Friday, February 19, 2010

Karpal Singh kehabisan modal pertahan Anwar ?

Karpal Singh tidak menyoal balas saksi utama, walaupun Saiful telah bersiap sedia untuk disoal balas. Tetapi Karpal lebih berminat melihat isu-isu lain di luar mahkamah yang tiada kaitan dengan 'bukti kemasukan/penetrasi'. Yang Karpal nampak adalah Utusan Malaysia, LAGI, KATIL dan demonstrasi Pemuda BN, walhal mereka bukan sebahagian kompenan yang terlibat dalam perbicaraan itu. Bukan saksi pun.

Apakah dengan menumpukan kepada perkara-perkara luaran itu, Karpal berjaya menyangkal 'penatrasi' seperti yang digunakan dalam hujah menggugurkan kes sebelum ini ? Apa kaitan penyangkalan 'penetrasi' dengan Utusan Malaysia ?

Salah satu penentuan kemasukan zakar Anwar ke dalam dubur mangsa adalah saksi utama, Saiful. Dia sudah bersedia untuk disoal siasat tentang kemasukan itu ? Mengapa Karpal tidak berminat soal Saiful ? Kenapa Karpal lebih berminat soal Utusan Malaysia?

Kenapa terjadi begitu ? Sebabnya, Saiful sudah terangkan secara panjang lebar secara incamera (sepertimana yang dipohon sendiri oleh Karpal), bagaimanakah 'penetrasi' itu dilakukan. Di mana tempatnya Anwar melakukan penetrasi itu?, apa pelincir yang digunakan oleh Anwar ? Bagaimana Anwar lakukan sehingga berlakunya 'penetrasi'. Di sinilah Saiful menjelaskan satu persatu. Bermula dengan Pasword 1 - Mohktar, Pasword 2 - Can i fuck you today, cuci badan dan bertuala serta Anwar peluk dari belakang. Semua ini diketahui umum. Yang tidak diketahui umum adalah keterangan incamera yang menerangkan kaedah-kaedah penetrasi. Karpal juga mendengar secara teliti. Peguam-peguam Anwar mengeluh dan melihat sesama sendiri semasa Saiful menerangkan penetrasi itu.

Kemudian, semasa keterangan yang dapat diakses oleh pihak media, keluarlah serpihan-serpihan cerita dari keterangan incamera antaranya bahan pelincir "KY JELLY". Ini juga berkaitan dengan penetrasi untuk memastikan mangsa tidak sakit dan tiada kesan kemasukan zakar. Satu lagi terkeluar cerita-cerita pra-seksual, dua helai seluar dalam satu warna dark blue berjenama‘Levis” hadiah Anwar kepada Saiful.

Sampai seluar dalam pun, Anwar hadiah kepada Saiful. Apa cerita ni ? Sepatutnya Karpal menyangkal hujah ni, kalau tidak betul. Kalau takut nak sangkal bermakna betul lah. Kalau sudah ke level menghadiah seluar dalam, apa makna tu ?

Kebetulan valentine day tahun ini, sudah ada kempen pasangan tanpa 'seluar dalam'. Maknanya 'seluar dalam' berkaitan dengan 'valentine day' yang membawa maksud ke arah unsur-unsur seksual.

Kenapa Karpal tidak menyoal balas semua keterangan-keterangan ini, walhal ia berkaitan dengan 'penetrasi' yang menjadi subjek paling penting kepada penghujahan Anwar ?

Akhirnya, Karpal mengalihkan isu kepada Utusan Malaysia. Pohon mahkamah ambil tindakan kepada Utusan kerana menulis perkataan LAGI dan KATIL. Pendakwa berkata hujah Karpal sangat lemah dan mengada-gada kerana perkataan itu disebut sendiri oleh saksi. Pendakwa gesa Karpal dan Anwar pohon maaf kepada Utusan. Tetapi Anwar dan Karpal, tidak mengaku bersalah, merasa dirinya maha kebal lalu mengusulkan agar hakim disingkirkan.

Hebat Anwar dan Karpal ni, semua orang lain salah kecuali diri mereka sendiri.

Semasa hakim membuat keputusan mengapa beliau tidak akan tunduk dengan desakan Anwar untuk mengundurkan diri;

"Dalam menentukan terdapat atau tidak fakta ini, adalah penting dibezakan isu pokok yang memerlukan pertimbangan dari isu sampingan. Dalam kes yang dibicarakan di depan saya, perkara pokok yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada terdapat kesalahan meliwat di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan", hujah hakim

"Persoalan sekarang ialah sama ada terdapat apa-apa fakta dalam kes ini yang boleh membuat seseorang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa terdapat kemungkinan sebenar keputusan berhubung isu sama ada berlaku kejadian liwat antara pemohon dengan pengadu", hujahnya lagi.

"Oleh itu, saya dapati tidak ada sebab bagi membolehkan saya menarik diri dari terus mendengar kes ini. Sekiranya saya menarik diri dalam keadaan sedemikian, ini bermakna saya lari dari tanggungjawab saya sebagai seorang hakim. Seseorang hakim yang telah menangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri dari menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam keadaan demikian permohonan ini ditolak", kata hakim dalam keputusannya.

Karpal berkata beliau tetap tidak berpuas hati dengan keputusan hakim itu, beliau akan membawa kes penolakan hakim ini kepada Mahkamah Rayuan. Hakim yang rasional memberi tempoh hampir sebulan kepada Karpal, walaupun beliau mempunyai kuasanya untuk meneruskan kes berkenaan.

Harapan hakim, dalam tempoh lebih kurang sebulan itu, pada 25 Mac, kes dapat diteruskan semula dengan tidak berbangkit lagi persoalan hakim berat sebelah.

Persoalannya kuatkah hujah Karpal untuk diketengahkan kepada Mahkamah Rayuan untuk menggigurkan kes dengan alasan hakim tidak mahu mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia. Bagaimana pula jika Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Karpal, adakah Anwar dan Karpal sanggup memohon maaf kepada Utusan Malaysia?

Dan jika Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu, adakah Karpal bersedia meneruskan prosiding atau masih menggunakan alasan mahu bertangguh lagi seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, mahu ditangguhkan lagi untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan Semakan ?

Apa cerita mahu terus menerus bertangguh-tangguh ini ? Kata ada alibi ? Kenapa mahu bertangguh lagi, cepat-cepatlah kemukakan bukti alibi. Kata ada bukti kuat, ada tiga dokumen laporan hospital yang mengesahkan tiada penetrasi. Apa lagi mahu ditunggu, jika Anwar yakin boleh menang dalam kes ini.

Apa cerita kalau sudah lebih 20 kali pohon ditangguhkan kes ?

Inilah agaknya Raja Aziz Addruse mahu melarikan diri daripada mengendalikan kes Anwar. Raja Aziz sudah nampak apa yang akan berlaku. Bagi peguam perhitungan mereka satu sahaja. MENANG atau KALAH.

Begitu juga dengan dengan pihak pendakwa, perhitungan mereka satu sahaja. MENANG atau KALAH. Kalau pendakwa sudah tahu mereka tiada bukti kukuh dan akan kalah, mereka awal-awal lagi tidak bersedia menerima kes tersebut.

Ingat, Datuk Mohd Yusof, Peguam Cara II, bukan calang-calang tokoh. Beliau lebih hebat daripada Karpal Singh. Beliau pernah menang kes Anwar meliwat Azizan Abu Bakar pada tahun 1999. Ketika itu Karpal mewakili peguam Anwar dan Sukma, kalah tersungkur dengan hujah-hujah Datuk Mohd Yusof!

Jadi lu fikir lah sendiri!


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Wednesday, February 17, 2010

Mengapa alih isu kepada "LAGI" dan "KATIL" ?

Karpal Singh tidak berminat untuk soal balas(cross-examine) Saiful Bukhari, walaupun saksi utama itu telah selesai beri keterangannya, tetapi lebih berminat untuk 'menyerang' bukan saksi yang berada di luar kandang mahkamah, Utusan Malaysia. Itu yang menghairankan.

Saksi utama telah bersedia untuk disoal balas, tetapi Karpal Singh mengalihkan tumpuan kepada Utusan Malaysia yang hanya menjadi media melaporkan semua peristiwa yang berlaku dalam mahkamah.

Bermula dari episod permohonan perbicaraan incamera, memohon mahkamah bertindak ke atas Utusan Malaysia dan akhirnya memohon hakim menarik diri daripada mendengar kes kerana didakwa 'berat sebelah'. Alasan berat sebelah Karpal pun bukan kerana Saiful, tetapi kerana melaporkan perkataan TIDAK RELA DILIWAT LAGI.

Bukankah itu dapat ditafsirkan membangkitkan isu remeh, mengada-gada untuk melengah-lengah kes ?

Sebab itu dalam afivadit balas, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menggesa Anwar dan peguamnya, Karpal Singh memohon maaf kepada Utusan Malaysia kerana media itu melaporkan secara tepat, tetapi disengaja dimanipulasikan untuk mencari pasal.

Menurut Datuk Mohd Yusof, berdasarkan rakaman audio dan nota prosiding mahkamah, Saiful Bukhari Azlan semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu memang menyebut perkataan 'lagi' dan ia bukan disebut sekali sahaja tetapi dua kali.

Jelasnya lagi, ketika disoal olehnya apa sebab dia (Saiful) berhenti kerja dengan Anwar, saksi itu menyatakan ''Sebab sebenar saya tidak rela lagi..." dan bagi soalan ''Apa respons kamu?'', Saiful berkata ''Saya tidak sanggup melakukannya lagi..."

Jadi apa masalahnya dengan perkataan LAGI ?

Dari awal lagi, Karpal sudah phobia dengan perkataan LAGI, hingga memohon kepada mahkamah supaya membuang perkataan “kejadian kali terakhir" yang terdapat dalam laporan polis Saiful itu.

Bukankah keterangan Saiful yang menyebut Anwar bertanya kepadanya "Can i fuck you today" juga bermakna lebih dari sekali Anwar meliwat Saiful ?

Adakah Karpal Singh mahu menutup dakwaan yang pernah dibuatnya sendiri pada tahun 1997, di parlimen yang bersungguh-sungguh mahu membawa saksi liwat Anwar, Azizan Abu Bakar ?

Bukankah dengan 'kepercayaan' Karpal dengan membaca pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar di Mahkamah pada tahun 1997 dengan pengakuan Saiful Bukhari dalam mahkamah pada tahun 2010 menunjukkan Anwar berkali-kali melakukan perkara tersebut ?

Sedutan dari pengakuan bersumpah Azizah itu, dia menggelarkan Anwar berpenyakit kronik, "Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’". Klik di sini

Lagi satu perkataan "KATIL", itu pun ditujukan kepada Utusan Malaysia. Kenapa Karpal begitu sensitif dengan perkataan ini ?

Menurut Peguam Cara II, tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Utusan Malaysia ketika menyiarkan gambar tersebut, keterangan gambar berkenaan adalah 'kabur' kerana perkataan 'tempat' dalam kapsyen itu tidak menyatakan secara spesifik ia adalah katil atau bilik. Utusan Malaysia juga tidak menyatakan ''katil di atas di mana kesalahan itu dilakukan'

Malah dalam keterangan Saiful berkata "Beliau (Anwar) arahkan saya ke bilik tidur utama..." dan "Anwar berada di hujung penjuru katil"

Jadi apa masalahnya Utusan Malaysia menulis perkataan "KATIL" yang telah disebut oleh saksi utama ?

Apa motif sebenar Karpal membangkitkan persoalan "KATIL" dan menujukan kesalahan kepada UTUSAN ? Adakah cubaan untuk mengugut media itu supaya tidak membuat liputan mengenai perbicaraan kes liwat Anwar sebagaimana permohonannya untuk 'perbicaraan tertutup'?

Adakah ini juga cubaan untuk menutup 'tempat kejadian liwat' itu dari pengatahuan umum ? Di atas KATIL atau tepi KATIL ?

Tetapi ramai yang dapat menangkap motif sebenar peguam Anwar itu. Utusan hanya Kambing hitam. Sasarannya kepada Hakim. Mereka mahu gugurkan hakim, supaya kes ini akan tertangguh lagi seperti mana yang pernah diusahakan berkali-kali sebelum ini.

Sepatutnya Karpal dan Anwar lawan secara gentleman di mahkamah, bukannya membangkitkan isu remeh-temeh yang berusaha untuk menangguhkan kes!



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Tuesday, February 16, 2010

Sah, Anwar pecat peguamnya..

Setelah Sulaiman Abdullah meletakkan jawatan sebagai ketua peguam bela Anwar dengan alasan sakit 'teruk', kini spekulasi kembali bertiup, adakah penguam-peguam Anwar lain juga turut mengikuti jejak langkah yang sama.

Walaupun pada prinsipnya Anwar telah melantik Raja Aziz Addruse sebagai ketua peguam bela bagi mengggantikan Sulaiman, namun sehingga ke hari ini Raja Aziz masih belum kelihatan di mahkamah. Apa yang berlaku kepada Raja Aziz ? Apakah nasibnya juga sama dengan Sulaiman Abdullah?

Kedua-dua peguam itu merupakan peguam senior yang pernah mengambil kes Anwar, sejak Anwar dituduh melihat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada tahun 1999. Akhirnya, barisan peguam itu tidak dapat mempertahankan hujahnya, Raja Aziz ketika itu walaupun pada prinsipnya Ketua Peguam bela, berundur diri secara perlahan-lahan kerana tidak setuju dengan kaedah Anwar menggelakkan diri daripada menjawab tuduhan serta mengemukakan teori baru- TEORI KONSPIRASI-yang pada pengamatan Raja Aziz bakal menjerumuskan diri Anwar ke lembah kehancuran.

Walaupun, Raja Aziz tidak bersetuju atas prinsipnya dari kaca mata undang-undang, tetapi ada di kalangan peguam Anwar yang bersedia memikul tangggungjawab tersebut. Peguam tersebut adalah Christopher Fernando. Dia menggantikan Raja Aziz sebagai ketua dan mengangkat teori konspirasi tanpa menjawab dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Akibatnya Christopher Fernando menjadi HERO di kalangan penyokong Anwar dan Anwar dijatuhkan hukuman bersalah meliwat Azizan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.

Sekali lagi nama Raja Aziz dijaja sebagai ketua penguam bela Anwar dan sekali lagi Raja Aziz menyepi diri dan peranan yang paling menonjol diambil alih oleh Karpal Singh.

Antara Raja Aziz dan Karpal Singh terdapat perbezaan paling ketara. Raja Aziz bukan orang politik, tetapi Karpal Singh adalah Pengerusi DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen DAP, Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Ada percaturan yang dikira oleh Karpal Singh, tetapi tidak dikira oleh Raja Aziz, kerana Raja Aziz hanya melihat dari sudut perundangan, bukannya sudut politik.

Sebenarnya kehadiran Karpal Singh dan Raja Aziz merupakan lapisan kedua daripada senarai peguam Anwar. Dalam lapisan pertama, nama Karpal dan Raja Aziz tidak muncul, nama mereka disenaraikan selepas Sulaiman meletakkan jawatan.

Persoalannya kenapa setelah Sulaiman meletakkan jawatan, Anwar menyenaraikan nama Karpal dan Raja Aziz ? Kenapa Anwar tidak senaraikan nama-nama tersebut dari awal lagi ?

Persoalan kedua, setelah Karpal menguasai barisan peguam bela Anwar, kemana perginya barisan peguam bela barisan pertama Anwar ? Adakah Karpal mengsyorkan kepada Anwar supaya memecat mereka yang dilihat 'terlalu muda' dalam kes liwat ?

Sejak Saiful memberi keterangan di mahkamah, tiada lagi barisan peguam-peguam 'mentah' Anwar itu. Mereka termasuklah Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR), Lateffa Koya (Ketua Penerangan PKR), Saiful Izham Ramli (Aktivis PKR Kedah), Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad dan Leela J. Jesuthasan.

Daripada senarai barisan peguam asal itu yang kekal hanya dua orang iaitu SN Nair dan Mohd Razlan Jalaluddin.

SN Nair adalah peguam peribadi Anwar. Tidak boleh pecatnya kerana beliau merupakan penghubung di antara Anwar dengan barisan peguam. Mohd Razlan merupakan peguam muda, tetapi peribadinya kurang mengamalkan gaya hidup muslim. Menurut blogger gelagat anwar, "(Razlan) banyak minum. Banyak berpoya-poya. Malahan, di kalangan rakan-rakan peguam mengatakan Radzlan ini pun tidak bersungguh dalam kes DSAI. Banyak maklumat yang dia kongsi dengan orang luar. Banyak perkara yang dia bercakap dengan rakan peguam lain". Klik di sini

Tetapi kenapa pula senarai nama peguam Anwar barisan pertama digugurkan setelah kemasukan Karpal Singh ?

Anwar bergantung kepada kepakaran Karpal yang dianggap peguam paling senior dalam kes liwat. Apakah Karpal tidak menyukai dengan kehadiran peguam-peguam mentah dan mencadangkan barisan peguam baru ?

Sejak kemasukan Karpal, beberapa nama peguam baru turut disenaraikan. Mereka adalah Ram Karpal Singh Deo (anak Karpal Singh), Marisa Regina Fernando (anak Christhoper Fernando), Datuk Param Cumaraswamy dan Datuk C.V. Prabakharan. Kesemua peguam tersebut merupakan orang yang pengalaman dalam kes liwat Anwar 1999, sama ada mewakili Anwar, Sukma atau mewakili Majlis Peguam.Klik di sini

Persoalannya kenapa Anwar berubah fikiran mengambil peguam-peguam yang pernah terlibat dalam kes liwat 1999 serta menggugurkan barisan peguam politik yang dipilihnya sebelum ini ?

Tetapi desas-desus masih berlegar hingga ke hari ini, mengapa Sulaiman Abdullah meletakkan jawatan, kononnya sakit kuat, setelah pihak pendakwa memberi salinan-salinan sesetengah bukti kepada Sulaiman ? Peliknya, walaupun didakwa 'sakit tenat', tetapi Sulaiman turut dilihat masih aktif mengendalikan kes-kes lain.

Desas desus juga bertiup, apa yang sebenarnya terjadi kepada Raja Aziz, apa beliau juga selepas ini akan meletakkan jawatan dengan alasan 'sakit teruk' juga ?

Difahamkan, sepanjang keterangan Saiful, peguam Anwar, Datuk Param Cumaraswamy sering mengeluh, yang membawa maksud 'habis lah kita selepas ini'.

Karpal juga amat berbeza dengan perwatakan 1999. Pada tahun 1999, semasa pendakwa mengemukakan saksi, Karpal antara peguam yang lantang bersuara, lagaknya seperti singa, mahu menerkam mangsanya, soalan bertubi-tubi setiap kali saksi-saksi pendakwa dibawa masuk ke kandang saksi.

Tetapi dalam kes Saiful, Karpal lebih mendiamkan diri. Setiap pagi, ketika kerusi roda disorong masuk ke mahkamah, beliau tersenyum setiap kali terserempak dengan Saiful

"Good morning uncle", kata Saiful. "Good morning Saiful", balas Karpal.




Sila klik untuk baca selanjutnya...