Friday, December 11, 2009

30 orang sertai demo sokong Anwar ?



Belum pernah terjadi dalam sejarah, hanya 30 orang yang menyertai demonstrasi menyokong kes liwat Anwar. Itu jumlah kehadiran yang dilaporkan oleh portal pro Anwar, Malaysiakini. Sangat memalukan berbanding dengan persedian yang tersusun rapi seperti banner yang ditempah khas. Ironiknya, kalau pada tahun 1998, dalam menghadapi kes yang sama, ribuan manusia datang secara sukarela membanjiri Masjid Negara untuk menyatakan sokongan dan berdiri teguh perjuangan 'reformasi' Anwar.

Tidak memilih lokasi di Masjid Negara, tempat biasa yang pernah digunakan oleh para penyokong Anwar juga merupakan satu misteri. Memilih lokasi baru di Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang, merupakan alternatif terbaik kerana salah satu lokasi di bawah parlimen Permatang Pauh yang dipimpin oleh Anwar sendiri, apatah lagi dilakukan demonstrasi selepas solat Jumaat, sepatutnya akan meramaikan lagi kelompok yang menyokong Anwar.

Tetapi entah di mana silapnya, kepimpinan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, terlalu lemah dalam memobilasi kerahan penyokong. Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda ini juga yang pernah menwar-warkan kepada umum, bahawa dia akan mengerah 5,000 orang tenaga angkatan muda turun ke bangunan mahkamah untuk beri sokongan moral kepada Anwar, tetapi yang turun hanya 50 orang sahaja. Kali ini sekali lagi, Shamsul Iskandar memobilasi perhimpunan rakyat di kawasan Permatang Pauh, tetapi yang turun hanya 30 orang sahaja. Di mana silapnya?

Sama ada suka atau tidak, kena terima hakikat, Shamsul Iskandar Mat Akin, tiada karisma, hingga kepimpinannya tidak mendapat sokongan penuh daripada golongan muda. Kena juga terima hakikat bahawa sokongan orang ramai ke atas Anwar semakin pudar dan nama 'Anwar' tidak lagi 'laku' untuk menarik khalayak umum menyertai sesuatu demo.

Sepatutnya, Ketua Angkatan Muda kena minta pertolongan Dewan Pemuda PAS, kerana tanpa sokongan Dewan Pemuda PAS, angka kehadiran khalayak amat merosot, hanya 30 orang. Itupun hanya di kalangan hard core Angkatan Muda PKR. Orang ramai yang tidak berparti tidak berminat untuk membela kes liwat Anwar ini.

Kenapa orang ramai yang tidak berparti tidak berminat ? Sebabnya mereka memilih pendekatan tunggu dan lihat, lagi pun banyak keraguan yang belum dapat diselesaikan Anwar sendiri hingga kini.

Selagi Anwar tidak bersumpah menyebut kalimah 'Wallahi, Wabillahi, Wattalahi' menafikan tidak pernah meliwat Saiful Bukhari, selagi itu stigma 'keraguan' orang ramai kepada Anwar tidak dapat dipadamkan. Walaupun PKR memilih demostrasi selepas solat Jumaat, walaupun PKR berhujah dengan dokumen doktor yang tiada penetrasi, keraguan masih tetap tertanam di situ kerana individu yang menjadi mangsanya, Mohd saiful Bukhari telah melakukan sumpah dengan menyebut kalimah Allah bagi membersihkan dirinya.

Manakala diri Anwar masih lagi diselaputi dengan kekotoran yang tidak dibersihkan oleh dirinya sendiri ekoran keengganannya bersumpah. Tidak sama, Anwar melakukan inisiatif membersihkan dirinya sendiri dengan menggunakan pihak ketiga seperti Shamsul Iskandar atau jentera parti PKR, atau Sivarasa Rasiah (peguam) untuk bercakap bagi pihak diri Anwar. Rakyat mahu lihat pengakuan Anwar sendiri, bukannya pengakuan daripada Shamsul Iskandar, Sivarasa Rasiah, Tian Chua atau individu lain, kerana mereka tidak didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu. Rakyat mahu Anwar sendiri membersihkan dirinya sendiri!

Sebelum ini, blogger Tokey Garam telah melaporkan bahawa Anwar merancang melakukan sesuatu untuk sabotaj perbicaraan kes liwat, selama 40 hari, bermula semalam sehingga ke tarikh perbicaraan, 25 Januari 2010. Klik di sini

Demonstrasi semalam adalah salah satu daripada strateginya. Tetapi seandainya yang hadir hanya 30 orang tidak meninggalkan bekas apa-apa pun, malah akan lebih mencalarkan lagi imej Anwar.

Semakin banyak demonstrasi dianjurkan seperti semalam, semakin orang ramai tertanya-tanya; Kenapa Anwar sangat mengelabah ? Anwar takut kah menghadapi perbicaraan kes liwat di mahkamah ?

Seandainya, Anwar tidak meliwat Saiful,kenapakah tindak tanduknya terlalu mengelabah, hingga terpaksa menggunakan pihak parti dan pihak ketiga mempertahankan dirinya sebelum dibicarakan ?







0 comments: