Saturday, January 2, 2010

Rashid, saksi liwat yang paling digeruni Anwar ?

Siapa Rashid ? Kenapa nama Rashid tiba-tiba muncul ketika pendakwaan Anwar meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ? nama Rashid mula 'meletup' sekitar Julai 2009, apabila Anwar dan pasukan peguam belanya meminta semua keterangan saksi sebelum perbicaraan termasuklah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Rahimi Osman, Hasanuddin Abd. Hamid, Rashid Othman dan Jude Pereira.

Mohd Saiful sudah dikenali ramai, merupakan saksi utama yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar. Rahimi Osman pula bekas Setiausaha Sulit Anwar yang bertanggungjawab membawa Saiful bekerja bersama Anwar di pejabat PKR, Seksyen 16. Hassanuddin Abd. Hamid pula merupakan kawan Anwar yang merupakan pemilik kondominium Desa Damansara kondominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tempat didakwa berlakunya aktiviti liwat tersebut. Jude Pereira pula merupakan pengawai polis yang mengetuai siasatan kes liwat Anwar-Saiful.

Bermakna saksi-saksi ini penting kerana berkaitan dengan kes liwat Anwar. Dari saksi yang membawa masuk Saiful ke pejabat PKR (Rahimi), saksi pemilik kondominium (Hassanuddin) hingga saksi pengawai penyiasat Anwar (Jude Pereira). Tetapi siapakah Rashid ? Adakah dia juga saksi penting kes liwat Anwar ini ?

Siapa Rashid ?

Ramai tidak kenal siapa Rashid. Tetapi di kalangan inner circle Anwar yang bebas keluar masuk rumah Anwar kenal siapakah Rashid. Wan Azizah kenal. Ezam pun kenal. Rahimi juga kenal. Begitu juga Saiful Bukhari. Azmin kenal juga tetapi tidaklah begitu rapat kerana Rashid lebih dikenali di kalangan yang rapat dengan Wan Azizah. Azmin agak jauh dari Wan Azizah.

Wan Azizah mula kenal siapa Rashid selepas tahun 2004, apabila Anwar dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh. Anwar memperkenalkan kepada Wan Azizah seorang anak muda bernama Rashid yang akan diambil sebagai 'orang gaji' merangkap 'tukang urut' peribadi Anwar. Wan Azizah hanya diam sahaja, apabila Anwar beriya-iya mengambil Rashid tetapi dalam masa yang sama dia agak curiga kerana Rashid diberi bilik penginapan dan ditempatkan di rumah Wan Azizah, Bukit Damansara, Jalan Setiamurni 1 (rumah lama Wan Azizah).

Ini macam kes Sukma Darmawan, adik angkat Anwar, walaupun Sukma sudah besar panjang dan memiliki pendapatan sendiri, tetapi Anwar beriya-iya menyediakan bilik penginapan kepada adik angkatnya itu. Kes Sukma mula terbongkar pada tahun 1998, apabila dia sendiri mendedahkan bahawa dia bukan sahaja sekadar adik angkat, tetapi juga mangsa homoseksual Anwar dan merangkap bapa ayam yang turut membekalkan rakan-rakan seangkatan dengannya kepada Anwar.

Pelik juga. Sudah tua bangka, Anwar masih ada adik angkat. Lebih pelik lagi, adik angkat Anwar special, disimpan di rumahnya, walhal Anwar mempunyai keluarga sendiri, iaitu isteri dan anak-anaknya.

Kalau wanita lain, mereka tidak mahu kehadiran pihak ketiga di rumahnya. Cukup sekadar suami, anak-anak dan orang gaji. Tetapi Anwar mahukan adik angkatnya tinggal bersama. Wan Azizah terpaksa mengalah, kerana dominasi Anwar sangat tinggi, Anwar yang menentukan segala-galanya.

Sebenarnya Rashid merupakan kenalan baru Anwar. Mereka berkenalan sekitar tahun 1999 hingga 2004, ketika Anwar bergelar banduan di Penjara Sungai Buloh. Rashid juga merupakan salah seorang banduan di penjara yang sama. Mereka berkenalan di sana dan Rashid dikatakan sering mengujungi sel VIP Anwar untuk aktiviti urut mengurut. Memang hobi Anwar suka mengurut dan Rashid telah dilantik sebagai 'tukang urut' peribadi Anwar semasa di penjara Sungai Buloh.

Sesiapa yang mempunyai kenalan dengan pegawal penjara, bolehlah bertanya kepada pengawal itu apakah aktiviti-aktiviti para banduan. Salah satu nasihat pengawal penjara yang sering disebut, pastikan anak muda tidak masuk penjara, kerana kalau sudah masuk penjara, mereka akan menjadi 'mangsa homoseksual', para banduan lain yang 'kehausan' dipisahkan dengan isteri dan wanita masing-masing. Ada di kalangan mereka sudah tiga atau empat tahun dipisahkan dari dunia luar. Ada yang 10 tahun, bagaimanakah mereka mahu melepaskan aktiviti seksual yang menjadi salah satu tabie manusia ?


Anwar bebas, Rashid pun bebas


Pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh apabila dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Anwar untuk mengenepikan tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar (bekas pemandunya) yang telah dijatuh hukuman bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka pada 8 Ogos 2000.

Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah membuktikan Anwar melakukan aktiviti homoseksual.

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

(Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku.

Sebaik sahaja Anwar dibebaskan, dia memohon untuk merawat di Munich dan selepas itu berpindah ke luar negara menjadi pensyarah pelawat di UK dan Amerika Syarikat. Tetapi dalam masa yang sama, dia sering kali berulang-alik dari luar negara ke Malaysia untuk berceramah membantu partinya, PKR.

Dalam ceramah-ceramah Anwar ketika itu, dia sering bercerita pengalamannya di penjara. Dia sering menyebut semasa di penjara, ramai banduan yang takjub kepadanya. Mungkin salah seorangnya adalah Rashid.

Rashid juga bebas selepas tahun 2004. Dia mencari Anwar yang kebetulan telah pulang ke Malaysia. Rashid mengadu masalah sukarnya mendapat pekerjaan kerana bergelar banduan. Anwar bersedia menolongnya dan melantiknya sebagai 'orang gaji' aka 'tukang urut' peribadi dan diberi tempat penginapan di rumah Anwar.

Tetapi usaha menempatkan Rashid di rumahnya itu tidak disenangi Wan Azizah. Sudah cukup pengalaman berhadapan dengan Sukma Darmawan sebelum ini. Wan Azizah hanya menunggu Anwar berangkat semula ke Amerika Syarikat, tahulah dia bagaimanakah mahu dikerjakan lelaki bernama Rashid itu.

Rashid bebas keluar masuk rumah Anwar apabila Anwar pulang dari luar negara. Wan Azizah tidak berkata apa-apa kerana itu adalah kehendak suaminya. Tetapi apabila Anwar kembali semula ke luar negara, Wan Azizah telah halau Rashid dari rumahnya. Kenapa Wan Azizah menghalau Rashid dari rumahnya menjadi satu misteri sedangkan sebelum ini Anwar telah melantik Rashid sebagai salah seorang 'orang gaji' dan diberi tempat penginapan.

Kisah pengusiran Rashid dari rumah Wan Azizah diketahui oleh inner circle Anwar, termasuk Ezam Mohd Nor.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2005-2006. Selepas Wan Azizah halau Rashid, dia tidak tahu ke manakah lelaki itu berada. Selain Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Anwar juga menghantar anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke negara uncle Sam itu. Nurul Izzah juga melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.


Wan Azizah kirim SMS kepada Ezam

Sekitar tahun 2005, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat. Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Sebelum itu, pada sebelah petang, Wang Azizah telah menelefon Ezam memberi peringatan yang sama. Wan Azizah sebut nama Rashid. Dia tidak mahu Rashid datang lagi ke rumahnya apabila Anwar pulang. Wan Azizah mahukan Ezam siasat satu persatu siapakah yang akan hadir ke rumahnya sepanjang ketiadaannya. SMS pada sebelah malam itu merupakan peringatan kedua untuk menyiasat dengan lebih terperinci.

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh kepada Wan Azizah iaitu Rashid.

Selasai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Wan Azizah, walaupun Wan Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.


Kes Saiful meletup, Anwar-Azizah bergaduh besar

Apbila tersebar di kalangan inner circle Anwar bahawa pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat oleh Anwar pada sebelah malamnya berlaku pergaduhan besar antara Wan Azizah dan Anwar di Tropicana.

Di kalangan inner cirle Anwar tahu mengenai pergaduhan ini. Kes ini berlaku pada pertengahan tahun 2008. Ezam yang ketika itu telah keluar dari PKR juga tahu berkenaan itu kerana disampaikan oleh kawan-kawan terdekatnya yang masih berada dalam PKR.

Dalam pergaduhan itu, nama Rashid juga disebut. Ketika itu barulah Wan Azizah tahu, bahawa Anwar telah mengambil semula Rashid bekerja dengan Anwar secara diam-diam. Walaupun pada hakikatnya, Rashid telah dipecat dan dihalau dari rumah Azizah, tetapi Anwar tetap mengambilnya semula dan diletakkan di tempat lain yang tidak diketahui Azizah.

Pergaduhan itu menyebabkan Anwar mengambil keputusan untuk bersembunyi di kedutaan asing, manakala Azizah pula nekad untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sebenarnya rahsia sebenar peranan Rashid ini bakal diketahui selepas 25 Januari ini, selepas Rashid dipanggil menjadi saksi bagi pihak pendakwa. Itu pun kalau kes itu dapat dijalankan mengikut jadual, tetapi berdasarkan reaksi terkini Anwar, dia tidak begitu gembira jika kes ini diteruskan dan tidak sesekali membenarkan Rashid masuk ke kandang saksi untuk bercerita secara terperinci peranan dan kisah-kisah di sebalik tabirnya, termasuk peranannya di penjara Sungai Buloh.

Itulah manusia yang digeruni Anwar dan Azizah. Lelaki bernama Rashid.






Sila klik untuk baca selanjutnya...

Tuesday, December 22, 2009

Raja Petra gunakan 'fatwa songsang' Musdah Mulia halalkan homoseksual

Ustaz Moden's weblog (klik di sini) mendedahkan Raja Petra Raja Kamaruddin, pernah menggunakan 'fatwa songsang' Prof. Dr Siti Musdah Mulia, salah seorang pendokong Islam Indonesia untuk menghalalkan kegiatan homoseksual. Usaha menyiarkan pandangan songsang berkenaan homoseksual itu di laman Malaysia-Today dapat difahami dengan jelas adalah untuk menjustifikasikan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas mentornya, Anwar Ibrahim ketika ini tidak mengandungi apa-apa kesalahan kerana selaras dengan prinsip kebebasan dan hak asasi manusia.

Menurut Siti Musdah Mulia, "Para sarjana Muslim moderat (baca : Muslim Liberal) berpendapat bahawa tidak ada alasan untuk menolak homoseksual. Sesungguhnya kritikan terhadap homoseksual atau homoseksualiti oleh kalangan ulama arus perdana dan kalangan Muslim lainnya hanyalah berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam"

Selain Musdah Mulia, tidak dinyatakan senarai nama lain sarjana Muslim Liberal yang menyokong pendapatnya itu. Tidak ada nas dari Al Quran dan as Sunnah untuk menyokong kebenaran pendapatnya, selain daripada menggunakan hujah aqal yang bersumberkan barat.

Barangkali kerana keberanian mengemukakan 'fatwa songsang' sebegini, maka pihak Jabatan Negara, Amerika Syarikat menganugerahkan Pingat Keberanian Wanita Antarabangsa (International Women of Courage Award) kepadanya di Washington DC, dua tahun yang lalu.

Siapa Musdah Mulia ? Layakkah dia memberi fatwa ?

Musdah Mulia adalah profesor dan Pengarah Universiti Islam Nasional(UIN), Jakarta. Dia pernah menjadi Ketua Muslimat Nahdatul Ulama (NU), ketika Abdurrahman Wahid (Gus Dur) menjadi Presiden organisasi itu.

Ketika Gus Dur menjadi Presiden Indonesia (1999-2001), pada tahun 2000, Gus Dur telah melantik Musdah Mulia sebagai Ketua Pengarusutamaan Gender (PUG) untuk merombak semula hukum-hukum Islam di Jabatan Agama Islam Indonesia.

Musdah Mulia telah mengemukakan draf pindaan Kompilasi Hukum Islam (KHI) yang baru dengan memasukkan beberapa elemen 'liberal' iaitu 'gender', 'pluralisme', 'hak asasi manusia', dan 'demokrasi'. Klik di sini


Usaha-usaha pembaharuan Musdah Mulia telah dikritik hebat oleh kumpulan Islam Indonesia.Klik di sini . Mereka berpendapat Musdah Mulia tidak berkelayakan dalam perundangan Islam.

Di Indonesia Musdah Mulia adalah satu kelompok dengan Gus Dur yang dianggap sebagai para pendokong Islam Liberal. Dan Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah memfatwakan fahaman Islam Liberal di Indoesia adalah haram. Klik di sini

Gus Dur adalah sahabat rapat kepada Anwar Ibrahim yang sama-sama dianugerahkan gelaran "Muslim Moderat" (baca: Islam Liberal) oleh orientalis barat yang terkenal iaitu John Esposito. Esposito merupakan Pengarah Center for Muslim-Christian Understanding (tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat), di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Maka tidak hairan, selepas Anwar dilaporkan meliwat bekas pembantunya, Mohd saiful Bukhari Azlan, Gus Dur merupakan antara orang pertama yang berkunjung ke rumah Anwar untuk membela kes liwat Anwar.

Sidang media dan kenyataan pembelaan Gus Dur dibuat di Pejabat PKR. Ketika itu Raja Petra yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong totok Anwar turut serta mengambil peluang untuk mendapatkan fatwa daripada Gus Dur mengenai kes liwat Anwar itu.

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Petra menyiarkan 'fatwa songsang' Musdah Mulia di laman Malaysia-Today sebagai pembelaan kepada Anwar.

Semua konspirasi ini mudah difahami. Musdah Mulia adalah anak buah kepada Gus Dur. Gus Dur pula merupakan sahabat rapat kepada Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga mereka dalam kelompok yang sama iaitu dari aliran Islam Liberal yang diilhamkan oleh para orientalis dan disponsor oleh Barat.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, December 11, 2009

30 orang sertai demo sokong Anwar ?



Belum pernah terjadi dalam sejarah, hanya 30 orang yang menyertai demonstrasi menyokong kes liwat Anwar. Itu jumlah kehadiran yang dilaporkan oleh portal pro Anwar, Malaysiakini. Sangat memalukan berbanding dengan persedian yang tersusun rapi seperti banner yang ditempah khas. Ironiknya, kalau pada tahun 1998, dalam menghadapi kes yang sama, ribuan manusia datang secara sukarela membanjiri Masjid Negara untuk menyatakan sokongan dan berdiri teguh perjuangan 'reformasi' Anwar.

Tidak memilih lokasi di Masjid Negara, tempat biasa yang pernah digunakan oleh para penyokong Anwar juga merupakan satu misteri. Memilih lokasi baru di Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang, merupakan alternatif terbaik kerana salah satu lokasi di bawah parlimen Permatang Pauh yang dipimpin oleh Anwar sendiri, apatah lagi dilakukan demonstrasi selepas solat Jumaat, sepatutnya akan meramaikan lagi kelompok yang menyokong Anwar.

Tetapi entah di mana silapnya, kepimpinan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, terlalu lemah dalam memobilasi kerahan penyokong. Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda ini juga yang pernah menwar-warkan kepada umum, bahawa dia akan mengerah 5,000 orang tenaga angkatan muda turun ke bangunan mahkamah untuk beri sokongan moral kepada Anwar, tetapi yang turun hanya 50 orang sahaja. Kali ini sekali lagi, Shamsul Iskandar memobilasi perhimpunan rakyat di kawasan Permatang Pauh, tetapi yang turun hanya 30 orang sahaja. Di mana silapnya?

Sama ada suka atau tidak, kena terima hakikat, Shamsul Iskandar Mat Akin, tiada karisma, hingga kepimpinannya tidak mendapat sokongan penuh daripada golongan muda. Kena juga terima hakikat bahawa sokongan orang ramai ke atas Anwar semakin pudar dan nama 'Anwar' tidak lagi 'laku' untuk menarik khalayak umum menyertai sesuatu demo.

Sepatutnya, Ketua Angkatan Muda kena minta pertolongan Dewan Pemuda PAS, kerana tanpa sokongan Dewan Pemuda PAS, angka kehadiran khalayak amat merosot, hanya 30 orang. Itupun hanya di kalangan hard core Angkatan Muda PKR. Orang ramai yang tidak berparti tidak berminat untuk membela kes liwat Anwar ini.

Kenapa orang ramai yang tidak berparti tidak berminat ? Sebabnya mereka memilih pendekatan tunggu dan lihat, lagi pun banyak keraguan yang belum dapat diselesaikan Anwar sendiri hingga kini.

Selagi Anwar tidak bersumpah menyebut kalimah 'Wallahi, Wabillahi, Wattalahi' menafikan tidak pernah meliwat Saiful Bukhari, selagi itu stigma 'keraguan' orang ramai kepada Anwar tidak dapat dipadamkan. Walaupun PKR memilih demostrasi selepas solat Jumaat, walaupun PKR berhujah dengan dokumen doktor yang tiada penetrasi, keraguan masih tetap tertanam di situ kerana individu yang menjadi mangsanya, Mohd saiful Bukhari telah melakukan sumpah dengan menyebut kalimah Allah bagi membersihkan dirinya.

Manakala diri Anwar masih lagi diselaputi dengan kekotoran yang tidak dibersihkan oleh dirinya sendiri ekoran keengganannya bersumpah. Tidak sama, Anwar melakukan inisiatif membersihkan dirinya sendiri dengan menggunakan pihak ketiga seperti Shamsul Iskandar atau jentera parti PKR, atau Sivarasa Rasiah (peguam) untuk bercakap bagi pihak diri Anwar. Rakyat mahu lihat pengakuan Anwar sendiri, bukannya pengakuan daripada Shamsul Iskandar, Sivarasa Rasiah, Tian Chua atau individu lain, kerana mereka tidak didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu. Rakyat mahu Anwar sendiri membersihkan dirinya sendiri!

Sebelum ini, blogger Tokey Garam telah melaporkan bahawa Anwar merancang melakukan sesuatu untuk sabotaj perbicaraan kes liwat, selama 40 hari, bermula semalam sehingga ke tarikh perbicaraan, 25 Januari 2010. Klik di sini

Demonstrasi semalam adalah salah satu daripada strateginya. Tetapi seandainya yang hadir hanya 30 orang tidak meninggalkan bekas apa-apa pun, malah akan lebih mencalarkan lagi imej Anwar.

Semakin banyak demonstrasi dianjurkan seperti semalam, semakin orang ramai tertanya-tanya; Kenapa Anwar sangat mengelabah ? Anwar takut kah menghadapi perbicaraan kes liwat di mahkamah ?

Seandainya, Anwar tidak meliwat Saiful,kenapakah tindak tanduknya terlalu mengelabah, hingga terpaksa menggunakan pihak parti dan pihak ketiga mempertahankan dirinya sebelum dibicarakan ?








Sila klik untuk baca selanjutnya...

Tuesday, December 8, 2009

Terkejut apabila MSO percaya Anwar akan kembali ke Sungai Buloh!

Cukup terkejut apabila penulis yang sebelum ini dilihat pro-Anwar, Mohd Sayuti Omar (MSO) pun percaya Anwar Ibrahim bakal menghuni sekali lagi penjara Sungai Buloh apabila menghadapi perbicaraan kes liwat dengan bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari, 25 Januari 2010 nanti.

"Kali ini Anwar akan kena. Kes tuduhan liwat kali ini menyebabkan Anwar akan ke Sungai Buluh," kata saya ringkas tetapi cukup menyenakkan telinga mendengarnya.

"Maksud abang, Pak Sheikh bersalah dan kena penjara?" dia mahu kepastian.

"Iya," jawab saya tegas. Saya lihat muka pemimpin ini berubah. Muka beberapa yang lain juga saya nampak berubah. Walaupun mereka cuba menyembunyikan keresahan dengan senyuman, tetapi senyum 'menonyen' saja, tidak suka dengan apa yang saya katakan.


Begitulah kesimpulan dan kenyataan jujur yang dibuat oleh MSO, seorang penulis popular buku-buku politik tanah air.

"Macam mana abang boleh kata begitu? Bukankah apa yang berlaku sekarang ini konspirasi untuk memburukkan Pak Sheikh?" dia cuba berhujah dan tidak senang dengan jawaban itu.

"Iyalah, kerana konspirasilah menyebabkan Anwar akan dihantar ke Sungai Buloh! Kalau tidak ada konspirasi saya kira tidak mungkin pertuduhan itu dibuat. Makanya firasat saya kali ini mengatakan Anwar akan kena," balas saya sejajar dengan persoalannya.

Pimpinan ini diam seketika. Tergaman sakan. Mukanya masih kelihatan berkerut dan sukar untuk menerima apa yang saya katakan. Dia merenung tajam ke muka saya dan dapat merasakan apa yang saya ucapkan itu serius. Klik di sini


Seorang pemerhati kes Anwar sejak dari tahun 1998, bernama kadiology meninggalkan pesanan di ruang mesej artikel tersebut bertanyakan lanjut berkenaan 'teori konspirasi'.

Tuan, nak tanya sikit. sejak 10 tahun lepas anwar hanya cakap ini semua satu konspirasi.Tapi dia tak pernah huraikan secara terperinci, bagaimana konspirasi ini dilakukan, siapa yang terlibat, bagaimana plot konpspirasi ini di rencanakan, berapa banyak wang tertukar tangan, siapa yang dirasuah, hakim mana, pak polis mana, pendakwaraya, saksi, pegawai jabatan forensik mana yang di beli, bila dan bagaimana bahanm bukti di palsukan atau di cipta dan sebagainya.

Sejak 10 tahun lepas, anwar hanya kata ini sebuah konspirasi dan kemudian menuduh si polan si polan tertentu. Mahathir lah, Rafidah azizlah, Daim lah. Tapi bagaimana, bila dan cara apa konspirasi ini dilakukan dia tak pernah sembang. Ini membuatkan saya tertanya tanya, betul ke ada konspirasi?


Tetapi mesej kadiology itu tidak bersambut. Pastinya MSO sendiri membaca mesej itu dan mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Saya peribadi saya mengenali MSO secara dekat, terutamanya dari segi penulisan. Semua buku-buku politiknya saya beli. Salah satunya buku bertajuk "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa"(SARB), ditulis pada tahun 1998, sebaik sahaja Anwar dipecat dari UMNO.

Dalam buku susulan selepas itu, "Cinta dan Perjuangan Nonaku Azizah", 1999, MSO mengakui buku SARB meletup-letup, macam goreng pisang panas, hingga terpaksa dibuat cetakan kedua untuk memenuhi permintaan ramai.

Dalam buku SARB, MSO membawa lidah Anwar menyampaikan hasrat Anwar kepada orang ramai. Mungkin dengan terbitnya buku itu, Anwar happy dan MSO lagi happy kerana tulisannya laris di pasaran.

Dalam halaman kulit luar sesuai dengan tajuknya SUMPAH, MSO memasukkan Sumpah Anwar di Batu pahat, Johor Darul Takzim, pada 19 September 1998 yang berbunyi;

"Bahawa dengan nama Allah saya bersumpah saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Dan ini semua adalah fitnah dan tohmahan jahat untuk terus menghina dan mengaibkan seisi keluarga saya"

Saya tidak pasti adakah faktor buku itu terhangat di pasaran ketika itu kerana 'faktor sumpah' itu atau kerana isi kandungan di dalamnya. Tetapi sudah tentu, MSO mempunyai sebab tersendiri memasukkan kata-kata itu di halaman muka depannya.

Persoalan sumpah ini pernah dibahaskan oleh bekas pengikut Anwar Ibrahim iaitu Lokman Nor Adam. Barangkali pada tahun 1998, Lokman Nor Adam salah seorang pembeli buku SARB, karya MSO, kerana ketika itu Lokman ikut jejak Anwar, keluar dari UMNO dan terjun ke gelangang sertai reformasi.

Kenapa Lokman membahaskan persoalan Sumpah Anwar di Batu pahat itu ? Sebabnya, 'Sumpah' itu dibuat di rumahnya di Batu Pahat Johor Bharu pada 19 September 1998, semasa Anwar dijemput Lokman memberi ceramah.

"Terlalu general 'sumpah' tu, tiada pun kalimah 'wallahi, wabillahi, wattalahi', sumpah tak spesifik... liwat ke, apa ke..tak kan seorang bekas Presiden ABIM tidak tahu cara bersumpah mengikut Islam ?" Soal Lokman Nor Adam.

Kemudian Lokman memberitahu Anwar akan mengadakan 'sumpah' di Masjid Negara untuk membersihkan namanya. Lokman menjadi 'pengawal keselamatan' Anwar ketika itu. Apabila Lokman ajak Anwar pergi ke mimbar untuk melakukan acara bersumpah, Anwar menolak, sebaliknya Anwar hanya mahu berceramah di anjung Masjid Negara.

"Di anjung, Anwar tidak bersumpah seperti yang dijanjikan..sebaliknya dia hanya menceritakan dia pernah bersumpah di Batu Pahat..dia bukan bersumpah..tetapi dia bercerita..itu yang membuatkan saya jadi ragu-ragu", kata Lokman lagi.

"Saya fikir, kalau pada tahun 1998, Anwar bersumpah mengikut kaedah Islam, dengan menyebut 'Walahi Wabillahi, Wattalahi' bahawa saya (Anwar) tidak pernah meliwat Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar..kalau dia buat cara itu, tiada seorang pun yang akan menyokong Dr Mahathir", tegas Lokman Nor Adam.

Pandapat Lokman mempunyai alasan yang kukuh, kerana ketika Dr Asri (ketika itu masih Mufti Perlis) mencabar Anwar dan Saiful melakukan sumpah muhabalah, bekas mufti itu mencabar kedua-dua pihak bersumpah dengan menyebut kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi.

"Sudah lama (10 tahun), kita tunggu sumpah ni" tegas Dr Asri.

Jadi apabila saya membaca tulisan MSO, 4 Disember lalu, bertajuk "Anwar Akan Ke Sungai Buloh Lagi!", secara peribadi saya cukup terkejut. Keyakinan MSO dalam tulisan itu membuatkan saya semakin teruja.

Saya yakin jika MSO mempunyai bukti kukuh berkenaan teori konpirasi, dialah orang pertama yang akan menulisnya, seperti yang pernah dilakukan dalam tulisan buku SARB, sebelas tahun lepas.

Jika MSO mendiamkan diri, sudah cukup untuk memberi makna besar, kerana penulis itu terkenal dalam renungan dan tilikan firasatnya itu.

Dengan catatan MSO itu bermakna, Anwar kehilangan sokongan dari penulis-penulis politik yang terkemuka. Sebelum ini Ahmad Lutfi Othman, kemudian SH Alattas. Paling hard core menentang Anwar pada tahun 1998 adalah Yahya Ismail dan terbaru disusuli pula dengan MSO.

Jadi kepada siapa lagi Anwar mahu mengharapkan penulis-penulis membelanya ? Wartawan Mat Salleh ?

Sesiapa pun yang beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak sanggup menjadi penulis upahan Anwar, walupun dibayar dengan harga yang paling tinggi, kerana terlalu banyak loop hole dalam kes liwat kedua ini dan Anwar sendiri tidak berminat untuk menyelesaikannya.

Bagaimana pula dengan Kickdefella ?

Kickdefella sendiri dalam mengulas isu moral Anwar ini dengan menulis;

"Di dalam situasi begini tentu kita akan mengingati semula laporan polis yang dibuat oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM. Laporan yang akhirnya membuka ‘pandora’s box’."

Amat mendalam kata-kata Kickdefella itu, menusuk ke tulang hitam dan terbongkar semua 'kotak pandora' yang selama ini tidak diketahui umum.








Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, December 6, 2009

DNA : Anwar kini dalam kepanasan!

Pada awalnya pihak pendakwa tidak berminat untuk mendedahkan berkenaan hasil penemuan DNA, tetapi memandangkan barisan peguam bela Anwar begitu beriya-iya berhujah tentang tiada kesan penetrasi, maka pasukan pendakwa terpaksa mendedahkan sedikit penemuan mereka.

Memang pasukan pendakwa tidak berhasrat mendedahkan bukti ketika ini - ketika kes belum dibicarakan dalam erti kata yang sebenarnya - tetapi kerana kesungguhan pasukan peguam bela Anwar mahu menggugurkan kes sebelum dibicarakan, maka Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Peguam Cara Negara II mewakili pihak Saiful mendedahkan :

"Berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar"

Itu baru sedikit bukti pihak pendakwa dikemukakan. Baru satu bukti yang belum lagi disokong oleh keterangan-keterangan daripada pakar-pakar DNA dan pakar kimia. Datuk Mohamed Yussof hanya beri isyarat bahawa mereka mempunyai bukti yang cukup lengkap untuk membuktikan Anwar meliwat Saiful Bukhari seperti yang didakwa sebelum ini.

Datuk Mohamed Yusof berkata laporan laporan 'separuh masak' yang ada di tangan pihak peguam bela, tidak mampu untuk menggugurkan kes kerana laporan itu terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal yang tidak konklusif sedangkan pihak pendakwa mempunyai laporan yang lebih sempurna beserta dengan keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tempoh sebulan bermula 25 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes kerana keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua belah pihak. Pihak pendakwaan akan diberi peluang untuk mengemukakan bukti-bukti mereka, manakala pihak peguam bela diberi peluang untuk menimbulkan keraguan berkenaan bukti-bukti pihak pendakwa itu.

Berkenaan dengan elemen 'penetrasi', hakim Mohamd Zabidin berkata "Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut,"

Sepatutnya pihak peguam bela Anwar, berani memasuki gelangang perbicaraan, sekiranya Anwar benar-benar tidak meliwat Saiful, kerana tugas yang besar adalah terletak di pihak pendakwa untuk membuktikan berlakunya elemen kemasukan alat kemaluan Anwar ke dalam lubang dubur Saiful (penetrasi) dan sekiranya pasukan pendakwa gagal mengemukakan hujah konkrit bermakna Anwar bakal menang perbicaraan tersebut.

Tetapi tindakan Anwar mahu menggugurkan kes sebelum dibicarakan melambangkan terdapat sesuatu ketakutan yang benar-benar menjadi phobia kepada pihak peguam bela Anwar.

"Kami ada DNA yang menunjukkan hasil campuran dua lelaki (Anwar dan Saiful ?)di dalam lubang dubur mangsa", kata pihak pendakwa. "Beri peluang kepada pihak kami untuk menerangkan secara bukti saintifik dengan keterangan-keterangan pakar-pakar DNA dan pakar-pakar kimia yang membuat analisis ini", kata pihak pendakwa lagi.

Sebab itu, blogger gelagat Anwar yang berada di sekitar aktivis PKR melaporkan isu DNA telah menjadi bualan paling hangat di kalangan inner circle PKR selepas hakim membenarkan kes ini terus dibicarakan

"Kata mereka, dalam kes liwat Anwar inilah perkara yang paling Anwar dan team legalnya takuti. Apa sahaja lah yang bakal dibentangkan oleh pihak pendakwa. Yang lebih merisaukan mereka, kumpulan pendakwa ini bukan calang-calang orang. Sudahlah berpengalaman - susah pula nak dijual beli. Segala usaha sudah dibuat katanya, tetapi tak boleh nak tembus. Anwar pun dah naik risau dengan perkembangan ini", tulis blogger gelagat anwar.

"Dikhabarkan oleh pimpinan PKR bahawa Anwar telahpun mengarahkan beberapa rakannya berbincang dengan pakar di Amerika dan Australia untuk memastikan mereka mendapat khidmat pakar DNA yang terbaik di dunia. Tujuan: untuk menidakkan kes terhadapnya. Anwar dikhabarkan tidak kisah dengan harga" tulis blogger itu lagi yang mendapat maklumat daripada sembang kedai kopi di pejabat PKR, Kota Damansara. Klik di sini

"Konspirasi ini cerita rekaan sahaja. Rekaan Anwar", tegas blog itu lagi.

Blogger gelagat anwar membuat kesimpulan awal mengatakan kebanyakan inner circle Anwar mulai percaya Anwar meliwat Saiful dan Anwar bakal kehabisan hujah untuk melawan hujah pihak pendakwa dan kemungkinan besar Anwar bakal masuk penjara Sungai Buloh sekali lagi atas tabiat yang sama yang pernah dilakukan sebelas tahu dulu..

"Saya tanyakan rakan dalam PKR - apa jadi kalau ada DNA - mereka jawab mudah sahaja: Dah Nasib Anwar.....DNA juga! Musykil! Macam dah tak sayang dan kurang percaya sahaja..", rumus blogger tersebut.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, December 3, 2009

Kes liwat : Anwar tidak lagi harapkan sokongan masyarakat Muslim

Dakwaan kes liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, kali ini menampakkan sokongan yang amat merosot di kalangan masyarakat Muslim Malaysia. Jika pada tahun 1998, masyarakat Malaysia khususnya anak-anak muda Muslim memenuhi jalan raya melakukan demonstrasi membantah tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar, kini suasana seperti itu sudah tiada lagi.


Jika 11 tahun dulu, anak-anak muda Muslim memenuhi Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, melaungkan reformasi di Masjid Negara, namun kini suasana sunyi sepi.

Malah rancangan Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mat Akin yang kononnya mahu menurunkan 5,000 angkatan muda menyokong Anwar di mahkamah juga gagal. Tiada penyokong Anwar yang melaung-laung "reformasi" di luar bangunan mahkamah, atau memegang sepanduk "Kami sokong Anwar", tetapi yang ada spanduk-spanduk mengecam sikap Anwar Ibrahim yang sengaja melengah-lengah perbicaraan dipasang di sekitar ibu kota.

Anwar seolah-olah dibiarkan kesepian, ditemani oleh Wan Azizah yang riak wajahnya tidak ceria, pegawai-pegawai keselamatan Anwar dan barisan peguam bela Anwar yang sudah sedia maklum menjalankan tugas kerana dibayar oleh Anwar.

Kalau tahun 1998 dulu, Wan Azizah nampak begitu bersemangat sekali, meskipun suaminya dituduh peliwat. Semangat Wan Azizah muncul secara tiba-tiba apabila melihat sambutan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi rumah kediamannya serta melihat jerit pekik laungan reformasi rakyat menyokong suaminya di bangunan mahkamah.

Kalau dulu, rumah Anwar di Setia Murni Damansara, dipenuhi oleh 'syeikh-syeikh' yang mengimani solat hajat, bahkah solat hajat dipanjangkan di surau-surau di seluruh negara. Bahkan ada di kalangan para penyokongnya yang turut berdoa di depan Kaabah agar Allah menunjukkan jalan yang benar. Mereka berdoa, jatuhkan Dr Mahathir yang didakwa berkonspirasi mengaibkan Anwar atau laknatlah Anwar, jika Anwar benar-benar bersalah.

Mak Tom, ibu kepada Azmin Ali turut solat hajat dan berdoa; jika benar anaknya Ummi Hafilda melakukan fitnah, maka Allah turunkan bala ke atasnya dan jika benar Ummi tidak bersalah maka Allah laknatkanlah ke atas orang yang mengaibkan diri anaknya itu.

Setahun selepas itu, Dr Mahathir tidak jatuh, malah terus berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, Ummi Hafilda juga tidak sakit atau ditimpa musibah, tetapi Anwar Ibrahim, terpaksa merengkok di dalam penjara selama 6 tahun. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang dikenali sebagai seorang 'gay' juga turut dipenjarakan.

Tetapi dalam kes liwat kedua Anwar ini, tiada lagi orang ramai berpusu-pusu ke rumah istana Anwar di Bukit Segambut untuk melakukan solat hajat dan berdoa. Meskipun istana Anwar di Bukit Segambut sangat luas dan lapang dan boleh menampung beribu-ribu pelawat (tidak seperti rumah lama di Damansara), namun tiada sesiapa pun berminat untuk solat hajat dan berdoa di istana itu.

Tiada lagi kedengaran solat-solat hajat dibuat di surau-surau di seluruh Malaysia, atau berdoa di depan Kaabah seperti sebelas tahun yang lampau.

Pernah sekali Nik Aziz selepas majlis ceramah agama di Kota Bahru, tahun lepas berdoa agar Anwar terpelihara dari 'fitnah', tetapi hari ini pelbagai musibah juga menimpa ke atas Nik Aziz.

Selepas 'doa' itu tiada lagi kedengaran Nik Aziz berdoa tentang kes liwat Anwar Ibrahim.

Haji Hadi juga diam. Begitu juga dengan Dr Haron Din.

Kini suasana cukup berbeza sekali. Dalam menghadapi kes liwat dengan Saiful ini, Anwar tidak lagi mengharapkan sokongan umat Islam, tetapi lebih mengharapkan sokongan bukan Islam.

Hari ini, 4 Disember, Anwar menyiarkan "Suara Orang Ramai mengenai Fitnah Anwar Ibrahim" [klik di sini]. Kononnya suara orang ramai itu dibuat oleh Malaysia dengan mengutip pendapat 'orang ramai'.

Semua nama-nama yang menyokongnya bukan lagi sheikh, ibnu atau abu atau nama-nama yang mewakili Islam. Yang menyokongnya adalah nama-nama seperti 'Kgan', 'Baffled', 'Eric Koay', 'Pete', 'Jacob George' dan lain-lain.

Yang ada nama muslim pun hanya seorang iaitu 'Lan Aziz'. Iu pun barangkali muslim moderat.

Bagi bukan Islam, mereka sangat mahukan pemimpin Muslim yang rosak akhlak kerana pemimpin seperti itu akan menguntungkan mereka. Tetapi jika ada di kalangan pemimpin mereka yang rosak akhlak mereka sendiri tidak mahu pemimpin rosak itu menjadi ketua mereka.

Anwar perlu telus, kita cabar Anwar arahkan badan kajiannya, Merdeka Center membuat bancian mengenai kedudukan terkini kes liwat Anwar. Lakukanlah kajian menyeluruh di kalangan populasi penduduk Malaysia.

Kajian poll secara rambang dalam NTV7 baru-baru ini adalah cebisan cerminan rakyat Malaysia ke atas Anwar Ibrahim. Walaupun tidak tepat sepenuhnya, tetapi sekurang-kurang memberi cerminan yang bermakna.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Wednesday, December 2, 2009

Anwar arahkan peguam bela sabotaj perbicaraan liwat!

Meskipun Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya yang dibacakan setebal 14 muka surat semalam menetapkan 25 Januari 2010 sebagai tarikh sebutan kes dan bermulanya perbicaraan kes liwat, namun Anwar tidak akan berdiam diri, dia akan lakukan sesuatu untuk mensabotaj perbicaraan tersebut atau sekurang-kurang melakukan usaha penangguhan lagi.

Anwar secara sinis menulis di blognya, "peguam Karpal Singh menyebut Mahkamah Persekutuan belum memberikan keputusan bersabit permohonan kami memperolehi dokumen. Hakim Zabidin Mohd Diah dengan bersahaja menjawab “tidak perlu.”

Bermakna salah satu strateginya adalah menjadikan alasan menunggu keputusan daripada Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan permohonan dokumen. Maksudnya Anwar telah arahkan Karpal Singh untuk mencari ruang mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga selesai rayuan di Mahkamah Persekutuan.Itu hanya strategi pertama yang bakal digunakan Anwar untuk melengah-lengahkan kes.

Hari ini dikhabarkan Anwar telah memberi arahan kepada peguam peribadinya, SN Nair untuk mencari jalan bagi mensabotaj tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin itu.

SN Nair dalam masa terdekat ini akan mengemukakan bantahan di Mahkamah Rayuan berkenaan dengan keputusan hakim yang tidak memihak kepadanya semalam. Dalam rayuan itu, Anwar meminta Mahkamah Rayuan mengeluarkan perintah menangguhkan tarikh perbicaraan (25 Jan) sehingga kes rayuan itu selesai. Dan selepas itu sekiranya Mahkamah Rayuan juga menolak permohonannya, Anwar akan lanjutkan lagi kepada Mahkamah Persekutuan. Itu merupakan strategi kedua untuk menutup mulut pihak pendakwa daripada mengemukakan bukti-bukti yang mensabitkan Anwar meliwat Saiful Bukhari.

Kata-kata hakim semalam benar-benar memedihkan hempedu Anwar. Jantung Anwar berdegup kencang dan mukanya masam apabila hakim berkata; "Dalam kes ini, tidak dinafikan elemen penting perlu dibuktikan pihak pendakwaan adalah terdapat kemasukan zakar tertuduh ke dalam dubur pengadu (Mohd Saiful), jadi terpulang kepada pihak pendakwa bagaimana ia akan membuktikan elemen itu,"

Anwar tidak mahu pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti mereka. Anwar juga takut berhadapan dengan hujah-hujah dokumen, saksi-saksi, DNA dan rakaman CCTV yang membuktikan sememangnya Anwar meliwat bekas pembantunya pada tarikh, masa dan tempat yang dituduh itu.

Anwar juga tidak mahu rakyat Malaysia didedahkan dengan laporan media muka depan, pengakuan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari mendedahkan bagaimanakah dia diliwat pada 26 Jun 2008, bertempat di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur; di antara masa 3.01 petang dan 4.30 petang'.

Anwar seboleh-bolehnya akan menutup mulut Saiful Bukhari daripada menceritakan apa yang berlaku di antara masa, tarikh dan tempat tersebut secara terperinci; Bagimana Anwar menggoda/memaksa dan meliwat Saiful ? Apakah bahan pelincir yang digunakan oleh Anwar sehingga tiada kesan penetrasi di dubur Saiful ? Apakah janji-janji Anwar kepada Saiful untuk menutup kes liwat ini terbongkar dan sebagainya. Semua pendedahan dan pengakuan saksi utama ini pasti menjadi tajuk utama media massa dan akan menjatuhkan kredibiliti Ketua PR yang sebelum ini beriya-iya menawarkan diri menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika Anwar gagal membendung perbicaraan terus diadakan, bermakna rakyat Malaysia akan menilai semula tawaran Anwar : Layakkan seorang gay menjadi PM Malaysia ?

Sebab itu, Anwar perlu lakukan sesuatu untuk menghalang perbicaraan diteruskan. Salah satu strategi Anwar yang telah terbocor adalah meneruskan fail baru untuk menggugurkan barisan pihak pendakwa. Dalam masa yang sama juga Anwar sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan fail baru di mahkamah untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar perbicaraan kes liwat Anwar.

Kita tunggu dan lihat adakah strategi-strategi ini berjaya dilaksanakan oleh peguam-peguam Anwar. Masa masih ada dua bulan lagi sebelum tarikh perbicaraan. Anwar mempunyai masa yang secukupnya untuk mensabotajnya.

Ingat, pada Mac lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah menetapkan 1 Julai -24 Julai 2009 sebagai tarikh perbicaraan, tetapi tanpa siapa menduga, Anwar merancang dalam senyap mengemukakan fail demi fail di mahkamah hingga kes tertangguh sampai ke hari ini.

Mengenali sifat Anwar sangat mudah. Dia suka mengulangi taktik yang sama. Suka mengulangi kesilapan yang sama. Tahun 1990-an, dia meliwat Sukma dan Azizan, hingga dia terpaksa merengkok di penjara Sungai Buloh dan tahun 2008, dia meliwat bekas pegawai peribadinya, Saiful Bukhari yang bakal membawanya kembali ke neraka.


Sila klik untuk baca selanjutnya...