Friday, October 22, 2010

Selepas Sukma, Ismail pula jadi adik angkat Anwar ?

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja adalah lelaki misteri. Lebih misteri lagi, lelaki itu, berasal dari Indonesia, yang Anwar tidak mempunyai apa-apa pertalian saudara dengannya. Sejarah hubungan Anwar dengan Sukma pun misteri. Ketika tahun 1970-an, Anwar berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia.

Kick Andy dari MetroTV Indoenesia mengatakan Anwar semasa mudanya, sering bergaul dan belajar di Indonesia, hingga ada hubungan emosional. Antara sahabat-sahabat Anwar semasa muda di Indonesia adalah Rachmat Ismail, Adi Sosono, Adnan Buyong Nasution, Fahmi Idris. Kick Andy menambah lagi, semasa muda Anwar menetap di rumah Rachmat Ismail di Pekalongan, Jakarta, bergurukan Nurcholish Madjid atau Cak Nur(anak murid Fazlur Rahman dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat) yang membangunkan HMI dengan mempopularkan konsep sekularisasi dan pluralisme. Klik di sini

Ketika itu, Anwar belum berkahwin dan merupakan Presiden ABIM serta Pengetua Yayasan Anda, sekolah swasta di Lembah Pantai yang menjadi miliknya.

Dalam proses ulang alik Anwar ke Jakarta itu, maka muncullah watak Sukma Darmawan yang ketika itu berusia 16 tahun, seorang pemuda Jakarta yang berhijrah ke Malaysia dan menjadi adik angkat Anwar, menyambung pelajaran di Yayasan Anda dan menetap di rumah Datuk Ibrahim Abdul Rahman (bapa Anwar) di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya. Klik di sini

Ketika perbicaraan kes liwat Anwar dan Sukma bersuhabat meliwat Azizan Abu Bakar pada tahun 1998, Sukma mengakui sentiasa mengikuti Anwar walaupun Anwar telah berkahwin dan berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya ke rumah peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Di rumah peribadi Anwar itu (No 8, Jalan Setiamurni1), Sukma telah disediakan bilik khas yang boleh tinggal bersama dengan Wan Azizah dan anak-anak Anwar. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.Klik di sini

Ketika Sukma ditanya dalam mahkamah kenapa beliau ikut sama berpindah dan tinggal bersama-sama Anwar setelah bekas menteri kewangan itu berpindah dari rumah bapanya, Sukma berkata beliau berbuat demikian bagi membantu Anwar serta isterinya yang selalu sibuk.

Misteri Sukma kembali ke Indonesia dan Wan Azizah pindah rumah

Sebenarnya rumah peribadi Anwar di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, banyak menyimpan rahsia-rahsia peribadi Anwar. Wan Azizah pun tahu. Wan Azizah, sebagai naluri isteri, sebenarnya kurang senang dengan kehadiran lelaki asing (Sukma)di rumah itu yang diberi 'bilik khas'. Rupa-rupanya, syak wasangka Wan Azizah berasas apabila pada tahun 1998, Sukma membuat pengakuan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bahawa kehadirannya di sini Anwar adalah rakan aktiviti homoseksual kepada Anwar. Klik di sini

Sukma dipenjara selama 6 bulan kerana aktiviti homoseksual itu, dan dipenjara di Kajang bersama-sama Ezam Mohd Nor yang didapati bersalah kerana membuat pendedahan rahsia sulit kerajaan (OSA). Manakala, Anwar pula dipenjara selama 6 tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan polis untuk mendapatkan pengakuan bersumpah palsu daripada Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) dan Azizan Abu Bakar(bekas pemandu peribadi Wan Azizah). Tujuan Anwar mendapat pengakuan bersumpah palsu dari kedua-dua penama itu untuk melindungi aktiviti seksnya bersama Shamsida Taharin (isteri Azmin Ali) dan aktiviti homoseksual bersama Azizan Abu Bakar.

Semasa dalam penjara, Anwar berkenalan dengan Rasid Rosdi, seorang banduan yang dihukum selama satu tahun mulai 2001 atas kesalahan cubaan samun bersenjata di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Semasa di dalam penjara, Rasid mendakwa, dia telah diberikan kerja untuk menjaga kebersihan bilik Anwar, menghantar pakaian ke dobi dan mengambil makanannya dari dapur.

Dakwanya, dia juga menemankan Anwar untuk membuat senaman ringan di sebelah petang dan menyediakan air panas ketika pintu sel hendak dikunci.Klik di sini

Selepas Rasid keluar penjara, Anwar mengarahkan peguam peribadinya, Sankara Nair mengambil Rasid sebagai pembantu am di pejabat guamannya sementara menunggu Anwar bebas.

Selepas Anwar bebas pada tahun 2004, Anwar mengambil Rasid bekerja di rumah peribadinya, No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara sebagai pembantu am mengantikan tempat Sukma Darmawan.

"Selepas bekerja lebih kurang tiga tahun (2004-2006) di kediamannya, saya berhenti seketika dan kemudiannya menyambung kembali tugasan di pejabat peribadi Anwar di Petaling Jaya selepas Pilihan Raya Umum 2008,'' dakwa Rasid dalam akuan bersumpahnya itu.

Sebenarnya kehadiran Rasid bekerja di rumah peribadi Anwar tidak digemari oleh Wan Azizah. Ezam ketika itu sebagai Ketua AMK, menyaksikan sendiri 'perang dingin' di antara Wan Azizah dan Anwar gara-gara muncul orang ketiga selepas Sukma iaitu Rasid.

Episod ini berlarutan sampai sekarang apabila Ezam dan Wan Azizah saling cabar mencabar berkaitan isu Rasid. Klik di sini di sini dan di sini

Bukan rahsia lagi, sebenarnya Wan Azizah yang halau Rasid dari rumah kediaman peribadinya, sepertimana Wan Azizah haramkan Sukma menjejaki kaki ke rumahnya selepas kes liwat Anwar-Sukma terbongkar di mahkamah. Ekoran warning Wan Azizah kepada Sukma itu, Sukma kembali semula ke Jakarta pada November 2006 berniaga permaidani dengan ahli keluarga sebenarnya.

Untuk menutup pintu, Anwar membawa lelaki seperti Sukma dan Rasid, Wan Azizah mendesak Anwar berpindah rumah yang kemudiannya mereka berpindah ke mahligai bernilai 7 juta di Bukit Segambut, Kuala Lumpur pada Februari 2007. Klik di sini

Ismail adik angkat Anwar ?

Berpindah rumah bukan penyelesaian kepada Wan Azizah. Anwar lebih pintar, dengan belajar dari perang dingin Wan Azizah-Sukma dan Wan Azizah-Rasid, adik-adik angkat Anwar tidak lagi dibawa ke rumah kediaman peribadi, sebaliknya disimpan di pelbagai tempat tanpa pengetahuan Azizah. Dalam masa sama, Anwar bergerak melalui pusat-pusat operasi rahsia untuk menawan Putrajaya, tetapi dalam masa sama menjalankan aktiviti homoseksual seperti di Kondominium Desa Damansara bersama Saiful Bukhari.

Ismail atau dipanggil dengan panggilan manja "Mail" juga salah seorang adik angkat Anwar. Mail tidak disimpan di rumah Anwar atau di pejabat Ketua Umum PKR di Seksyen 16, tetapi disimpan di tempat lain.

Dalam lampiran afidavit Rasid Rosdi, dia mengakui, selepas berhenti bekerja di rumah kediaman Wan Azizah, Anwar mengambil semula Rasid bekerja di bekerja di Pejabat Ketua Umum, Seksyen 16 Petaling Jaya. Semasa di situlah, Rasid mengenali Saiful, Rahimi dan Ibrahim Yaacob, staf pejabat Anwar.

Rasid turut memberitahu pada 26 Jun 2008, ketika Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondo, Desa Damansara, Anwar turut mengarahkan Rasid membawa seorang lelaki dikenali sebagai Ismail ke kondo itu.

Anwar juga meminta Rashid belikan KY Jelly. Bagi Rashid, ini tugas pelik yang terpaksa dilakukan atas arahan majikannya Anwar. Klik di sini

Menurut sumber, sesampainya Rasid dan Ismail ke kondo itu, mereka meyaksikan sendiri, Anwar dan Saiful keluar dari Unit 1151 dengan keadaan Anwar sedang mengancingkan baju dan Saiful dengan wajah yang tidak selesa.

0 comments: