Friday, August 27, 2010

Kisah sebenar pertemuan Saiful Bukhari dengan Ezam Mohd Nor

Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Anwar mendedahkan di Mahkamah Tinggi, Mei lalu bahawa dia berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, sehari selepas diliwat. Saiful dibawa oleh rakannya bernama Rahimi Osman (bekas Setiausaha sulit Anwar) dan pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang.

Dalam mahkamah, Karpal bertanya Saiful adakah dia mengenali Ezam sebelum ini, Saiful menjawab dia kenal tetapi tidak rapat. Mungkin Ezam tidak kenal Saiful, tetapi Saiful mengenali Ezam kerana beliau merupakan bekas tokoh penting PKR, bekas Ketua AMK PKR.

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.

"Ada yang berkata pertemuan anda dengan Saiful adalah bukti konspirasi ?" soal wartawan.

"Konspirasi apa, saya tidak kenal dan tidak pernah jumpa Saiful sebelum ini. Pertemuan saya pada awal pagi 27 Jun 2008 adalah yang pertama dan terakhir. Jadi di mana konspirasinya ?", jawab Ezam.

"Hanya orang yang bodoh dan orang yang berkepentingan saja yang masih boleh percaya teori konspirasi Anwar Ibrahim,..seorang yang desperate ...seorang desperado ...seorang yang sudah terdesak yang cuba alihkan pandangan masyarakat dari membicarakan persoalan yang lebih khusus,"katanya lagi.

Untuk rekod, Ezam melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 11 Februari 2007 dan secara rasminya mengumumkan keluar PKR pada 14 April 2007. Manakala Saiful pula bekerja dengan Anwar Ibrahim sekitar Mac 2008 dan meninggalkan Anwar sekitar 28 Jun 2008.

Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi ?) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.

"Abang kat mana ? ", tanya kawannya itu.

"Saya kat Perak, ceramah", jawab Ezam.

"Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa", tanya kawannya lagi.

"Apa hal nak jumpa pulak ?" soal Ezam.

"Dia dah 'kena' dah!" jawab kawannya.

"Kena apa ?" soal Ezam.

"Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)" jawab kawannya.

"Nak jumpa saya pasal apa ?. Jumpa esok lah" soal Ezam

"Dia nak jumpa juga. Dia nak jumpa malam ni juga", jawab kawannya.

"Ok. Tunggu saya di Tol Rawang. Saya dalam perjalanan dari Larut Perak", jawab Ezam.

Pertemuan itu berlaku secara spontan, di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza Tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan pada awal pagi 27 Jun 2008, bertemu sekitar jam 3 pagi, selama dua jam.

"Kenapa nak jumpa saya...kenapa tidak orang lain ?" Soalan pertama Ezam kepada Saiful.

"Saya nak jumpa abang, sebab abang berani dan bertegas melawan Anwar. Abang kata abang bersumpah tahu mengenai Anwar tetapi tak mahu dedahkan..akad sumpah abang dalam setiap ceramah yang menyebut ".. Dengan nama Allah..., sebagai seorang muslim saya [Ezam] tidak akan sesekali mengangkat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin...", jawab Saiful.

"Apakah maksud abang bersumpah itu berkaitan dengan moral Anwar ?" soal Saiful.

Ezam menjawab YA, berkaitan dengan moral Anwar Ibrahim yang tidak boleh diterima sebagai pemimpin Islam.


Setelah Saiful yakin dengan jawapan Ezam, kemudiannya dia menceritakan semua kejadian yang menimpa dirinya, khususnya berkaitan dengan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Ezam tidak terkejut dengan pengakuan Saiful itu. Malah beliau sebelum ini pernah berdoa kepada ALLAH SWT agar menunjukkan bukti bahawa dakwaannya meninggalkan PKR benar, kerana tidak boleh berkompromi dengan Anwar Ibrahim yang rosak akhlak.

Selepas bercerita kejadian liwat tersebut, Saiful bertanya Ezam, apakah perlu dia membuat laporan polis.

Ezam menasihati Saiful agar tidak perlu membuat laporan polis kerana akan menyusahkan dirinya. Lagi pun kes Anwar meliwat sukar diterima umum, walaupun perkara itu benar.

Sebagai alternatif, Ezam mencadangkan Saiful berjumpa dengan tokoh ulama menceritakan kisah sebenar yang menimpa dirinya dan seterusnya bersumpah di depan mereka dengan nama Allah.

"Saya nak bawa awak jumpa 4 ulama..semuanya dari PAS, awak sanggup ?", kata Ezam.

"Saya setuju. Cuma esok saya nak pergi hospital sekejap", jawab Saiful

"Sebab apa nak pergi hospital?" soal Ezam

"Saya nak pergi periksa di hospital, dalam badan saya ada simpan bukti...kalau tak pergi nanti hilang bukti..dah dua hari tahan ni", jawab Saiful.

Semasa Saiful menceritakan dia menyimpan bukti di dalam badannya, Ezam tidak memahami maksud sebenar mangsa tersebut. Sekarang, apabila semuanya terbongkar di mahkamah barulah Ezam tahu bahawa maksud sebenar Saiful adalah dia menyimpan air mani Anwar di dalam duburnya selepas diliwat pada 26 Jun 2008.

"Lepas itu, Saiful pergi hospital pusrawi, HKL, apabila Saiful beritahu dia kena liwat, secara automatik hospital memberitahu polis. Sebab kes liwat mesti dibuat report polis. Bila polis masuk, dia tengok yang liwat itu, nama besar, Anwar Ibrahim, terpaksa Saiful ditahan, jadi saya tidak boleh lagi bawa Saiful jumpa ulama" jelas Ezam.

Begitulah kesudahan Ezam berjumpa Saiful untuk kali pertama dan terakhir. Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi.

"Bagaimana konspirasi boleh berlaku dengan hanya satu pertemuan...hanya beberapa jam sebelum Saiful bertindak membuat laporan polis ( selepas dinasihatkan oleh doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dimana dia jalani pemeriksaan). Biasanya konspirasi akan ambil masa yang panjang." kata Ezam.

"Justeru saya ingin memberitahu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah...cukuplah menipu orang membabitkan orang lain yang tidak berdosa dalam dosa yang dilakukan.Beliau seharusnya ke mahkamah berdepan dengan saudara Saiful sebagai orang yang jujur menjawab persoalan-persoalan asas"

"Persoalan asas... sama ada dia (Anwar) meliwat atau tidak meliwat...itu persoalan asasnya...bukan rela ke tak rela...atau konspirasi ka", tegas Ezam lagi

Menjawab soalan adakah hasil pertemuan dua jam dengan Saiful itu beliau yakin kejadian liwat itu benar-benar berlaku.

Ezam berkata,"saya yakin Saiful seorang innocent victim ...dia seorang jujur...bila saya cadangkan jumpa ulamak untuk selesaikan secara Islam...beliau setuju..tak nampak takut...biasanya orang kalau bohong nampak takut kalau nak jumpa ulamak.

"Saya yakin dia berkata jujur...dan tidak ada sebab pun dia nak bohong pada saya...saya waktu itu orang biasa saja...saya bukan ada pegang jawatan apa...saya baru masuk UMNO lebih kurang sebulan masa tu." kata Ezam menutup perbualan.





0 comments: