Saturday, October 9, 2010

Kenapa Anwar arah tahan Rahimi dan Rashid ?

Dulu Rahimi Osman bukan figur penting. Ketika saya menulis dua artikel mengenai Rahimi; 'Misteri lelaki bernama Rahimi Osman' [klik di sini] dan 'Ke mana Rahimi Osman disembunyikan..?' [klik di sini], ramai yang tertanya-tanya, siapakah Rahimi Osman ?

Sekarang semakin ramai yang tahu tentang Rahimi. Sehari dua ini, Utusan Malaysia, Malaysiakini dan lain-lain blog menjadikan isu Rahimi sebagai topik utama. Saya ada maklumat tersendiri yang belum keluar dalam mana-mana media tentang 'inside story of Rahimi', tetapi sesetengahnya tidak dapat ditulis kerana bakal dibicarakan di mahkamah.

Sekarang mari kita soroti kisah Rahimi dikurung pada 28 Jun 2008, satu tarikh paling penting kepada Anwar kerana pada tarikh itu bekas pembantu kesayangannya, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis diliwat oleh Anwar, sehingga memaksa Anwar terkincit-kincit berlindung di kedutaan asing.

Kisah Anwar dan Saiful pada tarikh itu telah banyak terdedah. Bagaimana pula dengan kisah Rahimi ?.

Setelah meletup berita Saiful buat laporan polis, sudah tentu Rahimi menjadi fokus. Bertalu-talu telefon yang diterimanya. Bukan dari Ibrahim Yaakub (Ketua Staff Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ), bahkan ramai lagi.

"Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel", kata Rahimi seperti dilaporkan Malaysiakini.

"Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah," katanya lagi.

Dakwanya, sebelum ke Quality Hotel, dia berada di Hospital Kuala Lumpur bersama Saiful Bukhari, pakciknya, staff-staff dan doktor serta ramai pihak polis termasuk daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

"Jadinya, kenapa pula kata Latheefa bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel?

"Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa."

Cerita Rahimi ini senada dengan keterangan Saiful di mahkamah.

Rahimi Osman ketika bangkit buat sidang media pada 6 Oktober lalu berkata dia telah dipaksa oleh Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli(kedua-duanya bekas peguam liwat Anwar) menandatangani dua pengisytiharan bersumpah di Quality Hotel pada 28 Jun 2008 yang menuduh Datuk Seri Najib Razak and Datin Seri Rosmah Mansor sebagai konspirator liwat untuk menjatuhkan Anwar.

"Saya dipaksa menandatangani dua pengisytiharan berkanun pada Jun 2008 tentang Anwar dan Saiful. Perisytiharan itu adalah tidak benar kerana saya tidak menulisnya", kata Rahimi.

"Saya dipaksa menandatanganinya kerana saya berasa takut tentang keselamatan diri saya. Pada masa itu terdapat ratusan penyokong-penyokong Anwar di sekitar Quality Hotel," katanya lagi.Klik di sini

Rahimi dikurung di Quality Hotel

Di Quality Hotel pada tarikh tersebut, terdapat kursus kepimpinan PKR yang dipengerusikan oleh Anwar. Hampir kesemua pimpinan PKR hadir, termasuk Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dan lain-lain.

Sebaik sahaja Anwar mendapat SMS Saiful buat laporan polis, muka Anwar berkerut kerisauan, dia segera keluar dari bilik mesyuarat. Wan Azizah tahu sesuatu yang besar telah berlaku ke atas suaminya, dia juga turut keluar dari mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan Zul Noordin, peguam peribadi Anwar. Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong turut menyusul kemudian.

Anwar menuju ke lif, diikuti dengan Wan Azizah dan Zul Nordin untuk naik ke bilik tingkat 10. Ketika dalam lif, Zul Nordin bertanya kepada Anwar 'apa hal ni?' Anwar menjawab dengan keadaan risau 'Saiful buat report i liwat dia'.

Ketika di bilik tingkat 10, Hotel Quality, Wan Azizah masih lagi melepaskan geramnya kepada Anwar. Zul Noordin, Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Wee Chee Keong menjadi saksi melihat dengan mata kepala mereka sendiri gelagat Wan Azizah memarahi Anwar.Klik di sini

Berbalik tentang kes Rahimi pula, sebaik sahaja, dia sampai di Hotel Quality, dia dibawa oleh Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) ke tingkat 10, menemui Anwar.

Anwar kemudiannya menarik Rahimi ke sebuah bilik secara berdua dan bertanyakan kepadanya apakah yang diberitahu Saiful kepadanya. Rahimi menceritakan segalanya apa yang diberitahu Saiful kepadanya berkaitan kes liwat yang dilakukan oleh Anwar, termasuk di Kondominium Desa Damansara, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.

Anwar sangat cemas ketika itu dan menyuruh Rahimi tutup mulut, tidak memberitahu sesiapa meskipun kepada polis.

Anwar juga mengarahkan Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli 'menguruskan' Rahimi. Di situlah Rahimi terpaksa menandatangani akuan bersumpah yang telah disediakan oleh kedua peguam Anwar itu.

Selepas selesai tandatangan, Rahimi pohon untuk pulang ke rumahnya, tetapi kedua peguam Anwar tidak membenarkannya pulang sebaliknya di'tahan' selama 5 hari, 4 malam di hotel itu dengan ditemani oleh beberapa AMK yang diketuai Chegubard.

Kenapa Rashid juga dikurung ?

Menariknya, bukan setakat Rahimi sahaja dikurung di hotel itu, tetapi terdapat seorang lelaki lain yang turut dikurung. Namanya Rashid. Kenapa Anwar arahkan Rashid juga turut ditahan ? Apa kesalahan yang Rashid lakukan ?

Siapa Rashid ?

Difahamkan Rashid merupakan tukang urut peribadi Anwar semenjak Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaik sahaja Anwar dan Rashid dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar telah mengambil Rashid bekerja dengannya sebagai tukang urut peribadi dan merangkap orang gaji.

Rashid telah diberi penginapan percuma di rumah Anwar sepertimana yang pernah dilakukan kepada adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja suatu ketika dahulu.

Menurut sumber, Rashid telah dihalau dari rumah Wan Azizah apabila ketiadaan Anwar yang ketika itu menetap di Amerika Syarikat. Apabila Anwar kembali semula ke Malaysia, Anwar telah mengambil semula Rashid sebagai pembantu peribadinya dan ditempatkan di pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.

Rashid menjadi subjek utama ketika peperangan di antara Ezam dan Wan Azizah baru- baru ini.

Ezam mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di antara dengan Rashid pada tahun 2005. Ketika itu, Ezam merupakan Ketua AMK PKR, manakala Anwar pula menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Insiden berlaku ketika pertembungan perjalanan Wan Azizah dan Anwar. Wan Azizah dalam perjalanan ke Washington melawat anak-anaknya yang turut dihantar belajar ke Amerika Syarikat. Salah seorangnya, Nurul Izzah yang belajar di universiti sama tempat ayahnya mengajar iaitu Universiti John Hopkins. Manakala, Anwar ketika itu dalam perjalanan bercuti dari Washington ke Malaysia untuk menguruskan kerja-kerja parti.

Wan Azizah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Anwar semasa ketiadaannya, sebab itu dia mengirimkan SMS dan menelefon orang kepercayaannya, Ezam Mohd Nor. Azizah memang rapat dengan Ezam, dari Anwar dipenjarakan, hingga Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Ezam lah tempat bergantung Azizah. Mereka ibarat satu keluarga.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat.

Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih dan karipap (kuih kegemaran Anwar) kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.

Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Azizah, walaupun Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.







0 comments: