Sunday, November 21, 2010

Saya menulis di blog AIDC

Mulai hari ini, semua tulisan saya hanya didapati di blog AIDC. Ikutilah tulisan saya selanjutnya di:

http://anwaraidc.com


Sekian, terima kasih


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, October 29, 2010

Kisah Rahimi Osman dikurung di Hotel Quality

Berikut merupakan kisah penahanan Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurung di Hotel Quality, Shah Alam selama 5 hari 4 malam, bermula pada 28 Jun 2008, ketika Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis diliwat oleh Anwar;

Pada 28 Jun, ketika melawat Saiful di HKL, Rahimi menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada penyokong-penyokong Anwar. Tetapi Rahimi enggan menjawab mana-mana panggilan tersebut.

Kemudian Ibrahim Yaacob turut menelefon Rahimi. Rahimi menjawab. Ibrahim berkata Anwar Ibrahim mahu berjumpanya di Quality Hotel dengan kadar segera kerana ada perkara mustahak yang mahu dibincangkan.

Rahimi akur dengan arahan Ibrahim Yaacub.Namun begitu, dia pulang ke rumahnya terlebih dahulu berjumpa dengan bapanya untuk mendapat nasihat daripada bapanya. Bapanya yang juga penyokong Anwar menasihatinya agar berjumpa dengan Anwar di hotel tersebut.

Akur dengan nasihat bapanya, pada lewat malam, 26 Jun 2008, Rahimi tiba di Hotel tersebut. Ketika itu, terdapat ratusan penyokong PKR dan juga orang-orang kanan Anwar sedang berkumpul.

Rahimi disambut oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard), kemudian membawanya naik lif ke tingkat 10, tempat Anwar sedang menunggu.

Sesampainya di Tingkat 10, Anwar kemudian menarik Rahimi di sebuah bilik untuk berbincang secara peribadi. Anwar menanyakan kepada Rahimi apa yang telah Saiful beritahunya.

Rahimi memberitahu Anwar bahawa Saiful telah beritahunya, tentang dirinya telah diliwat, di pelbagai lokasi seperti kondominium Desa Damansara, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.

Ketika mendengar penjelasan Rahimi itu, Anwar nampak sangat cemas dan selepas habis bercerita Anwar menyuruh Rahimi jangan membuka mulut lagi. Anwar arahkannya jangan memberitahu sesiapa apa yang diceritakan tadi berkenaan aktiviti liwat tersebut, termasuk kepada pihak polis.

Kemudian, Anwar terus mengarahkan kedua peguamnya yang berada di Tingkat 10 itu untuk menguruskan Rahimi. Kedua peguam Anwar itu adalah Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli yang berfungi menyiapkan satu Akuan Bersumpah untuk ditandatangani oleh Rahimi.

Seperti perjanjian awal, kedatangan Rahimi ke hotel itu semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar dan selepas perjumpaan itu, Rahimi memohon izin untuk pulang ke rumahnya, namun kedua-dua peguam itu tidak mengizinkannya. Mereka mengarahkan Rahimi supaya tidur di Quality Hotel bersama seorang lagi rakan bernama Rashid Rosdi.

Di hotel itu, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli sedang mengarang Akuan Bersumpah untuk Rahimi tandatangani. Akuan Bersumpah tersebut bakal digunakan untuk membantu Anwar. Kerana bimbang keselamatan dirinya, akhirnya Rahimi menurunkan tandatangannya pada akuan bersumpah berikut, meskipun dia sendiri tidak bersetuju dengan kandungan Akuan Bersumpah tersebut.

Ketika itu, hotel tersebut menjadi kubu bagi ratusan penyokong dan orang-orang kanan Anwar. Rahimi amat risau jika apa-apa terjadi kepadanya jika dia enggan memberikan kerjasama.

Rahimi ditahan di hotel tersebut untuk beberapa hari, dan pada malam itu juga telefon bimbitnya telah diambil oleh YB Yusmadi Yusof. Entah apa yang dicari oleh Yusmadi dalam telefon bimbitnya dan Yusmadi memulangkan semula telefon bimbitnya pada keesokannya harinya.

Semasa ditahan di hotel itu, Rahimi dikawal rapi oleh beberapa orang dipercayai yang penyokong kuat Anwar.

Dalam pada itu, peguam-peguam Anwar (Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli) telah membuat beberapa kali pindaan kepada Akuan Bersumpah yang telah ditandatangani, kali ini mereka sendiri menambah cerita rekaan dengan memalitkan nama Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam akuan bersumpah Rahimi.

Pada ketika itu baru Rahimi tahu betapa kotornya permainan politik Anwar dan rasa menyesal kerana menyumbang tenaga selama ini untuk membantu karier politiknya.

Tidak cukup dengan Akuan Bersumpah, peguam-peguam itu juga mengarahkan Rahimi untuk membuat rakaman video yang kandungannya dikarang oleh mereka sendiri.

Rahimi kemudiannya dibawa ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Old Town Petaling Jaya untuk menandatangani Akuan Bersumpah yang terakhir.

Dan selepas menandatangani Akuan Bersumpah terakhir itu, Rahimi dibenarkan pulang, tetapi masih di bawah pengawasan ketat mereka lagi. Segala pergerakan Rahimi dipantau dan mereka kerap menelefonnya untuk mengetahui status terkini Rahimi.

Pada suatu ketika, pernah mereka menelefon Rahimi dan meminta dia bermalam di rumah Anwar di bawah pengawasan beberapa orang.

Ketika polis menahan Anwar supaya memberi keterangan kepada pihak polis, Rahimi dan Rashid telah dibawa lari oleh orang-orang Anwar ke pelbagai tempat. Dari Tropicana, ke Hotel Armada serta ke sebuah pondok agama di Kajang.

Rahimi hidup seperti pelarian ketika itu. Dilayan oleh orang-orang Anwar seperti orang bersalah menyebabkan jiwanya memberontak dan berazam tidak mahu lagi mendengar arahan-arahan mereka.

Akhirnya, Rahimi bertekad kembali ke rumahnya. Selepas beberapa bulan, Rahimi masih lagi dihubungi oleh orang-orang Anwar.

Apabila kes liwat bermula di mahkamah, nama Rahimi telah disebut oleh Saiful dalam keterangannya. Ketika itu, Latheefa Koya telah menelefonnya untuk berjumpa.

Rahimi hadir dalam perjumpaan dengan Latheefa seperti yang diminta. Ketika itu Rahimi sebenarnya takut untuk berjumpa dengan peguam Anwar itu, bimbang kalau-kalau dirinya akan ditahan kembali.

Sebelum berjumpa dengan Latheefa Koya, Rahimi sempat berpesan kepada isterinya, dengan berkata jika dia tidak kembali dalam masa 4 jam selepas perjumpaan itu dan dia tidak dapat dihubungi, Rahimi meminta isterinya membuat laporan polis.

Dalam perjumpaan dengan Latheefa itu, peguam Anwar itu sekali lagi memintanya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah kerana akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Rahimi pura-pura bersetuju di depan peguam Anwar itu dan meminta peguam itu menelefonnya selepas telah siap sedia dengan akuan bersumpah baru itu.

Selepas perjumpaan itu, Rahimi pulang ke rumahnya, dia telah menukar nombor telefon bimbitnya dan berpindah rumah. Namun mereka berjaya juga mengesan Rahimi.

Semasa kes bersambung semula di mahkamah dan semakin hangat, Latheefa sekali lagi menelefon Rahimi untuk berjumpa dengan Peguam Karpal Singh. Namun Rahimi tidak melayan permintaan mereka itu.

Apabila menyedari Rahimi mula tidak mahu memberi kerjasama, Anwar sendiri telah menelefon bapa Rahimi untuk menyuruh anaknya berjumpa dengan peguam-peguamnya.

Bapa Rahimi telah memaksa Rahimi berjumpa dengan peguam-peguam Anwar itu. Rahimi keberatan. Berlaku perang dingin di antara Rahimi dengan bapanya yang merupakan penyokong kuat Anwar. Rahimi beritahu bapanya, Anwar hanya mahu peralatkannya, Anwar adalah kaki penipu dan tidak boleh dipercayai, kata Rahimi.

Bapa Rahimi akhirnya tidak dapat membuat pilihan untuk mempercayai kata-kata Anwar yang merupakan individu yang disanjungnya atau mempercayai kata-kata anaknya sendiri yang sudah sekian lama bekerja dengan Anwar.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Wednesday, October 27, 2010

Hubungan Anwar, Sukma dan Ismail masih berterusan

Satu soalan menarik yang ditanya oleh pemuda Irish dari Dublin kepada Sukma Darmawan semasa perbualan telefon adakah Sukma masih mengekalkan 'hubungan' dengan 'lelaki itu'. Sukma menjawab, masih... Pemuda Irish itu terkejut dengan jawapan itu kerana menyangkakan hubungan dengan 'lelaki itu' telah putus ekoran skandalnya sudah diketahui umum. Pemuda Irish itu mahukan pengesahan Sukma sekali lagi dengan mengulangi soalan sama. Sukma menjawab YA. Hubungan masih baik.

Siapakah 'lelaki itu' ?. Mungkinkah Anwar Ibrahim ?. Mungkin!

Kemudian pemuda Irish itu bertanyakan soalan, bagaimana keadaan Sukma selepas pembedahan dubur ?. Sukma menjawab, sekarang dia kembali menjadi 'dara' kembali. Pemuda Irish bertanya kembali, betul kah ? Sukma menjawab Ya. maksud saya lebih ketat...ha ha ha

Perbualan di atas di antara Sukma dengan salah seorang teman lelakinya(Pemuda Irish). Dirakam pada 17 Jun 1998, tiga bulan sebelum Sukma dan Anwar ditahan polis.

Apa yang menarik, sebahagian besar intipati perbualan itu benar kerana setahun kemudian, persoalan hubungan Sukma dengan lelaki itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Persamaan pengakuan Sukma kepada lelaki Irish dengan keterangan mahkamah diringkaskan seperti berikut:

1. Tun Mohd. Haniff Omar, bekas Ketua Polis Negara memberitahu mahkamah, pihak polis mula mengesan kegiatan homoseksual Anwar sejak tahun 1993 yang berpunca dari dua individu lelaki warga asing iaitu Sukma Darmawan, lelaki Indonesia yang mendapat PR Malaysia yang lebih dikenali 'adik angkat Anwar' dan seorang lagi bernama Munawar Anees, lelaki Pakistan yang mendapat PR Amerika Syarikat. Klik di sini

2. Surat pertama yang dihantar oleh Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) kepada Dr Mahathir Mohamad bertarikh 5 Ogos 1997 menceritakan salah laku seks Anwar bersama Shamshida Taharin (isteri Azmin) dan aktiviti homoseksual Anwar bersama Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan. Klik di sini

3. Dr. Abel W.K. Arumugam memberitahu Mahkamah Tinggi, Sukma Darmawan pernah berkunjung ke Pusat Perubatan Subang Jaya untuk melakukan pembedahan dubur pada Jun 1997. Ketika itu, Sukma mengalami koyak (fissure) dan pendarahan (haemorrhage) di bahagian duburnya dan dilakukan pembedahan pada 21 Jun 1997. Klik di sini

Hubungan Anwar-Sukma selepas 2004

1. Selepas Anwar dirawat di Munich, salah seorang 'ahli keluarga Anwar' yang menemaninya di Munich adalah Sukma Darmawan. Beberapa orang pengawai pengiring Anwar pernah terserempak Sukma sedang mengemaskan bilik tidur Anwar. Dalam ketika yang lain pula Sukma dilihat sedang merawat muka Anwar di dalam bilik hotel.

2. Selepas balik dari Munich, Anwar melakukan lawatan ke Jakarta pada Disember 2004. Sebaik sahaja tiba di Jakarta, Sukma merupakan individu pertama menyambut Anwar dan menemaninya selama mana abang angkatnya itu menetap di sana. Semasa menginap di hotel, Sukma bertugas sebagai 'pengemas bilik Anwar'.

Semasa menginap di sebuah hotel di Indonesia, salah seorang pembantu Anwar telah diberikan salinan video klip (dalam handphone) berkenaan dengan skandal seks salah seorang pemimpin utama GOLKAR dengan penyanyi dangdut yang mula diperkatakan di negara itu.

Tidak lama selepas itu, Sukma datang ke arah pembantu khas Anwar itu;

"Bos mahu jumpa di bilik", kata Sukma menyampaikan pesan Anwar Ibrahim.

Pembantu khas dan beberapa pembantu-pembantu kanan Anwar hadir ke bilik, hotel Anwar menginap itu.

"Mana video klip itu?", kata Anwar kepada salah seorang pembantunya.

Pembantu itu segan untuk memberikan video klip itu kerana menghormatinya sebagai ketua. Akhirnya video klip itu diberikan juga sepertimana yang diminta.

Anwar memerhatikan video itu secara teliti dan berfikir seketika.

"Kenapa Mengaku ? Sepatutnya tidak mengaku!", kata Anwar secara tiba-tiba.

"Kalau mengaku, bermakna karier politik kamu sudah habis. Tetapi kalau tidak mengaku, peluang masih 50-50, sekurang-kurangnya masyarakat keliru, karier politik masih ada harapan", kata Anwar lagi.

Pembantu itu terkejut mendengar penjelasan Anwar. Terkejut kerana jawapan bosnya yang mengajar berbohong dan menafikan segalanya walaupun bukti sudah jelas dalam bentuk rakaman klip video.
Klik di sini

3. Berdasarkan dua kisah di atas, sekarang mari kita hitung berapa kerapkah lawatan Anwar ke Jakarta selepas 2004-2010 ? Juga kunjungan-kunjungan Anwar ke negara-negara lain, jadi tidak mungkinkah Sukma juga akan turut mengiringi Anwar ?

Apa rahsia laporan polis Rasid ?

Siapa sangka, ketika semakin ramai yang melupakan hubungan Anwar dan Ismail yang pernah didedahkan pada tahun 1998, Rasid Rosdi tanpa disengajakan menceritakan kembali kisah Ismail yang diarahkan Anwar untuk dibawanya bersama-sama ke Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur.

Rasid memberitahu dalam afidavidnya pada 26 Jun 2008, Anwar telah mengarahkannya, membawa seorang lelaki bernama Ismail ke kondo itu. Sebelum itu, Anwar turut memesan kepadanya membeli KY Jelly. Klik di sini

Lebih menarik lagi, Rasid turut mendedahkan dia turut ditahan di hotel Quality pada 26 Jun 2008 (hari Saiful membuat laporan polis) dan dipaksa membuat satu akuan bersumpah palsu yang didraf oleh Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli (kedua-duanya bekas peguam bela kes liwat Anwar).Klik di sini

Salah satu pengakuan bersumpah palsu yang dipaksa Rasid tandatangani berbunyi " Anwar Ibrahim tidak pernah melakukan gangguan seksual terhadap kakitangannya termasuk dirinya(Rasid)".

Kenapa perlu Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli draf ayat seperti di atas sehingga terpaksa mengerjakan Rasid dan mengurung selama 4 hari 5 malam di hotel itu ?

Ada cerita lain ke, sehingga peguam-peguam Anwar terpaksa bertungkus lumus membuat afidavit palsu ?

Rahimi sudah muncul, Rasid pun dah. Ismail belum muncul lagi....


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, October 22, 2010

Selepas Sukma, Ismail pula jadi adik angkat Anwar ?

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja adalah lelaki misteri. Lebih misteri lagi, lelaki itu, berasal dari Indonesia, yang Anwar tidak mempunyai apa-apa pertalian saudara dengannya. Sejarah hubungan Anwar dengan Sukma pun misteri. Ketika tahun 1970-an, Anwar berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia.

Kick Andy dari MetroTV Indoenesia mengatakan Anwar semasa mudanya, sering bergaul dan belajar di Indonesia, hingga ada hubungan emosional. Antara sahabat-sahabat Anwar semasa muda di Indonesia adalah Rachmat Ismail, Adi Sosono, Adnan Buyong Nasution, Fahmi Idris. Kick Andy menambah lagi, semasa muda Anwar menetap di rumah Rachmat Ismail di Pekalongan, Jakarta, bergurukan Nurcholish Madjid atau Cak Nur(anak murid Fazlur Rahman dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat) yang membangunkan HMI dengan mempopularkan konsep sekularisasi dan pluralisme. Klik di sini

Ketika itu, Anwar belum berkahwin dan merupakan Presiden ABIM serta Pengetua Yayasan Anda, sekolah swasta di Lembah Pantai yang menjadi miliknya.

Dalam proses ulang alik Anwar ke Jakarta itu, maka muncullah watak Sukma Darmawan yang ketika itu berusia 16 tahun, seorang pemuda Jakarta yang berhijrah ke Malaysia dan menjadi adik angkat Anwar, menyambung pelajaran di Yayasan Anda dan menetap di rumah Datuk Ibrahim Abdul Rahman (bapa Anwar) di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya. Klik di sini

Ketika perbicaraan kes liwat Anwar dan Sukma bersuhabat meliwat Azizan Abu Bakar pada tahun 1998, Sukma mengakui sentiasa mengikuti Anwar walaupun Anwar telah berkahwin dan berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya ke rumah peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Di rumah peribadi Anwar itu (No 8, Jalan Setiamurni1), Sukma telah disediakan bilik khas yang boleh tinggal bersama dengan Wan Azizah dan anak-anak Anwar. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.Klik di sini

Ketika Sukma ditanya dalam mahkamah kenapa beliau ikut sama berpindah dan tinggal bersama-sama Anwar setelah bekas menteri kewangan itu berpindah dari rumah bapanya, Sukma berkata beliau berbuat demikian bagi membantu Anwar serta isterinya yang selalu sibuk.

Misteri Sukma kembali ke Indonesia dan Wan Azizah pindah rumah

Sebenarnya rumah peribadi Anwar di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, banyak menyimpan rahsia-rahsia peribadi Anwar. Wan Azizah pun tahu. Wan Azizah, sebagai naluri isteri, sebenarnya kurang senang dengan kehadiran lelaki asing (Sukma)di rumah itu yang diberi 'bilik khas'. Rupa-rupanya, syak wasangka Wan Azizah berasas apabila pada tahun 1998, Sukma membuat pengakuan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bahawa kehadirannya di sini Anwar adalah rakan aktiviti homoseksual kepada Anwar. Klik di sini

Sukma dipenjara selama 6 bulan kerana aktiviti homoseksual itu, dan dipenjara di Kajang bersama-sama Ezam Mohd Nor yang didapati bersalah kerana membuat pendedahan rahsia sulit kerajaan (OSA). Manakala, Anwar pula dipenjara selama 6 tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan polis untuk mendapatkan pengakuan bersumpah palsu daripada Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) dan Azizan Abu Bakar(bekas pemandu peribadi Wan Azizah). Tujuan Anwar mendapat pengakuan bersumpah palsu dari kedua-dua penama itu untuk melindungi aktiviti seksnya bersama Shamsida Taharin (isteri Azmin Ali) dan aktiviti homoseksual bersama Azizan Abu Bakar.

Semasa dalam penjara, Anwar berkenalan dengan Rasid Rosdi, seorang banduan yang dihukum selama satu tahun mulai 2001 atas kesalahan cubaan samun bersenjata di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Semasa di dalam penjara, Rasid mendakwa, dia telah diberikan kerja untuk menjaga kebersihan bilik Anwar, menghantar pakaian ke dobi dan mengambil makanannya dari dapur.

Dakwanya, dia juga menemankan Anwar untuk membuat senaman ringan di sebelah petang dan menyediakan air panas ketika pintu sel hendak dikunci.Klik di sini

Selepas Rasid keluar penjara, Anwar mengarahkan peguam peribadinya, Sankara Nair mengambil Rasid sebagai pembantu am di pejabat guamannya sementara menunggu Anwar bebas.

Selepas Anwar bebas pada tahun 2004, Anwar mengambil Rasid bekerja di rumah peribadinya, No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara sebagai pembantu am mengantikan tempat Sukma Darmawan.

"Selepas bekerja lebih kurang tiga tahun (2004-2006) di kediamannya, saya berhenti seketika dan kemudiannya menyambung kembali tugasan di pejabat peribadi Anwar di Petaling Jaya selepas Pilihan Raya Umum 2008,'' dakwa Rasid dalam akuan bersumpahnya itu.

Sebenarnya kehadiran Rasid bekerja di rumah peribadi Anwar tidak digemari oleh Wan Azizah. Ezam ketika itu sebagai Ketua AMK, menyaksikan sendiri 'perang dingin' di antara Wan Azizah dan Anwar gara-gara muncul orang ketiga selepas Sukma iaitu Rasid.

Episod ini berlarutan sampai sekarang apabila Ezam dan Wan Azizah saling cabar mencabar berkaitan isu Rasid. Klik di sini di sini dan di sini

Bukan rahsia lagi, sebenarnya Wan Azizah yang halau Rasid dari rumah kediaman peribadinya, sepertimana Wan Azizah haramkan Sukma menjejaki kaki ke rumahnya selepas kes liwat Anwar-Sukma terbongkar di mahkamah. Ekoran warning Wan Azizah kepada Sukma itu, Sukma kembali semula ke Jakarta pada November 2006 berniaga permaidani dengan ahli keluarga sebenarnya.

Untuk menutup pintu, Anwar membawa lelaki seperti Sukma dan Rasid, Wan Azizah mendesak Anwar berpindah rumah yang kemudiannya mereka berpindah ke mahligai bernilai 7 juta di Bukit Segambut, Kuala Lumpur pada Februari 2007. Klik di sini

Ismail adik angkat Anwar ?

Berpindah rumah bukan penyelesaian kepada Wan Azizah. Anwar lebih pintar, dengan belajar dari perang dingin Wan Azizah-Sukma dan Wan Azizah-Rasid, adik-adik angkat Anwar tidak lagi dibawa ke rumah kediaman peribadi, sebaliknya disimpan di pelbagai tempat tanpa pengetahuan Azizah. Dalam masa sama, Anwar bergerak melalui pusat-pusat operasi rahsia untuk menawan Putrajaya, tetapi dalam masa sama menjalankan aktiviti homoseksual seperti di Kondominium Desa Damansara bersama Saiful Bukhari.

Ismail atau dipanggil dengan panggilan manja "Mail" juga salah seorang adik angkat Anwar. Mail tidak disimpan di rumah Anwar atau di pejabat Ketua Umum PKR di Seksyen 16, tetapi disimpan di tempat lain.

Dalam lampiran afidavit Rasid Rosdi, dia mengakui, selepas berhenti bekerja di rumah kediaman Wan Azizah, Anwar mengambil semula Rasid bekerja di bekerja di Pejabat Ketua Umum, Seksyen 16 Petaling Jaya. Semasa di situlah, Rasid mengenali Saiful, Rahimi dan Ibrahim Yaacob, staf pejabat Anwar.

Rasid turut memberitahu pada 26 Jun 2008, ketika Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondo, Desa Damansara, Anwar turut mengarahkan Rasid membawa seorang lelaki dikenali sebagai Ismail ke kondo itu.

Anwar juga meminta Rashid belikan KY Jelly. Bagi Rashid, ini tugas pelik yang terpaksa dilakukan atas arahan majikannya Anwar. Klik di sini

Menurut sumber, sesampainya Rasid dan Ismail ke kondo itu, mereka meyaksikan sendiri, Anwar dan Saiful keluar dari Unit 1151 dengan keadaan Anwar sedang mengancingkan baju dan Saiful dengan wajah yang tidak selesa.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Tuesday, October 19, 2010

Lelaki itu bernama 'Ismail'

Seperti sekarang, malah pada tahun 1998, 'lelaki itu' kurang dikenali. Berbanding dengan Sukma Darmawan (adik angkat Anwar), Munawar Anees (penulis ucapan Anwar), Meor Abd Razak (tukang jahit Wan Azizah), Hairani Hj Nahfis (penulis pidato Anwar)dan Azizan Abu Bakar (pemandu peribadi Wan Azizah), nama Ismail jarang-jarang disebut, malah sesetengah pihak tidak pun mengenali nama Ismail Harun.

Daripada keenam-enam lelaki itu, tiga lelaki telah berpaling tadah, menukar pengakuan bersumpah dan kembali menyokong Anwar. Mereka adalah Sukma, Munawar dan Meor. Manakala Hairani konsisten dengan pengakuannya. Malah bekas pensyarah UKM itu mengakui telah taubat nasuha dan turut meminta pandangan dari sudut agama daripada ustaz Taib Azamuddin, Imam Besar Masjid Negara.


Sebaliknya, Anwar terpaksa menjawab di mahkamah, apabila berdepan dengan Azizan Abu Bakar. Anwar dan Sukma didakwa bersubahat meliwat Azizan di Tivoli Villa dan perbicaraan itu telah mengambil masa selama satu tahun empat bulan berakhir dengan Anwar tewas. Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.Klik di sini

Tentang penukaran pengakuan bersumpah (SD) yang dilakukan oleh Sukma, Manawar dan Mior tidak mengejutkan apabila dibuat perbandingan dengan kes Rahimi Osman dan Rasid Rosidi.

Salah satu ciri untuk mengenali Anwar adalah sikap memaksa dan mengugut supaya orang lain mengikut semua kemahuannya. Dari dulu hingga sekarang sikapnya sama, mengugut orang lain menukar pengakuan mengikut kemahuannya. Hal ini pernah terjadi kepada Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar, Sukma, Munawar, Meor, Rahimi dan Rasid.

Malah kerana sikap kediktatoran itu, Anwar dipenjarakan selama enam tahun kerana memaksa Ummi Hafilda dan Azizan menukar pengakuan untuk melindungi skandal seks dengan Shamsida Taharin dan aktiviti homoseksual dengan Azizan Abu Bakar.Klik di sini

Tetapi kes penukaran SD Sukma, Munawar dan Meor tidak dibicarakan 10 tahun lepas, kerana pihak pendakwa raya menggugurkan semua kes Anwar pada tahun 2004. Pada pandangan pendakwa ketika itu cukup lah Anwar dibicarakan dengan kes liwat bersama Sukma dan Azizan dan telah pun didapati bersalah, maka kes-kes lain tidak lagi perlu. Mungkin ketika itu atas pertimbangan kemanusiaan dan harapan supaya Anwar bertaubat. Klik di sini

Namun, walaupun mahkamah gugurkan kes, tindak tanduk dua orang yang paling rapat dengan Anwar, Sukma dan Munawar menunjukkan mereka bersalah. Sukma yang memiliki warganegara Malaysia, banyak memiliki aset di Malaysia, termasuk Villa (Tivoli Villa), pejabat dan syarikat-syarikatnya, melarikan diri secara tergesa-gesa ke Indonesia dan tidak berhasrat mahu kembali semula ke Malaysia.

Begitu juga dengan Munawar Aness kembali semula ke Amerika Syarikat dan gagal memadamkan rekod melakukan aktiviti homoseksual dengan Anwar, walaupun merayu ke peringkat paling tinggi. Klik di sini

Sedarkah kita, sebenarnya penjejakan isu homoseksual Anwar bermula dari dua individu ini yang mula dikesan sejak tahun 1993. Klik di sini

Ismail yang misteri

Berbeza dengan lelaki-lelaki lain yang telah dikenali ramai, namun Ismail low profile. Barangkali atas sikap tidak dikenali umum itu, Anwar masih mengekalkan hubungannya dengan Ismail, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Ketika Anwar dipenjara Sungai Buloh, Anwar 'dilayan' oleh seorang banduan lain bernama Rasid. Selepas Rasid keluar penjara, sekitar tahun 2002/2003, Anwar mengarahkan peguam peribadinya Sankara Nair mengambil Rasid sebagai pekerjanya. Begitu sayangnya Anwar kepada Rasid. Selepas Anwar bebas, Rasid dipindahkan ke rumah Anwar (No 8, Jalan Setiamurni, Damansara) bagi mengantikan Sukma Darmawan dan kemudiannya dipindahkan ke tempat lain, selepas berlaku 'perang besar di antara Azizah dan Rasid' seperti yang pernah didedahkan oleh Ezam.

Semasa berada di luar, Rasid berperanan seperti tugas Sukma dulu, iaitu menjaga 'rangkaian sisi gelap Anwar yang bukan aktivis parti'. Di sini lah munculnya Ismail.

Menurut sumber dalaman, Anwar mengarahkan Rasid membawa Ismail berjumpa dengannya di Kondo Desa Damansara, kunci rahsia Anwar, tempat melakukan 'operasi-operasi sulit'. Tempat ini lah Saiful mendakwa dirinya diliwat yang masih dibicarakan di mahkamah hingga sekarang ini.

Dulu operasi sulit di Tivoli Villa, sekarang berpindah ke Kondo Desa Damansara. Apabila sudah terdedah, mungkin Anwar akan mencari lokasi baru untuk operasi sulitnya.

Kalau dulu, Ismail berjaya melepaskan diri kerana sikapnya yang low profile, apakah kali ini, masih berjaya melepaskan diri lagi ?

Siapa sebenarnya Ismail ini, hinggakan Anwar mengarahkan Rasid membawanya menemui Anwar ? Adakah Saiful juga mengenali Ismail ? Hassanuddin, pemilik kondo pasti akan mendedahkan segalanya di mahkamah nanti..


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saturday, October 16, 2010

Siapa 'lelaki misteri itu' di sisi Anwar ?



AIDCReveal memberi sekeping foto yang kurang jelas dengan bertanyakan soalan, tetapi tidak memberi jawapan. Kemudian seorang pengomen bernama 'Pemerhati PKR' membuat ulasan, lelaki itu bernama "Ismail Harun atau Ismail Mat Rabi kini berumur lebih kurang 35 tahun adalah seorang penganggur yang diperkenalkan kepada Anwar Ibrahim oleh Sukma Darmawan...Tak tahulah apakah mungkin Ismail ini pelacur lelaki atau tidak tetapi dia dikenali Sukma ketika sedang clubbing di kelab malam."

Tertarik dengan posting ini, blogger gaRamaNis turut memetik ulasan 'pemerhati PKR' dan dimuatkan dalam artikel terbarunya bertajuk " Rasid: RM1,500 Harga Cita-Cita Anwar Ke Putrajaya". Klik di sini

Sebelum ini the unspinners mendedahkan kandungan panas, lampiran afidavit akuan bersumpah Rasid Rosdi ; Rasid turut memberitahu dalam afidavit bahawa dia pernah membawa seorang lelaki dikenali sebagai Ismail ke kondominium yang berlaku sodomi terhadap Saiful...Anwar meminta Rashid belikan KY Jelly sebelum membawa Ismail. Bagi Rashid, ini tugas pelik yang terpaksa dilakukan atas arahan majikannya Anwar ....Klik di sini

Persoalannya siapakah 'Ismail' yang terkandung dalam afidavit Rasid itu ? Kenapa Rasid diarahkan Anwar membeli KY Jelly dan membawa 'Ismail' ke kondo ? Bawa 'Ismail' ke kondo mana ? Kondo Desa Damansara Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, tempat Saiful kena liwat ?

Adakah 'lelaki itu' yang dimaksudkan oleh 'Pemerhati PKR sebagai 'Ismail' adalah orang yang sama dengan pendedahan afidavit Rasid yang juga bernama 'Ismail' ?

Menjawab misteri 'lelaki itu'

Foto yang didedahkan AIDCreveal disahkan sebagai Ismail Harun alias Ismail Mat Rabi atau panggilan manjanya 'Ismail'.

Ismail merupakan salah seorang 'adik angkat' Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, lelaki Indonesia yang berhijrah ke Malaysia dan menjadi adik angkat kepada Anwar Ibrahim sejak berusia 16 tahun lagi. Klik di sini.

Maknanya Anwar mempunyai 'adik angkat' bernama Sukma Darmawan dan Sukma pula mempunyai 'adik angkat' bernama Ismail. Perhubungan di antara adik angkat kepada adik angkat.

menurut pengakuan bersumpah Sukma Darmawan yang dibuat di hadapan Abdul Karim Abd. Jalil, Majistret Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 23 September 1998, Sukma memperkenalkan Ismail kepada Anwar ketika berada di rumah rasmi kerajaan untuk TPM di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.

"Kami bertiga (Sukma, Ismail dan Anwar) melakukan hubungan sejenis dengan cara oral dan onani tetapi saya berperanan hanya sebagai penonton. Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba meliwat Ismail tetapi ianya gagal kerana salah kedudukan. Ianya berlaku atau keadaan ini sebanyak tiga kali setiap minggu. Di kejadian ketiga saya tidak lagi melihat perhubungan beliau dengan Ismail kerana saya menunggu di bilik air.Semua kejadian ini berlaku di bilik tetamu (bilik tidur tamu) yang mana saya pun tidur di bilik ini apabila berkunjung di rumah ini", akui Sukma.Klik di sini

Ketika kejadian itu Sukma berumur 37 tahun manakala Ismail berumur 23 tahun.

Bagimana perkenalan Sukma dengan Ismail ?

Selain Nallakarupan, Sukma merupakan 'bapa ayam' yang menjaga rangkaian lelaki-lelaki Gay. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, Sukma menjadi jutawan segera memiliki memiliki tiga buah kereta mewah - sebuah jenis BMW 523i dan dua Mercedes Benz model C280 dan 300S serta pelbagai syarikat; Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Technology Sdn Bhd,Megareka Construction Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Holdings Sdn Bhd, Megareka Furniture Sdn Bhd, Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Food & Beverage Sdn Bhd, Mega Carpet Industries Sdn Bhd, Kumpulan Mega Markas Sdn Bhd dan Mega Carpet Sdn Bhd. Klik di sini

Ketika itu, Sukma mempunyai banyak pejabat. Salah satu pejabatnya di Di Lot 10, Shopping Kompleks, KL. Sukma juga sering lepak bersama rangkaian gaynya di pub belakang Lot 10. Salah seorang yang sering melepak bersama Sukma adalah Ismail.

Ismail ketika itu masih menganggur dan bergantung kehidupan sepenuhnya kepada Sukma. Sukma akan memberi di antara Rm200-Rm300 kepada Ismail setiap kali Ismail memberi 'servis'.

Sehingganya Sukma memperkenalkan Ismail kepada Anwar. Anwar bertanyakan Ismail, adakah awak mempunyai pekerjaan. Ismail menjawab tidak ada. Ada sikit-sikit, cukup makan yang diberikan oleh Sukma.

Kemudian, Anwar menghubungi sahabat rapatnya, Nallakarupan untuk memberi pekerjaan kepada Ismail. Nalla mengambil Ismail bekerja sebagai 'pegawai tugas-tugas khas' di Magnum Corporation, syarikat judi ketika itu milik Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim).

Nalla pula menjadi Director Eksekutif Magnum Corporation yang bertujuan untuk melayan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Datuk T.K.Lim juga merupakan Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB) yang menyelenggarakan pembinaan Tivoli Villa, Bangsar. Salah satunya unit Tivoli itu dibeli oleh Sukma (Unit 10-7-2), manakala dua unit Tivoli Villa (Unit 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa) diberikan kepada Nalla untuk kegunaan peribadinya.

Bermakna pada ketika itu di Tivoli Villa Anwar mempunyai '3 port peribadi' iaitu di Unit 10-7-2 (milik Sukma) dan Unit Unit 2-5-13 dan 2-5-14 (milik Nalla). Di unit kepunyaan Nalla dan Sukma, Anwar dihadapkan di mahkamah pada tahun 1998 kerana melakukan hubungan seks dengan isteri Azmin Ali (Shamsida Taharin) di unit milik Nalla, manakala melakukan hubungan seks luar tabie dengan Azizan Abu Bakar di Unit milik Sukma.

Apabila Anwar, Sukma dan Nalla ditahan pada tahun 1998, Ismail menghilangkan diri. Tidak diketahui berita mengenai dirinya.

Apabila Rasid muncul membuat laporan polis baru-baru ini, barulah diketahui bahawa Ismail masih intim bersama Anwar yang sebelum ini dijaga oleh 'orang penting' di belakang Anwar.

Siapa yang menjaga Ismail, selepas Nalla sudah berpaling tadah ? Itu satu misteri yang perrlu dirungkai...





Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saturday, October 9, 2010

Kenapa Anwar arah tahan Rahimi dan Rashid ?

Dulu Rahimi Osman bukan figur penting. Ketika saya menulis dua artikel mengenai Rahimi; 'Misteri lelaki bernama Rahimi Osman' [klik di sini] dan 'Ke mana Rahimi Osman disembunyikan..?' [klik di sini], ramai yang tertanya-tanya, siapakah Rahimi Osman ?

Sekarang semakin ramai yang tahu tentang Rahimi. Sehari dua ini, Utusan Malaysia, Malaysiakini dan lain-lain blog menjadikan isu Rahimi sebagai topik utama. Saya ada maklumat tersendiri yang belum keluar dalam mana-mana media tentang 'inside story of Rahimi', tetapi sesetengahnya tidak dapat ditulis kerana bakal dibicarakan di mahkamah.

Sekarang mari kita soroti kisah Rahimi dikurung pada 28 Jun 2008, satu tarikh paling penting kepada Anwar kerana pada tarikh itu bekas pembantu kesayangannya, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis diliwat oleh Anwar, sehingga memaksa Anwar terkincit-kincit berlindung di kedutaan asing.

Kisah Anwar dan Saiful pada tarikh itu telah banyak terdedah. Bagaimana pula dengan kisah Rahimi ?.

Setelah meletup berita Saiful buat laporan polis, sudah tentu Rahimi menjadi fokus. Bertalu-talu telefon yang diterimanya. Bukan dari Ibrahim Yaakub (Ketua Staff Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ), bahkan ramai lagi.

"Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel", kata Rahimi seperti dilaporkan Malaysiakini.

"Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah," katanya lagi.

Dakwanya, sebelum ke Quality Hotel, dia berada di Hospital Kuala Lumpur bersama Saiful Bukhari, pakciknya, staff-staff dan doktor serta ramai pihak polis termasuk daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

"Jadinya, kenapa pula kata Latheefa bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel?

"Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa."

Cerita Rahimi ini senada dengan keterangan Saiful di mahkamah.

Rahimi Osman ketika bangkit buat sidang media pada 6 Oktober lalu berkata dia telah dipaksa oleh Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli(kedua-duanya bekas peguam liwat Anwar) menandatangani dua pengisytiharan bersumpah di Quality Hotel pada 28 Jun 2008 yang menuduh Datuk Seri Najib Razak and Datin Seri Rosmah Mansor sebagai konspirator liwat untuk menjatuhkan Anwar.

"Saya dipaksa menandatangani dua pengisytiharan berkanun pada Jun 2008 tentang Anwar dan Saiful. Perisytiharan itu adalah tidak benar kerana saya tidak menulisnya", kata Rahimi.

"Saya dipaksa menandatanganinya kerana saya berasa takut tentang keselamatan diri saya. Pada masa itu terdapat ratusan penyokong-penyokong Anwar di sekitar Quality Hotel," katanya lagi.Klik di sini

Rahimi dikurung di Quality Hotel

Di Quality Hotel pada tarikh tersebut, terdapat kursus kepimpinan PKR yang dipengerusikan oleh Anwar. Hampir kesemua pimpinan PKR hadir, termasuk Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dan lain-lain.

Sebaik sahaja Anwar mendapat SMS Saiful buat laporan polis, muka Anwar berkerut kerisauan, dia segera keluar dari bilik mesyuarat. Wan Azizah tahu sesuatu yang besar telah berlaku ke atas suaminya, dia juga turut keluar dari mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan Zul Noordin, peguam peribadi Anwar. Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong turut menyusul kemudian.

Anwar menuju ke lif, diikuti dengan Wan Azizah dan Zul Nordin untuk naik ke bilik tingkat 10. Ketika dalam lif, Zul Nordin bertanya kepada Anwar 'apa hal ni?' Anwar menjawab dengan keadaan risau 'Saiful buat report i liwat dia'.

Ketika di bilik tingkat 10, Hotel Quality, Wan Azizah masih lagi melepaskan geramnya kepada Anwar. Zul Noordin, Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Wee Chee Keong menjadi saksi melihat dengan mata kepala mereka sendiri gelagat Wan Azizah memarahi Anwar.Klik di sini

Berbalik tentang kes Rahimi pula, sebaik sahaja, dia sampai di Hotel Quality, dia dibawa oleh Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) ke tingkat 10, menemui Anwar.

Anwar kemudiannya menarik Rahimi ke sebuah bilik secara berdua dan bertanyakan kepadanya apakah yang diberitahu Saiful kepadanya. Rahimi menceritakan segalanya apa yang diberitahu Saiful kepadanya berkaitan kes liwat yang dilakukan oleh Anwar, termasuk di Kondominium Desa Damansara, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.

Anwar sangat cemas ketika itu dan menyuruh Rahimi tutup mulut, tidak memberitahu sesiapa meskipun kepada polis.

Anwar juga mengarahkan Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli 'menguruskan' Rahimi. Di situlah Rahimi terpaksa menandatangani akuan bersumpah yang telah disediakan oleh kedua peguam Anwar itu.

Selepas selesai tandatangan, Rahimi pohon untuk pulang ke rumahnya, tetapi kedua peguam Anwar tidak membenarkannya pulang sebaliknya di'tahan' selama 5 hari, 4 malam di hotel itu dengan ditemani oleh beberapa AMK yang diketuai Chegubard.

Kenapa Rashid juga dikurung ?

Menariknya, bukan setakat Rahimi sahaja dikurung di hotel itu, tetapi terdapat seorang lelaki lain yang turut dikurung. Namanya Rashid. Kenapa Anwar arahkan Rashid juga turut ditahan ? Apa kesalahan yang Rashid lakukan ?

Siapa Rashid ?

Difahamkan Rashid merupakan tukang urut peribadi Anwar semenjak Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaik sahaja Anwar dan Rashid dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar telah mengambil Rashid bekerja dengannya sebagai tukang urut peribadi dan merangkap orang gaji.

Rashid telah diberi penginapan percuma di rumah Anwar sepertimana yang pernah dilakukan kepada adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja suatu ketika dahulu.

Menurut sumber, Rashid telah dihalau dari rumah Wan Azizah apabila ketiadaan Anwar yang ketika itu menetap di Amerika Syarikat. Apabila Anwar kembali semula ke Malaysia, Anwar telah mengambil semula Rashid sebagai pembantu peribadinya dan ditempatkan di pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.

Rashid menjadi subjek utama ketika peperangan di antara Ezam dan Wan Azizah baru- baru ini.

Ezam mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di antara dengan Rashid pada tahun 2005. Ketika itu, Ezam merupakan Ketua AMK PKR, manakala Anwar pula menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Insiden berlaku ketika pertembungan perjalanan Wan Azizah dan Anwar. Wan Azizah dalam perjalanan ke Washington melawat anak-anaknya yang turut dihantar belajar ke Amerika Syarikat. Salah seorangnya, Nurul Izzah yang belajar di universiti sama tempat ayahnya mengajar iaitu Universiti John Hopkins. Manakala, Anwar ketika itu dalam perjalanan bercuti dari Washington ke Malaysia untuk menguruskan kerja-kerja parti.

Wan Azizah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Anwar semasa ketiadaannya, sebab itu dia mengirimkan SMS dan menelefon orang kepercayaannya, Ezam Mohd Nor. Azizah memang rapat dengan Ezam, dari Anwar dipenjarakan, hingga Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Ezam lah tempat bergantung Azizah. Mereka ibarat satu keluarga.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat.

Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih dan karipap (kuih kegemaran Anwar) kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.

Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Azizah, walaupun Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.








Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, September 17, 2010

Ke mana Rahimi Osman disembunyikan..?

Nama Rahimi Osman disebut berkali-kali dalam mahkamah. Rahimi juga disebut pengatur pertemuan Ezam Mohd Nor dengan Saiful Bukhari Azlan pada lewat malam, 27 Jun 2008, di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang. Hadir bersama dalam pertemuan itu Saiful, Rahimi dan bapa saudara Saiful, Tuah Mohamad Ali.

Menurut keterangan mahkamah, Rahimi juga menjadi pengatur Saiful berjumpa dengan Dato Mumtaz Begum Abdul Jaafar di kediamannya pada 27 Jun.

Ketika nama Ezam dan Dato Mumtaz disebut, Karpal memohon saksi-saksi itu dicamkan dalam mahkamah. Ketika sesi soal balas Karpal terhadap Saiful, Dato Mumtaz, Ezam telah dicamkan. Tetapi Rahimi tidak hadir kerana pihak mahkamah tidak dapat menghubunginya.

Karpal tidak menunjukkan apa-apa reaksi, seolah-olah tidak berminat dengan Rahimi.

Ke mana Rahimi menghilang ? Beraninya dia melawan perintah mahkamah, sedangkan orang lain apabila diperintahkan terus hadir ke mahkamah. Apakah Rahimi juga diajar menjadi seberani Raja Petra Raja Kamaruddin, melarikan diri ke luar negara dan tidak mempedulikan arahan mahkamah ?

Menurut keterangan Saiful, pada 28 Jun, pagi, hari yang sama dia membuat laporan polis, dia turut berjumpa Rahimi dan mendapat nasihat daripadanya.

Pada 28 Jun Jun, tengahari, Rahimi juga turut melawat Saiful di Hospital Kuala Lumpur, ketika mangsa liwat itu membuat pemeriksaan doktor.

Berdasarkan kronologi ini, jelas menunjukkan hubungan Rahimi dan Saiful amat rapat dan Rahimi menjadi pengatur untuk membantu meringankan beban Saiful.

Jika berdasarkan keterangan Ezam, Rahimi menghubunginya untuk membawa Saiful meminta pandangannya. Perbualan telefon di antara Ezam dan Rahimi menunjukkan Rahimi percaya Anwar seorang peliwat dan pernah melakukan berkali-kali dengan orang lain, selain Saiful Bukhari.

"Abang kat mana ? ", tanya Rahimi.

"Saya kat Perak, ceramah", jawab Ezam.

"Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa", tanya Rahimi lagi.

"Apa hal nak jumpa pulak ?" soal Ezam.

"Dia dah 'kena' dah!" jawab Rahimi.

"Kena apa ?" soal Ezam.

"Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)" jawab Rahimi.

Rahimi kenal Ezam, ketika Ezam masih menjadi ketua AMK lagi. Ketika itu, Ezam sudah mula menyelidik benarkah Anwar seorang peliwat. Ezam jumpa ramai orang, termasuk salah seorangnya Rahimi.

Ezam tidak kenal siapa Saiful kerana ketika Saiful bekerja di pejabat Anwar di Seksyen 16, PJ, pada Mac 2008, Ezam telah pun keluar PKR. Jadi yang boleh menghubungkan Saiful untuk berjumpa Ezam hanyalah Rahimi.

Ketika Saiful menghantar email peletakan jawatan kepada Anwar pada pagi 27 Jun, Anwar Ibrahim sangat risau. Anwar menelefon Saiful dengan nada marah dan meminta Saiful datang berjumpanya di pejabat Seksyen 16, PJ.

Sesampainya Saiful di pejabat Anwar, Ketua Umum PKR itu memarahi Saiful kerana meletakkan jawatan. Saiful menjelaskan dia letak jawatan kerana kurang disiplin dan kurang kelayakan dan bimbang keistimewaan yang diberikan kepadanya dipertikaikan oleh staff lain.

Anwar kesal dengan tindakan Saiful itu dan berusaha memujuk kembali Saiful agar bekerja dengannya. Menurut Saiful, Anwar buat 'counter offer' di mana dia sanggup menaja pelajaran Saiful tidak kira di mana sekalipun, di samping dapat gaji dan elaun penuh, asalkan sanggup terus bekerja dengannya.

Saiful serba salah dengan pujukan Anwar itu dan dalam keadaan terpaksa menyatakan persetujuan. Kemudian, Anwar mereply email peletakan jawatan Saiful sebelum ini dengan menulis "terima kasih kerana sudi sambungkan perkhidmatan".

Tetapi apabila Saiful pulang ke rumahnya, Saiful menceritakan dilema yang dihadapinya itu kepada kedua bapa saudaranya iaitu Tuah Mohd Ali dan Uncle Pet. Kedua-dua bapa saudara Saiful tidak setuju Saiful meneruskan pekhidmatan dengan Anwar kerana dapat mengesan itu merupakan taktik Anwar untuk terus menjadi anak saudaranya sebagai mangsa liwatnya.

Kalau Anwar mencari dan memujuk Saiful, bagaimana pula Rahimi yang menjadi pembantu khasnya sejak sekian lama ?

Difahamkan Anwar juga menelefon Rahimi dan memarahinya. Seperti Saiful, Rahimi juga diajak Anwar berjumpa dengannya dan dibuat 'counter offer'. Selepas pertemuan itu, Rahimi gagal dikesan lagi.

Selepas pertemuan itu, berita Rahimi hanya keluar sekali dan Suara Keadilan. Ketika itu, dia membela Anwar dan mengatakan kini dia bekerja sendiri membantu bisnes keluarganya.

Selepas berita itu, tiada lagi perkhabaran berkenaan Rahimi Osman. Di mana dia disembunyikan sekarang.

Permainan di belakang kehilangan misteri Rahimi ini didalangi Anwar. Sebagaimana Anwar mengupah Soh Chee Wen mendaptkan maklumat tentang Saiful, begitulah juga yang dilakukan Anwar ke atas Rahimi. Rahimi dianggap sebagai antara orang penting dalam kes liwat, maka dia disembunyikan.

Dalam kes sebelumnya, Soh Chee Wen telah mendekati dan mengupah seorang penyiasat persendirian, bernama Faiz Khairi apabila mendapati Faiz mempunyai hubungan cinta dengan adik perempuan saksi utama itu.

Soh Chee Wen dikatakan telah memberi wang sebanyak beberapa kali kepada Faiz bagi tujuan tersebut. Soh Chee Wen juga sanggup membayar Faiz Khairi wang secara bulanan jika Faiz dapat menyalurkan apa-apa maklumat berkenaan Saiful.

Selepas Karpal Singh menyebut nama Faiz di mahkamah, keesokannya, Faiz mengadakan sidang media di Kuala Lumpur untuk mengelirukan kes yang sedang dibicarakan kepada kes lain. Klik di sini

Bukankah ini semua perancangan Anwar?, simpan dahulu Faiz dan keluarkan ketika masa yang sesuai ?

Rahimi juga mahu dibuat begitu atau terus disembunyikan ke luar negara seperti RPK ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Monday, September 13, 2010

Misteri lelaki bernama Rahimi Osman

Anda kenal Rahimi Osman ? Namanya cukup famous di kalangan ahli PKR, tetapi sejak akhir-akhir ini menjadi lelaki misteri kerana tidak dapat dikesan, walaupun perintah mahkamah memerlukan kehadirannya untuk proses pengecaman kes liwat Anwar Ibrahim.

Siapa Rahimi Osman ? Penama ini adalah bekas pegawai khas Anwar Ibrahim mewarisi 'dairi merah'(istilah popular di kalangan inner circle Anwar untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan dengan Anwar sebagai penjaga dairi) daripada Nik Nazmi Nik Ahmad. Mula direkrut oleh Nik Nazmi sebagai pembantunya untuk mengupdate laman anwaribrahimblog setelah gagal menamatkan pengajiannya di UIA, sekitar Mac 2007.

Ketika itu, Anwar Ibrahim menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins dan Universiti Georgetown. Tetapi dalam masa sama, Anwar sekali sekala pulang bercuti di Malaysia dan membantu kerja-kerja parti. Ketika itu juga Anwar mempunyai tiga ofis, di Washington/Dubai diuruskan oleh Aasil Kazi Ahmad, di Seksyen 16, Petaling Jaya diuruskan oleh tiga pegawai khas, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan Sim Tze Tzin. Manakala satu lagi ofis Anwar adalah di Phileo Damansara (Yayasan Aman) yang diuruskan oleh Nathaniel Tan(Nat). Nat juga merupakan Setiausaha Foundation For The Future yang Anwar merupakan pengerusi dan Presiden yayasan demokrasi Amerika Syarikat untuk Timur Tengah itu.

Jadi Rahimi bertugas di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya. Semasa PRU 12, ketiga-ketiga pegawai khas Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ bertanding pilihanraya, maka Rahimi dilantik mengambil alih tugas Nik Nazmi sebagai pegawai khas Anwar.

Semasa PRU 12, PKR kekurangan tenaga kerja. Rahimi menjadi 'superman'. Dari menjaga Anwar hinggalah menjadi posmen menghantar poster ke Pulau Pinang. Ketika itu, Rahimi adalah Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik kepada Anwar. Dia juga lah Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC).

Bagaimana Saiful boleh bekerja di pejabat Anwar ?


Menurut keterangan Saiful di mahkamah, pada awal Mac 2008, dia mendapat panggilan telefon daripada kenalan sekolahnya (SMK Damansara Utama), Rahimi Osman. Rahimi telefon untuk ajak dia berborak di pejabatnya, Seksyen 16, PJ. Ketika berkunjung ke pejabat Anwar, Rahimi bertanyakannya apakah dia sudah bekerja sekarang. Saiful menjawab, tidak. Rahimi bertanya lagi, adakah dia berminat bekerja membantu pejabat Anwar, kerana ketika itu kekurangan tenaga kerja. Saiful mendiamkan diri. Rahimi seterusnya menjemput Saiful masuk ke bilik mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Anwar berkenaan dengan program pilihanraya.

Selepas Anwar memasuki bilik mesyuarat, Rahimi memperkenalkan Saiful kepada Anwar. Mereka bersalam, sambil Anwar berkata, "I appreciated your help for helping us".

Menurut Saiful lagi, dia mula bekerja di pejabat Anwar sebagai sukarelawan, kira-kira seminggu sebelum PRU 12. Tugasnya antara lain mengatur jadual perjalanan pilihanraya, membantu Rahimi dan kadang kala mengikuti ceramah-ceramah politik Anwar.

Sekitar April 2008, Rahimi dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Sulit, manakala Saiful juga turut dilantik sebagai pembantu peribadi Anwar. Pelantikan dibuat secara lisan oleh Anwar sendiri. Ketika itu, tugas Rahimi sebagai penjaga 'dairi merah' iaitu pencatat jadual perjalanan Anwar. Begitu juga dengan tugas Saiful. Semakin bertambah, antaranya mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ahli parlimen BN yang bakal melompat parti, membantu Ibrahim Yaakub, Ketua Staff Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ, memfiling dokumen-dokumen sulit dan menyemak handphone peribadi milik Anwar.

Rahimi dan Saiful letak jawatan

Saiful memberitahu mahkamah pada pagi, 27 Jun 2008, dia hantar e-mel(menggunakan blackberrynya) kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya yang berkuat serta merta.

Dalam e-mel itu, dia memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Rahimi juga mengambil langkah sama meletakkan jawatannya dengan alasan untuk menumpukan bisnes keluarga.

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga kedua-dua pegawai Anwar itu meletakkan jawatan ?

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi, Rahimi Osman mengatur pertemuannya dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang. Turut bersama Saiful dan Rahimi adalah bapa saudara Saiful, Tuah Mohamad Ali.

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.

Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.

"Abang kat mana ? ", tanya kawannya itu.

"Saya kat Perak, ceramah", jawab Ezam.

"Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa", tanya kawannya lagi.

"Apa hal nak jumpa pulak ?" soal Ezam.

"Dia dah 'kena' dah!" jawab kawannya.

"Kena apa ?" soal Ezam.

"Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)" jawab kawannya.

"Nak jumpa saya pasal apa ?. Jumpa esok lah" soal Ezam

"Dia nak jumpa juga. Dia nak jumpa malam ni juga", jawab kawannya.

"Ok. Tunggu saya di Tol Rawang. Saya dalam perjalanan dari Larut Perak", jawab Ezam.

Pertemuan itu berlaku secara spontan, di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza Tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan pada awal pagi 27 Jun 2008, bertemu sekitar jam 3 pagi, selama dua jam.

"Kenapa nak jumpa saya...kenapa tidak orang lain ?" Soalan pertama Ezam kepada Saiful.

"Saya nak jumpa abang, sebab abang berani dan bertegas melawan Anwar. Abang kata abang bersumpah tahu mengenai Anwar tetapi tak mahu dedahkan..akad sumpah abang dalam setiap ceramah yang menyebut ".. Dengan nama Allah..., sebagai seorang muslim saya [Ezam] tidak akan sesekali mengangkat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin...", jawab Saiful.

"Apakah maksud abang bersumpah itu berkaitan dengan moral Anwar ?" soal Saiful.

Ezam menjawab YA, berkaitan dengan moral Anwar Ibrahim yang tidak boleh diterima sebagai pemimpin Islam.

Setelah Saiful yakin dengan jawapan Ezam, kemudiannya dia menceritakan semua kejadian yang menimpa dirinya, khususnya berkaitan dengan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Anwar pujuk semula Rahimi

Apabila Anwar menyedari, Rahimi merupakan saksi yang banyak mengetahui kisahnya dengan Saiful, lalu dia menyuruh orang-orang mencari dan memujuk semula Rahimi. Difahamkan Anwar berjaya memujuk semula Rahimi dan dibawa 'keluar'. Sehingga ke hari ini Rahimi gagal dikesan dan tidak hadir ke mahkamah walaupun perintah mahkamah dikeluarkan untuk proses pengecaman.

Persoalannya, di manakah Anwar sembunyikan Rahimi ?












Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, September 2, 2010

Cara Anwar liwat Saiful : Kenapa Karpal mohon prosiding incamera ?

Sehingga hari terakhir keterangan saksi utama, Karpal Singh, Ketua Peguambela Anwar gagal mendiskreditkan Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kegagalan paling utama Karpal adalah memohon prosiding secara tertutup (incamera) apabila Saiful mahu memberi keterangan secara terperinci bagaimana dia diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008,di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang.

Apabila Karpal memohon prosiding tertutup, semakin ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu, mula menjadi ragu-ragu. Soalan paling popular berlegar : Kalau benar Saiful berbohong, kenapa Karpal mohon prosiding secara tertutup ? Apa yang mahu disembunyikan oleh Karpal tentang kelakuan buruk Anwar, hingga terpaksa pohon bicara secara tertutup ?

Keterangan Saiful pada 3 Februari 2010 (terbuka)


Saiful menjelaskan pada 26 Jun, dalam mesyuarat staff, di Seksyen 16, Petaling Jaya, jam 10.30 pagi, Anwar telah mengarahkannya untuk datang ke Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, milik Hassanuddin (sahabat baik Anwar), untuk membincangkan soal jadual kerja. Anwar arahkannya berada di unit 1151 kondo itu pada jam 2.15 petang, selepas Anwar selesai bermesyuarat dengan Prof Ariff yang bermula pada 12 tengahari di unit 1152.

Menurut Saiful, pada jam 12 tengahari, Anwar bermesyuarat dengan Prof Ariff di unit 1152 dan pada jam 2.15 petang, Anwar bermesyuarat dengannya di unit 1151. Walaupun kedua-dua unit itu berlainan, tetapi kedua-duanya saling berdekatan dan kepunyaan Hassanuddin. Bacaan lanjut mengenai unit 1151 dan 1152, Kondominium Desa Damansara, sila baca "Kisah sebenar Anwar di Unit 1151 & 1152, kondo milik Hassanuddin", klik di sini

Saiful bertolak dari pejabat Anwar, di di Seksyen 16, Petaling Jaya pada jam 1.45 tengahari dengan menaiki van WPK 5925 dan sampai di kondo itu pada lebih kurang jam 2.15 petang. Sampai di post pengawal kondo itu, Saiful menyebut 'mohktar' kepada pegawal itu sebagai password untuk memasuki kondo. Saiful kemudian menggunakan intercom dengan menaip no unit 1151 serta sekali lagi menyebut 'mohktar' untuk memohon kebenaran memasuki unit itu.

Bila Saiful masuk ke unit 1151, dia nampak Anwar sedang duduk di meja makan. Saiful menyerahkan dokumen yang dikirimkan oleh Ibrahim Yaakub (ketua staff pejabat Anwar). Anwar memberitahu Saiful tentang jadual kerja dan selepas itu bertanya satu soalan. Kata Anwar : "Can i fuck you today"?.

Saiful menolak pelawaan Anwar. Dengan nada marah Anwar berkata "What?". Saiful ketakutan dan terpaksa mengikuti kemahuan Anwar untuk mengikutinya ke bilik tidur utama. Anwar tutup langsir bilik dan lampu bilik itu, tetapi cahaya samar-samar masih kelihatan melalui celah-celah langsir tersebut.

Anwar mengarahkan Saiful membersihkan diri di bilik air. Saiful bersalin pakaian di bilik air dan keluar dengan bertuala. Ketika itu dia nampak Anwar hanya bertuala, berdiri di hujung penjuru katil, sebelah kanan. Anwar kemudiannya memeluk Saiful sambil berdiri.

Ketika Saiful mahu menceritakan lanjut, Karpal mencelah supaya ditangguhkan keterangan pada keesokan harinya secara tertutup.

Keterangan Saiful pada 4 Februari 2010 (tertutup)


Pada hari ini, Saiful menyambung keterangannya berkenaan dengan aksi kejadian liwat Anwar ke atas dirinya.

1. Anwar yang hanya bertuala memeluk Saiful yang juga hanya memakai tuala, Anwar mencium mulut dan meraba-raba badan Saiful.

2. Anwar mula terangsang dengan sentuhan badan dan ciuman itu dan meminta Saiful menyapu KY Jelly di kemaluannya (Anwar) dan juga di dubur Saiful. KY Jelly merupakan bahan pelincir yang popular digunakan oleh peminat-peminat homoseksual untuk melakukan seks anal (dubur). Tujuan disapu KY Jelly di kemaluan Anwar dan di dubur Saiful untuk menyenangkan proses penetrasi(kemasukan) tanpa melibatkan koyakan dan kesakitan kepada pasangannya.

3. Anwar melucutkan tuala yang dipakainya dan dihampar di karpet/lantai penjuru sebelah katil kerana acara liwat itu tidak dilakukan di atas katil, sebaliknya di lantai tempat Anwar hamparkan tualanya itu.

4. Kemudian, Anwar melucutkan tuala Saiful dan meminta Saiful menonggeng dengan lututnya hampir kena badan untuk memudahkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful.

5. Anwar yang tidak memakai kondom memasukkan zakarnya secara rakus dan dalam masa lebih kurang lima minit Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur Saiful.

6. Selepas itu, Saiful masuk semula ke bilik air untuk membilas badan. Apabila Saiful keluar dari bilik air, dia nampak Anwar sedang makan karipap daging yang sebelum ini telah dibelikan oleh Hassanuddin.

Sebaik sahaja melihat Saiful tidak ceria, sambil makan karipap, Anwar bertanya Saiful : "Are You Okay ?"










Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, August 29, 2010

Kisah 'Foto' Saiful hidang karipap kepada Anwar



Foto di atas adalah bahan bukti di mahkamah dalam kes liwat Anwar. Dirakam oleh salah seorang ahli AIC (AnwarIbrahimClub) ketika Anwar mempengerusikan mesyuarat AIC di rumah kediamannya, (No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur), sekitar jam 5 petang, pada 27 Jun 2008.

Apa tujuan AIC menyebarkan foto ini ? Tujuannya untuk membuktikan Saiful tidak diliwat pada 26 Jun, kerana Saiful hadir dalam mesyuarat AIC di rumah Anwar pada 27 Jun. Tetapi benarkah hujah itu ? Kalau benar kenapa tidak dimasukkan hujah itu semasa cubaan untuk menggugurkan kes ? Sepatutnya masuk lah hujah ini, kerana ada bukti bergambar, kenapa pula menggunakan hujah lain (tuduhan hubungan intim Saiful-Farah) yang tiada sebarang bukti ?



Lihat sekali lagi foto di atas, lihat betul-betul wajah Anwar dan wajah Saiful, berkerut semacam, seperti ada rahsia di antara mereka berdua. Lihat wajah MatKeri (Presiden AIC) yang duduk sebelah kanan Anwar. Tentu dia seronok foto ini disebarkan, sebab dia tidak tahu apa-apa tentang operasi rahsia Anwar, rahsia kondominium Desa Damansara, dia hanya tahu tentang AIC saja. Itupun ambil alih jawatan Presiden AIC daripada Rahimi Osman, bekas Setiausaha Khas Anwar.

Mat Keri kena tanya Rahimi yang lebih berpengalaman dengan Anwar, sebelum 'excited giler' sebar foto ini. Tanya betul-betul Rahimi, kenapa dia letak jawatan Presiden AIC ? Kenapa dia berhenti jadi pegawai khas Anwar ? Kenapa dia bawa masuk Saiful Bukhari jadi pembantunya untuk membantu Anwar ? Kenapa dia bawa Saiful pergi jumpa Ezam Mohd Nor, pada lewat malam (27 Jun 2008) hingga ke pagi di tempat letak kereta, Plaza Tol Senawang ?. Tanya betul-betul Rahimi dulu, barulah boleh dibuat keputusan betul atau tidak Anwar meliwat ka tidak.

Ini politiking dalam AIC, cantas mencantas antara satu sama lain, Malini dan Najwan Halimi mahu cantas Rahimi, inilah jadinya. Anwar pula sibuk melayan politik budak-budak muda, terima lah padahnya.

Mat Keri dapat naik kerana Rahimi dicantas Najwan, tetapi yang untung adalah Saiful Bukhari, meskipun tidak pegang apa-apa jawatan dalam AIC, dia diberi lebih keistimewaan berbanding dengan Presiden dan AJK AIC. Tidak ada jawatan dalam AIC pun, Saiful dilantik Anwar sebagai 'sukarelawan', tapi bukan sebarang 'sukarelawan', diberi gaji bulanan dan dibawa Anwar melawat Singapura, Hong Kong dan Thailand.

Mat Keri boleh nafi tak, Anwar pernah membawa Saiful ke Hong Kong, Singapura dan Thailand ? Apa istimewanya Saiful, jika dibandingkan dengan AJK AIC ? Itu Mat Keri kena siasat lanjut. Tapi kalau dah namanya AIC, mereka akan sokong membabi buta Anwar tanpa usul periksa dan menelan mentah-mentah penjelasan yang tidak jelas daripada Anwar, walaupun bohong.

Sekarang perhatikan foto Saiful sekali lagi. Apa peranannya dalam mesyuarat AIC, 27 Jun itu ? Tukang bawa air dan karipap. Sekurang-kurangnya foto yang disebarkan oleh AIC ini membenarkan dakwaan selama ini, yang menggelarkan Saiful sebagai 'pembancuh kopi', membenarkan Anwar memang suka makan karipap (lepas liwat Saiful di kondo, Anwar makan karipap sambil bertanya are you ok?) dan paling mustahak membenarkan dakwaan Saiful yang mengatakan dia rapat dengan Anwar.

Kenapa hujah rapat atau tidak Anwar-Saiful penting ? Sebabnya, semasa Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Anwar menerangkan kepada para penyokongnya dengan 'penjelasan yang samar-samar' yang membawa maksud, dia tidak kenal mana satu Saiful Bukhari, sebab pegawai khasnya ramai.

Sekarang apabila AIC keluarkan foto ini, hujah Anwar tidak kenal Saiful sudah tidak boleh guna, kena cari hujah lain pula. NTAnwar berhujah dengan adanya foto ini, semakin jelas membuktikan Anwar sangat rapat dengan Saiful, boleh keluar masuk di rumah Anwar termasuk di ruangan larangan, iaitu di kawasan dapur. Klik di sini

Sekarang kita menjawab dakwaan AIC yang mengatakan kalau benar Anwar meliwat Saiful pada 26 Jun, kenapa Saiful masih berada di rumah Anwar, 27 Jun, jam 5 petang.

Jawapan ini berdasarkan keterangan-keterangan Saiful di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, bukan berdasarkan andaian atau pendapat yang tiada asas.

Pertama : Keterangan Saiful, 3 Februari 2010

Saiful memberitahu mahkamah pada pagi, 27 Jun 2008, dia hantar e-mel(menggunakan blackberrynya) kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya yang berkuat serta merta.

Dalam e-mel itu, dia memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Ditanya Mohamed Yusof mengapa beliau berhenti kerja Mohd Saiful berkata beliau tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan.Bagaimanapun apabila ditanya kali kedua kenapa beliau berhenti kerja, katanya beliau tidak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan itu iaitu tidak mahu diliwat lagi. Klik di sini

Kedua : Keterangan Saiful, 5 Februari 2010

Selepas Saiful menghantar email kepada Anwar (sebelah pagi), selang beberapa jam, Anwar menelefon Saiful sambil marah-marah dan mengarahkannya agar datang berjumpanya di Pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.

Saiful ketakutan dan terus berjumpa Anwar pada tengahari itu. Menurut Saiful, setelah dia berjumpa Anwar, Anwar kesal dan memujuknya kembali agar tidak meletak jawatan. Anwar berjanji akan sponsor pelajaran Saiful di mana saja tempat kemahuannya, di samping dapat gaji dan elauan penuh.

Saiful malu alah dengan pujukan Anwar dan didepan Anwar, Saiful kata dia bersetuju. Selesai perbincangan, kemudian Anwar mereply email Saiful dengan menulis "Terima kasih kerana sudi sambungkan perkhidmatan"

Dalam keterangan hari ini juga Saiful mendedahkan Anwar pernah memberikan hadiah kepadanya, antaranya; seluar panjang hitam (seluar yang dipakai pada hari kejadian liwat), kemeja lengan panjang warna hijau jenama G2000 dan sehelai seluar dalam LEVI'S warna kelabu. dia juga menyerahkan baju berwarna biru jenama Ralph Lauren yang dipakai semasa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly (digunakan ketika aktiviti meliwat) kepada pegawai penyiasat pada 29 Jun 2008 semasa berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kesimpulan :

Jadi berdasarkan kedua-dua keterangan Saiful di mahkamah itu, maka tidak hairan Saiful boleh hadir di rumah Anwar pada petang 27 Jun 2008, sebab Anwar telah memujuk Saiful ekoran email perletakan jawatannya. Kehadiran Saiful di rumah Anwar seperti dalam foto di atas adalah buat kali terakhir. Tidak ada apa-apa yang perlu diragukan kerana memang Anwar meliwat Saiful, sebab itu Anwar tersangat risau, apabila Saiful menghantar email untuk meletakkan jawatan pada 27 Jun (pagi). Anwar juga sanggup menawarkan segala keistimewaan kepada Saiful termasuk sponsor pelajarannya, dengan syarat Saiful meneruskan khidmat dengan Anwar. Anwar juga turut memberi pelbagai hadiah-hadiah kepada Saiful ibarat seperti kekasih.

Walaupun mulut Saiful terpaksa bersetuju dengan permintaan Anwar, tetapi hati kecilnya menolak kerana dia tahu, apabila dia bekerja semula dengan Anwar dan menerima tawaran-tawaran Anwar, selama-lamanya dia akan diliwat oleh Anwar. Anwar beri jawatan dan keistimewaan kepadanya kerana mahukan duburnya sahaja.

Dilema ini menghantui Saiful. Apabila dia balik ke rumah, semua dilemma ini dicurahkan kepada kedua bapa saudaranya, iaitu Lock7 (Tuah) dan UnclePet. Kedua-dua bapa saudaranya amat terkejut dan menyuruh Saiful meninggalkan Anwar Ibrahim.

Pada 28 Jun 2008, Saiful dengan ditemani bapa saudaranya (Lock7) pergi ke hospital Pusrawi, HKL untuk membuat pemeriksaan doktor dan seterusnya membuat laporan polis.










Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, August 27, 2010

Kisah sebenar pertemuan Saiful Bukhari dengan Ezam Mohd Nor

Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Anwar mendedahkan di Mahkamah Tinggi, Mei lalu bahawa dia berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, sehari selepas diliwat. Saiful dibawa oleh rakannya bernama Rahimi Osman (bekas Setiausaha sulit Anwar) dan pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang.

Dalam mahkamah, Karpal bertanya Saiful adakah dia mengenali Ezam sebelum ini, Saiful menjawab dia kenal tetapi tidak rapat. Mungkin Ezam tidak kenal Saiful, tetapi Saiful mengenali Ezam kerana beliau merupakan bekas tokoh penting PKR, bekas Ketua AMK PKR.

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.

"Ada yang berkata pertemuan anda dengan Saiful adalah bukti konspirasi ?" soal wartawan.

"Konspirasi apa, saya tidak kenal dan tidak pernah jumpa Saiful sebelum ini. Pertemuan saya pada awal pagi 27 Jun 2008 adalah yang pertama dan terakhir. Jadi di mana konspirasinya ?", jawab Ezam.

"Hanya orang yang bodoh dan orang yang berkepentingan saja yang masih boleh percaya teori konspirasi Anwar Ibrahim,..seorang yang desperate ...seorang desperado ...seorang yang sudah terdesak yang cuba alihkan pandangan masyarakat dari membicarakan persoalan yang lebih khusus,"katanya lagi.

Untuk rekod, Ezam melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 11 Februari 2007 dan secara rasminya mengumumkan keluar PKR pada 14 April 2007. Manakala Saiful pula bekerja dengan Anwar Ibrahim sekitar Mac 2008 dan meninggalkan Anwar sekitar 28 Jun 2008.

Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi ?) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.

"Abang kat mana ? ", tanya kawannya itu.

"Saya kat Perak, ceramah", jawab Ezam.

"Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa", tanya kawannya lagi.

"Apa hal nak jumpa pulak ?" soal Ezam.

"Dia dah 'kena' dah!" jawab kawannya.

"Kena apa ?" soal Ezam.

"Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)" jawab kawannya.

"Nak jumpa saya pasal apa ?. Jumpa esok lah" soal Ezam

"Dia nak jumpa juga. Dia nak jumpa malam ni juga", jawab kawannya.

"Ok. Tunggu saya di Tol Rawang. Saya dalam perjalanan dari Larut Perak", jawab Ezam.

Pertemuan itu berlaku secara spontan, di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza Tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan pada awal pagi 27 Jun 2008, bertemu sekitar jam 3 pagi, selama dua jam.

"Kenapa nak jumpa saya...kenapa tidak orang lain ?" Soalan pertama Ezam kepada Saiful.

"Saya nak jumpa abang, sebab abang berani dan bertegas melawan Anwar. Abang kata abang bersumpah tahu mengenai Anwar tetapi tak mahu dedahkan..akad sumpah abang dalam setiap ceramah yang menyebut ".. Dengan nama Allah..., sebagai seorang muslim saya [Ezam] tidak akan sesekali mengangkat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin...", jawab Saiful.

"Apakah maksud abang bersumpah itu berkaitan dengan moral Anwar ?" soal Saiful.

Ezam menjawab YA, berkaitan dengan moral Anwar Ibrahim yang tidak boleh diterima sebagai pemimpin Islam.


Setelah Saiful yakin dengan jawapan Ezam, kemudiannya dia menceritakan semua kejadian yang menimpa dirinya, khususnya berkaitan dengan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Ezam tidak terkejut dengan pengakuan Saiful itu. Malah beliau sebelum ini pernah berdoa kepada ALLAH SWT agar menunjukkan bukti bahawa dakwaannya meninggalkan PKR benar, kerana tidak boleh berkompromi dengan Anwar Ibrahim yang rosak akhlak.

Selepas bercerita kejadian liwat tersebut, Saiful bertanya Ezam, apakah perlu dia membuat laporan polis.

Ezam menasihati Saiful agar tidak perlu membuat laporan polis kerana akan menyusahkan dirinya. Lagi pun kes Anwar meliwat sukar diterima umum, walaupun perkara itu benar.

Sebagai alternatif, Ezam mencadangkan Saiful berjumpa dengan tokoh ulama menceritakan kisah sebenar yang menimpa dirinya dan seterusnya bersumpah di depan mereka dengan nama Allah.

"Saya nak bawa awak jumpa 4 ulama..semuanya dari PAS, awak sanggup ?", kata Ezam.

"Saya setuju. Cuma esok saya nak pergi hospital sekejap", jawab Saiful

"Sebab apa nak pergi hospital?" soal Ezam

"Saya nak pergi periksa di hospital, dalam badan saya ada simpan bukti...kalau tak pergi nanti hilang bukti..dah dua hari tahan ni", jawab Saiful.

Semasa Saiful menceritakan dia menyimpan bukti di dalam badannya, Ezam tidak memahami maksud sebenar mangsa tersebut. Sekarang, apabila semuanya terbongkar di mahkamah barulah Ezam tahu bahawa maksud sebenar Saiful adalah dia menyimpan air mani Anwar di dalam duburnya selepas diliwat pada 26 Jun 2008.

"Lepas itu, Saiful pergi hospital pusrawi, HKL, apabila Saiful beritahu dia kena liwat, secara automatik hospital memberitahu polis. Sebab kes liwat mesti dibuat report polis. Bila polis masuk, dia tengok yang liwat itu, nama besar, Anwar Ibrahim, terpaksa Saiful ditahan, jadi saya tidak boleh lagi bawa Saiful jumpa ulama" jelas Ezam.

Begitulah kesudahan Ezam berjumpa Saiful untuk kali pertama dan terakhir. Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi.

"Bagaimana konspirasi boleh berlaku dengan hanya satu pertemuan...hanya beberapa jam sebelum Saiful bertindak membuat laporan polis ( selepas dinasihatkan oleh doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dimana dia jalani pemeriksaan). Biasanya konspirasi akan ambil masa yang panjang." kata Ezam.

"Justeru saya ingin memberitahu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah...cukuplah menipu orang membabitkan orang lain yang tidak berdosa dalam dosa yang dilakukan.Beliau seharusnya ke mahkamah berdepan dengan saudara Saiful sebagai orang yang jujur menjawab persoalan-persoalan asas"

"Persoalan asas... sama ada dia (Anwar) meliwat atau tidak meliwat...itu persoalan asasnya...bukan rela ke tak rela...atau konspirasi ka", tegas Ezam lagi

Menjawab soalan adakah hasil pertemuan dua jam dengan Saiful itu beliau yakin kejadian liwat itu benar-benar berlaku.

Ezam berkata,"saya yakin Saiful seorang innocent victim ...dia seorang jujur...bila saya cadangkan jumpa ulamak untuk selesaikan secara Islam...beliau setuju..tak nampak takut...biasanya orang kalau bohong nampak takut kalau nak jumpa ulamak.

"Saya yakin dia berkata jujur...dan tidak ada sebab pun dia nak bohong pada saya...saya waktu itu orang biasa saja...saya bukan ada pegang jawatan apa...saya baru masuk UMNO lebih kurang sebulan masa tu." kata Ezam menutup perbualan.






Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, August 26, 2010

Ketika Saiful lapor polis, kenapa Wan Azizah bertengkar dengan Anwar ?

Satu perkara menarik yang berlaku ketika Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Wan Azizah telah bertengkar dengan Anwar dari Hotel Quality, Shah Alam hingga ke Tropicana Golf Resort.

Berikut merupakan laporan polis yang dibuat oleh Saiful :

“Saya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya adalah Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”

Ketika Saiful membuat laporan polis itu, Anwar dan Wan Azizah mempengerusikan mesyuarat kepimpinan PKR di Hotel Quality, Shah Alam. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dan lain-lain aktivis PKR.

Sebaik sahaja Anwar mendapat SMS itu, muka Anwar berkerut kerisauan, dia segera keluar dari bilik mesyuarat. Wan Azizah tahu sesuatu yang besar telah berlaku ke atas suaminya, dia juga turut keluar dari mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan Zul Noordin, peguam peribadi Anwar. Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong turut menyusul kemudian.

Anwar menuju ke lif, diikuti dengan Wan Azizah dan Zul Nordin untuk naik ke bilik tingkat atas hotel. Ketika dalam lif, Zul Nordin bertanya kepada Anwar 'apa hal ni?' Anwar menjawab dengan keadaan risau 'Saiful buat report i liwat dia'.

Wan Azizah tersentak dengan penjelasan Anwar itu. Peliknya, Wan Azizah tidak menyumpah seranah kepada Saiful, lelaki yang membuat laporan polis itu, sebaliknya sumpah seranah dilemparkan kepada suaminya sendiri, Anwar Ibrahim.

"Masih tak insaf-insaf lagi" seranah Wan Azizah kepada Anwar. Mendalam maksud Azizah itu. Masih tidak insaf lagi, bermakna Azizah tahu semua aktiviti luar tabie Anwar sebelum ini, termasuk yang dibicarakan di mahkamah, iaitu kes Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar atau kes yang tidak dibicarakan di mahkamah, seperti kes Rashid ?

Kuat tengkingan Azizah kepada Anwar. Wan Azizah seperti melepaskan geram yang selama ini terbuku di hatinya. Memuntahkan segala kemarahan kepada Anwar.

Ketika di bilik tingkat atas, Hotel Qualiti, Wan Azizah masih lagi melepaskan geramnya kepada Anwar. Zul Noordin, Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Wee Chee Keong menjadi saksi melihat dengan mata kepala mereka sendiri gelagat Wan Azizah memarahi Anwar.

Saifuddin yang cuba menenangkan kekecohan itu, mencadangkan agar Anwar mencari tempat perlindungan untuk 'menenangkan diri'.

Kemudian Anwar dan Azizah meninggalkan Hotel Qualiti menuju ke port rehat yang biasa mereka singgah iaitu di Tropicana Golf Resort. Sepanjang perjalanan, Wan Azizah tidak henti-henti memarahi Anwar. Wan Azizah juga menelefon semua anak-anaknya supaya berkumpul di Tropicana Golf Resort untuk mendengar penjelasan Anwar berkaitan dakwaan Saiful itu.

Wan Azizah mendesak Anwar menceritakan perkara sebenar dengan disaksikan oleh anak-anak. Jawapan Anwar tidak menyakinkan. Ehsan, anak lelaki Anwar mengamuk sakan, meminta ayahnya bersumpah tidak melakukan perbuatan terkutut itu, tetapi ayahnya enggan bersumpah. Hingga ke lewat malam, keluarga Anwar masih haru biru.

Menurut sumber, Nurul Izzah hampir-hampir menempeleng adiknya, Ehsan yang mengamuk sakan, apabila ayahnya tidak mahu bersumpah dan tidak memberi jawapan yang menyakinkan.

Pada malam itu, Nurul Izzah berpihak kepada Anwar, manakala Ehsan berpihak kepada Wan Azizah. Pertengkaran berakhir pada awal pagi tanpa jawapan yang memuaskan dari Anwar.

Akhirnya, Anwar mengambil keputusan untuk berlindung di Kedutaan Turki. Wan Azizah dan Ehsan tidak hadir.

Berdasarkan kisah di atas, ramai saksi yang menyaksikan insiden pertengaran Wan Azizah dan Anwar, termasuk Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong.

Mungkin Tian Chua dan Saifuddin akan menafikan kisah tersebut kerana mahu membela Anwar, tetapi bagaimana pula dengan Zul Noordin dan Wee Chee Keong ?.

Kenapa pula sampai sekarang Ehsan menyepi diri daripada memperkatakan kes liwat ayahnya, malah terus membawa diri ke Amerika Syarikat ?

Moral of the story, Wan Azizah tahu segala-galanya mengenai tabiat buruk suaminya, tetapi berusaha melindungi daripada diketahui umum, tetapi lambat laun akan terbongkar jua.

10 tahun dulu, Wan Azizah berusaha melindungi sisi-sisi gelap suaminya itu, tetapi hari ini semakin terbongkar satu persatu kehidupan sebenar, seorang tokoh politik yang sentiasa bercita menjadi PM.

Akhirnya, Wan Azizah sewajarnya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Walaupun cuba ditutup, tetapi jika Allah mahu membukanya, maka terbuka jua pekung sebenar Anwar.

Tetapi pernahkah kita dengar Wan Azizah bersumpah dengan nama Allah menafikan suaminya melakukan aktiviti liwat tersebut ?



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saturday, August 21, 2010

Anwar ketakutan, perang Ezam-Azizah mendedahkan skandal baru...

Cabaran Ezam kepada Azizah melengkapkan satu episod kisah seorang banduan, bernama Anwar Ibrahim, seorang yang didapati bersalah meliwat pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar. Meskipun ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar bersetuju, Anwar melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, namun dia dibebaskan pada tahun 2004, atas sifat perikemanusiaan. Cukuplah Anwar dipenjara dari 1998 -2004, semoga pengajaran di penjara Sungai Buloh, dia telah bertaubat dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.


Tetapi benarkah Anwar telah bertaubat setelah 6 tahun di penjarakan ? Jika meneliti ucapan Anwar di New York, pada Disember 2005, dalam program NED, nampaknya pengalaman 6 tahun itu tidak merubah dirinya daripada meninggalkan perbuatan terkutuk itu, malah pemenjaraan itu membuatkan terus memperjuangkan 'kebebasan dan hak asasi kumpulan minoriti(homoseksual'. Maknanya Anwar tidak pernah bertaubat!

Di sini bermulanya episodnya. Episod satu, (sekitar antara tahun 1998-2004) Anwar dihukum bersalah dan di penjara di Sungai Buloh selama 6 tahun kerana didapati bersalah melakukan salah guna kuasa untuk melindungi hubungan seks dan bersalah perbuatan liwat ke atas Azizan Abu Bakar, tetapi dibebaskan pada tahun 2004 walaupun kesemua hakim percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kesimpulan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan : "We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

[Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual (dengan Azizan Abu Bakar) dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku]

Episod kedua (sekitar tahun 2005-2007), Selepas dibebaskan, Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi pekerja kepada rangkaian kumpulan Yahudi. Anwar berada hampir tiga tahun di negara yang mengiktiraf kebebasan homoseksual dan perkahwinan sejenis, tanpa ditemani isterinya, Azizah, tetapi sekali sekala kembali ke Malaysia untuk membantu PKR.

Dan episod ketiga (sekitar tahun 2008-hingga sekarang), Anwar didakwa di Mahkamah Tinggi, sekali lagi atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saiful telah melakukan apa cara untuk membuktikan dakwaannya benar, termasuk bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, wattalahi, tetapi Anwar bukan sahaja enggan bersumpah, malah bersungguh-sungguh untuk melengah-lengahkan kes dengan pelbagai alasan.

Persoalannya, polemik Ezam-Azizah hari ini melibatkan episod mana ? Jawapannya bukan episod ketiga tetapi episod 1 dan 2, iaitu semasa Anwar di penjara Sungai Buloh dan selepas dibebaskan, ketika Anwar menetap di Amerika Syarikat dan sekali sekala pulang ke Malaysia.

Subjek perbahasan Ezam-Azizah adalah berkenaan seorang lelaki bernama Rashid. Siapa Rashid ? Kenapa lelaki itu menjadi subjek perbahasan ? Untuk mengetahui siapa lelaki ini dan kenapa jadi subjek perbahasan, sila baca tulisan saya sebelum ini, klik di sini

Ezam mengaku kejadian itu berlaku pada tahun 2005, ketika berceramah di Kota Raja, Taman Sri Andalas, Klang baru-baru ini. Ketika itu, Ezam merupakan Ketua AMK PKR, manakala Anwar pula menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Skandal Rashid tidak pernah diketahui umum sebelum ini, kecuali di kalangan inner circle Anwar, termasuk Azizah, Ezam, Pak Sani (pemandu peribadi Anwar), Mak Andak (saudara terdekat Anwar).

Perkenalan Anwar dengan Rashid ketika sama-sama menghuni di Penjara Sungai Buloh. Rashid dikatakan teman rapat Anwar semasa di penjara itu dan menjadi 'tukang urut peribadi' Anwar. Bermakna, benarlah seperti yang diperkatakan Anwar semasa berceramah di New York pada tahun 2005, pemenjaraannya selama 6 tahun tidak mengubah dirinya, sebaliknya menambahkan azamnya turut terus memperjuangkan kebebasan. Kebebasan apa ? Anda boleh jawab sendiri.

Dengan polemik terbaru Ezam-Azizah berkenaan Rashid, membuktikan Anwar tidak pernah bertaubat, bahkan masih meneruskan aktiviti yang sama, walaupun berada dalam penjara.

Selepas Anwar dibebaskan, begitu juga Rashid dari penjara Sungai Buloh, Anwar terus menawarkan kepada Rashid jawatan 'tukang urut peribadi' dan ditempatkan di rumah Anwar. Rumah Anwar itu adalah rumah lama di Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Adakah Wan Azizah kenal siapa Rashid ? Jawabnya amat kenal, kerana lelaki itu sentiasa berlegar di rumahnya. Kenapa Azizah tidak suka kepada Rashid, sedangkan jawatannya hanya sebagai 'tukang urut peribadi' Anwar. Jawabnya hanya Wan Azizah dan Anwar sahaja yang tahu.

Saya telah menulis secara terperinci mengenai sikap tidak suka Azizah kepada Rashid sebelum ini. Sila baca di sini

Insiden berlaku ketika pertembungan perjalanan Wan Azizah dan Anwar. Wan Azizah jalan perjalanan ke Washington melawat anak-anaknya yang turut dihantar belajar ke Amerika Syarikat. Salah seorangnya, Nurul Izzah yang belajar di universiti sama tempat ayahnya mengajar iaitu Universiti John Hopkins. Manakala, Anwar ketika itu dalam perjalanan bercuti dari Washington ke Malaysia untuk menguruskan kerja-kerja parti.

Wan Azizah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Anwar semasa ketiadaannya, sebab itu dia mengirimkan SMS dan menelefon orang kepercayaannya, Ezam Mohd Nor. Azizah memang rapat dengan Ezam, dari Anwar dipenjarakan, hingga Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Ezam lah tempat bergantung Azizah. Mereka ibarat satu keluarga.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat.

Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih dan karipap (kuih kegemaran Anwar) kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.

Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Azizah, walaupun Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.

Hakikatnya Ezam tidak dapat menunaikan permintaan Azizah untuk menghalau Rashid daripada bermalam di rumahnya bersama Anwar, kerana dia tahu, Rashid dijemput ke rumah itu oleh tuan rumahnya sendiri, iaitu Anwar Ibrahim. Apa hak Ezam mahu halau Rashid, sedangkan Anwar sendiri jemput Rashid bermalam di rumahnya.

Episod inilah yang menjadi perdebatan Ezam-Azizah sekarang ini, walaupun kedua-dua tidak menyebut lelaki mana yang menjadi subjek perbahasan tetapi Anwar tahu siapakah lelaki yang dimaksudkan itu.

Sebab itu jawapan Azizah sendiri tidak konsisten dalam jawapannya berkenaan isu tersebut. Kali pertama ketika menjawab dengan Agendadaily, dia mengaku pernah memberi arahan tersebut kepada Ezam. Namun setelah disedari oleh Anwar, pengakuan Azizah itu membawa padah, Anwar mendesak Azizah menukar pengakuan dengan mengatakan dakwaan itu fitnah dan disertakan ugutan saman di mahkamah.

Sejarah Azizah, dia tidak terkenal dengan budaya saman menyaman, tetapi sejarah Anwar penuh dengan tradisi saman menyaman walaupun dari kes liwat, dia sendiri tidak percaya dengan sistem perundangan di Malaysia. Ketika saman orang lain, Anwar menaruh sepenuh kepercayaan kepada sistem mahkamah Malaysia, tetapi ketika dirinya sendiri didakwa di mahkamah, dia menimbulakan pula isu ketidakbolehan percaya kepada sistem mahkamah Malaysia. Flip flop!

Dan apa tujuan, Anwar mengarahkan Azizah mengertak Ezam menggunakan saman di mahkamah ? Tujuannya, untuk memastikan skandal baru Anwar tidak diketahui umum, sebagaimana Anwar berusaha melindungi kes meliwat Saiful tidak diketahui umum.

Yang pasti, skandal terbaru ini berbeza dengan kes Saiful. Kes Saiful bermula pada tahun 2008, dari Mac 2008 hingga 28 Jun 2008. Tetapi skandal terbaru ini berlaku sebelum daripada itu, dari Anwar berada di penjara Sungai Buloh hingga Mac 2005.

Jika Anwar tidak bendung polemik ini, bakal meletup satu lagi skandal baru, selain Saiful (yang sedang dibicarakan sekarang) dengan seorang lagi lelaki misteri bernama Rashid.

Sanggup Azizah meneruskan polemik ini lagi ?




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, August 15, 2010

Kata Anwar : Mengapa gentar berhadapan kebenaran !

Hari ini, Anwar meluahkan kekecewaan di blognya dengan keputusan hakim menolak permohonannya untuk menggugurkan kes liwat.

Kata Anwar : "Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan"

"Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!"

Maksudnya Anwar sendiri sudah menduga hakim akan menolak permohonannya. Kalau sudah duga, kenapa pohon juga ?

Itu lah rahsianya, Anwar memang sengaja memohon itu ini, walaupun sudah diketahui tidak berjaya bukan sekadar bertujuan untuk melengah-lengah kes, tetapi yang lebih utama untuk menarik simpati rakyat, mahu membuktikan semua yang dipohonnya telah ditolak. Walhal, sepatutnya dari lagi Anwar tidak memilih jalan 'bicara dalam bicara' kerana pasti menganggu prosiding induk. Tetapi Anwar memilih juga jalan berliku-liku itu, soalnya kenapa ?

Prosiding induk adalah dakwaan Anwar meliwat Saiful, dan Anwar pohon lagi perbicaraan cabang, iaitu menuduh Saiful mengadakan hubungan intim dengan Farah. Itu bukan menjawab soalan, tetapi melarikan diri daripada menjawab soalan.

Baik, kalau benar sekalipun Saiful dan Farah ada hubungan intim, so what ? Adakah menjejas dakwaan induk yang Anwar meliwat Saiful ?

Kenapa Anwar terlalu cemburukan soal 'hubungan intim' Saiful-Farah ? Anwar mendakwa lagi Saiful dan Farah dapat akses dokumen dan perbicaraan. Apa bukti Anwar untuk menyokong dakwaan ini, sedangkan barisan peguambela Anwar tidak pun menjawab afidavit Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Judy Pereira yang menyatakan bahawa Farah Azlina tidak akses kepada dokumen siasatan dan perbicaraan. dan peranannya hanya setakat mengambil nota prosiding kes.

Seandainya soal akses dan keselamatan dokumen yang Anwar risaukan, kenapa Anwar tidak membalas afidavit Hanafiah dan Judy Pereira itu?

Afidavit Hanafiah mewakili pihak pendakwa dan Judy Perreira mewakili pegawai penyiasat Anwar, kedua-duanya menafikan Saiful dan Farah boleh akses dengan dokumen dan perbicaraan. Saiful adalah saksi yang mempunyai peguamnya sendiri, Zambri Idrus. Zambri juga tiada hak untuk akses dokumen pasukan pendakwa, dia hanya peguam pemerhati yang mewakili Saiful sahaja. Farah pula bukan pasukan peguam, tetapi sekadar mengambil nota prosiding kes sahaja.

Seandainya Anwar mempunyai bukti, kenapa Anwar dan barisan peguamnya tidak menjawab afidavit Hanafiah dan Judy Perreira itu ? Dari segi afidavit pun Anwar sudah tewas.

Afidavit Anwar hanya afidavit membuat tuduhan wujudnya hubungan intim Saiful-Farah tanpa disertai dengan bukti. Anwar gagal mengemukakan bukti sokongannya kecuali bersandarkan surat layang, Raja Petra Raja Kamaruddin di blog Malaysia-today.

Sebab itu, Anwar dan Karpal sangat marah apabila Saiful atau Farah tidak membalas afidavit Anwar, kerana Anwar/Karpal sudah tahu kes ini sangat lemah tanpa pengakuan orang tertuduh. Seandainya orang yang Anwar tuduh tidak mengaku wujudnya 'hubungan intim', jadi di mana asas tuduhan Anwar ?

Kenapa Saiful dan Farah perlu menjawab afidavit Anwar sekiranya mereka sudah tahu itu adalah perangkap yang bertujuan untuk mengalih isu dan membuang masa. Anwar sendiri tidak menjawab afidavit Hanafiah dan Judy Perreira, kenapa marah pula kepada Saiful dan Farah yang tidak memberi respon dakwaan Anwar.

Dan seandainya Anwar benar-benar yakin Saiful dan Farah ada hubungan, dan Anwar benar-benar marah kerana hubungan itu, Anwar boleh mengemukakan satu permohonan baru untuk membicarakan 'hubungan intim' itu. Buka kes lain, bukannya campur aduk dengan kes ini.

Pendakwa menuduh Anwar meliwat Saiful Bukhari. Anwar dan peguamnya pula mendakwa Saiful mempunyai intim dengan Farah. Soalan yang dituduh kepada Anwar, tidak dijawab, tetapi dia pula menuduh pula Saiful berhubungan dengan orang lain tanpa bukti kukuh. Jadi siapa sebenarnya gentar berhadapan dengan kebenaran?




Sila klik untuk baca selanjutnya...