Kalau dulu, Wan Azizah dianggap sebagai 'simbol simpati' kerana ramai yang tidak percaya Anwar melakukan perbuatan jijik itu, tetapi kini Azizah pula dianggap sebagai 'pelakon murahan' kerana ramai yang sudah mengetahui sebenarnya Azizah mengetahui segala perbuatan di belakang tabir Anwar, tetapi Azizah memilih jalan untuk mendiamkan diri. Berlakon dan terus berlakon, tanpa suara dan kata-kata, hanya berbekalkan senyum sumbing, dan 'kemesraan yang dibuat-buat', tetapi di dalam hati menyimpan rahsia yang penuh gelora.
Di mana semua ini bermula ?
Semua ini bermula selepas Anwar dibebaskan pada 2 September 2004. Apabila ketiga-tiga hakim (Hakim Abdul Hamid, Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Hakim Datin Paduka Rahmah Hussain) membebaskan Anwar, walaupun kesemua hakim itu percaya Anwar melakukan kegiatan homoseksual bersama Sukma dan Azizan di Tivoli Vila :
"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
[Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku]
Walaupun keputusan hakim itu cukup jelas yang mempercayai Anwar Ibrahim seorang homoseksual, tetapi para penyokongnya tidak mempedulikan perkara itu,lantaran terlalu bergembira dengan 'pembebasan' Anwar. Keputusan hakim itu hanya meninggalkan benih 'keraguan' di kalangan inner circle Anwar termasuk Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari.
Disebut contoh kedua tokoh ini, kerana mereka merupakan pemuja Anwar yang bekerja rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Ezam merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar, bekas Ketua Pemuda Keadilan, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, pernah masuk dua penjara dan berpuluh-puluh lokap kerana mempertahankan Anwar. Ketika Anwar dipenjarakan, Ezam merupakan orang paling kanan Wan Azizah, untuk menghidupkan api reformasi dan menghidupkan parti Keadilan dan PKR di seluruh negara.
Anuar Shaari pula adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan. Ketika Anwar dipecat dan dipenjarakan, Anuar meletakkan jawatannya sebagai pegawai kerajaan dan berkhidmat sepenuh masa sebagai Setiausaha Politik Wan Azizah merangkap Ketua Bahagian PKR di Permatang Pauh.
Begitu latar belakang ringkas kedua tokoh ini yang menunjukkan betapa rapatnya mereka dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Keraguan kedua bermula di Munich
Tidak sampai seminggu Anwar dibebaskan, beliau membawa keluarga dan pegawai-pegawai kanannya ke Munich untuk mengiringi 'pembedahan' tulang belakangnya. Wan Azizah, Azmin Ali, Anuar Shaari, Ezam Mohd Nor juga turut hadir bermula hari pertama di Munich sehingga tempoh sebulan.
Anuar Shaari pernah berkata, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dan dirawat di Munich, peranan Azmin telah 'muncul' kembali. Sebelum ini, semasa Anwar dalam penjara, Anuar Shaari dan Ezam sendiri mengakui Wan Azizah selaku Presiden PKR telah memetiksejukkan Azmin.
Kenapa Azizah petisejukkan Azmin, ketika Anwar dalam penjara ? Adakah sebenarnya dalam lubuk hati Azizah, beliau percaya bahawa faktor utama suaminya dipenjara kerana faktor Azmin dan Shamshida, kerana semasa perbicaraan kes salahguna kuasa 1998, skandal Shamshida merupakan titik mula kes tersebut dibicarakan. Bukti skandal seks Anwar-Shamshida di Tivoli Villa satu persatu didedahkan di mahkamah. Azizah yang hadir di mahkamah mendengar satu persatu pendedahan tersebut. Dan Shamshida pula adalah isteri Azmin.
Apakah faktor ini Azizah meminggirkan Azmin ?
Di Munich, selain Azmin yang mula berkuasa, Sukma juga turut menjadi rapat kembali dengan Anwar. Sukma berangkat dari Indonesia ke Munich dan menemani abang angkatnya selama sebulan. Kerjanya sebagai penghias bilik tidur Anwar dan mengurut badan Anwar. Maklumlah sudah lama di penjara, badan Anwar perlu diurut kembali.
Semasa perbicaraan kes liwat Anwar dengan Sukma dan Azizan pada tahun 1999, Azizah juga turut mendengar satu persatu keterangan yang mensabitkan kesalahan Anwar-Sukma meliwat Azizan.
Selepas Anwar dipenjarakan kerana kerja jijik itu, Wan Azizah sudah memutuskan 'ikatan persaudaraan' dengan Sukma, walaupun Anwar masih berkeras mengatakan Sukma adik angkatnya. Azizah orang pertama yang melarang Sukma menjejaki rumahnya selepas Sukma dibebaskan. Tiada lagi bilik khas di rumah Azizah untuk Sukma. Sebab itu Sukma bertekad kembali semula ke Indonesia, walaupun sebelum ini mempunyai banyak harta dan memperolehi kad pengenalan Malaysia.
Dengan bebasnya Anwar, "Azmin dan Sukma kembali berkuasa dan Wan Azizah kembali terpinggir!, kata Anuar Shaari.
Tetapi kisah Azmin dan Sukma, belum cukup dapat mengugat sokongan Anuar dan Ezam, walaupun mereka menyaksikan sendiri dengan mata mereka gelagat mereka berdua di Munich. Namun terdapat satu 'perang besar' yang menyebabkan mereka berfikir semula, apakah benar kes perbicaraan 1998 dulu yang sebelum ini mereka nafikan benar-benar berlaku..
Apakah 'perang besar' itu ?
Perang besar itu terjadi di antara dua kem, iaitu kem Anwar (yang disokong oleh Azmin) dengan kem Azizah (yang disokong oleh Nurul Izzah). Anuar Shaari dan Ezam hanya sebagai saksi, tidak berpihak kepada mana-mana kem.
'Perang besar' itu berpunca daripada cadangan Anwar untuk membawa seorang lagi 'ahli keluarga Anwar' (tetapi tiada pertalian darah) menaiki jet peribadi yang disponsor oleh 'Arab Saudi' menunaikan umrah. Kononnya jet peribadi dari 'kerabat diraja Arab Saudi', tetapi sebenarnya jet yang disewa oleh salah seorang kroni Anwar, Wan Hasni, dari Abrar Group. Anwar sengaja mewar-warkan kepada penyokongnya, jet hadih dari 'Arab Saudi' untuk menggambarkan Anwar seorang yang maha hebat sehingga penerbangannya pun disponsor oleh Arab Saudi.
Tetapi siapakah 'seorang lagi ahli keluarga Anwar' yang mahu diterbangkan ke Munich untuk menaiki jet peribadi itu ? Namanya Shamshida Taharin, isteri Azmin Ali. Anwar bersungguh-sungguh menyakinkan Wan Azizah untuk membawa Shamsida, tetapi ditentag keras oleh Wan Azizah. Sebelum berangkat ke Munich, Wan Azizah sudah memberi syarat, Azmin boleh ke Munich, tetapi bukan Shamshida!
'Perang besar' di antara Anwar dan Azizah kerana faktor Shamshida itu diketahui umum oleh pegawai-pegawai pengiring Anwar yang lain. Azmin bersedia membuat panggilan ke Malaysia, menyuruh isterinya datang ke Malaysia, sekiranya mendapat lampu hijau daripada Anwar, tetapi Wan Azizah dan Nurul Izzah memberi last warning kepada Anwar, "Jika dibawa 'perempuan' itu, maka saya dan anak-anak akan kembali ke Malaysia". Kata dua Azizah itu menyebabkan Anwar terpaksa membatalkan keinginan yang meronta dalam dirinya itu.
Tetapi bagi Anuar Shaari dan Ezam pula mula bertanya di antara satu sama lain. Kenapa Anwar terlalu bersungguh membawa Shamshida ? Kenapa Shamshida tidak dibenarkan datang ke Munich, sedangkan Azizah membenarkan isteri Ezam datang ke Munich. Kenapa Azizah halang sampai beri kata dua dan sanggup berperang dengan Anwar? Apa yang Azizah sembunyikan ? Apakah perbicaraan tahun 1998 yang melibatkan Shamshida benar-benar berlaku.
Ezam secara berkias semasa ceramah di Perak (setelah keluar PKR) berkata; "Saya sudah masuk dua jel, tetapi mereka (Anwar & Azizah) masih macam tu, Azizah masih berperang dengan perempuan tu (Shamshida)"
Keraguan ketika, semasa Anwar di Amerika Syarikat
Selepas Anwar dirawat di Munich, beliau mula membuat lawatan ke luar negara. Afrika Selatan, Indonesia dan seterusnya menetap di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tetapi dalam masa sama, Anwar pulang bercuti ke Malaysia untuk membantu pengurusan parti.
Setiap kali, Anwar pulang ke Malaysia, beliau memperkenalkan kepada Wan Azizah kepada seorang lelaki yang dianggap sebagai 'tukang urut'.
Kata Anwar, "Budak ni baik, nama dia Rashid, dia jadi kawan saya semasa di penjara Sungai Buloh. Kasian budak ni, tak ada kerja, selepas keluar penjara".
Wan Azizah hanya diam sahaja, apabila Anwar beriya-iya mengambil Rashid tetapi dalam masa yang sama dia agak curiga kerana Rashid diberi bilik khas seperti mana kes Sukma satu ketika dahulu.
Tetapi usaha menempatkan Rashid di rumahnya itu tidak disenangi Wan Azizah. Sudah cukup pengalaman berhadapan dengan Sukma Darmawan sebelum ini.
Rashid bebas keluar masuk rumah Anwar apabila Anwar pulang dari luar negara. Wan Azizah tidak berkata apa-apa. Tetapi apabila Anwar kembali semula ke luar negara, Wan Azizah halau Rashid dari rumahnya.
Kenapa Wan Azizah menghalau Rashid dari rumahnya menjadi satu misteri hingga sekarang ?
Kisah pengusiran Rashid dari rumah Wan Azizah diketahui oleh inner circle, termasuk Ezam Mohd Nor.
Wan Azizah telefon & kirim SMS kepada Ezam
Sekitar tahun 2005, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.
Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.
Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.
SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.
Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain
SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.
Ezam : Tidak ada
SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!
Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat. Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!
Sebelum itu, pada sebelah petang, Wang Azizah telah menelefon Ezam memberi peringatan yang sama. Wan Azizah sebut nama Rashid. Dia tidak mahu Rashid datang lagi ke rumahnya apabila Anwar pulang. Wan Azizah mahukan Ezam siasat satu persatu siapakah yang akan hadir ke rumahnya sepanjang ketiadaannya. SMS pada sebelah malam itu merupakan peringatan kedua untuk menyiasat dengan lebih terperinci.
Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.
Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Wan Azizah, walaupun Wan Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.
Keraguan keempat: Perang besar Anwar-Azizah kerana Saiful
Apabila tersebar di kalangan inner circle Anwar bahawa pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 bahawa dirinya diliwat oleh Anwar pada sebelah malamnya berlaku pergaduhan besar antara Wan Azizah dan Anwar di Tropicana.
Ezam yang ketika itu telah keluar dari PKR juga tahu berkenaan itu kerana disampaikan oleh kawan-kawan terdekatnya yang masih berada dalam PKR.
Dalam pergaduhan itu, Azizah mengamuk sakan kerana Anwar masih kembali ke tabiat lama. Selain nama Saiful, nama Rashid juga disebut oleh Azizah. Ketika itu barulah Azizah tahu, bahawa Anwar telah mengambil semula Rashid bekerja dengan Anwar secara diam-diam.
Pergaduhan itu menyebabkan Anwar mengambil keputusan untuk bersembunyi di kedutaan asing, manakala Azizah pula nekad untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Persoalannya, apa yang disembunyikan oleh Azizah berkenaan Rashid dan Saiful ?. Apakah sebenarnya Azizah sudah tahu tabiat buruk Anwar tetapi sembunyikan kepada para peyokong dan orang ramai ?
Ketika berlaku perang besar Anwar & Azizah di Tropikana itu, Ezam dan Anuar Shaari sudah pun meninggalkan Anwar dan Azizah. Mereka berdua istiharkan diri keluar dari PKR!
Ketika ditanya secara peribadi kepada Anuar dan Ezam, apakah mereka percaya Anwar meliwat Saiful? Anuar dan Ezam mendiamkan diri. Mereka hanya mampu menganggukkan kepala, kerana tidak sanggup mempertahankan Anwar yang sebelum ini mereka bermati-matian pertahankannya.
Sila klik untuk baca selanjutnya...