untuk menggugurkan kes.

Sebelum ini, barisan peguam Anwar melalui Sankara Nair memohon semua dokumen asal yang bakal dibentangkan oleh pihak pendakwa dan jika pendakwa gagal berbuat demikian, maka peguam peribadi Anwar mendesak agar kes ini digugurkan!

Saiful Bukhari, orang yang mendakwa menjadi mangsa liwat Anwar, menjawab di blognya, permintaan peguam peribadi Anwar itu kelihatan seperti 'anih' dan 'terdesak' kerana menggambarkan seolah-olah pihak pendakwaan tidak berkerjasama, sedangkan menurut pengetahuannya, semua dokumen itu telah diserahkan kepada pihak peguam bela, kira-kira enam bulan yang lepas.

Apa lagi yang peguam bela Anwar mahukan ? Mahu dokumen atau berusaha mencari jalan untuk kes digugurkan ?

Tetapi pada dua hari lepas (17 Jun), peguam peribadi Anwar, Sankara Nair turut mengakui telah menerima empat dokumen - rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan- tetapi masih mengambil keputusan awal, kes itu perlu digugurkan.

"Tidak ada kes ke atas anak guam (Anwar) saya", kata SN Nair. "Sebab itu saya diarahkan oleh anak guam saya, untuk failkan notis di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi untuk memohon perintah membatal dan membebaskan Anwar serta satu perintah untuk menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini", kata peguam peribadi Anwar lagi.

SN Nair berhujah, keputusan memfailkan notis pengguguran kes Anwar berdasarkan semua bukti yang diserahkan oleh pihak pendakwa tidak berasas untuk disabitkan kesalahan meliwat dan peguam peribadi Anwar merumuskan semua ini KONSPIRASI JAHAT.

1. Betulkah tiada kes, hanya berdasarkan pendapat penguambela berdasarkan 'bacaan' 'dokumen'. Itu pendapat penguambela Anwar. Bagaimana pula dengan pendapat pendakwaraya ? Wajarkah keputusan dibuat oleh peguam Anwar hanya berdasarkan pendapat sebelah pihak yang bias kepada Anwar ?

2. Samakah pemahaman 'bacaan dokumen' dengan pemahaman keterangan lisan daripada pihak pendakwaraya. Dokumen adalah bukti sokongan yang bakal diterangkan secara panjang lebar oleh pihak pendakwaraya.

3. Misalnya dalam dokumen hanya tercatat nama saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hanya dicatat nama, tiada keterangan apa-apa yang dibuat. Jadi wajarkah penilaian bukti tidak relevan dibuat berdasarkan bacaan yang tidak menjelaskan apa-apa.

4. Adakah semua pihak peguambela Anwar semuanya arif dan bijaksana yang hanya layak membuat keputusan relevan atau tidak dan apakah semua barisan pihak pendakwaraya bodoh belaka yang tidak dapat membezakan dokumen relevan atau tidak ? Di sinilah pentingnya peranan hakim sebagai orang tengah yang menentukan siapa yang lebih bijak. Apakah kebijaksanaan barisan peguambela Anwar lebih bijak daripada hakim?

5. Barisan pendakwaraya sudah tahu muslihat barisan peguambela Anwar yang bersungguh-sungguh mahukan dokumen. Apakah sebodoh itu barisan pendakwaraya menyerahkan semua bukti, walhal sudah diketahui akan digunakan semula oleh peguambela Anwar untuk menggugurkan kes ?

6. Jika semua bukti itu dianggap pihak Anwar tidak relevan untuk mensabitkan kes liwat Anwar, kenapa pula Anwar melalui peguamnya bersungguh-sungguh memfailkan ke mahkamah tinggi dengan tiga permintaan; menggugurkan kes, membebaskan Anwar atau menangguhkan perbicaraan 1 Julai ini ?

7. Sepatutnya jika bukti dokumen pendakwaraya tidak kukuh, peguam bela Anwar boleh bersuka ria, tanpa gundah gelana, kerana sudah tahu awal-awal lagi Anwar bakal menang, tetapi peguam bela Anwar mengambil sikap sebaliknya yang menampakkan seolah-olah terdesak dan ketakutan jika kes ini dibicarakan 1 Julai ini.

8. Anwar memfailkan tuntutan agar kes digugurkan berdasarkan 4 bukti dokumen yang tidak relevan, tetapi peguam bela Anwar juga mengakui masih ada lagi dokumen - dokumen lain yang belum sampai ke tangan mereka. Mengapa failkan notis pengguguran awal-awal lagi walaupun akui belum meneliti kesemua dokumen pihak pendakwa?

9. Anwar sering bercakap soal demokrasi, akauntibiliti dan ketelusan, tidakkah tindakan menyekat kes ini daripada dibicarakan sebagai mencabul intergriti dan ketelusan. Rakyat ini tahu kebenaran. Betulkan Anwar liwat Saiful ? Kalau betul, apakah hujah-hujah pendakwaraya, kalau tidak betul apakah hujah-hujah peguambela ?

10. Tetapi tindakan enggan berkerjasama, menyekat, menangguh dan berusaha menggugurkan kes sebelum bicara seolah-olah berusaha melindungi kebenaran daripada menjadi pengetahuan umum. Anwar enggan beri keterangan di IPK, hingga 'dipaksa'. Anwar enggan beri ujian DNA. Anwar enggan bersumpah!

Sesungguhnya Anwar tidak perlu takut jika dia berada di pihak yang benar. Rakyat inginkan kebenaran, biarkan rakyat menilai siapa lebih benar antara Anwar dan Saiful.

Rakyat perlu tahu kebenaranya, betulkah orang yang menawarkan diri sebagai PM adalah peliwat ? Jika tidak betul, rakyat akan sokong kenaikannya, tetapi jika betul, rakyat Malaysia yang majoritinya Islam tidak sanggup BerPMkan PELIWAT sebagai Ketua Negara!

Jadi apa lagi penanda aras untuk mensucikan diri Anwar daripada bersih imej LIWAT, jika enggan bersumpah dengan nama ALLAH dan enggan ke mahkamah?




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Tuesday, June 16, 2009

Apabila Nurul Izzah & SN Nair mula bersuara...

Di satu pihak, Nurul Izzah mewakili anak Anwar Ibrahim mengeluh kecewa mengulas kes liwat yang bakal dihadapi bapanya pada 1 Julai ini.

“Bagaimana hebat pun kita sediakan pasukan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka risiko (kalah) tetap berada di situ,” kata Nurul Izzah.

Jika direnung secara mendalam maksud sebenar kata-kata Nurul Izzah ini adalah Anwar Ibrahim BAKAL KALAH dalam perbicaraan kes liwat vs Saiful Bukhari, bekas pembantu peribadi ayahandanya itu.

Kenyataan Nurul Izzah ini bercanggah dengan kenyataan ayahandanya ketika kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

"Ini adalah pertuduhan jahat, saya minta dibicarakan!" kata Anwar.

Kata-kata Anwar ini seolah-olah, bukan Saiful yang minta dibicarakan, tetapi dirinya (Anwar) yang minta dibicarakan. Seolah-olah Saiful berusaha mengelakkan daripada dibicarakan dan Anwar bangkit dengan seorang yang yakin, 'saya minta dibicarakan'.

Tetapi betulkah begitu ?

Sebenarnya, kenyataan Anwar sering bercanggah antara satu sama lain dan seboleh mungkin tidak mahu menjejakkan kaki ke mahkamah, dibicarakan atas tuduhan meliwat!

1. Ketika laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008, Anwar lari berlindung di kedutaan Turki. Kenapa melarikan diri ? Kononnya ada orang yang ingin bunuh dirinya. Siapakah orang itu ?

2. Selepas keluar dari kedutaan asing, Anwar gagal membuktikan pihak yang akan membunuhnya. Kenapa itu serangan demi serangan ditujukan kepada kerajaan agar menggugurkan dakwaan meliwat walaupun polis masih menyiasat dan pendakwaan belum dibuat.

3. Ketika dakwaan tuduhan meliwat dibuat di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008, Anwar berkata;

"Kalau suka sama suka, kenapa dakwa saya seorang, kenapa tidak dakwa Saiful yang menjadi rakan liwat"

Itulah kontradiknya, dari terkincit-kincit lari ke kedutaan asing, gesa kerajaan gugurkan kes, hingga 'mengaku' meliwat atas dasar suka sama suka!

Dari satu pihak lain, Sankara Nair, mewakili peguam peribadi Anwar baru-baru menggesa pihak mahkamah memberikan semua dokumen antara lain, kenyataan-kenyataan saksi, sampel-sampel DNA asal untuk ujian DNA, nota-nota perubatan, gambar-gambar, rakaman CCTV berkaitan dan bukti lain.

Kata SN Nair, 'sekiranya semua dokumen gagal diberi kepada pihaknya, maka dia mendesak kes ini digugurkan!

Berdasarkan kenyataan terdesak peguam Anwar ini, tersurat satu perasaan ketakutan, iaitu pihak pendakwa mempunyai bukti kuat terutamanya rakaman CCTV.

Inipun kenyataan yang kontradik. Sebelum ini, Sankara Nair mendakwa pihaknya mempunyai alibi (orang yang boleh mengesahkan Anwar tidak berada di tempat kejadian) pada tarikh berkenaan.

Kata SN Nair, sekurang-kurangnya Anwar mempunyai “kira-kira lima orang alibi”.

Kalau benar Anwar sudah mempunyai alibi, kenapa peguamnya masih takut dengan rakaman CCTV ?

Persoalannya cakap siapa yang betul ? Cakap Saiful atau cakap Anwar ?

Cakap Anwar sebelum ini memang berbelit-belit, sekali tidak mengaku Saiful adalah pembantu peribadinya. Tetapi di tempat lain pula mengaku Saiful adalah pembantu kepada pembantu khasnya, Rahimi.

Sebab itu, bekas orang kuat Anwar soal, kalau Saiful hanya pembantu kepada pembantu khas Anwar, kenapa Anwar bawa Saiful merata-rata, dari Singapura ke Hong Kong, dari Thailand ke Dubai?

Dan ketika diwawancara dalam versi English oleh Malaysiakini, Anwar mengaku pula Saiful sebagai driver!

Ingat term "DRIVER" (Pemandu peribadi) adalah sinonim dengan meliwat, kerana Azizah Abu Bakar dulupun adalah 'driver' kepada isterinya, Dr Wan Azizah.

Dan pada tahun 2000, Anwar telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan Abu Bakar.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Monday, June 15, 2009

Kes liwat : Anwar kehilangan sokongan ulama ?

Seperti kata bekas Mutfi Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, Anwar sepatutnya bersumpah mubahalah bersama-sama dengan Saiful Bukhari untuk membersihkan dirinya. Tidak perlu bersusah payah dengan DNA, tidak perlu minta dokumen, CCTV, saksi-saksi dan tidak perlu masuk mahkamah, jika Anwar bersedia untuk bersumpah laknat dengan lafaz 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', 'saya (Anwar Ibrahim) tidak pernah melakukan liwat ke atas Saiful, jika saya berbohong, maka Allah laknatlah ke atas saya'

Tetapi Anwar Ibrahim enggan melakukan sumpah mubahalah untuk membersihkan dirinya. Sedangkan Saiful Bukhari melakukan sumpah dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi' yang menyebut bahawa Anwar Ibrahim telah memasukkan zakar ke dalam lubang duburnya dan jika dia (Saiful) berbohong maka Allah akan laknatkan dirinya.

Dalam kes ini tindakan Anwar menolak bersumpah dengan nama Allah, menyebabkan rakyat Malaysia mula ragu-ragu kepadanya. Imej Anwar dari putih menjadi kelabu. Kalau Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu, mengapa Anwar takut ? Berani kerana benar, takut kerana salah?

Justeru Anwar tidak memilih kaedah agama untuk membersihkan dirinya, sebab itu hingga sekarang Anwar dan barisan peguam belanya terkial-kial dan terperangkap dengan kaedah sekular termasuklah merintih-rintih meminta dokumen pemeriksaan doktor, CCTV, senarai saksi-saksi dan sebagainya.

Anwar yang sebelum ini terkenal dengan tokoh Islamik, bekas Presiden ABIM, apabila berada dalam keadaan tersepit, melupakan asas agama kepada sumber pergantungan terakhir.

Ketika kes liwat 1998, ulama seperti Dr Haron Din berada di belakangnya. Anwar dan para penyokongnya menyerbu ke rumah Dr Haron Din di Bangi untuk meminta bantuannya. Solat hajat dan doa dipanjatkan kepada Anwar, tetapi bagaimana pendirian Dr Haron Din terhadap kes liwat kedua yang terjadi pada tahun 2008 ini ?

Ketika Anwar dipecat daripada UMNO, tokoh-tokoh agama yang sebelum itu dilihat pro Anwar telah menyertai PAS. Mereka termasuklah Dr Haron Din, ustaz Ismail Kamus, Dr Hassan Ali dan ustaz Taib Azamuddin.

Tetapi bagaimana pendirian tokoh-tokoh agama ini sekarang terhadap kes liwat terbaru yang menimpa Anwar ? Bukankah Taib Azamuddin merupakan saksi utama mangsa liwat Anwar yang bernama Hairani yang telah mendapat khidmat nasihatnya ketika masih menjawat jawatan Imam Besar Masjid Negara ?

Bukankah semua tokoh-tokoh agama ini tergolong dalam kelompok pro ulama yang mencurigai kemunculan kumpulan Erdogan sentuhan Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS ?

Dr Haron Din kata, PAS bimbang kerana tidak ada perisai yang dapat membendung kemaraan proksi-proksi tajaan Amerika Syarikat. Kem Erdogan pula berkiblatkan Barat dan Anwar Ibrahim sendiri sudah sinonim dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana pula pandangan ustaz Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, ustaz Hassan Shukri dan lain-lain aktivis PAS, termasuk Mat Sabu terhadap kes liwat Anwar ?

Sebab itu, Dr Asri Zainal Abidin, ketika masih menjadi Mufti Perlis mencabar Saiful dan Anwar bersumpah Mubahalah, supaya isu ini dapat diselesaikan.

"Sudah lama kita tunggu sumpah ini..." Kata Dr Asri yang merujuk sejak kes liwat Anwar 10 tahun lalu, Anwar enggan bersumpah dengan nama Allah dan akhirnya keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar.


Sila klik untuk baca selanjutnya...