Monday, May 31, 2010

Karpal sahkan Anwar cuba rasuah adik Saiful ?

Hari ini dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Karpal Singh, ketua peguam bela Anwar telah membongkar satu lagi rahsia di sebalik tabir komplot Anwar untuk menggagalkan pertuduhan liwat yang sedang dibicarakan.

Karpal menggunakan ugutan kepada Saiful dengan menggunakan 'pengakuan' pihak luar yang tiada kaitan dengan kes liwat tersebut iaitu watak yang bernama Faiz Khairi. Faiz dikatakan membawa lari adik perempuan Saiful (Saidati Azlan) ke Thailand.

Karpal: Saidati dah berkahwin?
Saiful: Tahun lepas dia dibawa lari ke Thailand, saya tidak tahu dia berkahwin atau tidak. Saya tidak pasti samada perkahwinan itu sah atau tidak. Saya tidak tahu dia kahwin atau tidak.

Karpal: Ada kenal Faiz bin Khairi?
Saiful: Kenal, dia yang bawa lari adik saya.

Karpal: Ada surat akuan dari Faiz bin Khairi. Kami ada surat akuan itu.
Saiful: Saya tidak tahu.

Karpal: We don't want to call your sister sebagai saksi, we want to spare her, please tell the truth.
Saiful: Yes

Siapa Faiz Khairi ?

Faiz Khairi adalah ahli keluarga tunang Saiful, Janna Mohd Zaki. Faiz telah disogok kewangan oleh 'orang perantaraan Anwar' untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan Saiful Bukhari.

Orang perantaraan Anwar itu adalah seorang korporat bernama Soh Chee Wen.

Blog Unspinner mendedahkan, Soh Chee Wen juga telah mengupah Private Investigator untuk menyiasat latar belakang Saiful Bukhari Azlan untuk tujuan bantu Anwar menghadapi tuduhan liwat.

Soh Chee Wen adalah seorang taukeh China yang telah jadi kaya dengan bantuan Anwar Ibrahim sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dia kroni Anwar. John Soh Chee Wen sekarang memiliki 118 syarikat berdaftar.

Selaku Ketua Perancangan dan Pembangunan Sumber PKR, dia merangka strategi parti dan mempunyai akses secara langsung dengan Anwar Ibrahim. John Soh terlibat dalam strategi perang propaganda PKR.Klik di sini

Salah seorang penyiasat pensendirian yang diupah oleh Soh Chee Wen itu adalah Faiz Kahiri.

Pada awal tahun 2010, Soh Chee Wen mengupah Faiz Khairi untuk mendapatkan maklumat Saiful Bukhari.

Setakat ini, Soh Chee Wen telah memberi wang sebanyak beberapa kali kepada Faiz Khairi bagi tujuan tersebut. Soh Chee Wen juga sanggup membayar Faiz Khairi wang secara bulanan jika Faiz dapat menyalurkan apa-apa maklumat mengenai Mohd Saiful. Faiz Khairy kini menetap di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh, Perak.

Anwar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan dirinya terlepas daripada pertuduhan liwat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Anwar pernah melahirkan kebimbangannya berkenaan perkembangan kes liwatnya kepada Soh Chee Wen.Klik di sini

Bermakna dengan pendedahan Karpal di mahkamah hari ini tentang penglibatan seorang individu bernama Faiz Khairi yang mempunyai 'pengakuan' membuktikan Anwar terbabit dalam konspirasi menguggurkan dakwaan liwat.

Anwar tuduh pihak lain berkonspirasi untuk melindungi sebenarnya dirinya yang sedang berkonspirasi ?

Saiful juga telah memberitahu mahkamah bahawa Faiz lah lelaki yang telah melarikan adiknya (Saidati) ke Thailand yang tidak diketahui apakah motifnya.

Beranikah Karpal menggunakan 'pengakuan' Faiz itu kerana di belakang 'pengakuan' itu sebenarnya ada cerita lain yang melibatkan konspirasi Anwar ?




0 comments: