Monday, March 29, 2010

Akhirnya SN Nair akui Anwar lakukan seks luar tabie

Sankara Nair, peguam peribadi Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam akhirnya mengakui anak guamnya telah melakukan seks luar tabie kepada bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam peribadi Anwar yang merangkap salah seorang peguam bela Anwar itu membidas Peguam Negara yang tidak mahu mengugurkan kes liwat Anwar dengan membandingkan kes Anwar sama dengan kes Chua Soi Lek.

Skandal Chua Soi Lek didedahkan dalam bentuk VCD yang melibatkan seks oral dengan seorang WANITA Cina. Mereka dilaporkan melakukan perbuatan suka sama suka.

Manakala Anwar pula didedahkan oleh bekas pembantu peribadinya, seorang LELAKI Melayu. Mereka dilaporkan melakukan perbuatan paksa rela.

Kata Sankara, “Malah, seks oral sama ada dengan (rela) atau tanpa kerelaaan tidak ada bezanya dengan seks melalui dubur dan ia dengan jelas boleh didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang mana Anwar kini didakwa".

“Ini adalah diskriminasi dalam bentuk yang paling tinggi dan bukti jelas bahawa AG adalah berat sebelah. Justeru, saya menggesa AG agar menggugurkan dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar.”Klik di sini

Blogger gelagat anwar ketika membahaskan topik ini membezakan perlakuan seks di antara Anwar dan Chua Soi Lek

Chua Soi Lek mengakui individu dalam DVD itu adalah dirinya dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Sebagai bukti keikhlasannya, dia telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan. Barangkali kerana sikap jujur dan gentlement ini, perwakilan MCA memaafkannya serta memilihnya sebagai Presiden MCA yang baru.

Manakala Anwar Ibrahim pula bersikap tidak gentlemen, tidak mahu mengaku apa yang telah dilakukan, berdolah dalih, menangguh-nangguhkan kes (kerana takutkan sesuatu?) serta tidak mahu bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan diri. Walaupun menafikan melakukan perbuatan terkutuk itu tetapi tindak-tanduknya serta tindakan terdesaknya meminta pertolongan luar negara membuktikan Anwar sebenarnya terlibat dalam perbuatan keji tersebut.

Kalau Anwar berani mengaku secara terbuka seperti Chua Soi Lek, mungkin Anwar lebih diterima oleh masyarakat Melayu yang liberal dan terbuka, siapa tahu, hujah blogger gelagat anwar.Klik di sini

Blogger itu juga turut membezakan kes Chua Soi Lek tidak dilaporkan kepada polis oleh mangsanya, sebaliknya dalam kes Anwar, mangsanya sendiri yang telah tampil membuat laporan kepada pihak polis.

Jadi kalau Sankara mahu samakan kes Chua Soi Lek dengan kes Anwar memang tidak tepat, kecuali Anwar mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu dan meminta maaf secara terbuka kepada Saiiful dan keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan penipuan dan pembohongan terbesar selama ini.

Jangan diharap Wan Azizah akan mendedahkan skandal Anwar itu, seperti yag telah dilakukan oleh bekas-bekas inner cicle Anwar seperti Zahrain mendedahkan pembohongan Anwar dalam 16 September atau seperti Zul Nordin mendedahkan perancangan Anwar memfitnah Najib menggunakan isu fitnah yang direka, Al Tantuya.

Wan Azizah sudah lama tahu, tabiat buruk suaminya itu, semua orang tahu perkara itu. Bukan rahsia lagi. Ezam pun pernah mendedahkan. Tetapi Azizah sengaja mendiamkan diri dan berusaha melindunginya, walaupun pekung sebenar telah mula berbau kepada umum.




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Wednesday, March 24, 2010

Sebenarnya Karpal Singh tidak bersungguh bela Anwar

Hari ini hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sebutan kes perbicaraan liwat Anwar ditunda kepada 10 Mei. Sebenarnya Karpal Singh masih belum berpuas hati dengan tarikh itu kerana dianggap terlalu awal, Karpal mencadangkan bulan Julai.

Sepatutnya Karpal mengambil kesempatan menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari pagi ini, tetapi Karpal tidak berbuat demikian kerana memberi alasan pada masa ini beliau dan anak guamnya (Anwar Ibrahim) sibuk dengan urusan parlimen.

Oleh yang demikian hakim mencadangkan tarikh baru iaitu sepanjang bulan Mei sebagai tarikh perbicaraan baru, tetapi dibantah oleh Karpal dengan alasan pada bulan Mei, jadualnya padat dengan kes-kes lain.

Karpal juga turut berhujah pada bulan Jun juga tidak sesuai kerana persidangan Dewan Rakyat kembali bermula dan beliau dan anak guamnya amat sibuk dengan urusan parlimen. Hujah Karpal, anak guamnya adalah Ketua Pembangkang di parlimen dan bertanggungjawab membangkitkan isu-isu penting negara. Jadi tarikh yang paling sesuai untuk mereka adalah sekitar bulan Jun.

Sebenarnya hujah Karpal ini adalah alasan untuk mengelakkan diri dari meneruskan perbicaraan atau memilih pendekatan untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Ini bukan kali pertama, Karpal menggunakan taktik ini, bahkan pernah digunakan berkali-kali hingga kes ini meleret-leret tanpa kesudahan hingga ke hari ini.

Untuk mengatakan Anwar seorang yang berdisiplin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, hujah ini tidak kukuh, kerana Anwar pernah ponteng menghadiri sidang parlimen semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi dari luar negara.

Ketika sidang dewan sedang dilangsungkan baru-baru ini, Anwar melarikan diri ke London berjumpa dengan Al Gore, Marry Robinson dan James Wolfensohn dan selepas itu ke Baharain menghadiri sidang mesyuarat yang boleh menjana kewangan kepada dirinya.

Ekoran daripada permintaan Karpal mahukan perbicaraan pada bulan Julai itu, hakim terpaksa menangguhkan prosiding dan berbincang dalam kamar dengan kedua-dua pihak (pendakwa dan peguam bela) berkenaan dengan tarikh yang paling sesuai.

Akhirnya hakim membuat keputusan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tarik baru sebutan kes adalah 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Tentulah keputusan hakim itu sangat menggembirakan Karpal dan Anwar kerana memang dari awal lagi Karpal memasang niat untuk menangguhkan kes. Anwar mempunyai masa lebih dari sebulan untuk menyusun strategi mempengaruhi minda rakyat melalui 'mahkamah rakyat' dan dalam masa sama menyusun jadual ke luar negara untuk meminta sokongan kuasa-kuasa asing agar campurtangan ke atas negara Malaysia.

Persoalannya sekarang, di mana kehebatan Karpal Singh sebagai orang yang didewakan sebagai peguam bela terhandal di Malaysia, jika sikapnya acuh tidak acuh dan mengambil pendekatan untuk melarikan diri daripada membicarakan kes ini ?

Untuk memberi alasan sibuk, sebagai ahli parlimen dan peguam, kesibukan akan sentiasa membelenggukan dirinya. Kalau sudah tahu sibuk, kenapa bersedia ambil kes ini ? Kenapa tidak serahkan kes ini kepada Raja Aziz Adruse yang tidak sibuk dengan urusan parlimen ?

Ini sekaligus membenarkan gosip-gosip liar yang pernah berlegar sebelum ini, bahawa Karpal Singh mengambil kes Anwar bukan berasaskan 'faktor perundangan', tetapi berasaskan 'faktor politik'. Karpal sendiri sudah tahu kes ini sukar dimenangi oleh Anwar kerana bukti-buktinya amat kuat dan yang tinggal kepadanya hanyalah strategi untuk melengah-lengahkan kes.

Tujuan sebenar Karpal mengambil kes ini untuk mengaut sokongan saki baki ahli-ahli PKR (terutamanya Cina), selepas Anwar dipenjarakan, DAP boleh dakwa mereka telah berjuang bermati-matian untuk menyokong Anwar. Buktinya Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri dihantar menjadi Ketua Peguam Bela Anwar. Jadi apabila Anwar sudah tiada, maka sokonglah DAP.

Kalau Karpal tidak mengambil faktor politik sebagai pertimbangan menjadi peguam Anwar, sudah tentu Karpal juga menarik diri daripada menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Sulaiman Abdullah atau menolak awal-awal menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Zulkifli Noordin.


Sila klik untuk baca selanjutnya...